1.0 PENGENALAN
Ragum juga dinamakan sebagai pencengkam. Dalam bahasa
Inggeris, ragum disebut vise. Ragum
adalah suatu alat penyepit untuk menyepit benda kerja yang akan dikikir,
dipahat, digergaji dan sebagainya. Dengan memutar tangkai (handle) ragum, maka mulut ragum akan menyepit atau membuka dan
melepaskan benda kerja yang sedang dikerjakan. Bibir mulut ragum harus dijaga
dengan baik supayanya tidak mudah rosak akibat terpahat, terkikir dan
sebagainya.
Berdasarkan kapasitinya untuk mencekam dengan kuat
atau memberikan tekanan tetap, ragum dapat digunakan untuk menyelesaikan
pelbagai masalah lebih-lebih lagi bagi aspek pengeluaran di dalam bengkel-bengkel
kecil, di mana umumnya memerlukan penyesuaian peralatan dan teknik untuk
pekerjaan-pekerjaan secara manual dengan tangan. Terdapat masalah yang timbul
iaitu bagaimana mencekam benda kerja dengan kuat tanpa meninggalkan bekas kasar
dari ragum dan juga masalah yang berkaitan dengan cara memegang objek kecil
dengan ragum yang sangat besar. Sesungguhnya, terdapat jalan penyelesaian yang
mudah untuk masalah-masalah tersebut.
1.1 Bahagian-bahagian Pada Ragum
|
1. Rahang
penggerak
2. Rahang
tetap
3. Tangkai
pemutar
4. Batang
berulir
5. Penahan
batang berulir
6. Landasan
1.2 Jenis-jenis Ragum
a) Ragum
Biasa (Plain Vise)
|
Ragum biasa digunakan untuk mengikat atau menyepit
benda kerja yang bentuknya sederhana dan umumnya untuk mengerat permukaan
objek yang mendatar. Ragum ini digunakan untuk membantu pekerjaan memotong,
mengikir, mengelas dan sebagainya dengan mencengkamnya supaya pekerjaan
menjadi lebih mudah dan aman. Ragum dibuat daripada baja cor yang keras dan
ada disedia dalam pelbagai ukuran. Ragum biasa hanya dapat dipasang sejajar
atau membentuk sudut 90 darjah terhadap spindle
mesin kerat.
|
b) Ragum
Putar (Swivel Vise)
|
Ragum
putar merupakan ragum yang dapat diputar terhadap paksi menegak. Ragum ini
digunakan untuk menyepit benda kerja yang hendak membentuk sudut terhadap
spindle (poros putar). Bentuk ragum ini sama dengan ragum biasa tetapi pada
bahagian bawahnya terdapat alas yang dapat diputar 360 darjah. Ragum ini
mempunyai skala darjah yang digunakan sebagai pedoman ukuran sudut.
|
c) Ragum
Universal (Universal Vise)
|
Ragum
universal merupakan ragum yang dapat diputar terhadap paksi menegak dan
mendatar. Ia merupakan salah satu alat
bantu dari mesin mengerat. Ia berbeza dengan ragum sudut iaitu ragum sudut hanya
dilengkapi dengan pengatur sudut hingga 360 darjah pada arah mendatar sahaja.
Sedangkan ragum universal dilengkapi dengan pengatur sudut mendatar, malah
juga dapat diputar ataupun digerakan 360 darjah. Selain itu, ragum ini juga
dilengkapi pengatur sudut menegak. Justeru, ia dapat menyepit benda kerja
pada segala posisi. Ragum ini dapat dikencangkan secara cepat dengan
menggunakan kunci engkol.
|
1.3 Cara Penggunaan Ragum
a) Memilih
tinggi ragum yang sesuai
|
Cara memilih ragum yang sesuai dengan tinggi badan
anda:
·
Berdiri tegak di ragum
·
Tampalkan kepalan tangan pada dagu
·
Siku harus berada di atas mulut ragum dan apabila
lengan kita ayunkan, siku jangan sampai menyentuh bibir mulut ragum
|
b) Menyepit
benda kerja pada ragum
|
·
Apabila kita menyepit benda kerja pada ragum, benda
kerja yang keluar dari mulut ragum janganlah terlalu tinggi, terutama apabila
bahan benda kerja itu terbuat dari logam nipis. Bahagian objek yang terkeluar
dari mulut ragum harus lebih kecil daripada bahagian yang tersepit.
·
Gunakan plat pelapis untuk menyepit benda kerja, hal
ini dilakukan untuk mencegah terjadinya kerosakan akibat dari sepitan gigi
ragum. Pelat pelapis biasa dibuat daripada bahan plat nipis yang rata, plat
siku dan sebagainya.
|
c) Posisi
badan dan kaki
|
·
Semasa kikir ditekan dan didorong ke depan, kita
harus menggunakan tekanan dari tangan kiri yang seimbang, manakala semasa
kikir ditarik ke belakang, ragum harus bebas dari tekanan tetapi ia tidak
bererti kikir harus diangkat dari permukaan benda kerja. Kedudukan kaki pada
saat mengikir amatlah penting untuk memudahkan proses kerja dan juga
keselamatan diri sendiri. Kedua-dua belah tapak kaki harus dibuka seolah-olah
membentuk satu sudut yang lebih kurang 45 darjah.
|
1.4 Cara Kerja
Ragum
Pertamnya, lakukan pengaturan posisi ketinggian ragum.
