Thursday 24 August 2017

Ragum (vise) pencengkam

1.0       PENGENALAN

Ragum juga dinamakan sebagai pencengkam. Dalam bahasa Inggeris, ragum disebut vise. Ragum adalah suatu alat penyepit untuk menyepit benda kerja yang akan dikikir, dipahat, digergaji dan sebagainya. Dengan memutar tangkai (handle) ragum, maka mulut ragum akan menyepit atau membuka dan melepaskan benda kerja yang sedang dikerjakan. Bibir mulut ragum harus dijaga dengan baik supayanya tidak mudah rosak akibat terpahat, terkikir dan sebagainya.
Berdasarkan kapasitinya untuk mencekam dengan kuat atau memberikan tekanan tetap, ragum dapat digunakan untuk menyelesaikan pelbagai masalah lebih-lebih lagi bagi aspek pengeluaran di dalam bengkel-bengkel kecil, di mana umumnya memerlukan penyesuaian peralatan dan teknik untuk pekerjaan-pekerjaan secara manual dengan tangan. Terdapat masalah yang timbul iaitu bagaimana mencekam benda kerja dengan kuat tanpa meninggalkan bekas kasar dari ragum dan juga masalah yang berkaitan dengan cara memegang objek kecil dengan ragum yang sangat besar. Sesungguhnya, terdapat jalan penyelesaian yang mudah untuk masalah-masalah tersebut.

1.1        Bahagian-bahagian Pada Ragum
Dalam sebuah ragum terdapat bahagian-bahagian seperti yang berikut:
1.    Rahang penggerak
2.    Rahang tetap
3.    Tangkai pemutar
4.    Batang berulir
5.    Penahan batang berulir
6.    Landasan

1.2        Jenis-jenis Ragum
a)    Ragum Biasa (Plain Vise)

Ragum biasa digunakan untuk mengikat atau menyepit benda kerja yang bentuknya sederhana dan umumnya untuk mengerat permukaan objek yang mendatar. Ragum ini digunakan untuk membantu pekerjaan memotong, mengikir, mengelas dan sebagainya dengan mencengkamnya supaya pekerjaan menjadi lebih mudah dan aman. Ragum dibuat daripada baja cor yang keras dan ada disedia dalam pelbagai ukuran. Ragum biasa hanya dapat dipasang sejajar atau membentuk sudut 90 darjah terhadap spindle mesin kerat.

b)    Ragum Putar (Swivel Vise)
Ragum putar merupakan ragum yang dapat diputar terhadap paksi menegak. Ragum ini digunakan untuk menyepit benda kerja yang hendak membentuk sudut terhadap spindle (poros putar). Bentuk ragum ini sama dengan ragum biasa tetapi pada bahagian bawahnya terdapat alas yang dapat diputar 360 darjah. Ragum ini mempunyai skala darjah yang digunakan sebagai pedoman ukuran sudut.

c)    Ragum Universal (Universal Vise)

Ragum universal merupakan ragum yang dapat diputar terhadap paksi menegak dan mendatar. Ia merupakan salah satu alat bantu dari mesin mengerat. Ia berbeza dengan ragum sudut iaitu ragum sudut hanya dilengkapi dengan pengatur sudut hingga 360 darjah pada arah mendatar sahaja. Sedangkan ragum universal dilengkapi dengan pengatur sudut mendatar, malah juga dapat diputar ataupun digerakan 360 darjah. Selain itu, ragum ini juga dilengkapi pengatur sudut menegak. Justeru, ia dapat menyepit benda kerja pada segala posisi. Ragum ini dapat dikencangkan secara cepat dengan menggunakan kunci engkol.



1.3        Cara Penggunaan Ragum
a)    Memilih tinggi ragum yang sesuai
Cara memilih ragum yang sesuai dengan tinggi badan anda:
·         Berdiri tegak di ragum
·         Tampalkan kepalan tangan pada dagu
·         Siku harus berada di atas mulut ragum dan apabila lengan kita ayunkan, siku jangan sampai menyentuh bibir mulut ragum

b)    Menyepit benda kerja pada ragum
·         Apabila kita menyepit benda kerja pada ragum, benda kerja yang keluar dari mulut ragum janganlah terlalu tinggi, terutama apabila bahan benda kerja itu terbuat dari logam nipis. Bahagian objek yang terkeluar dari mulut ragum harus lebih kecil daripada bahagian yang tersepit.
·         Gunakan plat pelapis untuk menyepit benda kerja, hal ini dilakukan untuk mencegah terjadinya kerosakan akibat dari sepitan gigi ragum. Pelat pelapis biasa dibuat daripada bahan plat nipis yang rata, plat siku dan sebagainya.

c)    Posisi badan dan kaki
·         Semasa kikir ditekan dan didorong ke depan, kita harus menggunakan tekanan dari tangan kiri yang seimbang, manakala semasa kikir ditarik ke belakang, ragum harus bebas dari tekanan tetapi ia tidak bererti kikir harus diangkat dari permukaan benda kerja. Kedudukan kaki pada saat mengikir amatlah penting untuk memudahkan proses kerja dan juga keselamatan diri sendiri. Kedua-dua belah tapak kaki harus dibuka seolah-olah membentuk satu sudut yang lebih kurang 45 darjah.




