Nilai
Instrumental (Ektrinsik)
Nilai
instrumental dirujuk sebagai nilai ekstrinsik. Makna nilai membawa maksud suatu
kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu matlamat.
Nilai ini akan bergantung kepada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat dan
juga boleh dikategorikan sebagai nilai peringkat kedua (second order value),
misalnya sikap jujur, berani, rajin, hormat-menghormati dan sebagainya. Oleh
itu, nilai instrumental merupakan pembentukan suatu nilai bagi mewujudkan satu
nilai yang lain. Dalam hal ini, matlamat sesuatu perkara boleh dicapai dengan
pembentukan nilai yang memerlukan nilai yang lain. Nilai instrumental juga dijadikan
satu kepiawaian kepada apa yang dilaksanakan, membantu dalam menunjukkan
arah dan menjadi penentu dalam membuat pilihan. Nilai ini amat menegaskan unsur
teguh beriman dan bertakwa dalam setiap tindakan.
Terdapat
beberapa contoh yang boleh dikaitkan dengan nilai instrumental ini. Misalnya
Albert berpura-pura rajin di depan ibunya untuk mengambil hati ibunya. Nilai di atas (mengambil hati)
bergantung kepada nilai lain (rajin) untuk mencapai matlamatnya. Bagi contoh
lain termasuklah Merry belajar
bertungkus lumus untuk mendapatkan keputusan SPM yang cemerlang. Dalam hal ini,
kita boleh tahu bahawa nilai rajin yang diamalkan adalah untuk mencapai
kejayaan hidupnya. Seterusnya, contoh yang berkaitan dengan nilai ini
termasuklah hukuman gantung sampai mati kepada pengedar dadah adalah untuk
menghapuskan perbuatan mengedar dadah kepada rakyat di negara kita.
Selain
itu, Cikgu Lee telah mendenda Ali kerana dia gagal dalam Bahasa Cina. Dalam hal
ini, kita boleh menganggap tindakan Cikgu Lee tersebut adalah positif kerana
tindakan Cikgu Lee adalah bertujuan meningkatkan semangat memajukan diri Ali
dan juga mengharapkan prestasi Ali dapat bertambah baik pada ujian yang akan
datang. Ini membolehkan remaja berfikiran jauh bahawa terdapat niat baik
sebelah dendaan dan mengikis perasaan dengki atau benci antara murid dengan
guru.
Di
samping itu, contoh yang biasa dilihat adalah pihak sekolah mengenakan
tindakan disiplin kepada pelajar yang datang lewat ke sekolah dan juga pelajar
yang merokok demi menjaga tatatertib para pelajar. Tindakan sekolah
ini bukan sahaja boleh menjaga tingkah laku murid-murid, malah ia juga dapat
membentuk nilai moral dalam kalangan murid serta membantu dalam meningkatkan
kecemerlangan akademik. Jelaslah bahawa nilai-nilai di atas bergantung kepada
nilai lain untuk mencapai matlamatnya.
Tambahan pula, pihak kerajaan Malaysia
telah mengenakan hukuman penjara dan sebatan kepada individu yang membuat
hubungan seks dengan gadis bawah umur bagi mengelakkan kejadian rogol secara
berleluasa. Jika nilai ini dilihat dari sudut baik, kita akan mendapati bahawa
hukuman berat yang dikenakan itu dapat mencegah hubungan luar nikah dan menjaga
hak asasi kanak-kanak dan wanita.
Nilai
Instrinsik
Nilai
instrinsik boleh didefinisikan sebagai nilai yang tidak perlu
bergantung kepada nilai lain untuk mencapai matlamatnya kerana nilai itu
sendiri merupakan matlamat akhir. Kualiti bagi nilai diterima atau ditolak
semata-mata ia berniat baik atau buruk dan tanpa mengira kesannya. Nilai ini
merupakan nilai peringkat pertama (first order value), misalnya baik
hati, kasih saying, keadilan dan sebagainya.