Beberapa hal yang harus diperhatikan antaranya termasuklah tinggi ragum harus
disesuaikan dengan bentuk benda yang akan dikerjakan dan dengan ketinggian
orang yang menggunakan. Untuk orang yang tinggi, biasanya ketinggian ragum
diatur oleh alas yang rata, sedangkan untuk orang yang pendek, tinggi yang
sesuai dapat diatur dengan ketinggian meja ragumnya.
Untuk pekerjaan yang tidak memerlukan gaya yang besar
seperti pada pekerjaan akhir, benda kerja dapat disepit lebih tinggi. Untuk
pekerjaan yang memerlukan gaya yang besar seperti memahat, menggergaji,
mengikir dan mengetap, maka kedudukan benda kerja harus serendah mungkin berada
di atas rahang ragum. Untuk membuka rahang ragum dilakukan dengan cara memutar
tangkai/tuas pemutar ke arah kiri (berlawanan arah jarum jam), demikian pula
sebaliknya untuk pekerjaan pencekaman benda kerja, tangkai pemutar diputar ke
arah kanan (searah jarum jam).
1.5 Ragum
dalam bidang robotik
Seterusnya, ragum (pencengkam) adalah jenis penghujung
lengan yang paling biasa digunakan untuk robot di industri pemasangan. Ia
telah digunakan untuk memegang dan melepaskan komponen dengan teratur serta membantu
robot menjalankan pelbagai tugas seperti membetulkan kedudukan komponen dan
sebagainya. Reka bentuk pencengkam seharusnya ringan, tegap, boleh ubah
dan sensitif kepada tekanan cengkaman. Terdapat beberapa reka bentuk pencengkam
seperti menggunakan magnet, elektromagnet dan juga vakum. Namun, pencengkam
jenis rahang mekanikal adalah paling popular di pasaran.
Biasanya, pencengkam diperbuat daripada bahan besi
tuangan, seramik, polimer dan sebagainya. Pada masa sekarang, pencengkam yang
piawai dikeluarkan oleh pengeluar robot dan pengeluar yang berkaitan. Pemilihan
pencengkam bergantung kepada keadaan dan rupa komponen iaitu berat, dimensi,
had, bahan, ketegangan dan juga kebersihan persekitaran. Oleh sebab pencengkam
terletak di bahagian hujung lengan robot, pencengkam secara amnya dijadi tempat
terbaik untuk pemasangan peranti deria. Terdapat beberapa alat tambahan yang
boleh dipasang di bahagian pencengkam seperti kamera, peranti tekanan dan
sebagainya.
2.0 PERNYATAAN
MASALAH
Semasa
menjalankan amali kejuruteraan di sekolah rendah, saya selalu menghadapi
masalah ketiadaan alatan yang sesuai untuk mencengkam bahan kayu sepanjang
proses pembuatan. Dalam hal ini, saya dikehendaki menghasilkan satu projek kayu
untuk menjadikannya sebagai bahan bantu mengajar di dalam kelas saya. Dalam
projek kayu itu, saya dikehendaki memotong kayu yang bersaiz kecil dengan tepat
dan juga memegangnya semasa proses pengukiran dilakukan. Namun, ukuran kayu
yang saya potong selalu didapati tidak tepat pada kehendak saya. Hal ini
demikian kerana bengkel sekolah rendah tidak mempunyai kemudahan dan alatan
yang diperlukan misalnya ragum yang diperlukan semasa proses pemotongan dan pengukiran.
Selain itu, ketiadaaan ragum dalam penghasilan projek
telah banyak memakan masa kerana kesemua proses dilakukan secara manual dengan
peralatan dan perabot yang tidak mencukupi. Bukan itu sahaja, saya juga
mendapati mesin yang sedia ada mengenakan kos yang agak tinggi untuk dibeli dan
hal ini menyebabkan kesukaran pihak sekolah untuk membelinya sebagai stok
bengkel. Masalah-masalah ini harus dikaji supaya saya tidak akan menghadapi
masalah yang sama pada masa depan. Saya juga telah ditarik oleh isu pencengkam
ini dan membuat keputusan untuk mereka bentuk suatu ragum yang diingin. Dalam perancangan
projek ini, beberapa perkara penting perlu diambil kira. Ragum yang dibina
haruslah selamat, dapat mencengkam dengan baik dan boleh beroperasi
berulang-ulang serta cekap. Saya percaya masalah yang saya hadapi dapat
diselesaikan dengan sempurna dengan penghasilan ragum yang saya ingini.
3.0 PENCETUSAN
IDEA (ANALISIS SWOT)
3.1 Kelebihan
Produk
Kelebihan ragum yang saya reka ini termasuklah ia
mempunyai banyak fungsi. Fungsi sesuatu penghasilan produk haruslah dapat
menyelesaikan masalah serta memenuhi kehendak dan keperluan pengguna. Dalam hal
ini, ragum yang saya reka ini dapat menyepit benda kerja yang akan dikikir,
dipahat, digergaji dan sebagainya. Ia juga digunakan sebagai penyepit/pemegang
benda kerja supaya posisi benda kerja tidak berubah sepanjang waktu pekerjaan
berlangsung seperti proses mengukir, memotong dan sebagainya.
Seterusnya, rupa bentuk ragum ini agak menarik dan mempunyai
saiz yang sesuai. Sesungguhnya, saiz ragum ini lebih kecil daripada pencengkam
yang diguna dalam industri. Rupa bentuknya direka sebegini supaya pencengkam
ini lebih sesuai digunakan dalam kehidupan harian pengguna biasa seperti bapa
di dalam rumah ataupun guru di sekolah. Dengan itu, kelebihan ini akan
menjadikan penggunanya lebih luas dan dapat menarik banyak orang untuk
membelinya.