1.4        Cara Kerja Ragum
Pertamnya, lakukan pengaturan posisi ketinggian ragum. Beberapa hal yang harus diperhatikan antaranya termasuklah tinggi ragum harus disesuaikan dengan bentuk benda yang akan dikerjakan dan dengan ketinggian orang yang menggunakan. Untuk orang yang tinggi, biasanya ketinggian ragum diatur oleh alas yang rata, sedangkan untuk orang yang pendek, tinggi yang sesuai dapat diatur dengan ketinggian meja ragumnya.
Untuk pekerjaan yang tidak memerlukan gaya yang besar seperti pada pekerjaan akhir, benda kerja dapat disepit lebih tinggi. Untuk pekerjaan yang memerlukan gaya yang besar seperti memahat, menggergaji, mengikir dan mengetap, maka kedudukan benda kerja harus serendah mungkin berada di atas rahang ragum. Untuk membuka rahang ragum dilakukan dengan cara memutar tangkai/tuas pemutar ke arah kiri (berlawanan arah jarum jam), demikian pula sebaliknya untuk pekerjaan pencekaman benda kerja, tangkai pemutar diputar ke arah kanan (searah jarum jam).


1.5        Ragum dalam bidang robotik
Seterusnya, ragum (pencengkam) adalah jenis penghujung lengan yang paling biasa digunakan untuk robot di industri pemasangan. Ia telah digunakan untuk memegang dan melepaskan komponen dengan teratur serta membantu robot menjalankan pelbagai tugas seperti membetulkan kedudukan komponen dan sebagainya. Reka bentuk pencengkam seharusnya ringan, tegap, boleh ubah dan sensitif kepada tekanan cengkaman. Terdapat beberapa reka bentuk pencengkam seperti menggunakan magnet, elektromagnet dan juga vakum. Namun, pencengkam jenis rahang mekanikal adalah paling popular di pasaran.
Biasanya, pencengkam diperbuat daripada bahan besi tuangan, seramik, polimer dan sebagainya. Pada masa sekarang, pencengkam yang piawai dikeluarkan oleh pengeluar robot dan pengeluar yang berkaitan. Pemilihan pencengkam bergantung kepada keadaan dan rupa komponen iaitu berat, dimensi, had, bahan, ketegangan dan juga kebersihan persekitaran. Oleh sebab pencengkam terletak di bahagian hujung lengan robot, pencengkam secara amnya dijadi tempat terbaik untuk pemasangan peranti deria. Terdapat beberapa alat tambahan yang boleh dipasang di bahagian pencengkam seperti kamera, peranti tekanan dan sebagainya.

2.0       PERNYATAAN MASALAH

            Semasa menjalankan amali kejuruteraan di sekolah rendah, saya selalu menghadapi masalah ketiadaan alatan yang sesuai untuk mencengkam bahan kayu sepanjang proses pembuatan. Dalam hal ini, saya dikehendaki menghasilkan satu projek kayu untuk menjadikannya sebagai bahan bantu mengajar di dalam kelas saya. Dalam projek kayu itu, saya dikehendaki memotong kayu yang bersaiz kecil dengan tepat dan juga memegangnya semasa proses pengukiran dilakukan. Namun, ukuran kayu yang saya potong selalu didapati tidak tepat pada kehendak saya. Hal ini demikian kerana bengkel sekolah rendah tidak mempunyai kemudahan dan alatan yang diperlukan misalnya ragum yang diperlukan semasa proses pemotongan dan pengukiran.
Selain itu, ketiadaaan ragum dalam penghasilan projek telah banyak memakan masa kerana kesemua proses dilakukan secara manual dengan peralatan dan perabot yang tidak mencukupi. Bukan itu sahaja, saya juga mendapati mesin yang sedia ada mengenakan kos yang agak tinggi untuk dibeli dan hal ini menyebabkan kesukaran pihak sekolah untuk membelinya sebagai stok bengkel. Masalah-masalah ini harus dikaji supaya saya tidak akan menghadapi masalah yang sama pada masa depan. Saya juga telah ditarik oleh isu pencengkam ini dan membuat keputusan untuk mereka bentuk suatu ragum yang diingin. Dalam perancangan projek ini, beberapa perkara penting perlu diambil kira. Ragum yang dibina haruslah selamat, dapat mencengkam dengan baik dan boleh beroperasi berulang-ulang serta cekap. Saya percaya masalah yang saya hadapi dapat diselesaikan dengan sempurna dengan penghasilan ragum yang saya ingini.