Sesungguhnya, nilai ini mempunyai fungsi tersendiri, antaranya ialah
menjadi penentuan dalam membuat pilihan atau tindakan. Nilai ini juga
menegaskan menyempurnakan tugas dan amanah serta mengutamakan keadilan dalam
setiap perbuatan. Contoh
yang boleh dikaitkan dengan nilai ini adalah seperti situasi Musan sebagai
pengadil dalam pertandingan banner antara kelas. Rakan sekelasnya telah
menyuruhnya memberi markah yang lebih tinggi kepada kelas mereka. Namun, Musan
tidak berbuat demikan kerana dia menilai semua karya dengan teliti dan adil
tanpa dipengaruhi oleh permintaan rakan-rakanya. Contoh ini dapat memberi
gambaran kepada remaja supaya bertindak dengan saksama dalam segala hal.
Selain
itu, contoh yang boleh diambil termasuklah kasih sayang ibu bapa terhadap
anaknya. Dalam hal ini, kasih sayang ibu bapa adalah lahir semula jadi dan
bukan kerana untuk mendapatkan balasan daripada anak mereka. Sama juga seperti
kasih sayng anak terhadap ibu bapanya. Azhar amat menyayangi ibu bapanya dan
sanggup berkorban apa sahaja demi kesenangan ibu bapanya. Azmi tidak pernah mengharapkan
harta warisan kerana dia berpendapat bahawa seseorang anak berkewajipan
menjalankan tanggungjawab terhadap ibu bapa.
Bukan itu
sahaja, hakim menjatuhkan hukuman mati kepada seorang penagih dadah atas
kewajipan dan undang-undang, tetapi bukan keinginannya yang ingin membasmi
kegiatan pengedaran dadah. Hal ini sama seperti seorang hakim yang menjatuhkan
hukuman 20 tahun penjara kepada perogol setimpal dengan jenayah yang dilakukan.
Jelaslah bahawa nilai-nilai di atas bukan bergantung kepada
nilai lain untuk mencapai matlamat.
Tambahan pula, contoh yang berkaitan
dengan nilai intrinsik termasuklah situasi semasa Kelvin duduk di taman
permainan kanak-kanak. Tiba-tiba, seorang kanak-kanak berlari ke arahnya lalu
menyorok di belakang pokok berhampiran dengan Kelvin dengan wajah penuh
ketakutan. Satu minit selepas itu datang dua orang kanak-kanak yang lebih besar
bertanyakan Kelvin tentang lokasi kanak-kanak tadi. Kelvin menggelengkan kepala
dan tindakan ini telah menyelamatkan kanak-kanak tadi daripada menjadi mangsa
buli walaupun dia tidak berniat untuk membanteras kegiatan buli di tempat
tinggalnya.
Nilai
Subjektif
Definisi
bagi nilai subjektif adalah nilai (kualiti) yang diterima atau ditolak oleh
seseorang individu dengan berdasarkan kepada pandangannya sendiri terhadap
sesuatu benda atau perkara. Sebenarnya, nilai subjektif adalah berasal
daripada “dunia dalaman” individu, iaitu berpunca daripada dalaman individu.
Berdasarkan maklumat, boleh dirumuskan bahawa nilai subjektif
mempunyai beberapa fungsi yang penting. Antaranya termasuklah dapat
membayangkan keinginan, minat dan harapan terhadap sesuatu benda atau perkara.
Nilai subjektif juga berperanan dalam membayangkan perasaan gemar atau tidak
gemar bagi individu terhadap sesuatu perkara atau benda.
Terdapat
banyak contoh yang boleh dikaitkan dengan nilai subjektif dalam proses
pembentukan moral individu, antaranya termasuklah pengunaan buku teks dalam
pengajaran Pendidikan Moral. Secara amnya, penggunaan buku teks Pendidikan
Moral adalah membantu pelajar mengkaji perkara-perkara yang dibincangkan.
Pelajar boleh memberi nilai atau pendapatnya berdasarkan kehendak soalan-soalan
dalam buku tersebut dan ini dapat membentuk yakin diri dalam pelajar sendiri. Namun,
terdapat juga sesetengah kumpulan berpendapat bahawa buku itu tidak nilai bagi
mereka kerana segala pengajaran atau maklumat dalam buku adalah tidak relevan
dalam kehidupan dan kurang wujud dalam kehidupan mereka.