Di samping itu, bahan pembinaan yang dipilih agak tepat,
sesuai dengan fungsinya dan tidak melebihi kos yang telah diperuntukkan. Dalam
hal ini, keseluruhan bahagian ragum dibuat daripada besi tuang kelabu dan juga
keluli. Kedua-dua bahan ini memberi faedah kepada keberkesanan ragum. Sifat
besi tuang kelabu mempunyai kemampuan las yang rendah dan juga kemampuan mesin
yang baik. Ia juga memiliki kekuatan tarik dan ketangguhan yang lebih rendah.
Manakala keluli digunakan secara meluas dalam pembinaan dan aplikasi lain
kerana kekuatan tegangan yang tinggi dan kos rendah. Selain
itu, ia juga mempunyai sifat berkilat, cantik, tahan tekanan, tahan karat,
tahan kakisan, keras dan lasak.
Selain itu, kedua-dua bahan yang diguna telah
menyebabkan ketahanan ragum lebih kukuh dan mampu meyakinkan pengguna untuk
menggunakan produk ini. Hal ini kerana bahan pembinaan seperti besi tuang
kelabu dan keluli ini telah menjadikan berat ragum ini sederhana dan sesuai
dengan fungsinya. Sesungguhnya, sesuatu ragum yang baik tidak haruslah terlalu
ringan ataupun terlalu berat. Ragum yang terlalu ringan akan dipandang tidak
cukup kukuh pembinaannya manakala ragum yang terlalu berat dipandang
menyukarkan pengguna untuk mengguna ataupun mengalihnya. Dengan itu, jelaslah
bahawa bahan pemilihan yang saya pilih ini merupakan salah satu kelebihan yang
boleh ditonjolkan.
Tambahan pula, kelebihan ragum ini termasuklah kaedah
pengendalian yang mudah dan mudah alih. Hal ini demikian kerana pembinaan dan
pengendaliannya agak ringkas dan tidak kompleks. Ia boleh diguna secara manual
tanpa memerlukan ilmu pengetahuan yang sangat mendalam. Ia juga boleh dibawa ke
mana-mana sahaja kerana ia tidak memerlukan motor, bekalan kuasa mahupun bateri
untuk memberi kuasa kepadanya. Dengan itu, pengendalian yang mudah dan sifat
mudah alih ini pasti menjadikan kerja amali pengguna lebih sempurna dan cepat kerana ia boleh diguna dan berfungsi dengan baik
bila-bila masa sahaja.
Seperkara lagi, kos produk ini agak berpatutan dan
lebih murah daripada ragum yang sedia ada yang diguna dalam industri. Hal ini
kerana bahan pembinaannya mudah didapati dan kos bahan juga murah. Selain itu,
kaedah pembinaan yang ringkas juga mengelakkan pembaziran bahan dan juga masa
yang diperlukan. Dengan itu, jelaslah bahawa kos bahan, kos overhead dan kos
upah yang rendah ini telah menjadikan produk ini ditawar dengan harga yang
rendah.
Sehubungan dengan itu, ragum ini agak selamat
digunakan, mesra pengguna dan mesra alam. Dalam hal ini, rupa bentuknya dilihat
agak selamat dan tidak membahayakan penggunanya. Setiap bahagian ragum ini
dibina dengan begitu teliti dan sistematik sehinggalah tiada kewujudan apa-apa
kesalahan dalam langkah pembinaan. Sebagai contohnya, besi tuang kelabu dan
keluli telah dipotong, dikimpal dan dikisar dengan baik sehinggalah tidak ada
bucu yang tajam. Ia juga selalu diperiksa secara teliti sebelum menjualnya
kepada pengguna.
3.2 Kelemahan
Produk
Setiap produk mesti mempunyai kelemahan. Antara
kelemahan ragum ini termasuklah ia tidak dapat mengepit dan memegang benda
kerja yang terlalu besar atau berat. Hal ini demikian kerana ragum ini bersaiz
sederhana dan tidak mampu berfungsi efektif jika diguna untuk mengepit sesuatu
benda kerja yang terlalu besar. Dalam hal ini, rahang ragum boleh dibuka dalam
satu skala yang maksimum. Sekiranya ia diguna untuk mencengkam sesuatu bahan
yang terlalu besar, bahan yang dicengkam akan rosak dan rahang ragum ini juga
akan dirosakkan. Dengan itu, ia hanya sesuai diguna dalam mengepit sesuatu bahan
yang bersaiz sederhana.
Selain itu, ragum ini tidak mempunyai skala ukuran. Dalam
hal ini, pengguna dikehendaki mengukur panjangan sesuatu objek dengan tepat dan
teliti sebelum mencengkamnya dengan mengguna ragum supaya objek yang dipotong nanti
mendapat ukuran yang dikehendaki. Namun, kelemahan ini sememangnya boleh
diatasi dengan mengubahsuaikan sedikit rupa bentuknya dengan menambahkan skala
ukuran di tepi rahang ragum ini. Dengan itu, jelaslah bahawa kelemahan ini
bukanlah masalah yang besar dan boleh diatasi sekiranya sesuatu pengubahsuaian
dilaksanakan padanya.
Serentak dengan itu, ragum ini mestinya dipasang pada
permukaan yang rata sebelum menggunakannya. Hal ini demikian kerana produk ini
mempunyai tapak yang rata dan ia dikehendaki dipaku atau diskrew pada permukaan
sesuatu benda yang rata misalnya sebuah meja yang rata. Sekiranya ragum ini
dipaku pada permukaan yang tidak rata, keberkesanan akan dijejas dan cengkaman
yang diberinya juga tidak kukuh dan tidak kuat.