3.0       PENCETUSAN IDEA (ANALISIS SWOT)

3.1      Kelebihan Produk
Kelebihan ragum yang saya reka ini termasuklah ia mempunyai banyak fungsi. Fungsi sesuatu penghasilan produk haruslah dapat menyelesaikan masalah serta memenuhi kehendak dan keperluan pengguna. Dalam hal ini, ragum yang saya reka ini dapat menyepit benda kerja yang akan dikikir, dipahat, digergaji dan sebagainya. Ia juga digunakan sebagai penyepit/pemegang benda kerja supaya posisi benda kerja tidak berubah sepanjang waktu pekerjaan berlangsung seperti proses mengukir, memotong dan sebagainya.
Seterusnya, rupa bentuk ragum ini agak menarik dan mempunyai saiz yang sesuai. Sesungguhnya, saiz ragum ini lebih kecil daripada pencengkam yang diguna dalam industri. Rupa bentuknya direka sebegini supaya pencengkam ini lebih sesuai digunakan dalam kehidupan harian pengguna biasa seperti bapa di dalam rumah ataupun guru di sekolah. Dengan itu, kelebihan ini akan menjadikan penggunanya lebih luas dan dapat menarik banyak orang untuk membelinya.
Di samping itu, bahan pembinaan yang dipilih agak tepat, sesuai dengan fungsinya dan tidak melebihi kos yang telah diperuntukkan. Dalam hal ini, keseluruhan bahagian ragum dibuat daripada besi tuang kelabu dan juga keluli. Kedua-dua bahan ini memberi faedah kepada keberkesanan ragum. Sifat besi tuang kelabu mempunyai kemampuan las yang rendah dan juga kemampuan mesin yang baik. Ia juga memiliki kekuatan tarik dan ketangguhan yang lebih rendah. Manakala keluli digunakan secara meluas dalam pembinaan dan aplikasi lain kerana kekuatan tegangan yang tinggi dan kos rendah. Selain itu, ia juga mempunyai sifat berkilat, cantik, tahan tekanan, tahan karat, tahan kakisan, keras dan lasak.
Selain itu, kedua-dua bahan yang diguna telah menyebabkan ketahanan ragum lebih kukuh dan mampu meyakinkan pengguna untuk menggunakan produk ini. Hal ini kerana bahan pembinaan seperti besi tuang kelabu dan keluli ini telah menjadikan berat ragum ini sederhana dan sesuai dengan fungsinya. Sesungguhnya, sesuatu ragum yang baik tidak haruslah terlalu ringan ataupun terlalu berat. Ragum yang terlalu ringan akan dipandang tidak cukup kukuh pembinaannya manakala ragum yang terlalu berat dipandang menyukarkan pengguna untuk mengguna ataupun mengalihnya. Dengan itu, jelaslah bahawa bahan pemilihan yang saya pilih ini merupakan salah satu kelebihan yang boleh ditonjolkan.
Tambahan pula, kelebihan ragum ini termasuklah kaedah pengendalian yang mudah dan mudah alih. Hal ini demikian kerana pembinaan dan pengendaliannya agak ringkas dan tidak kompleks. Ia boleh diguna secara manual tanpa memerlukan ilmu pengetahuan yang sangat mendalam. Ia juga boleh dibawa ke mana-mana sahaja kerana ia tidak memerlukan motor, bekalan kuasa mahupun bateri untuk memberi kuasa kepadanya. Dengan itu, pengendalian yang mudah dan sifat mudah alih ini pasti menjadikan kerja amali pengguna lebih sempurna dan cepat kerana ia boleh diguna dan berfungsi dengan baik bila-bila masa sahaja.
Seperkara lagi, kos produk ini agak berpatutan dan lebih murah daripada ragum yang sedia ada yang diguna dalam industri. Hal ini kerana bahan pembinaannya mudah didapati dan kos bahan juga murah. Selain itu, kaedah pembinaan yang ringkas juga mengelakkan pembaziran bahan dan juga masa yang diperlukan. Dengan itu, jelaslah bahawa kos bahan, kos overhead dan kos upah yang rendah ini telah menjadikan produk ini ditawar dengan harga yang rendah. 
Sehubungan dengan itu, ragum ini agak selamat digunakan, mesra pengguna dan mesra alam. Dalam hal ini, rupa bentuknya dilihat agak selamat dan tidak membahayakan penggunanya. Setiap bahagian ragum ini dibina dengan begitu teliti dan sistematik sehinggalah tiada kewujudan apa-apa kesalahan dalam langkah pembinaan. Sebagai contohnya, besi tuang kelabu dan keluli telah dipotong, dikimpal dan dikisar dengan baik sehinggalah tidak ada bucu yang tajam. Ia juga selalu diperiksa secara teliti sebelum menjualnya kepada pengguna.

3.2        Kelemahan Produk
Setiap produk mesti mempunyai kelemahan. Antara kelemahan ragum ini termasuklah ia tidak dapat mengepit dan memegang benda kerja yang terlalu besar atau berat. Hal ini demikian kerana ragum ini bersaiz sederhana dan tidak mampu berfungsi efektif jika diguna untuk mengepit sesuatu benda kerja yang terlalu besar. Dalam hal ini, rahang ragum boleh dibuka dalam satu skala yang maksimum. Sekiranya ia diguna untuk mencengkam sesuatu bahan yang terlalu besar, bahan yang dicengkam akan rosak dan rahang ragum ini juga akan dirosakkan. Dengan itu, ia hanya sesuai diguna dalam mengepit sesuatu bahan yang bersaiz sederhana.
Selain itu, ragum ini tidak mempunyai skala ukuran. Dalam hal ini, pengguna dikehendaki mengukur panjangan sesuatu objek dengan tepat dan teliti sebelum mencengkamnya dengan mengguna ragum supaya objek yang dipotong nanti mendapat ukuran yang dikehendaki. Namun, kelemahan ini sememangnya boleh diatasi dengan mengubahsuaikan sedikit rupa bentuknya dengan menambahkan skala ukuran di tepi rahang ragum ini. Dengan itu, jelaslah bahawa kelemahan ini bukanlah masalah yang besar dan boleh diatasi sekiranya sesuatu pengubahsuaian dilaksanakan padanya.
Serentak dengan itu, ragum ini mestinya dipasang pada permukaan yang rata sebelum menggunakannya. Hal ini demikian kerana produk ini mempunyai tapak yang rata dan ia dikehendaki dipaku atau diskrew pada permukaan sesuatu benda yang rata misalnya sebuah meja yang rata. Sekiranya ragum ini dipaku pada permukaan yang tidak rata, keberkesanan akan dijejas dan cengkaman yang diberinya juga tidak kukuh dan tidak kuat.
Tapak untuk dipaku