Selain
itu, kes hukuman rotan ke atas murid di khalayak ramai juga merupakan salah
satu contoh yang hangat dibincangkan dalam isu pendidikan. Terdapat pihak yang
mencadangkan supaya hukuman rotan di khalayak ramai dikuatkuasakan kembali bagi
memberi pengajaran kepada murid yang membuat salah dan menjadi pengajaran
kepada murid lain. Namun begitu, terdapat juga pihak yang tidak bersetuju dan
berpendapat bahawa hukuman rotan akan memberikan kesan negatif seperti
memalukan pelajar dan melanggar hak asasi kanak-kanak. Contoh ini menunjukkan
dua isu nilai iaitu satu pandangan hukuman rotan untuk mendidik tetapi satu
pihak lain melihat hukuman ini merupakan tindakan yang memberi kesan negatif
kepada murid.
Sementelahan
pula, terdapat juga satu contoh yang berkaitan dengan nilai subjektif iaitu
perbuatan melepak. Abu seorang remaja yang baik. Walau bagaimanapun apabila dia
penat belajar, dia selalu melepak di pusat beli belah berhampiran dengan
rumahnya. Dia berpendapat bahawa melepak tidak salah kerana dia dapat
melepaskan tekanan. Contoh ini telah menjelaskan bahawa nilai subjektif yang
diterima atau ditolak oleh seseorang individu dengan berdasarkan kepada
pandangannya sendiri terhadap sesuatu benda atau perkara.
Tambahan
pula, contoh nilai subjektif termasuklah Amerika Syarikat dan sekutunya
bercadang menyerang Negara Iran. Britain berpendapat bahawa Amerika Syarikat
menyerang Iran adalah betul kerana telah menghalang Iran daripada membuat
senjata nuklear. Tujuannya untuk menjaga keamanan dunia daripada kesan senjata
nuklear jika Iran menggunakannya untuk tujuan peperangan. Rusia pula tidak
menyokong cadangan serangan ini kerana berpendapat bahawa Iran hanya membuat
penguraian uranium bagi tujuan penjanaan kuasa kegunaan tempatan dan jika
diserang akan berlaku pertumpahan darah. Contoh ini menjelaskan dua pihak yang
melihat nilai dari dua sudut yang berbeza. Satu pihak melihat dari sudut tujuan
serangan dan satu pihak melihat dari aspek kesan peperangan dan kebenaran isu.
Nilai
Objektif
Nilai
objektif merupakan nilai yang bebas daripada pilihan peribadi dan ia
diterima atau ditolak berdasarkan pengalam dalaman yang dialami atau berpunca
dari aspek luar yang dipersetujui oleh kebanyakan orang. Nilai
objektif menegaskan bahawa setiap barangan atau objek tersebut mempunyai bentuk
dan kegunaan tersendirinya. Dengan mengenalpastikan bentuk atau kegunaan objek,
maka kita dapat membuat pertimbangan selanjutnya.
Contoh
yang berkaitan dengan nilai objektif adalah banyak. Pertamanya termasuklah
kegiatan pemerdagangan manusia perlu dibanteras. Jika dianalisis dari contoh ini
didapati wujud kriteria nilai iaitu kegiatan pemerdagangan perlu ditolak. Dalam
hal ini, kebanyakan orang telah bersetuju bahawa kegiatan ini perlu dihapuskan
bagi kesejahteraan manusia.
Seterusnya,
contoh lain seperti pandangan tentang penderaan haiwan adalah tidak
mencerminkan nilai perikemanusiaan. Agama Buddha juga ada
menasihatkan siswa-siswaNya mengamalkan kasih sayang suci bukan sahaja terhadap manusia tanpa mengira kasta,
kepercayaan atau warna kulit tetapi juga kepada haiwan. Tiada seorang pun yang
berhak memusnahkan nyawa makhluk hidup lain kerana nyawa adalah sesuatu yang
sangat berharga kepada semua. Sebenarnya, semua makhluk gentar pada saat
kematian, semua makhluk takut kepada hukuman dan ingatilah bahawa kita adalah
seperti mereka dan jangan membunuh atau melakukan penyembelihan. Dengan itu, patutlah
semua orang mempunyai perasaan belas kasihan terhadap haiwan dan jangan
mencederakan haiwan.