Tapak untuk dipaku
|
3.3 Peluang
Produk
Peluang
produk ini termasuklah ia akan menjadi pilihan utama pengguna kerana kebanyakan
pengguna terdiri daripada masyarakat komuniti sekitar. Mereka mungkin terdiri
daripada suri rumahtangga, guru bengkel, guru pelatih, remaja yang berminat
dalam bidang seni dan sebagainya. Bagi teknikal pakar pula, mereka mempunyai ragum
yang berlainan di dalam industri mereka. Walau bagaimanapun, hal ini tidak
bermakna mereka tidak akan menjadi pengguna produk ini. Hal ini kerana mereka
tidak akan berada di dalam industri setiap masa, kadang-kala mereka juga perlu
mengendali masalah kejuruteraan di dalam rumah atau syarikat. Dengan itu, ragum
yang bersaiz kecil, mudah alih, cantik lagi murah ini mampu menarik minat
mereka untuk membelinya.
Seterusnya,
produk ini juga berpeluang dijadikan pihak bersaing kepada produk yang sedia
ada di pasaran. Hal ini kerana ragum ini mempunyai banyak kelebihan jika dibanding
dengan ragum yang lain. Kelebihan-kelebihan ragum ini telah dibincangkan di
atas iaitu terdapat pelbagai fungsi yang dapat
menepati kehendak pengguna, rupa bentuk yang agak menarik, saiz yang sesuai, bahan
pembinaan yang dipilih agak tepat, sesuai dengan fungsinya dan tidak melebihi
kos yang telah diperuntukkan, mempunyai ketahanan yang kukuh, kaedah pengendalian
yang mudah, mudah alih, kos produk yang berpatutan dan lebih murah daripada ragum
yang diguna dalam industri serta selamat digunakan, mesra pengguna dan juga mesra
alam.
Di
samping itu, strategi penjualan produk secara langsung kepada pengusaha bengkel
juga merupakan salah satu peluang untuk perkembangannya. Hal ini demikian
kerana situasi menang-menang boleh diwujudkan daripada proses membeli dan
menjual ini. Dalam hal ini, pengusaha yang beli boleh mendapat kesenangan dari
keberkesanan fungsinya, manakala nama dan imej ragum ini juga akan ditingkatkan.
Lama-kelamaan kemudian, produk ini mungkin terlonjak di persada antarabangsa
dan dikenali oleh semua orang. Pelbagai pengubahsuaian yang sesuai juga boleh
dilaksanakan terhadapnya supaya kualiti ragum ini dinaik taraf dan lebih
menepati kehendak pelbagai pengguna.
3.4 Ancaman
Produk
Ancaman produk pertama ini termasuklah terdapat
persaingan produk sedia ada yang telah diguna oleh pengguna. Dalam hal ini,
terdapat banyak jenis ragum yang telah biasa diguna oleh pengguna masyarakat
sekarang misalnya ragum biasa, ragum putar dan ragum universal. Walaupun ragum
yang saya reka ini mempunyai banyak kelebihan seperti yang telah dinyatakan
tadi, namun sesuatu produk yang baharu memang susah menyakinkan bakal
penggunanya. Hal ini demikian kerana pengguna lama telah biasa mengguna sesuatu
produk berjenama dan tidak ingin mengambil risiko untuk menukar produk atau
mencuba sesuatu yang baharu. Dengan itu, berkemungkinan besar ragum ini tidak
dapat dijual dengan kuantiti yang besar. Terdapat tempoh percubaan yang lama
untuk ragum ini sebelum nama dan imejnya ditingkatkan.
Serentak dengan itu, sekiranya kuantiti penjualan
rendah, mestinya modal dan kos pembinaannya ditingkatkan. Hal ini demikian
kerana pengeluaran produk secara banyak dapat menjimatkan masa, kos overhead
(elektrik, penyelenggaran, kos telefon, kos perjalanan, kos perbelanjaan
pemasaran, gaji pengurusan), kos bahan, kos upah dan sebagainya sepanjang
proses pembinaan. Sebaliknya, sekira produk baharu yang diperkenalkan mendapat
permintaan pengguna yang rendah, penghasilan produk mestilah akan memerlukan
modal dan kos yang besar. Jika situasi ini berterusan, ada beberapa pilihan
yang boleh dipilih iaitu membuat pinjaman bank untuk meneruskan pengeluaran
produk ini, memberhentikan pengeluaran produk ini ataupun menjualkan idea dan
hak paten produk ini kepada orang lain. Jelaslah bahawa ragum ini memang ada
pelbagai ancaman yang perlu ditempuhi secara berhati-hati.
5.0 SENARAI BAHAN YANG DIGUNAKAN
Perkara
|
Bahan
|
Penerangan
|
Catatan Tambahan
|
1. Tapak
|
Besi tuang kelabu
|
v Besi
yang mempunyai kandungan karbon antara 2.5%- 4% dan
1-3% silicon
v Sering
dijumpai (sekitar 70% besi tuang berwarna abu-abu). Mempunyai graphite yang berbentuk serpihan.
v Sifat
·
Kemampuan las yang rendah.
·
Kemampuan mesin yang baik.