3.3        Peluang Produk
Peluang produk ini termasuklah ia akan menjadi pilihan utama pengguna kerana kebanyakan pengguna terdiri daripada masyarakat komuniti sekitar. Mereka mungkin terdiri daripada suri rumahtangga, guru bengkel, guru pelatih, remaja yang berminat dalam bidang seni dan sebagainya. Bagi teknikal pakar pula, mereka mempunyai ragum yang berlainan di dalam industri mereka. Walau bagaimanapun, hal ini tidak bermakna mereka tidak akan menjadi pengguna produk ini. Hal ini kerana mereka tidak akan berada di dalam industri setiap masa, kadang-kala mereka juga perlu mengendali masalah kejuruteraan di dalam rumah atau syarikat. Dengan itu, ragum yang bersaiz kecil, mudah alih, cantik lagi murah ini mampu menarik minat mereka untuk membelinya.
Seterusnya, produk ini juga berpeluang dijadikan pihak bersaing kepada produk yang sedia ada di pasaran. Hal ini kerana ragum ini mempunyai banyak kelebihan jika dibanding dengan ragum yang lain. Kelebihan-kelebihan ragum ini telah dibincangkan di atas iaitu terdapat pelbagai fungsi yang dapat menepati kehendak pengguna, rupa bentuk yang agak menarik, saiz yang sesuai, bahan pembinaan yang dipilih agak tepat, sesuai dengan fungsinya dan tidak melebihi kos yang telah diperuntukkan, mempunyai ketahanan yang kukuh, kaedah pengendalian yang mudah, mudah alih, kos produk yang berpatutan dan lebih murah daripada ragum yang diguna dalam industri serta selamat digunakan, mesra pengguna dan juga mesra alam.

            Di samping itu, strategi penjualan produk secara langsung kepada pengusaha bengkel juga merupakan salah satu peluang untuk perkembangannya. Hal ini demikian kerana situasi menang-menang boleh diwujudkan daripada proses membeli dan menjual ini. Dalam hal ini, pengusaha yang beli boleh mendapat kesenangan dari keberkesanan fungsinya, manakala nama dan imej ragum ini juga akan ditingkatkan. Lama-kelamaan kemudian, produk ini mungkin terlonjak di persada antarabangsa dan dikenali oleh semua orang. Pelbagai pengubahsuaian yang sesuai juga boleh dilaksanakan terhadapnya supaya kualiti ragum ini dinaik taraf dan lebih menepati kehendak pelbagai pengguna.

3.4        Ancaman Produk
Ancaman produk pertama ini termasuklah terdapat persaingan produk sedia ada yang telah diguna oleh pengguna. Dalam hal ini, terdapat banyak jenis ragum yang telah biasa diguna oleh pengguna masyarakat sekarang misalnya ragum biasa, ragum putar dan ragum universal. Walaupun ragum yang saya reka ini mempunyai banyak kelebihan seperti yang telah dinyatakan tadi, namun sesuatu produk yang baharu memang susah menyakinkan bakal penggunanya. Hal ini demikian kerana pengguna lama telah biasa mengguna sesuatu produk berjenama dan tidak ingin mengambil risiko untuk menukar produk atau mencuba sesuatu yang baharu. Dengan itu, berkemungkinan besar ragum ini tidak dapat dijual dengan kuantiti yang besar. Terdapat tempoh percubaan yang lama untuk ragum ini sebelum nama dan imejnya ditingkatkan.
Serentak dengan itu, sekiranya kuantiti penjualan rendah, mestinya modal dan kos pembinaannya ditingkatkan. Hal ini demikian kerana pengeluaran produk secara banyak dapat menjimatkan masa, kos overhead (elektrik, penyelenggaran, kos telefon, kos perjalanan, kos perbelanjaan pemasaran, gaji pengurusan), kos bahan, kos upah dan sebagainya sepanjang proses pembinaan. Sebaliknya, sekira produk baharu yang diperkenalkan mendapat permintaan pengguna yang rendah, penghasilan produk mestilah akan memerlukan modal dan kos yang besar. Jika situasi ini berterusan, ada beberapa pilihan yang boleh dipilih iaitu membuat pinjaman bank untuk meneruskan pengeluaran produk ini, memberhentikan pengeluaran produk ini ataupun menjualkan idea dan hak paten produk ini kepada orang lain. Jelaslah bahawa ragum ini memang ada pelbagai ancaman yang perlu ditempuhi secara berhati-hati.




5.0      SENARAI BAHAN YANG DIGUNAKAN

Perkara
Bahan
Penerangan
Catatan Tambahan
1.    Tapak
Besi tuang kelabu
v  Besi yang mempunyai kandungan karbon antara 2.5%- 4% dan 1-3% silicon
v  Sering dijumpai (sekitar 70% besi tuang berwarna abu-abu). Mempunyai graphite yang berbentuk serpihan.
v  Sifat
·         Kemampuan las yang rendah.
·         Kemampuan mesin yang baik.
·         Memiliki kekuatan tarik dan ketangguhan yang lebih rendah
·         Rupa bentuk yang tepat, menarik, dan mempunyai saiz yang sesuai.
2.    Rahang penggerak




Keluli nirkarat
v  Komposisi
Ø  74% besi
Ø  8% karbon
Ø  18% kromium

v  Sifat
Ø  Berkilat dan cantik
Ø  Tahan tekanan dan kakisan
Ø  Keras
Ø  Lasak
·         Bahan yang dipilih mestilah tepat, sesuai dengan fungsinya dan tidak melebihi kos yang telah diperuntukkan.
·         Dapat meyakinkan pengguna untuk menggunakan produk.
3.    Batang berulir
4.    Tangkai pemutar
5.    Penutup tangkai pemutar




6.2      Lukisan Ceraian
G
I
F
E
C
D
A
B
H

Label
Perkara
Kuantiti
A
Rahang penggerak
1
B
Rahang tetap
1
C
Tangkai pemutar
1
D
Penutup tangkai pemutar
2
E
Batang berulir
1
F
Penahan batang berulir
1
G
Landasan
1
H
Tapak untuk dipaku
4
I
Kunci
2



