Wednesday 20 July 2016

folio RBT haiwan kesayangan

这是我上个学期绞尽脑汁,花了好多时间做的folio, 现在分享给大家。
我的仓鼠(祥祥、瑞瑞、安安、康康、还有一个来不及给名的)永远是最可爱的


        

JENIS-JENIS DAN CONTOH SPESIS
JENIS
CIRI UMUM
Hamster siria
·         Suka hidup menyendiri terutamanya apabila mencapai usia 2 atau 3 bulan.
·         Hamster siria sebaiknya tidak dibiakkan ketika berusia satu tahun kerana induknya berisiko tinggi untuk mengalami keguguran serta kematian induk atau anaknya.
·         Boleh hidup sehingga 2 hingga 5 tahun.


Hamster campbell rusia
·         Boleh mencapai panjang antara 9-12 cm dengan berat sekitar 22 – 28 gram
·         Mempunyai bentuk tubuh yang membulat.
·         Hamster jamtan lebih panjang dengan kaki dan ekor yang berbulu.
·         Usia antara 1-2 tahun dan ada yang boleh hidup sehingga 4 tahun
·         Suka menggigit apabila terasa diganggu.


Hamster winter white rusia
·         Memiliki bentuk tubuh yang lebih bulat berbanding dengan hamster campbell rusia.
·         Muncungnya bulat dan matanya besar.
·         Dapat mencapai panjang sekitar 7-9 cm dengan berat antara 20-28 gram.
·         Usia sekitar 1-2 tahun dan ada yang mencapai usia sehingga 4 tahun.

Hamster roborovski
·         Hamster terkecil yang boleh dipelihara oleh manusia.
·         Hidup dalam lubang sedalam 50-150 cm
·         Besaiz antara 4-5 cm ketika dewasa.
·         Mukanya berbulu lebat.
·         Mempunyai satu variasi warna iaitu coklat kekuningan di bahagian luarnya dan coklat tua di bahagian dalamnya, dada dan perutnya putih bersih.
·         Boleh hidup sehingga usia 3-5 tahun.

Hamster cina

·         Tergolong dalam hamster berekor panjang.
·         Panjang ekornya sekitar 2cm.
·         Ukuran maksimum tubuh hamster cina boleh mencapai 10cm dari hujung muncung sehingga ekornya dengan berat sekitar 40 gram.
·         Boleh hidup sehingga 2-4 tahun.


1.0 Penulisan Pemikiran Kritis dan Cadangan Penambahbaikan
     yang Sesuai Untuk Meningkat Penghasilan Hamster

Melalui pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan pemeliharaan ikan hiasan, saya telah mempelajari banyak ilmu pengetahuan yang baharu dan kefahaman saya terhadap hamster menjadi lebih mendalam iaitu dari sifat fizikal sehinggalah ke tabiat pemeliharaan hamster. Pertamanya, saya telah mengenal pasti pelbagai jenis hamster. Antaranya termasuklah hamster Siria, hamster Campbell Rusia, hamster Wnter White Rusia, hamster Cina dan juga hamster Roborovski.

Dengan mempunyai ilmu pengetahuan ini, saya boleh memilih hamster kesukaan dengan yakin diri kerana telah mengenal pasti sifat fizikal dan tabiat umumnya. Sebagai contohnya, saya dan ahli kumpulan telah membela dua ekor hamster Roborovski dan saya telah dapat mengenal pasti ciri umumnya. Dalam hal ini, saya tahu hamster jenis ini merupakan hamster terkecil yang boleh dipelihara oleh manusia. Ia hidup dalam lubang sedalam 50-150 cm dan bersaiz antara 4-5 cm ketika menjadi dewasa. Seterusnya, mukanya berbulu lebat dan hamster jenis ini mempunyai satu variasi warna iaitu coklat kekuningan di bahagian luarnya dan coklat tua di bahagian dalamnya, dada dan perutnya putih bersih. Hamster jenis ini boleh hidup sehingga usia 3-5 tahun. Dengan mempunyai ilmu pengetahuan ini, saya boleh menjelaskan ciri-ciri ini kepada murid-murid saya pada masa depan sekiranya ada mengajar subjek ini.