·
Memiliki kekuatan tarik dan ketangguhan yang lebih
rendah
|
·
Rupa bentuk yang tepat, menarik, dan mempunyai saiz
yang sesuai.
|
2. Rahang
penggerak
|
Keluli nirkarat
|
v Komposisi
Ø 74%
besi
Ø 8%
karbon
Ø 18%
kromium
v Sifat
Ø Berkilat
dan cantik
Ø Tahan
tekanan dan kakisan
Ø Keras
Ø Lasak
|
·
Bahan yang dipilih mestilah tepat, sesuai dengan
fungsinya dan tidak melebihi kos yang telah diperuntukkan.
·
Dapat meyakinkan pengguna untuk menggunakan produk.
|
3. Batang
berulir
|
|||
4. Tangkai
pemutar
|
|||
5. Penutup
tangkai pemutar
|
6.2 Lukisan Ceraian
G
|
I
|
F
|
E
|
C
|
D
|
A
|
B
|
H
|
Label
|
Perkara
|
Kuantiti
|
A
|
Rahang
penggerak
|
1
|
B
|
Rahang tetap
|
1
|
C
|
Tangkai
pemutar
|
1
|
D
|
Penutup
tangkai pemutar
|
2
|
E
|
Batang berulir
|
1
|
F
|
Penahan batang
berulir
|
1
|
G
|
Landasan
|
1
|
H
|
Tapak untuk
dipaku
|
4
|
I
|
Kunci
|
2
|
7.0 STRATEGI PEMASARAN
Menurut Kotler
(2002), pemasaran adalah suatu proses sosial yang mana individu dan kelompok
mendapatkan apa yang mereka perlu dan inginkan dengan menciptakan, menawarkan
dan mempertukarkan produk yang bernilai dengan pihak lain secara bebas.
Strategi pemasaran adalah serangkaian tujuan dan
sasaran, kebijakan dan aturan yang memberi arah kepada usaha-usaha pemasaran
perusahaan dengan rencana, pelaksanaan dan evaluasi yang menyeluruh, terpadu
dan menyatu di bidang pemasaran, yang memberikan panduan tentang kegiatan yang
akan dijalankan untuk mencapai tujuan pemasaran suatu perusahaan.
Terdapat
empat elemen amat penting dalam strategi pemasaran yang dikenali sebagai 4P iaitu
produk, harga, saluran agihan dan promosi. Bagi elemen produk, ragum yang saya
reka ini boleh ditawarkan kepada pasaran untuk perhatian, pemilikan dan
penggunaan yang boleh memuaskan kehendak dan keperluan pengguna. Hal ini kerana
ragum ini mempunyai banyak kekuatan tidak kira dari aspek luaran ataupun
dalamannya. Kelebihan-kelebihan ragum ini telah dibincangkan di atas iaitu
terdapat pelbagai fungsi yang dapat menepati kehendak pengguna, rupa bentuk
yang agak menarik, saiz yang sesuai, bahan pembinaan yang dipilih agak tepat
dan sesuai dengan fungsinya, mempunyai ketahanan yang kukuh, kaedah
pengendalian yang mudah, mudah alih, selamat digunakan, mesra pengguna dan juga
mesra alam.
Dari
segi pembungkusan pula, ragum ini telah dibungkus dengan baik dan memenuhi ciri-ciri
keselamatan. Hal ini demikian kerana produk ini bersaiz sederhana dan mempunyai
berat yang sederhana, maka ia dianggap bahaya sekiranya diberinya kepada
seorang kanak-kanak tanpa pemantauan orang dewasa. Dengan itu, ragum ini
disimpan dengan kotak yang keras dan dibungkus dengan kemas. Tambahan pula,
manual cara penggunaannya juga disediakan dalam setiap kotak supaya pengguna
boleh mendapat ilmu pengetahuan tentang cara penggunaannya. Hal ini demikian
kerana kesalahan dalam penggunaan ragum mungkin mencederakan tangan pengguna. Peringatan
atau peraturan penggunaan adalah diwajibkan untuk menjaga keselamatan pengguna
lagi menyakinkan pengguna baharu untuk membelinya.
Seperkara
lagi, pengguna ragum ini juga mendapat jaminan dan khidmat sampingan daripada
pengeluar atau ejen-ejennya. Sekiranya ragum yang dibeli didapati kerosakan,
pengeluar akan memberi khidmat sampingan sama ada memberi pampasan ataupun
menggantikanya dengan ragum yang baik. pengguna juga boleh membuat aduan
sekiranya terdapat apa-apa pendapat atau berasa ketidakpuasan terhadapnya. Dengan
itu, jelaslah bahawa produk ini akan dijadikan pilihan utama pembeli kerana ia
tidak sahaja mempunyai banyak kelebihan, malah pengeluar juga seorang yang
prihatin dan bertanggungjawab, maka pengguna akan lebih yakin dan seronok untuk
membelinya.
Seterusnya, salah satu elemen penting yang terkandung
dalam strategi pemasaran ialah faktor harga. Harga adalah sejumlah wang yang
dikenakan untuk sesuatu produk.
Harga yang tercatat
merupakan harga selepas mengambil kira unsur pembungkusan, pengeluaran,
pengiklanan, pengangkutan dan margin keuntungan. Penawaran harga yang berpatutan dan murah
terhadap produk yang dikeluarkan secara tidak langsung memberikan rangsangan
terhadap pengguna untuk mendapatkan produk tersebut. Sesungguhnya, harga juga
ditentukan dengan mengambil kira kos pengeluaran, kos pengagihan dan struktur
kos pesaing dalam pasaran.
