1.0
Proses Menjahit Baju
Blaus
1.
Penghilang
gelembung: lisu pemadan
2.
Kelim:
kelim belah kangkung
3.
Garis
leher: lapik berbentuk
4.
Belah:
belah berlapik
5.
Lengan:
lengan padanan rata
6.
Penyudah
tepi: kelepet rata
7.
Penyudah
tepi: kelepet rata
8.
Kancing:
butang dan rumah
2.0
Melakar Dan Susun Atur Pola
2.1
Peraturan menyusun atur pola:
Merancang
dengan teliti kerja menyusun atur pola dengan baik akan menjimatkan
perbelanjaan dan masa. Ia juga menghasilkan kerja yang berkualiti. Peraturan
yang perlu diikuti ialah:
2.1.1
Mematuhi
langkah berikut sebelum membentangkan fabrik:
·
Luruskan
ira fabric
·
Kenal
pasti sebelah luar dan sebelah dalam fabrik
2.1.2
Ratakan
pola berikut
2.1.3
Kenal
pasti dan patuh pada arahan, maklumat dan label pola
2.1.4
Bentangkan
fabrik di permukaan meja yang rata
2.1.5
Temukan
sebelah dalam fabrik dan pastikan bahagian lipatan berada di tepi meja
2.1.6
Letakkan
tanda ira lurus pola tepat pada ira lurus fabrik.
2.1.7
Susun
atur kepingan pola yang besar dahulu, diikuti dengan kepingan pola kecil.
2.1.8
Pastikan
permukaan pola yang berlabel berada di sebelah atas.
2.1.9
Susun
pola sehala pada fabrik corak sehala.
2.1.10
Padankan
fabrik genggang atau fabrik jalur kelim.
2.1.11
Semata
peniti di penjuru pola diikuti dengan bahagian lain.
2.1.12
Pastikan
peniti menghala ke dalam.
Melukis pola mengikut saiz yang dikehendaki dengan menggunakan alat pengukur
Peraturan
yang dipraktikkan semasa menggunting fabrik.
1 Pastikan fabrik berada di permukaan meja yang rata.
2 Guna gunting fabrik yang tajam.
3 Apabila menggunting fabrik, letakkan satu tangan di atas pola.
4 Gunakan mata gunting yang sepenuhnya semasa menggunting fabrik di bahagian yang lurus dan
gunakan mata gunting di bahagian hujung semasa menggunting di bahagian yang
melengkung.
5 Pastikan
mata gunting yang runcing berada di atas meja semasa menggunting fabrik.
6 Jangan angkat fabric semasa menggunting fabrik.
7 Pastikan jumlah kepingan yang digunting mencukupi.
8 Selepas menggunting, jangan tanggal pola
untuk memudahkan menjahit pakaian.
Pastikan
fabrik berada di permukaan meja yang rata dan meletakkan pola di atas kain dan
semat jarum peniti di penjuru pola diikuti dengan bahagian lain.
Menjahit tepi bagi semua kain yang digunting.
Meletakkan fabrik ke atas lapik yang telah bergam, gunting dan ratakan dengan menggunakan seterika. Kain yang telah digunting ditanggalkan jarum peniti dan dijahit tepi.
Langkah Menjahit Blaus Lengan Padanan Rata
1. Sedia dan jahit belah kelepet sama lebar
pada GTH.
2. Cantum kelim bahu dengan kelim belah
kangkung.
3. Sedia dan jahit lapil berbentuk pada garis
leher.
4. Cantum kelim sisi(rusuk) blaus dengan kelim
belah kangkung .
5. Sedia dan cantum lengan padanan rata ke
lubang (keruk) lengan.
6. Jahit kelepet pada bawah dan hujung lengan
blaus dengan jahitan mesin atau silang
pangkah
7. Menjahit butang dan lubang butang
A.
Menyediakan
belah kelepet sama lebar.
·
Sediakan lapik dalam lembut
sesuai dengan lebar kelepet.
·
Tekan di SD kelepet
·
lipat kelepet belah bahagian
kanan dan kiri baju ke SD dan tekan
B.
Jahit
lisu pemadan pada hadapan blaus.
·
Temukan sebelah luar fabrik,
semat dan jelujur di garisan pemadan.
·
Jahit mesin dari bahagian yang
lebar ke bahagian yang tirus.
·
Matikan mata jahitan mesin di
hujung yang tirus dengan mesin jahitan。
C.