Selain itu, saya juga mempelajari cara memilih alat kelengkapan dan bahan-bahan yang perlu diguna semasa memelihara hamster. Misalnya, saya telah mempelajari tentang cara memilih sangkar/akuarium, bekas makanan dan minuman, bekas pasir mandi, makanan, bahan bedding, permainan dan sebagainya. Dengan mempunyai ilmu pengetahuan ini, saya boleh memilih alat kelengkapan dan bahan-bahan yang sesuai bagi hamster saya. Sebagai contohnya, terdapat pelbagai sangkar untuk hamster di pasaran, misalnya sangkar mudah alih beroda, sangkar gantung, sangkar kecil, perumahan kekal batu atau besi dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sangkar kecil setingkat yang dibina besi telah saya guna kerana ia lebih mudah alih, lebih ringan, kelihatan lebih kemas berbanding bekas aquarium kaca/plastik, menyediakan ruang pengudaraan yang cukup, lebih mudah memasang aksesori seperti roda, botol air dan rumah. Jelaslah bahawa saya telah mendapat faedah daripada maklumat yang saya kumpul ini dan saya telah mengamalkan kemahiran itu dalam kehidupan sebenar.

Seperkara lagi, saya juga mempelajari ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan penyediaan sangkar dan peralatan serta faktor pemilihan lokasi untuk menempatkan sangkar. Dengan mempunyai ilmu pengetahuan ini, saya dapat mereka satu landskap sangkar yang baik dan sesuai untuk hamster saya. Seterusnya, saya juga menempatkan sangkar saya di tempat yang sesuai dengan berpandukan faktor-faktor pemilihan lokasi untuk menempatkan sangkar, misalnya jangan mendedahkan hamster pada cahaya panas terik. Suhu yang sesuai untuk hamster ialah 18 °C-22 °C. Bukan itu sahaja, saya juga mementingkan keselamatan lokasi untuk menempatkan sangkar. Saya telah meletakkan hamster saya di tempat yang selamat dari gangguan manusia ataupun gangguan haiwan yang lain.

Sementelahan pula, saya telah memperoleh ilmu pengetahuan baharu yang berkaitan dengan pengurusan, penyediaan dan penjagaan hamster. Sebagai contohnya, saya telah mempelajari tentang jenis-jenis makanan yang boleh beri kepada hamster. Sesungguhnya, hamster merupakan haiwan omnivor tetapi juga ada makanan yang tertentu untuknya. Makanan yang baik untuk hamster termasuklah campuran biji bijian, kekacang, jagung dan pelet. Campuran ini mengandungi vitamin lengkap yang diperlukan hamster. Dengan mempunyai ilmu pengetahuan ini, saya boleh memilih makanan yang sesuai untuk hamster saya. Dalam hal ini, saya tidak akan memberi makanan yang sudah dicampur dengan unsur perisa kepada hamster saya. Jeruk, makanan berkarbonat, makanan manis, coklat dan gula-gula juga saya elakkan. Saya telah memberi hamster makan makanan yang sesuai iaitu buah dan sayur seperti epal, lobak merah, timun, kobis, salad, tomato, pisang, pelbagai jenis kacang dan sebagainya.

Tambahan pula, saya telah memperoleh ilmu pengetahuan baharu yang berkaitan dengan penyakit yang biasa menyerang hamster. Antaranya termasuklah selesema, cirit-birit, kulat, kutu dan keguguran bulu. Dengan mempunyai ilmu pengetahuan sebegini, saya dapat menjaga hamster dengan lebih yakin dan tidak akan menjadi kelam kabut sekiranya hamster sakit kerana saya sudah mempunyai ilmu pengetahuan yang berkaitan dan dapat mengambil tindakan susulan yang betul. Misalnya, jika seseekor hamster diserang selesema, ia dapat dilihat dari tanda-tanda seperti bersin, keluar cecair dari mata dan hidung, mata separuh tertutup dan tidur di salah satu sudut sangkar. Selepas tanda-tanda dikenal pasti, penternak hendaklah menghantarnya berjumpa dengan doktor haiwan dan juga memindahkannya ke tempat yang lebih panas. Seterusnya, letakkan sebanyak mungkin serbuk kayu dalam sangkar dan memberi campuran susu, air dan madu sebagai ubat kepadanya.
           