7.0       STRATEGI PEMASARAN
            Menurut Kotler (2002), pemasaran adalah suatu proses sosial yang mana individu dan kelompok mendapatkan apa yang mereka perlu dan inginkan dengan menciptakan, menawarkan dan mempertukarkan produk yang bernilai dengan pihak lain secara bebas.
Strategi pemasaran adalah serangkaian tujuan dan sasaran, kebijakan dan aturan yang memberi arah kepada usaha-usaha pemasaran perusahaan dengan rencana, pelaksanaan dan evaluasi yang menyeluruh, terpadu dan menyatu di bidang pemasaran, yang memberikan panduan tentang kegiatan yang akan dijalankan untuk mencapai tujuan pemasaran suatu perusahaan.
            Terdapat empat elemen amat penting dalam strategi pemasaran yang dikenali sebagai 4P iaitu produk, harga, saluran agihan dan promosi. Bagi elemen produk, ragum yang saya reka ini boleh ditawarkan kepada pasaran untuk perhatian, pemilikan dan penggunaan yang boleh memuaskan kehendak dan keperluan pengguna. Hal ini kerana ragum ini mempunyai banyak kekuatan tidak kira dari aspek luaran ataupun dalamannya. Kelebihan-kelebihan ragum ini telah dibincangkan di atas iaitu terdapat pelbagai fungsi yang dapat menepati kehendak pengguna, rupa bentuk yang agak menarik, saiz yang sesuai, bahan pembinaan yang dipilih agak tepat dan sesuai dengan fungsinya, mempunyai ketahanan yang kukuh, kaedah pengendalian yang mudah, mudah alih, selamat digunakan, mesra pengguna dan juga mesra alam.
            Dari segi pembungkusan pula, ragum ini telah dibungkus dengan baik dan memenuhi ciri-ciri keselamatan. Hal ini demikian kerana produk ini bersaiz sederhana dan mempunyai berat yang sederhana, maka ia dianggap bahaya sekiranya diberinya kepada seorang kanak-kanak tanpa pemantauan orang dewasa. Dengan itu, ragum ini disimpan dengan kotak yang keras dan dibungkus dengan kemas. Tambahan pula, manual cara penggunaannya juga disediakan dalam setiap kotak supaya pengguna boleh mendapat ilmu pengetahuan tentang cara penggunaannya. Hal ini demikian kerana kesalahan dalam penggunaan ragum mungkin mencederakan tangan pengguna. Peringatan atau peraturan penggunaan adalah diwajibkan untuk menjaga keselamatan pengguna lagi menyakinkan pengguna baharu untuk membelinya.
            Seperkara lagi, pengguna ragum ini juga mendapat jaminan dan khidmat sampingan daripada pengeluar atau ejen-ejennya. Sekiranya ragum yang dibeli didapati kerosakan, pengeluar akan memberi khidmat sampingan sama ada memberi pampasan ataupun menggantikanya dengan ragum yang baik. pengguna juga boleh membuat aduan sekiranya terdapat apa-apa pendapat atau berasa ketidakpuasan terhadapnya. Dengan itu, jelaslah bahawa produk ini akan dijadikan pilihan utama pembeli kerana ia tidak sahaja mempunyai banyak kelebihan, malah pengeluar juga seorang yang prihatin dan bertanggungjawab, maka pengguna akan lebih yakin dan seronok untuk membelinya.
Seterusnya, salah satu elemen penting yang terkandung dalam strategi pemasaran ialah faktor harga. Harga adalah sejumlah wang yang dikenakan untuk sesuatu produk. Harga yang tercatat merupakan harga selepas mengambil kira unsur pembungkusan, pengeluaran, pengiklanan, pengangkutan dan margin keuntungan.  Penawaran harga yang berpatutan dan murah terhadap produk yang dikeluarkan secara tidak langsung memberikan rangsangan terhadap pengguna untuk mendapatkan produk tersebut. Sesungguhnya, harga juga ditentukan dengan mengambil kira kos pengeluaran, kos pengagihan dan struktur kos pesaing dalam pasaran.
Dalam konteks ini, semasa saya menetapkan harga untuk ragum yang saya reka ini, saya telah mempertimbangkan beberapa faktor dan antaranya termasuklah jumlah harga kos sebenar produk yang ditawarkan, menilai harga jualan yang ditawarkan oleh pesaing, menilai struktur diskaun yang akan diperkenalkan, menilai tanggapan pengguna sasaran terhadap nilai produk saya dengan pesaing. Selepas pertimbangan dilakukan, harga ragum yang saya tetapkan ini agak berpatutan dan lebih murah daripada ragum yang dijual oleh kebanyakan pesaing. Hal ini kerana bahan pembinaannya mudah didapati dan kos bahan juga murah. Selain itu, kaedah pembinaan yang ringkas juga mengelakkan pembaziran bahan dan juga masa yang diperlukan. Dengan itu, jelaslah bahawa kos bahan, kos overhead (elektrik, penyelenggaran, kos telefon, kos perjalanan, kos perbelanjaan pemasaran, gaji pengurusan), dan kos upah yang rendah ini telah menjadikan produk ini ditawar dengan harga yang rendah. 
Bukan itu sahaja, tempat atau saluran agihan merupakan elemen pemasaran untuk memastikan produk sampai kepada pengguna. Dalam konteks ini, strategi penempatan harus memudahkan pengguna dalam mengakses kepada produk yang ditawarkan oleh pengeluar. Kilang pengeluaran ragum dan syarikat ragum harus bertempat di lokasi yang strategik dan selesa supaya mudah dicari oleh pengguna misalnya di pusat perbandaran atau berdekatan dengan kawasan perumahan. Dalam memilih lokasi strategik, beberapa kriteria perlu diambil kira antaranya termasuklah saiz pesaing, sasaran pasaran, kemudahan asas yang ada seperti bekalan air dan elektrik, undang-undang dan kawalan zon yang ditetapkan oleh majlis kerajaan tempatan.