Sementelahan
pula, AIDS merupakan suatu isu moral. Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO), AIDS mengancam nyawa setiap individu, termasuklah
kanak-kanak dan ia
merupakan suatu penyakit yang amat berbahaya. Dalam hal ini, pandangan
berkenaan AIDS merupakan nilai-nilai yang diterima dan dipersetujui kebanyakan
orang.
Seperkara lagi, peperangan adalah ibarat ‘menang jadi
arang kalah jadi abu’. Hal ini demikian peperangan merupakan satu tragedi yang
dahsyat. Ia akan mengakibatkan kemusnahan nyawa yang amat berharga dan juga menjejaskan kehidupan orang
ramai. Pandangan sebegini telah diterima berdasarkan satu set kriteria yang
dipersetujui oleh semua atau kebanyakan orang.
Nilai
Relatif
Nilai
relatif boleh didefinisikan sebagai nilai yang diterima atau ditolak dengan
berdasarkan peraturan masyarakat untuk mencapai matlamat masyarakat. Nilai
relatif ini adalah bersifat arbitrary, iaitu tidak tertentu, tidak
sempurna dan berbeza antara masyarakat yang berlainan.
Jadi,
nilai relatif ini boleh berubah mengikut masa dan kriteria nilai sama ada benar
atau salah bagi sesebuah masyarakat untuk dibincangankan atau dibahaskan. Seterusnya,
nilai relatif juga membolehkan semua manusia membentuk
nilai norma masyarakat yang berbeza mengikut kesesuaian pandangan masyarakat
masing-masing. Nilai ini mampu mengubah nilai norma masyarakat mengikut masalah
yang dihadapi dan juga pemikiran manusia. Dengan itu, perubahan nilai dalam
sesebuah masyarakat mungkin terjadi apabila terdapat perubahan pandangan mengikut
perubahan zaman.
Contoh
bagi nilai relatif ini adalah seperti situasi pergaulan bebas antara remaja
yang berleluasa serta menjadi isu hangat pada masa kini. Walaupun perkara ini
adalah biasa di negara barat, tetapi ia adalah masalah sosial yang hangat di
Malaysia. Negera barat berpendapat bahawa perkara ini adalah tidak
bersalah dari sisi undang-undang, manakala Malaysia berpandangan serius tentang
isu ini kerana ia membawa kesan seperti orang yang terlibat akan dipandang keji
dan dikutuk oleh orang lain. Ini membawa pengajaran kepada remaja supaya
mengamalkan nilai relatif yang mengutamakan pandangan dan peraturan dalam
masyarakat yang mana dia berada.
Selain
itu, pembentukan keluarga di Malaysia dan kebanyakan negara ASEAN melibatkan
prinsip perkahwainan. Nilai perkahwinan ini bergantung kepada agama yang
dianuti. Dalam hal ini, seorang lelaki dan wanita perlu melakukan upacara
perkahwinan bagi disahkan sebagai pasangan suami isteri. Bagi mereka yang
tinggal bersama tanpa nikah adalah dianggap sebagai perbuatan yang melanggar
nilai atau adat setempat. Namun, keadaan ini berbeza dengan beberapa bahagian
negeri di Amerika Syarikat. Di Amerika Syarikat, didapati pasangan lelaki
perempuan boleh menjalani kehidupan sebagai suami isteri tanpa berkahwin. Berdasarkan
contoh ini didapati terdapat dua nilai relatif iaitu masyarakat Malaysia dan
ASEAN melihat hidup berkeluarga mesti melalui proses perkahwinan terlebih
dahulu. Proses inilah yang dianggap oleh masyarakat sebagai nilai relatif yang
mempunyai moral yang perlu dipatuhi. Berbeza dengan nilai di Amerika Syarikat
yang membenarkan keluarga dibina tanpa ikatan perkahwinan. Keadaan ini dilihat
sebagai nilai relatif yang telah diterima oleh masyarakat tersebut.
Di
samping itu, contoh kebebasan memilih pasangan perkahwinan pada dahulu dan
kini. Pasa masa dahulu, orang tiada kebebasan untuk memilih pasangan hidupnya.