Cadangan penambahbaikan yang sesuai untuk meningkatkan penghasilan hamster

        Pertamanya, kebersihan sangkar dan peralatan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan penghasilan hamster. Misalnya, serbuk kayu perlu diganti secara rutin. Untuk sangkar kecil, 3-4 hari sekali, untuk sangkar besar, seminggu sekali. Selain itu, alatan permainan seperti roda berputar dan terowong kecil juga harus selalu dibersihkan kerana hamster selalu membuang najis di merata-rata tempat. Dalam hal ini, persekitaran yang bersih dapat mengelakkan hamster menghidapi penyakit dan juga menggalakkan pembiakan hamster.

Seperkara lagi, suhu juga sangat penting bagi hamster. Sesungguhnya, suhu yang sesuai untuk hamster ialah 18 °C-22 °C. Penurunan suhu secara berlebihan ataupun udara yang panas akan menyebabkan hamster dijangkiti selesema. Manakala, kelembapan yang terlalu tinggi mungkin menyebabkan jangkitan penyakit (kulat) pada hamster. Dengan itu, pastikan lokasi sangkar hamster terlindung dari hujan dan angin kuat.

            Di samping itu, keamatan cahaya juga harus diberi perhatian. Jangan mendedahkan hamster pada cahaya panas terik. Jangan meletakkan hamster di tempat gelap kerana keadaan ini akan menyebabkan mereka merasa tidak selesa dan tidak selamat. Selain itu, sangkar yang dipilih juga harus cukup besar, bertingkap dan mampu menyediakan ruang pengudaraan yang baik. Hal ini kerana persekitaran yang kondusif menggalakkan pembiakan hamster.

Akhirnya sekali, aspek kebisingan dan aspek keselamatan juga harus dipentingkan sekiranya ingin meningkatkan pembiakan hamster. Bagi aspek kebisingan, kajian telah menunjukkan bahawa haiwan seperti hamster ini tidak boleh dikejutkan kerana hamster yang terkejut akan bertindak mempertahankan diri. Pendengaran hamster amat tajam, justeru elakkan meletakkan hamster di tempat yang bising. Jika dilihat dari aspek keselamatan pula, penternak haruslah meletakkan hamster di tempat yang selamat dari gangguan manusia ataupun gangguan haiwan yang lain. Bukan itu sahaja, sangkar juga perlu diletakkan jauh dari objek yang berbahaya. Tuntasnya, seseorang penternak haruslah mementingkan aspek-aspek yang dinyata seperti yang di atas sekiranya ingin meningkatkan pembiakan hamster.




2.0 Perancangan Penyediaan dan Penjagaan
2.1       Rancangan Kerja
Hari
Minggu 1
Minggu 2
Minggu 3
Minggu 4
Isnin
Menjinakkan hamster/ Menukar pasir mandi yang baharu

Menukar makanan dan minuman yang baharu

Menjinakkan hamster/ Menukar pasir mandi yang baharu
Menukar pasir mandi yang baharu
Selasa
Menukar makanan dan minuman yang baharu

Menukar pasir mandi yang baharu
Menukar makanan dan minuman yang baharu

Menukar makanan dan minuman yang baharu

Rabu
Menjinakkan hamster/ Menukar pasir mandi yang baharu

Menjinakkan hamster
Menukar pasir mandi yang baharu
Menukar pasir mandi yang baharu
Khamis
Membersihkan alatan permaianan
Membersihkan alatan permaianan

Membersihkan alatan permaianan
Membersihkan alatan permaianan
Jumaat
Menukar makanan dan minuman yang baharu


Menukar makanan dan minuman yang baharu
Menjinakkan hamster
Menukar makanan dan minuman yang baharu

Sabtu
Menjinakkan hamster/ Menukar pasir mandi yang baharu

Menjinakkan hamster/ Menukar pasir mandi yang baharu
Menukar makanan dan minuman yang baharu

Menukar pasir mandi yang baharu
Ahad
Membersihkan sangkar/ Membuang habuk kayu
Membersihkan sangkar/ Membuang habuk kayu

Membersihkan sangkar/ Membuang habuk kayu
Membersihkan sangkar/ Membuang habuk kayu