Dalam
konteks ini, semasa saya menetapkan harga untuk ragum yang saya
reka ini, saya telah mempertimbangkan beberapa faktor dan antaranya termasuklah
jumlah harga kos sebenar produk yang ditawarkan, menilai harga jualan yang
ditawarkan oleh pesaing, menilai struktur diskaun yang akan diperkenalkan, menilai
tanggapan pengguna sasaran terhadap nilai produk saya dengan pesaing. Selepas
pertimbangan dilakukan, harga ragum yang saya tetapkan ini agak berpatutan dan
lebih murah daripada ragum yang dijual oleh kebanyakan pesaing. Hal ini kerana
bahan pembinaannya mudah didapati dan kos bahan juga murah. Selain itu, kaedah
pembinaan yang ringkas juga mengelakkan pembaziran bahan dan juga masa yang
diperlukan. Dengan itu, jelaslah bahawa kos bahan, kos overhead (elektrik,
penyelenggaran, kos telefon, kos perjalanan, kos perbelanjaan pemasaran, gaji
pengurusan), dan kos upah yang rendah ini telah menjadikan produk ini ditawar
dengan harga yang rendah.
Bukan itu sahaja, tempat atau saluran agihan merupakan
elemen pemasaran untuk memastikan produk sampai kepada pengguna. Dalam konteks ini, strategi
penempatan harus memudahkan pengguna dalam mengakses kepada produk yang
ditawarkan oleh pengeluar.
Kilang pengeluaran ragum dan syarikat ragum harus bertempat di lokasi yang
strategik dan selesa supaya mudah dicari oleh pengguna misalnya di pusat
perbandaran atau berdekatan dengan kawasan perumahan. Dalam memilih lokasi
strategik, beberapa kriteria perlu diambil kira antaranya termasuklah saiz
pesaing, sasaran pasaran, kemudahan asas yang ada seperti bekalan air dan
elektrik, undang-undang dan kawalan zon yang ditetapkan oleh majlis kerajaan
tempatan.
Seterusnya, saluran agihan juga disebut
sebagai saluran pengedaran dan ia sangat penting kerana dapat menentukan sama
ada produk tersebut mudah diperolehi atau tidak. Agihan di sini membawa maksud
pihak yang terlibat secara langsung atau tidak untuk memastikan produk yang
ditawarkan sentiasa tersedia dan mudah didapati oleh pengguna. Secara
ringkasnya bolehlah dikatakan dengan wujudnya saluran agihan ini akan dapat
memastikan produk yang diperlukan berada tepat pada masa dan tempat yang
diperlukan dan juga dalam kuantiti yang diharapkan. Dalam
aspek ini, terdapat beberapa jenis saluran agihan yang boleh dijalankan dalam
penjualan ragum ini seperti penjualan langsung (Direct Selling) dan juga penjualan melalui perantara (Intermediaries).
Bagi
ragum yang saya cipta ini, penjualan melalui perantara boleh diadakan. Penjualan melalui perantara bermaksud
menggunakan orang tengah seperi pemborong, peruncit, ejen
dan wakil pengilang bagi
membolehkan barangan itu diperolehi dan didapati oleh pelanggan ataupun
pengguna. Sesungguhnya, orang tengah diwujudkan untuk membantu syarikat dalam
menjimatkan wang, masa dan tenaga. Mereka berperanan sebagai penghubung
(mencari dan berkomunikasi dengan pembeli berpotensi), pemadan (membentuk dan
menyesuaikan tawaran mengikut keperluan para pembeli, termasuklah
aktiviti-aktiviti seperti pengeluaran, penggredan, pemasangan dan
pembungkusan), perunding, pengagih fizikal (mengangkut dan menyimpan barangan)
dan sebagainya.
Dalam konteks ini, penjualan ragum ini kadang-kala
diadakan dalam jumlah yang banyak. Dengan itu, pengeluar ragum memerlukan
ejen-ejen sendiri untuk menyalurkan pengeluaran produk itu kepada pemborong dan
seterusnya kepada komuniti atau pengguna. Sebagai contohnya, pengeluar ragum
ingin menjualkan produknya secara borongan kepada beribu-ribu sekolah teknikal.
Pengeluar diri sendiri mungkin tidak berupaya mencapai harapan ini kerana
proses penjualan ini memerlukan banyak masa, tenaga, modal dan juga jalinan
sosial yang besar. Justeru, pengeluar boleh mendapatkan orang tengah iaitu
ejen-ejennya untuk menjualkan produknya kepada seluruh dunia. Dalam hal ini, setiap
ejen akan mencari pemborong atau pelanggan masing-masing untuk memperkenal dan
menjualkan produk ini. Mereka akan memberi usaha yang banyak supaya mendapat
peruntungan daripada penjualan produk ini misalnya mengadakakan promosi,
memujuk pembeli dan sebagainya. Dengan itu, jelaslah elemen saluran agihan amat
penting dalam strategi pemasaran untuk meningkatkan kuantiti permintaan ragum
dan juga menjimatkan masa pengeluar dalam mencari pembelinya.