 Seterusnya, saluran agihan juga disebut sebagai saluran pengedaran dan ia sangat penting kerana dapat menentukan sama ada produk tersebut mudah diperolehi atau tidak. Agihan di sini membawa maksud pihak yang terlibat secara langsung atau tidak untuk memastikan produk yang ditawarkan sentiasa tersedia dan mudah didapati oleh pengguna. Secara ringkasnya bolehlah dikatakan dengan wujudnya saluran agihan ini akan dapat memastikan produk yang diperlukan berada tepat pada masa dan tempat yang diperlukan dan juga dalam kuantiti yang diharapkan. Dalam aspek ini, terdapat beberapa jenis saluran agihan yang boleh dijalankan dalam penjualan ragum ini seperti penjualan langsung (Direct Selling) dan juga penjualan melalui perantara (Intermediaries).
Bagi ragum yang saya cipta ini, penjualan melalui perantara boleh diadakan.  Penjualan melalui perantara bermaksud menggunakan orang tengah seperi pemborong, peruncit, ejen dan wakil pengilang bagi membolehkan barangan itu diperolehi dan didapati oleh pelanggan ataupun pengguna. Sesungguhnya, orang tengah diwujudkan untuk membantu syarikat dalam menjimatkan wang, masa dan tenaga. Mereka berperanan sebagai penghubung (mencari dan berkomunikasi dengan pembeli berpotensi), pemadan (membentuk dan menyesuaikan tawaran mengikut keperluan para pembeli, termasuklah aktiviti-aktiviti seperti pengeluaran, penggredan, pemasangan dan pembungkusan), perunding, pengagih fizikal (mengangkut dan menyimpan barangan) dan sebagainya.
Dalam konteks ini, penjualan ragum ini kadang-kala diadakan dalam jumlah yang banyak. Dengan itu, pengeluar ragum memerlukan ejen-ejen sendiri untuk menyalurkan pengeluaran produk itu kepada pemborong dan seterusnya kepada komuniti atau pengguna. Sebagai contohnya, pengeluar ragum ingin menjualkan produknya secara borongan kepada beribu-ribu sekolah teknikal. Pengeluar diri sendiri mungkin tidak berupaya mencapai harapan ini kerana proses penjualan ini memerlukan banyak masa, tenaga, modal dan juga jalinan sosial yang besar. Justeru, pengeluar boleh mendapatkan orang tengah iaitu ejen-ejennya untuk menjualkan produknya kepada seluruh dunia. Dalam hal ini, setiap ejen akan mencari pemborong atau pelanggan masing-masing untuk memperkenal dan menjualkan produk ini. Mereka akan memberi usaha yang banyak supaya mendapat peruntungan daripada penjualan produk ini misalnya mengadakakan promosi, memujuk pembeli dan sebagainya. Dengan itu, jelaslah elemen saluran agihan amat penting dalam strategi pemasaran untuk meningkatkan kuantiti permintaan ragum dan juga menjimatkan masa pengeluar dalam mencari pembelinya.
Kepentingan promosi juga tidak boleh dipandang remeh kerananya memainkan peranan yang penting dalam proses pemasaran. Promosi merupakan bentuk-bentuk komunikasi yang digunakan untuk memberitahu, mengingatkan dan juga memujuk pengguna mengenai sesuatu produk yang dikeluarkan ataupun dijual oleh sesebuah syarikat. Dalam aspek ini, ragum ini akan diperkenalkan kepada orang ramai melalui beberapa kaedah. Pertamanya, promosi ragum yang akan diguna ialah periklanan (advertising) dan publisiti. Hal ini demikian kerana promosi melalui media massa ini lebih mudah, murah, bebas dan juga mempunyai liputan yang lebih luas. Sebagai contoh, iklan-iklan ragum dan poster ragum boleh ditampal di tempat yang mempunyai orang ramai misalnya perhentian bas dan juga bank-bank pusat perbandaran untuk membentuk atau menciptakan kesedaran dan pengetahuan tentang produk kepada orang ramai. Seterusnya, kekuatan ragum juga boleh dirakam dalam teks, grafik, audio dan video untuk disiarkan dalam televisyen mahupun radio melalui media massa di seluruh dunia.
Selain itu, bentuk promosi secara personal ataupun disebut sebagai penjualan tatap muka juga boleh diadakan. Penjualan tatap muka adalah kegiatan mempromosikan suatu produk dengan cara pergi ke tempat pengguna berada. Dalam hal ini, penjual ragum dikehendaki membuat penyelidikan untuk mencari pembeli yang mempunyai pengaruh besar atau berpotensi besar untuk membeli produknya. Sebagai contohnya, penjual ragum akan membuat kajian untuk mengetahui bakal pembeli yang berpotensi iaitu sekolah-sekolah teknikal, institusi yang mempunyai mata pelajaran Pendidikan Teknikal dan Vokasional, pengusaha industri motor, ketua panitia RBT, bengkel-bengkel maktab dan sebagainya. Selepas penyelidikan dibuat, penjual boleh menghubungi pihak berkenaan untuk menjalin hubungan dengan mereka sambil memperkenalkan ragum ini. Dengan penjualan tatap muka ini, penjual boleh mendemonstrasikan cara penggunaan ragum dan menganalisiskan kekuatan serta kelemahan ragum ini kepada pembeli untuk menyakinkan mereka tentang keberkesanan ragum ini.
Seperkara lagi, promosi penjualan ragum boleh diadakan melalui penggunaan pelbagai insentif yang dapat diatur untuk merangsang pembelian produk dengan segera dan meningkatkan jumlah barang yang dibeli pelanggan selain mengimbangkan kegiatan pesaing. Dalam hal ini, terdapat alat-alat yang digunakan dalam penjualan seperti kupon, undian, paket harga, tawaran wang kembali, perlombaan, promosi dagang, pemotongan harga dan hadiah boleh diadakan untuk mendorong pelanggan membeli dan juga untuk menarik perhatian pelanggan baru. Sebagai contoh, satu set kikir parut dan mesin gerudi akan dihadiah kepada sesiapa yang membeli ragum sebanyak 60 buah ke atas. Pemotongan harga sebanyak RM10 akan diberi kepada 100 orang pembeli ragum yang pertama. Promosi sebegini memang dapat menarik perhatian pembeli dan sedikit sebanyak akan meningkatkan nama ragum dalam kalangan masyarakat.