2.2       Langkah-langkah Kerja

ü  Pembersihan dan membasmi kuman peralatan
Buang semua serbuk kayu yang terdapat di dalam sangkar. Jika masih bersisa akan menyebabkan penyakit kepada hamster terutama yang disebabkan kulat. Bersihkan dengan menggunakan sabun dan semburkan ubat anti bakteria pada sangkar. Ini untuk membunuh bakteria dan kulat yang tumbuh di serbuk kayu yang lembap atau pada bekas makanan. Keringkan sangkar dengan betul dengan mengelap atau menjemur di bawah matahari supaya cecair pembersih tidak dimakan oleh hamster. Bersihkan semua kelengkapan yang terdapat di dalam sangkar. Kebiasaannya, permainan hamster boleh dibuka dan dipasang dengan mudah. Cuci bekas makanan dan botol minuman sekerap yang mungkin supaya hamster sihat.

ü  Penyediaan sangkar
Buka bahagian atas sangkar dan letakkan serbuk kayu di dalamnya. Meramasnya beberapa kali agak serbuk tidak bergumpal. Ratakan sehingga menutupi permukaan sangkar setinggi 2-3cm. Atur semua aksesori dan permainan hamster dalam sangkar mengikut kemahuan. Isikan bekas makanan dan botol minimum. Berikan makanan hamster secukupnya. Makanan berlebihan akan menyebabkan pembaziran. Hal ini kerana hamster suka makanan segar dan baru. Makanan diberi mengikut keperluan dan diganti sekerap mungkin. Sisa makanan dibuang sebelum diisi kembali. Botol minuman dibersihkan 3 hari sekali. Pasang bahagian atas sangkar dan letakkan hamster ke dalamnya. Pintu sangkar ditutup untuk mengelakkan hamster keluar.

Keperluan lain yang diperlukan oleh hamster ialah habuk kayu. Kebiasaannya, habuk kayu digunakan sebagai alas sangkar hamster. Walau bagaimanapun, habuk kayu ini mempunyai pelbagai fungsi iaitu sebagai gentian yang menyerap urin hamster. Justeru itu, penggantian habuk kayu perlu dilakukan kerap kali untuk mengelakkan daripada pembiakan bakteria yang boleh mendatangkan penyakit pada hamster. Penggunaan surat khabar sebagai alas sangkar hamster tidak digalakkan. Hal ini kerana dakwat pada surat khabar sangat berbahaya dan mempunyai bahan kimia yang boleh menyebabkan bulu hamster menjadi kotor. Pada peringkat awal, hamster akan memeriksa seluruh isi sangkar. Setelah selesa, barulah hamster bermain dan tidur di dalam.

ü  Kelengkapan dalam sangkar
Bekas makanan dan botol minuman adalah kelengkapan yang paling penting. Selain itu hamster boleh diberikan rumah-rumahan, roda berputar, tempat mandi dan tandas. Tempat mandi merupakan sebuah bekas segiempat yang diisi dengan pasir khas untuk hamster. Tempat mandi berfungsi seperti bilik air manusia, iaitu hamster buang air dan mandi pasir


2.3       Program Pembiakan Hamster

Induk Jantan
1.    Tempoh subur hamster jantan  adalah 18 bulan.
2.    Tanda hamster bersedia untuk mengawan ialah hamster akan mengaru belakangnya.
3.    Testis hamster jantan juga akan membesar dan jelas kelihatan menandakan ia sudah matang untuk mengawan.
4.    Hamster jantan juga akan mencium alat kelamin hamster betina untuk menandakan ia sudah bersedia untuk mengawan.
5.    Proses mengawan biasanya mengambil masa 15 minit.
Alat kelamin hamster jantan

Induk Betina
1.    Umur induk betina yang  berusia 4 hingga 11 bulan dengan bentuk tubuh dan badan yang sihat adalah sesuai untuk proses mengawan.
2.    Pada usia 12 bulan biasanya hamster betina tidak boleh bunting lagi.
3.    Jika hamster bunting sebelum mencapai usia 12 bulan kemungkinan anak hamster akan mati serta hamster betina itu sendiri akan lemah atau mati.
4.    Tempoh mengawan hamster betina siria 4 hari sekali biasanya pada waktu malam  sekitar 8 malam sehingga 7 pagi
5.    Anak akan lahir dalam tempoh 16 hari.
Alat kelamin hamster betina
Hamster jantan memiliki testis yang besar sesuai dengan ukuran tubuh mereka. Hamster betina memiliki 2 lubang tertutup bersama, sementara hamster jantan memiliki genital dan anal akan bertindak membuka lubang tersebut. Hamster akan mengawan pada usia yang berbeza bergantung kepada jenis hamster tersebut. Tetapi kebiasaannya, hamster akan mengawan pada usia sekitar satu hingga tiga bulan. Hamster jantan dapat menghasilkan benih pembiakan sepanjang jangka hayatnya namun, tidak pada hamster betina.