Kepentingan promosi juga tidak boleh dipandang remeh
kerananya memainkan peranan yang penting dalam proses pemasaran. Promosi
merupakan bentuk-bentuk komunikasi yang digunakan untuk memberitahu,
mengingatkan dan juga memujuk pengguna mengenai sesuatu produk yang dikeluarkan
ataupun dijual oleh sesebuah syarikat. Dalam aspek ini, ragum ini akan
diperkenalkan kepada orang ramai melalui beberapa kaedah. Pertamanya, promosi
ragum yang akan diguna ialah periklanan (advertising)
dan publisiti. Hal ini demikian kerana promosi melalui media massa ini lebih
mudah, murah, bebas dan juga mempunyai liputan yang lebih luas. Sebagai contoh,
iklan-iklan ragum dan poster ragum boleh ditampal di tempat yang mempunyai
orang ramai misalnya perhentian bas dan juga bank-bank pusat perbandaran untuk
membentuk atau menciptakan kesedaran dan pengetahuan tentang produk kepada
orang ramai. Seterusnya, kekuatan ragum juga boleh dirakam dalam teks, grafik,
audio dan video untuk disiarkan dalam televisyen mahupun radio melalui media
massa di seluruh dunia.
Selain itu, bentuk promosi secara personal ataupun
disebut sebagai penjualan tatap muka juga boleh diadakan. Penjualan tatap muka
adalah kegiatan mempromosikan suatu produk dengan cara pergi ke tempat pengguna
berada. Dalam hal ini, penjual ragum dikehendaki membuat penyelidikan untuk
mencari pembeli yang mempunyai pengaruh besar atau berpotensi besar untuk
membeli produknya. Sebagai contohnya, penjual ragum akan membuat kajian untuk
mengetahui bakal pembeli yang berpotensi iaitu sekolah-sekolah teknikal,
institusi yang mempunyai mata pelajaran Pendidikan Teknikal dan Vokasional,
pengusaha industri motor, ketua panitia RBT, bengkel-bengkel maktab dan
sebagainya. Selepas penyelidikan dibuat, penjual boleh menghubungi pihak
berkenaan untuk menjalin hubungan dengan mereka sambil memperkenalkan ragum
ini. Dengan penjualan tatap muka ini, penjual boleh mendemonstrasikan cara
penggunaan ragum dan menganalisiskan kekuatan serta kelemahan ragum ini kepada
pembeli untuk menyakinkan mereka tentang keberkesanan ragum ini.
Seperkara lagi, promosi penjualan ragum boleh diadakan
melalui penggunaan pelbagai insentif yang dapat diatur untuk merangsang
pembelian produk dengan segera dan meningkatkan jumlah barang yang dibeli
pelanggan selain mengimbangkan kegiatan pesaing. Dalam hal ini, terdapat
alat-alat yang digunakan dalam penjualan seperti kupon, undian, paket harga, tawaran
wang kembali, perlombaan, promosi dagang, pemotongan harga dan hadiah boleh
diadakan untuk mendorong pelanggan membeli dan juga untuk menarik perhatian
pelanggan baru. Sebagai contoh, satu set kikir parut dan mesin gerudi akan dihadiah
kepada sesiapa yang membeli ragum sebanyak 60 buah ke atas. Pemotongan harga
sebanyak RM10 akan diberi kepada 100 orang pembeli ragum yang pertama. Promosi
sebegini memang dapat menarik perhatian pembeli dan sedikit sebanyak akan
meningkatkan nama ragum dalam kalangan masyarakat.
8.0 CARTA ALIR PROSES PENULISAN
Mula
|
Taklimat Kerja Kursus dan Memahami
Kehendak Soalan
|
Penulisan Pernyataan Masalah dan
Penyelidikan
|
Penulisan Reflektif
|
Mencari Maklumat dan Penulisan Strategi
Pemasaran
|
Mencari Maklumat dan Penulisan Pengenalan
Ragum
|
Melukis Projek (Autocad)
dan
Menyenaraikan Bahan yang Digunakan
|
Perkembangan idea
(melukis 3 lakaran) dan
Memilih Projek yang
Dikehendaki
|
Carta Alir Proses Penulisan dan Carta
Gantt
|
Pencetusan Idea (Analisis SWOT)
|
9.0 CARTA
GANTT PROSES
BIL
|
PROSES
|
MINGGU
|
|||||
1
|
2
|
3
|
4
|
5
|
6
|
||
1.
|
Taklimat Kerja Kursus dan Memahami Kehendak Soalan
|
|
|
|
|
|
|
2.
|
Mencari Maklumat dan Penulisan Pengenalan Ragum
|
|
|
|
|
|
|
3.
|
Penulisan Pernyataan Masalah, Penyelidikan dan Pencetusan Idea
(Analisis SWOT)
|
|
|
|
|
|
|
4.
|
Perkembangan idea (melukis 3 lakaran) dan Memilih Projek yang
Dikehendaki
|
|
|
|
|
|
|
5.
|
Melukis Projek (Autocad) dan Menyenaraikan Bahan yang Digunakan
|
|
|
|
|
|
|
6.
|
Mencari Maklumat dan Penulisan Strategi Pemasaran
|
|
|
|
|
|
|
7.
|
Carta Alir Proses Penulisan dan Carta Gantt
|
|
|
|
|
|
|
8.
|
Penulisan Reflektif
|
|
|
|
|
|
|
10.0 PENULISAN
REFLEKTIF
Saya
berasa amat bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang
ditetapkan. Kekuatan saya dalam melaksanakan tugasan projek ini ialah saya
seorang yang sabar dan tabah semasa menghadapi masalah. Saya tidak mudah putus
asa walaupun masalah itu agak susah untuk dihadapi. Saya akan selalu
mengingatkan diri sendiri supaya selalu bersikap positif dan optimis semasa
menghadapi masalah. Saya tidak berasa malu semasa meminta tunjuk ajar daripada
kawan mahupun pensyarah. Saya juga sentiasa memotivasi dan menggalakkan diri
sendiri sepanjang tempoh melaksanakan tugasan.