8.0       CARTA ALIR PROSES PENULISAN
Mula
Taklimat Kerja Kursus dan Memahami Kehendak Soalan

Penulisan Pernyataan Masalah dan Penyelidikan
Penulisan Reflektif
Mencari Maklumat dan Penulisan Strategi Pemasaran
Mencari Maklumat dan Penulisan Pengenalan Ragum
Melukis Projek (Autocad) dan
 Menyenaraikan Bahan yang Digunakan

Perkembangan idea (melukis 3 lakaran) dan
Memilih Projek yang Dikehendaki
Carta Alir Proses Penulisan dan Carta Gantt
Pencetusan Idea (Analisis SWOT)
 




9.0       CARTA GANTT PROSES
BIL
PROSES
MINGGU
1
2
3
4
5
6
1.
Taklimat Kerja Kursus dan Memahami Kehendak Soalan






2.
Mencari Maklumat dan Penulisan Pengenalan Ragum






3.
Penulisan Pernyataan Masalah, Penyelidikan dan Pencetusan Idea (Analisis SWOT)






4.
Perkembangan idea (melukis 3 lakaran) dan Memilih Projek yang Dikehendaki






5.
Melukis Projek (Autocad) dan Menyenaraikan Bahan yang Digunakan






6.
Mencari Maklumat dan Penulisan Strategi Pemasaran






7.
Carta Alir Proses Penulisan dan Carta Gantt






8.
Penulisan Reflektif










10.0     PENULISAN REFLEKTIF
Saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang ditetapkan. Kekuatan saya dalam melaksanakan tugasan projek ini ialah saya seorang yang sabar dan tabah semasa menghadapi masalah. Saya tidak mudah putus asa walaupun masalah itu agak susah untuk dihadapi. Saya akan selalu mengingatkan diri sendiri supaya selalu bersikap positif dan optimis semasa menghadapi masalah. Saya tidak berasa malu semasa meminta tunjuk ajar daripada kawan mahupun pensyarah. Saya juga sentiasa memotivasi dan menggalakkan diri sendiri sepanjang tempoh melaksanakan tugasan.
Kekuatan keduanya termasuklah saya seorang yang kreatif dan suka berimaginasi. Hal ini sangat penting kerana seorang yang kreatif dan suka berimaginasi akan selalu membuat perubahan dan inovasi terhadap persekitarannya. Sebagai contoh, saya cekap dan bijak dalam menghasilkan sebuah lakaran yang berkualiti dalam masa yang pendek. Dalam hal ini, saya telah merujuk kepada pelbagai jenis ragum dan seterusnya telah mencampuradukan kesemua idea-idea ini menjadi satu idea yang bernas. Dengan itu, sifat saya sebegini banyak membantu saya dalam menghasilkan lakaran ragum yang disukai.
            Kelemahan saya semasa melaksanakan tugasan projek ini ialah saya tiada keyakinan kerana tidak faham kehendak tugasan secara keseluruhannya. Saya berasa keliru kerana kehendak-kehendak soalan agak banyak dan hal ini telah mengelirukan saya. Saya juga tidak pasti adakah maklumat yang saya dapat ini adalah tepat dan benar. Saya juga tidak pasti adakah isi penulisan akademik memenuhi kehendak soalan.  Dengan itu, saya telah mengatasi masalah ini dengan meminta tunjuk ajar daripada rakan sekelas dan juga menimba ilmu pengetahuan secara banyak-kebanyakan yang boleh saya dapati melalui internet.
            Kelemahan kedua termasuklah ketidakcekapan saya dalam penggunaan perisian AutoCAD. Dalam hal ini, saya seorang yang tidak begitu mahir dalam TMK lebih-lebih lagi bagi perisian yang diperkenal baharu ini. Kadang-kala, saya berasa cemas kerana tempoh hantar kerja kursus sudah mendekati tetapi saya masih berada dalam peringkat percubaan. Sebagai contohnya, saya tidak tahu cara membuat batang yang berulir Saya telah banyak menghabiskan masa dalam percubaan satu demi satu. Kemudian, saya telah mengatasi masalah ini dengan melayari internet dan akhirnya saya telah mendapat cara penyelesaian dalam sebuah tutorial youtube.
Sebenarnya, saya telah mempelajari banyak kemahiran dan ilmu pengetahuan semasa menjalankan kerja kursus ini. Pertamanya, saya lebih memahami fungsi dan jenis ragum. Sebagai contohnya, terdapat tiga jenis ragum yang biasa dijumpai iaitu ragum biasa, ragum putar dan ragum universal. Saya telah lebih mengenal ragum ini dan juga mendapati setiap jenis ragum ini mempunyai kegunaan yang lebih spesifik walaupun fungsi utama ketiga-tiga ragum adalah untuk mengepit benda kerja.
Selain itu, saya juga berjaya menghasilkan lukisan ragum yang diingini. Dalam hal ini, saya telah membuat penyelidikan banyak untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selepas itu, saya telah mengenal pasti kelebihan, kelemahan, peluang dan ancaman produk serta strategi pemasarannya selepas memilih dan menghasilkan satu lakaran ragum yang dapat memenuhi kehendak pengguna. Mengikut SWOT yang dianalisis, saya boleh membandingkan ciri-ciri produk saya dengan ragum sedia ada di pasaran dan seterusnya membuat perubahsuaian supayanya dinaik taraf dan dikenali oleh semua orang.
Ketiganya, saya juga berpeluang belajar cara menyunting dan mengubahsuai sebuah lukisan. Hal ini sangat berbeza dengan membuat lukisan kerja secara manual kerana lukisan kerja secara manual memerlukan perkakasan yang banyak lagi mahal harganya. Sebaliknya, jika menggunakan perisian AutoCAD, kerja yang dilakukan menjadi mudah dengan hanya menggunakan peranti komputer sahaja tanpa membuang masa yang banyak. Pada masa yang sama, lukisan yang dihasilkan lebih kemas dan tepat.  Perintah-perintah yang digunakan dalam perisian AutoCAD memberi fungsi yang tepat dan sangat bersesuaian dengan kehendak kerja melukis. 
            Sehubungan dengan itu, ancaman yang telah saya hadapi semasa menyiapkan tugasan ini adalah kekangan masa. Hal ini kerana saya juga mendapat banyak tugasan mata pelajaran lain secara serentak antaranya termasuklah dua kerja kursus mata pelajaran EDU, satu lagi kerja kursus RBT dan juga tiga projek yang diperlu dilaksanakan semasa praktikum serta tugasan penyelidikan pendidikan. Dalam hal ini, saya telah mengatasi masalah ini dengan mengaplikasikan kemahiran mengurus masa. Saya telah mengurangkan masa tidur dan juga masa beriadah untuk menghabiskan tugasan supayanya boleh disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan secara sempurna. Seperkara lagi, ancaman seterusnya termasuklah kerosakan pencetak. Masalah teknikal kerap berlaku dan saya dikehendaki mengendalinya dengan cekap. Sebagai contohnya, kertas telah disekat dalam pencetak semasa saya ingin mencetak kertas kursus. Saya telah mengenal pasti masalah ini dan mengendalinya secara teliti berdasarkan arahan-arahan teknikal manual yang dibekal bersama pencetak semasa membelinya.
Kesimpulannya, saya telah mendapat satu pengalaman yang baharu dan berharga selama melaksanakan tugasan projek ini. Saya berjanji akan terus berusaha untuk meningkatkan kekuatan saya dan juga mengatasi kelemahan saya dengan meminta tunjuk ajar daripada pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan saya. Tugasan yang saya buat ini mungkin bukan tugasan yang terbaik tetapi saya telah berusaha dengan bersungguh-sungguh semasa melakukannya. Dengan itu, saya berharap pengorbanan masa dan tenaga saya ini tidak akan dibazirkan dengan sia-sia itu sahaja. Sekian, terima kasih.