Proses pengawanan

Tunggu sehingga dewasa. Umumnya bagi Syrian (5 bulan), Winter white (3 bulan) dan Roborovski (8 bulan) Letakkan pasangan hamster yang telah dipilih di dalam satu “wadah penjodohan” (sangkar). Terdapat kemungkinan hamster tersebut akan bergaduh. Jika berlaku, asingkan selama satu hari kemudian letakkannya bersama semula.

Lakukan perkara yang sama jika masih bergaduh sehingga kedua-duanya dapat hidup bersama aman dan damai. Tempoh mengawan hamster betina setiap 4 hari sekali. Hamster betina biasanya boleh mengawan pada waktu malam sekitar 8 hingga waktu pagi. Untuk mengetahui hamster telah bersedia untuk mengawan, ia akan menggaru belakangnya. Jika hamster betina berdiri diam tidak bergerak dengan mengangkat ekornya ke atas dan matanya separuh tertutup, ia beerti telah bersedia untuk mengawan. Semasa mengawan, biasanya betina akan mengeluarkan bau-bauan khas yang sangat kuat.Jantan akan mengikut di belakang betina sambil menghidu mulut dan kepala betina.

Jika betina tidak menolak, mereka akan berdekatan dan saling menciumi bahagian hidung masing-masing. Jantan akan berada di belakang tubuh betina untuk beberapa saat dan dilakukan berulang-ulang, proses perkahwinan akan berjalan Setelah proses mengawan selesai, peringkat seterusnya adalah menunggu kelahiran anak-anak hamster. Setelah selesai proses persenyawaan, anak-anak hamster akan lahir dalam tempoh lebih kurang 16 hari.


Tempoh Bunting dan melahirkan anak

Induk bunting tidak menerima hamster jantan. Ia menjadi garang dan agresif. Dalam masa 10 hari, perut membesar dan puting susu keluar dan jelas merupakan tanda ketara hamster bunting. Banyak terjadi di mana pemilik tidak sedar hamster bunting. Pisahkan dalam sangkar khusus.

Syria:16 hari selepas mengawan
Winter white:18-21 hari selepas mengawan
Roborovski: 23-30 hari selepas mengawan


Penjagaan induk bunting

Perilaku hamster bunting diperhatikan. Kuantiti makanan yang diperlukan meningkat. Peningkatan berat badan, tubuh kelihatan gemuk, perut membulat. Menjadi lebih agresif. Membentuk sarang. Putting susu menonjol. Perlukan penjagaan dengan mengelakkan sebarang gangguan terhadap hamster. Pisahkan dengan pasangannya. Berikan makanan dan nutrisi yang mencukupi. Membekalkan “beddding” yang tebal. Letakkan hamster di tempat yang tenang.

Pengurusan ibu dan anak selepas kelahiran. Sebelum beranak, hamster akan menekan otot perutnya 2-3 kali dan mendekatkan tubuhnya ke dasar alas kandang. Tidak lama kemudian bayinya akan lahir satu per satu dengan jarak sekitar 10 minit dari induk. Bayi hamster lahir dalam keadaan sudah bergigi.

Hamster yang baru beranak dan anaknya tidak boleh diganggu. Jika dilakukan, induk hamster tidak mahu lagi menyusui bayinya, bahkan memakan habis anak-anak yang baru dilahirkannya. Hal ini disebabkan adanya bau lain yang menempel di tubuh anak hamster yang tersentuh tangan. Bagi Winter White & Roborovski, proses kelahiran berlangsung dengan cepat dan jeda waktu kelahiran bayi hamster yang satu dengan yang lain hanya beberapa saat. Induk Winter White secara naluri langsung mengumpulkan anak-anaknya di dalam sebuah cekungan yang telah dibuatnya. Biasanya, cekungan ini terletak di sudut kandang.