Tetapi, remaja masa kini diberi bebas untuk memilih pasangannya. Menerusi
contoh ini, dapat dilihat perubahan zaman membawa ubahan dan pemikiran remaja
masa kini harus selaras dengan faham masyarakat dan bukannya mementingkan
hasrat diri sahaja.
Seperkara
lagi, penggunaan Bahasa Inggeris di papan tanda juga merupakan salah satu
contoh nilai relatif. Pandangan
berkenaan pada satu ketika dahulu dianggap sebagai tidak patrioktik. Tanggapan
sedemikian berubah apabila kerajaaan memartabatkan Bahasa Inggeris dalam sistem
pendidikan hari ini. Seterusnya, terdapat juga contoh bermain mercun dalam
masyarakat kini. Bermain mercun merupakan sebahagian daripada amalan penting
dalam sambutan Tahun Baru Cina. Walau bagaimanapun, masyarakat Cina mula
menerima pengharaman bermain mercun yang dikuatkuasakan oleh kerajaan sebagai
tindakan rasional pada masa kini.
Nilai
Mutlak (Absolute)
Nilai mutlak
adalah nilai yang dihargai dan tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan bagi
sesebuah masyarakat. Segala idea atau fakta dapat diterima secara umun dan
diuji atau terbukti sama ada nilai itu baik ataupun buruk. Nilai ini adalah
berkekalan sepanjang masa dan di semua tempat serta hampir sama bagi semua
situasi norma masyarakat. Nilai ini berfungsi sebagai satu standard yang konsisten
dan kukuh bagi seseorang individu atau masyarakat untuk bertindak supaya
seseorang dapat bertindak secara rasional dan tidak keterlaluan.
Contoh
yang berkaitan dengan nilai mutlak ini adalah seperti gambaran hidup
berkeluarga adalah kehidupan yang baik. Ini memberi gambaran yang positif
kepada remaja kini supaya mengamalkan amalan hidup berkeluarga yang sihat. Hal
ini demikian kerana hidup berkeluarga dapat mendatangkan keharmonian antara
ahli keluarga serta menyumbang kepada perpaduan masyarakat dan negara. Justeru,
pengamalan nilai yang baik akan mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri dan
pihak lain.
Selain
itu, contoh yang biasa seperti tindakan membunuh tanpa sebab adalah
perbuatan yang tidak bermoral dan melanggar hukum kemanusiaan. Dalam
hal ini, hukuman mati akan
dikenakan kepada pesalah yang didapati membunuh seseorang yang lain. Hal ini
demikian kerana nilai keadilan dianggap mutlak dalam hal sebegini. Jika perkara
ini berlaku pada masa dan tempat yang lain, hukuman yang sama juga akan
dijatuhkan terhadap pembunuh. Dengan itu, remaja haruslah sentiasa berniat baik
dan mempunyai batasan dalam segala tindakan.
Akhirnya sekali, contoh nilai mutlak
termasuklah budaya menghormati ibu bapa dan orang tua-tua. Dalam hal ini, anak
dituntut untuk menghormati ibu bapa kerana tanpa mereka siapakah mereka. Anak
yang tidak menghormati ibu bapa dianggap sebagai anak derhaka dan dipandang
keji oleh orang lain. Seterusnya, orang remaja atau pemuda juga harus
menghormati orang yang lebih tua. Mereka tidak boleh mengherdik atau memarahi
orang tua-tua kerana perbuatan itu dianggap kurang ajar.
Penutup
Nilai
merupakan satu aspek penting dalam mencorakkan budaya hidup manusia. Sistem
nilai terbentuk melalui proses pengukuhan dan penerimaan nilai dan sistem
sosial. Ia adalah penting dalam hubungan sosial antara individu dengan masyarakat untuk menjamin kestabilan
masyarakat dan kehidupan yang baik sesama manusia. Individu yang menghayati
sesuatu nilai akan melakukan sesuatu yang berkaitan dengan
nilai itu dan tidak melakukan sesuatu yang dirasakan bercanggah dengan nilai
yang diamalkannya. Tuntasnya, semua orang harus mengamalkan nilai-nilai murni
dalam kehidupannya supaya menjadi modal insan yang dapat merealisasikan
aspirasi Wawasan 2020.
No comments:
Post a Comment