Cantum
kelim bahu dengan kelim belah kangkung.
·
Temukan bahu hadapan dan belakang
di garis pemadan
·
Semat dengan peniti dan
jelujur.
·
Jahit mesin di atas garisan
pemadan.
Belah kelim ditekan dengan seterika.
D. Sedia dan jahit kolar lurus
pada garis leher.
·
Sediakan kolar dengan temukan
sebelah luar kolar dengan memadankan garis pemadan dan garis leher kolar.
·
Semat, jelujur daan jahit
mesin hujung kolar dari tepi berlipat hingga ke garis leher.
·
Buka jelujur.
·
Gunting basi kelim hingga
tinggal 6mm dan gunting serong basi kelim di penjuru.
·
Balikkan kolar ke sebelah luar
fabrik dan seterika.
·
Jelujur di sekeliling tepi
kolar.
·
Jelujur tegak di tengah-tengah
kolar.
·
Temukan sebelah luar kolar
atas pada sebelah dalam pakaian dengan memadankan hujung kolar ke garis tengah hadapan
pakaian, garis tengah belakang kolar ke ke garis tengah belakang pakaian dan leher
kolar ke garis leher pakaian.
·
Semat, jelujur dan jahit mesin
pada garis leher. Buka jelujur.
·
Gunting basi penjahit hingga
tingga 6mm.
·
Snip basi penjahit 6mm-1.3cm.
·
Tarik kolar keluar dari
pakaian dan seterika.
·
Lipat tepi kolar bawah
mengikut garis leher ke sebelah luar fabrik. Gunting basi penjahit hingga tinggal 6mm.
·
Letakkan tepi yang berlipat
ini di atas jahit mesin dan jelujur.
·
Sembat dengan mengambil
tiap-tiap mata jahit mesin.
·
Temukan sisi baju hadapan dan
belakang pada garis pemadan menggunakan kelim belah kangkung.
·
Semat, jelujur dan jahit mesin
pada SD baju.
Belah kelim dan tekan dengan seterika
F. Sedia
dan cantum lengan padanan rata ke lubang(keruk) lengan.
Langkah 1
Sediakan lengan dan bahagian badan pakaian
Langkah 2
· Jahit dua garisan longgar di
kepala lengan dengan jarak 2 mm ke atas garisan pemadan atau baris pertama 3 mm
di atas gp dan jahitan mesin longgar yang kedua 3 mm di bawah gp.
·
Temukan garisan pemadan lengan
SL fabrik berhadapan dan semat
·
Jahit dengan jahitan mesin di
garisan pamadan lengan
·
Cabutkan jelujur dan tekan
buka kelim
·
Kemaskan hujung lengan dengan
membuat kelepat
·
Jahit sembat susup atau mesin
pada kelepet lengan.
Langkah
3
· Proses mencatumkan lengan ke
lubang lengan
o Tarik
benang jahitan kasar di kedua-dua barisan jahitan untuk meratakan ukuran lengan dengan lubang
lengan.
Lekat lengan kanan ke lubang lengan kanan dengan SL bertemu
Langkah
4
·Temukan garis pemadan, kelim
lengan ke kelim rusuk badan, notch lengan hadapan ke notch lubang lengan badan
hadapan, garis atas lengan ke kelim bahu badan dan notch lengan belakang ke
notch lubang lengan badan belakang.
· Dengan peniti menegak ke
lubang lengan, semat lengan ke lubang lengan dengan memadankan kedua-dua garis
pemadannya.
· Jejulur pada garis pemadan
· Jahit mesin lengan ke lubang
lengan pada garis pemadan dari SD lengan.
· Permulaan dan penghabisan
jahit mesin kelim di lengan hendaklah bertindih atas.
G.
Jahit kelepet pada bawah dan hujung lengan blaus dengan jahitan mesin atau
silang pangkah.
·
Lipat fabrik di garisan
kelepet (garisan pemadan).
·
Semat dengan peniti
·
Jelujur kelepet bawah baju dan
jahit mesin atau silang pangkah
·
Tekan dengan seterika.
·
Tanda kedudukan lubang butang
di GTH pada sebelah kanan baju.
·
Jahit lubang butang dengan
jahitan insang pari atau jahit mesin lubang butang.
·
Tanda kedudukan butang di GTH
pada sebelah kiri baju.
·
Jahit butang dengan jahit
lilit.
Blaus yang telah siap