Wednesday 6 May 2015

Proses Menjahit Baju (blaus) (RBT)

1.0          Proses Menjahit Baju
Blaus
1.    Penghilang gelembung: lisu pemadan
2.    Kelim: kelim belah kangkung
3.    Garis leher: lapik berbentuk
4.    Belah: belah berlapik
5.    Lengan: lengan padanan rata
6.    Penyudah tepi: kelepet rata
7.    Penyudah tepi: kelepet rata
8.    Kancing: butang dan rumah

2.0          Melakar Dan Susun Atur Pola

2.1          Peraturan menyusun atur pola:

Merancang dengan teliti kerja menyusun atur pola dengan baik akan menjimatkan perbelanjaan dan masa. Ia juga menghasilkan kerja yang berkualiti. Peraturan yang perlu diikuti ialah:

2.1.1      Mematuhi langkah berikut sebelum membentangkan fabrik:
·         Luruskan ira fabric
·         Kenal pasti sebelah luar dan sebelah dalam fabrik
2.1.2      Ratakan pola berikut
2.1.3      Kenal pasti dan patuh pada arahan, maklumat dan label pola
2.1.4      Bentangkan fabrik di permukaan meja yang rata
2.1.5      Temukan sebelah dalam fabrik dan pastikan bahagian lipatan berada di tepi meja
2.1.6      Letakkan tanda ira lurus pola tepat pada ira lurus fabrik.
2.1.7      Susun atur kepingan pola yang besar dahulu, diikuti dengan kepingan pola kecil.
2.1.8      Pastikan permukaan pola yang berlabel berada di sebelah atas.
2.1.9      Susun pola sehala pada fabrik corak sehala.
2.1.10   Padankan fabrik genggang atau fabrik jalur kelim.
2.1.11   Semata peniti di penjuru pola diikuti dengan bahagian lain.
2.1.12   Pastikan peniti menghala ke dalam.


Melukis pola mengikut saiz yang dikehendaki dengan menggunakan alat pengukur

Peraturan yang dipraktikkan semasa menggunting fabrik.
1    Pastikan fabrik berada di permukaan meja yang rata.
2    Guna gunting fabrik yang tajam.
3    Apabila menggunting fabrik, letakkan satu tangan di atas pola.
4    Gunakan mata gunting yang sepenuhnya semasa menggunting fabrik di bahagian yang lurus dan gunakan mata gunting di bahagian hujung semasa menggunting di bahagian yang melengkung.
5      Pastikan mata gunting yang runcing berada di atas meja semasa menggunting fabrik.
6    Jangan angkat fabric semasa menggunting fabrik.
7    Pastikan jumlah kepingan yang digunting mencukupi.
8    Selepas menggunting, jangan tanggal pola untuk memudahkan menjahit pakaian. 

 Pastikan fabrik berada di permukaan meja yang rata dan meletakkan pola di atas kain dan semat jarum peniti di penjuru pola diikuti dengan bahagian lain.







 Menjahit tepi bagi semua kain yang digunting. 



Meletakkan fabrik ke atas lapik yang telah bergam, gunting dan ratakan dengan menggunakan seterika. Kain yang telah digunting ditanggalkan jarum peniti dan dijahit tepi.



Langkah Menjahit Blaus Lengan Padanan Rata

1. Sedia dan jahit belah kelepet sama lebar pada GTH.
2. Cantum kelim bahu dengan kelim belah kangkung.
3. Sedia dan jahit lapil berbentuk pada garis leher.
4. Cantum kelim sisi(rusuk) blaus dengan kelim belah kangkung .
5. Sedia dan cantum lengan padanan rata ke lubang (keruk) lengan.
6. Jahit kelepet pada bawah dan hujung lengan blaus dengan jahitan mesin atau silang
    pangkah
7. Menjahit butang dan lubang butang

A.   Menyediakan belah kelepet sama lebar.

·         Sediakan lapik dalam lembut sesuai dengan lebar kelepet.
·         Tekan di SD kelepet
·         lipat kelepet belah bahagian kanan dan kiri baju ke SD dan tekan

B.   Jahit lisu pemadan pada hadapan blaus.

·         Temukan sebelah luar fabrik, semat dan jelujur di garisan pemadan.
·         Jahit mesin dari bahagian yang lebar ke bahagian yang tirus.