Penjagaan anak hamster
·         Jangan memegang bayi hamster yang baru lahir.
·         Jangan memisahkan induk hamster dengan bayi-bayinya.
·         Jangan terlalu sering melihat induk hamster tersebut.
·         Berilah serbuk kertas atau kain agar bayi hamster tidak kedinginan.
·         Jangan membersihkan kandangnya selama 2 minggu sejak kelahiran bayi hamster.





2.4       Rekod Kerja Harian
Masa
Rutin
8:00 pagi- 9:00 pagi
Menjinakkan hamster
12:00 pagi-1:00 tengah hari
Membersihkan alatan permaianan
4:00 petang-5:00 petang
Memberi makanan
6.00 petang-6.20 petang
Menukar  pasir mandi
7:00 petang-7.20 petang
Menjinakkan hamster




2.5       Bajet, Kos Perbelanjaan
Bahan
Bajet (RM)
Kos Perbelanjaan (RM)
Hamster
12
14
Alat Permaian
20
20
Sangkar
20
20
Makanan
8
6
Habuk Kayu
14
17
Pasir

7
6.50
Jumlah
81
83.5


 2.6      Pemilihan Alat Kelengkapan dan Bahan-bahan

·         Sangkar (hamster)
Ukuran yang sesuai minimum 25 x 30 cm, cukup tinggi menempatkan roda mainan. Semakin besar sangkar semakin baik. Seekor hamster cukup selesa dengan sangkar yang kecil selagi dilengkapi dengan mainan dan potongan kayu untuk digigit. Bahan yang disyorkan adalah alas diperbuat dari plastik. Bentuk sangkar segiempat kerana hamster mempunyai kecenderungan membuat sarang, menyimpan makanan dan membuang kotoran di sudut yang berbeza. Penutup sangkar diperbuat daripada batang-bantang besi agar hamster berlatih memanjat.

Penggunaan sangkar kayu tidak sesuai kerana hamster haiwan menggerit dan mempunyai gigi tajam. Akuarium boleh digunakan sebagai sangkar alternatif. Sangkar akuarium diperlukan untuk hamster bunting hingga proses melahirkan kerana sangkar yang berjeriji besi menyebabkan anak hamster yang baru lahir terkeluar dan jatuh dari sangkar.

·         Bekas makanan dan minuman
Bekas makanan dari plastik. Botol minuman yang dapat mengeluarkan air jika hamster menjilat hujungnya. Bekas minuman berbentuk mangkuk dan terdedah tidak sesuai kerana mudah tumpah. Hamster sukakan air, oleh itu, bekas seperti ini membahayakan hamster.

·         Makanan
Hamster adalah haiwan omnivor. Makanan yang baik adalah campuran biji bijian, kekacang, jagung dan pelet. Campuran ini mengandungi vitamin lengkap yang diperlukan hamster. Hamster perlukan 18% protin, justeru jangan memberi makanan arnab kepadanya kerana arnab hanya memerlukan 14% protin. Makanan yang tidak boleh diberikan adalah makanan yang sudah diletakkan perisa, jeruk dan makanan berkarbonat, makanan manis, coklat dan gula-gula. Makanan anjing/kucing tidak sesuai kerana memiliki protin terlalu tinggi.

Buah dan sayur seperti epal, lobak merah, timun, kobis, salad, tomato, pisang, pear, anggur, tembikai, kacang panjang, ubi merah, jagung dan pelbagai jenis kacang boleh diberikan kepada hamster sebagai makanan sampingan. Makanan ini hanya boleh diberikan 2 kali seminggu dan dalam kuantiti yang kecil. Pemberian berlebihan menyebabkan masalah sistem pencernaan, kekurangan zat dan menyebabkan kematian. Kesalahan yang sering dilakukan dalam pemberian makanan hamster ialah pemberian sayur atau buah sebagai makanan utama dan ditambah dengan biji bunga matahari. Ini mengakibatkan masalah keseimbangan gizi hamster.