BIBLIOGRAFI

Alan T.H. Khoo (2000). Step by Step AutoCAD LT. (1st ed.). Kuala Lumpur: Federal
             Publications Sdn. Bhd.

Anis Idris. (2015). Bab 3 lukisan teknik-unjuran ortografik. Dicapai dari
               https://www.slideshare.net/anis_idris/bab-3-lukisan-teknik-unjuran-ortografik

Bud Smith (1999). AutoCAD Release 14 for Dummies. Foster City: IDG Books Worldwide.

Daryanto. (2002). Mesin Perkakas Bengkel. Jakarta: PT Bina Adiaksara dan PT Rineka
             Cipta
David Byrnes & Mark Middlebrook (2006). AutoCAD 2007 for Dummies. Indianapolis:
           Wiley Publishing.

Finkelstein, E. (2005). AutoCAD 2006 and AutoCAD LT 2006. Indianapolis: Wiley Pub.

Friend, M. (2005). Special education: Contemporary perspectives for school professionals.
            Boston: Pearson Education.

Galang Dimas Pratama. (2014). Teknik Pemesinan-Ragum. Dicapai dari
            http://infopemesinan.blogspot.my/2014/05/ragum-vise-ragum-adalah-suatu-
            alat.html

Hatena Contenna. (2012). Lukisan Teknik (Elektif)–Modul. Dicapai dari
           https://www.scribd.com/doc/81451937/Lukisan-Teknik-Elektif-Modul

Jual Alat Teknik. (2015). Pengertian Ragum dan Beberapa Jenis Serta
           Fungsinya
. Dicapai dari https://www.tokootomotif.com/pengertian-ragum-dan-
           beberapa-jenis-serta-fungsinya/

Khairul Anwar Hanafiah (2000). Lukisan kejuruteraan berbantukan komputer. Johor:
            Cetak Ratu Sdn. Bhd.

Leach, James A., Bledsaw & Thomas, D. (2012). Autocad 2012 Instructor A Student Guide
           To Complete Coverage Of Autocad's Commands And Features
. New York:
           Mcgraw-Hill.
Omura, George. (2009). Introducing AutoCAD 2009 and AutoCAD LT 2009. Indianapolis:
            Wiley Pub.

Seon, F. et al. (1994). Inside AutoCAD R13 for Windows and Window NT. Indiana: New
            Rider Publishing.

Wardah. (2017). Bab 6 Luk Teknik KT. Dicapai dari
             https://www.academia.edu/28956316/KHB_Tgk_2_Bab_6_Luk_Teknik_KT

Wijayanto, Danar Susilo & Yuyun Estriyano. (2005). Teknologi Mekanik Mesin Perkakas.
              Solo: Lembaga Pengembangan Pendidikan
Wilson, John. (2000). Autocad 2000 3D Modeling: A Visual Approach. Albany, NY:
            Autodesk Press.

 Yarwood, A. (2011). Introduction To Autocad 2012 2D And 3D Design. Oxford: Newnes.


No comments:

Post a Comment