·         Matikan mata jahitan mesin di hujung yang tirus dengan mesin jahitan

C.   Cantum kelim bahu dengan kelim belah kangkung.
·         Temukan bahu hadapan dan belakang di garis pemadan
·         Semat dengan peniti dan jelujur.
·         Jahit mesin di atas garisan pemadan.
Belah kelim ditekan dengan seterika.


D.   Sedia dan jahit kolar lurus pada garis leher.
·         Sediakan kolar dengan temukan sebelah luar kolar dengan memadankan garis pemadan dan garis leher kolar.
·         Semat, jelujur daan jahit mesin hujung kolar dari tepi berlipat hingga ke garis leher.
·         Buka jelujur.
·         Gunting basi kelim hingga tinggal 6mm dan gunting serong basi kelim di penjuru.
·         Balikkan kolar ke sebelah luar fabrik dan seterika.
·         Jelujur di sekeliling tepi kolar.
·         Jelujur tegak di tengah-tengah kolar.
·         Temukan sebelah luar kolar atas pada sebelah dalam pakaian dengan memadankan hujung kolar ke garis tengah hadapan pakaian, garis tengah belakang kolar ke ke garis tengah belakang pakaian dan leher kolar ke garis leher pakaian.
·         Semat, jelujur dan jahit mesin pada garis leher. Buka jelujur.
·         Gunting basi penjahit hingga tingga 6mm.
·         Snip basi penjahit 6mm-1.3cm.
·         Tarik kolar keluar dari pakaian dan seterika.
·         Lipat tepi kolar bawah mengikut garis leher ke sebelah luar fabrik. Gunting basi penjahit hingga tinggal 6mm.
·         Letakkan tepi yang berlipat ini di atas jahit mesin dan jelujur.
·         Sembat dengan mengambil tiap-tiap mata jahit mesin. 



 E.         Mencantum kelim sisi(rusuk) blaus dengan kelim belah kangkung.
·         Temukan sisi baju hadapan dan belakang pada garis pemadan menggunakan kelim belah kangkung.
·         Semat, jelujur dan jahit mesin pada SD baju.
Belah kelim dan tekan dengan seterika





F.       Sedia dan cantum lengan padanan rata ke lubang(keruk) lengan.

Langkah 1
 Sediakan lengan dan bahagian badan pakaian
Langkah 2
·  Jahit dua garisan longgar di kepala lengan dengan jarak 2 mm ke atas garisan pemadan atau baris pertama 3 mm di atas gp dan jahitan mesin longgar yang kedua 3 mm di bawah gp.  
·         Temukan garisan pemadan lengan SL fabrik berhadapan dan semat
·         Jahit dengan jahitan mesin di garisan pamadan lengan
·         Cabutkan jelujur dan tekan buka kelim
·         Kemaskan hujung lengan dengan membuat kelepat
·         Jahit sembat susup atau mesin pada kelepet lengan.
Langkah 3
·     Proses mencatumkan lengan ke lubang lengan
o   Tarik benang jahitan kasar di kedua-dua barisan jahitan untuk      meratakan ukuran lengan dengan lubang lengan.
Lekat lengan kanan ke lubang lengan kanan dengan SL bertemu


Langkah 4

·Temukan garis pemadan, kelim lengan ke kelim rusuk badan, notch lengan hadapan ke notch lubang lengan badan hadapan, garis atas lengan ke kelim bahu badan dan notch lengan belakang ke notch lubang lengan badan belakang.
· Dengan peniti menegak ke lubang lengan, semat lengan ke lubang lengan dengan memadankan kedua-dua garis pemadannya.
· Jejulur pada garis pemadan
· Jahit mesin lengan ke lubang lengan pada garis pemadan dari SD lengan.
·  Permulaan dan penghabisan jahit mesin kelim di lengan hendaklah bertindih atas. 


G. Jahit kelepet pada bawah dan hujung lengan blaus dengan jahitan mesin atau
    silang pangkah.

·         Lipat fabrik di garisan kelepet (garisan pemadan).
·         Semat dengan peniti
·         Jelujur kelepet bawah baju dan jahit mesin atau silang pangkah
·         Tekan dengan seterika.

 H. Menjahit butang dan lubang butang
·         Tanda kedudukan lubang butang di GTH pada sebelah kanan baju.
·         Jahit lubang butang dengan jahitan insang pari atau jahit mesin lubang butang.
·         Tanda kedudukan butang di GTH pada sebelah kiri baju.
·         Jahit butang dengan jahit lilit.



 Blaus yang telah siap