Pemberian sayur dan buah berlebihan mengakibatkan kerosakan organ perncernaan dan ginjal. Gejala dapat dilihat melalui kekerapan hamster membuang air kecil yang berlebihan, sangkar akan basah dan berbau. Keadaan ini tidak baik untuk hamster dan menyusahkan pemelihara kerana mengganti serbuk kayu lebih kerap. Pemberian biji bunga matahari tidak sesuai. Biji bunga matahari mengandungi lemak yang tinggi, protin dan kalsium rendah menyebabkan hamster gemuk dan tidak sihat. Lebihan minyak dalam tubuh hamster mengakibatkan kelainan pada proses kelahiran dan menyebabkan kematian ibu atau anak. Kekurangan kalsium pula akan menyebabkan gigi dan tulang rapuh. Pendek kata, kualiti makanan akan menentukan kualiti hamster.

Pemberian makanan yang baik membantu hamster membesar dengan sihat, tubuh sempurna, bulu lembut bersinar dan melahirkan anak sihat. Oleh itu, jangan mudah memberi makanan tidak sesuai, walaupun terdapat penambahan vitamin. Vitamin boleh membantu tetapi makanan tetap merupakan sumber gizi utama. Selain makanan siap, makanan hamster boleh dibuat sendiri, namun begitu ia merupakan makanan tambahan bukan makanan utama dan tidak boleh diberikan terlalu kerap.


·         Bahan Bedding
Selain sebagai alas tidur, ia berfungsi menyerap urin dan sebagai bahan membuat sarang. Perlu diganti secara rutin. Untuk sangkar kecil, 3-4 hari sekali, untuk sangkar besar, seminggu sekali kerana hamster adalah haiwan pembersih. Namun begitu, serabut kayu yang terletak di sudut yang digunakan sebagai tempat pembuangan sebaiknya diganti sekerap mungkin. Penggunaan kertas surat khabar tidak digalakkan kerana racun yang terdapat dalam dakwat menyebabkan alahan dan mengotorkan bulu hamster.

·         Permainan
Alat permainan yang paling digemari adalah roda berputar. Saiznya perlu diberi perhatian, roda berputar berdiameter kecil menyebabkan luka yang serius di belakang hamster. Contoh permainan lain adalah lorong diperbuat dari plastik, memerlukan sangkar luas ataupun sangkar khusus. Hamster gembira jika mendapat permainan yang boleh digigit. Sediakan kayu atau kadbod yang dapat digigit hingga habis.

·         Pasir Mandi

Hamster tidak seperti kucing yang dapat dimandikan dengan air karana jika hamster dimandikan dengan air ia biasanya akan sakit bahkan meninggal. Dengan itu, hamster mandi dengan pasir khusus yang telah diberi pewangi sehingga hamster tetap harum dan bersih. Hamster akan berguling-guling dan menggali-gali sehingga badannya menjadi bersih dan wangi.



3.1       Peralatan, Bahan dan Aksesori yang Digunakan
Sangkar
Sangkar kecil setingkat yang dibina besi telah saya guna kerana ia lebih mudah alih, lebih ringan, kelihatan lebih kemas berbanding bekas aquarium kaca/plastik, menyediakan ruang pengudaraan yang cukup, lebih mudah memasang aksesori seperti roda, botol air dan rumah.

Bekas Air

Bekas air jenis gantung (botol air) menjadi pilihan saya kerana air di dalam botol tidak akan terkeluar dan menyebabkan kebasahan pada bedding hamster.

Bedding (habuk kayu)

Habuk kayu ini lembut dan anti-bacteria. Ia dapat menyerap urin dan sebagai bahan membuat sarang.
Alatan Permainan
Antara perlatan permainan yang selalu digunakan adalah roda berpusing, terowong kecil dan tempat bersembunyi (penting bagi ibu hamster yang telah melahirkan anak)
Makanan dan minuman

Makanan yang paling umum dan sesuai diberi kepada hamster adalah bijian kering (selalunya diimport) berserta makanan tambahan lain seperti kuaci, kekacang serta makanan proses yang telah dibungkus.

Untuk minuman, pastikan botol airnya mencukupi dan jika perlu, tambahkan air (air kosong atau campuran air dan cecair vitamin yang dibeli di kedai).
Pasir Mandi (Bathing Sand)
Hamster tidak seperti kucing yang dapat dimandikan dengan air karana jika hamster dimandikan dengan air ia biasanya akan sakit bahkan meninggal. Dengan itu, hamster mandi dengan pasir khusus yang telah diberi pewangi sehingga hamster tetap harum dan bersih. Hamster akan berguling-guling dan menggali-gali sehingga badannya menjadi bersih dan wangi.


3.2       Justifikasi Pelan

Terdapat pelbagai sangkar untuk hamster contohnya, sangkar mudah alih beroda, sangkar gantung, sangkar kecil, perumahan kekal batu atau besi dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sangkar kecil setingkat yang dibina besi telah saya guna kerana ia lebih mudah alih, lebih ringan, kelihatan lebih kemas berbanding bekas aquarium kaca/plastik, menyediakan ruang pengudaraan yang cukup, lebih mudah memasang aksesori seperti roda, botol air dan rumah. Tambahan pula, saya hanya membela dua ekor hamster iaitu seekor jantan dan seekor betina.

Pelan yang saya reka untuk hamster saya sebegini (merujuk pelan) selepas pertimbangan saya yang lama dengan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu. Dalam hal ini, saya telah membahagi sangkar hamster kepada beberapa bahagian untuk memastikan tempat tidur (bedding) yang diperbuat daripada habuk kayu serta tempat menyimpan makanan dan minuman dapat diletakkan di tempat yang sesuai. Pertamanya, kelengkapan tangga telah saya letak di tepi kiri dalam sangkar hamster. Hal ini kerana kelengkapan tangga dapat disangkut dengan lebih kukuh jika ia bersebelah dengan dinding sangkar. Selain itu, perletakan sebegini juga dapat memudahkan hamster menaik ke tangga untuk bermain dan ia juga menjimatkan ruang sangkar ini. Bukan itu sahaja, hamster juga tidak mudah terjatuh ke bawah jika kelengkapan tangga itu bersebelah dengan dinding sangkar.

Seterusnya, peralatan permainan(roda berputar) telah saya sediakan dan bersangkut di tepi sangkar. Hal ini kerana hamster merupakan haiwan peliharaan yang aktif dan suka bermain, persediaan roda berputar ini dapat menyenangkan hati dan fikiran hamster. Selain itu, alatan permaianan ini juga dapat mengekalkan kesihatan hamster dan menggembirakannya. Saya meletak roda berputar di bahagian depan kerana tempat itu agak kondusif dan hamster akan berasa selamat sekiranya bermain di dalamnya. Bukan itu sahaja, perletakan itu juga memudahkan saya bermain bersamanya kerana tingkap sangkar itu hanya di belakang sendikit roda berputar itu.

Seperkara lagi, saya telah meletakkan alat permaianan (terowong kecil) di tengah-tengah sangkar. Hal ini demikian kerana hamster tidak perlu bergerak jauh dari roda berputar untuk bermain dengan terowong kecil ini. Selain itu, perletakan sebegini juga memudahkan saya mengambil gambar hamster kerana tingkap sangkar berada di atasnya. Bukan itu sahaja, perletakan ini juga memudahkan saya mengeluarkan aksesori melalui tingkap sangkar seperti roda berputar, terowong kecil, bekas makan dan minum untuk dicuci. Hal ini kerana aksesori ini cepat kotor dan perlu dicuci selalu.

Sementelahan pula, saya telah meletakkan bekas minuman dan makanan berdekatan dan bersangkut di bahagian kanan sangkar. Hal ini demikian kerana hamster tidak perlu bergerak jauh dari bekas makanan ke bekas minuman selepasnya makan. Selain itu, perletakan sebegini juga memudahkan saya memberi makan dengan tangan (hand feeding) kepada hamster kerana pintu sangkar hanya berada di tepinya. Bukan itu sahaja, perletakan ini juga memudahkan saya mengeluarkan aksesori melalui pintu sangkar misalnya bekas pasir mandi untuk dicuci. Hal ini kerana aksesori ini cepat kotor dan pasir mandi perlu ditukar selalu.

Akhirnya sekali, saya telah meletakkan bekas pasir mandi di bahagian bawah kanan sangkar. Hal ini demikian kerana hamster tidak perlu bergerak jauh dari alatan permaianan ke bekas pasir mandi untuk mandi basah selepasnya bermain. Selain itu, perletakan sebegini juga memudahkan saya bermain dan menangkap gambar hamster kerana tingkap sangkar itu hanya di tepi depan sendikit bekas pasir mandi itu. Begitulah alasan-alasan rekaan landskap sangkar hamster saya.