Kekuatan
keduanya termasuklah saya seorang yang kreatif dan suka berimaginasi. Hal ini
sangat penting kerana seorang yang kreatif dan suka berimaginasi akan selalu
membuat perubahan dan inovasi terhadap persekitarannya. Sebagai contoh, saya
cekap dan bijak dalam menghasilkan sebuah lakaran yang berkualiti dalam masa
yang pendek. Dalam hal ini, saya telah merujuk kepada pelbagai jenis ragum dan
seterusnya telah mencampuradukan kesemua idea-idea ini menjadi satu idea yang
bernas. Dengan itu, sifat
saya sebegini banyak membantu saya dalam menghasilkan lakaran ragum yang
disukai.
Kelemahan saya semasa melaksanakan
tugasan projek ini ialah saya tiada keyakinan kerana tidak faham kehendak tugasan
secara keseluruhannya. Saya berasa keliru kerana kehendak-kehendak soalan agak
banyak dan hal ini telah mengelirukan saya. Saya juga tidak pasti adakah
maklumat yang saya dapat ini adalah tepat dan benar. Saya juga tidak pasti
adakah isi penulisan akademik memenuhi kehendak soalan. Dengan itu, saya telah mengatasi masalah ini
dengan meminta tunjuk ajar daripada rakan sekelas dan juga menimba ilmu
pengetahuan secara banyak-kebanyakan yang boleh saya dapati melalui internet.
Kelemahan kedua termasuklah
ketidakcekapan saya dalam penggunaan perisian AutoCAD. Dalam hal ini, saya
seorang yang tidak begitu mahir dalam TMK lebih-lebih lagi bagi perisian yang
diperkenal baharu ini. Kadang-kala, saya berasa cemas kerana tempoh hantar kerja
kursus sudah mendekati tetapi saya masih berada dalam peringkat percubaan.
Sebagai contohnya, saya tidak tahu cara membuat batang yang berulir Saya telah
banyak menghabiskan masa dalam percubaan satu demi satu. Kemudian, saya telah
mengatasi masalah ini dengan melayari internet dan akhirnya saya telah mendapat
cara penyelesaian dalam sebuah tutorial youtube.
Sebenarnya,
saya telah mempelajari banyak kemahiran dan ilmu pengetahuan semasa menjalankan
kerja kursus ini. Pertamanya, saya lebih memahami fungsi dan jenis ragum.
Sebagai contohnya, terdapat tiga jenis ragum yang biasa dijumpai iaitu ragum biasa,
ragum putar dan ragum universal. Saya telah lebih mengenal ragum ini dan juga
mendapati setiap jenis ragum ini mempunyai kegunaan yang lebih spesifik walaupun
fungsi utama ketiga-tiga ragum adalah untuk mengepit benda kerja.
Selain
itu, saya juga berjaya menghasilkan lukisan ragum yang diingini. Dalam hal ini,
saya telah membuat penyelidikan banyak untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi. Selepas itu, saya telah mengenal pasti kelebihan, kelemahan, peluang
dan ancaman produk serta strategi pemasarannya selepas memilih dan menghasilkan
satu lakaran ragum yang dapat memenuhi kehendak pengguna. Mengikut SWOT yang
dianalisis, saya boleh membandingkan ciri-ciri produk saya dengan ragum sedia
ada di pasaran dan seterusnya membuat perubahsuaian supayanya dinaik taraf dan
dikenali oleh semua orang.
Ketiganya,
saya juga berpeluang belajar cara menyunting dan mengubahsuai sebuah lukisan.
Hal ini sangat berbeza dengan membuat lukisan kerja secara manual kerana
lukisan kerja secara manual memerlukan perkakasan yang banyak lagi mahal
harganya. Sebaliknya, jika menggunakan perisian AutoCAD, kerja yang dilakukan
menjadi mudah dengan hanya menggunakan peranti komputer sahaja tanpa membuang
masa yang banyak. Pada masa
yang sama, lukisan yang dihasilkan lebih kemas dan tepat. Perintah-perintah yang digunakan dalam
perisian AutoCAD memberi fungsi yang tepat dan sangat bersesuaian dengan
kehendak kerja melukis.
Sehubungan dengan itu, ancaman yang
telah saya hadapi semasa menyiapkan tugasan ini adalah kekangan masa. Hal ini
kerana saya juga mendapat banyak tugasan mata pelajaran lain secara serentak
antaranya termasuklah dua kerja kursus mata pelajaran EDU, satu lagi kerja
kursus RBT dan juga tiga projek yang diperlu dilaksanakan semasa praktikum
serta tugasan penyelidikan pendidikan. Dalam hal ini, saya telah mengatasi
masalah ini dengan mengaplikasikan kemahiran mengurus masa. Saya telah
mengurangkan masa tidur dan juga masa beriadah untuk menghabiskan tugasan
supayanya boleh disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan secara sempurna.
Seperkara lagi, ancaman seterusnya termasuklah kerosakan pencetak. Masalah
teknikal kerap berlaku dan saya dikehendaki mengendalinya dengan cekap. Sebagai
contohnya, kertas telah disekat dalam pencetak semasa saya ingin mencetak kertas
kursus. Saya telah mengenal pasti masalah ini dan mengendalinya secara teliti
berdasarkan arahan-arahan teknikal manual yang dibekal bersama pencetak semasa
membelinya.
Kesimpulannya,
saya telah mendapat satu pengalaman yang baharu dan berharga selama
melaksanakan tugasan projek ini. Saya berjanji akan terus berusaha untuk
meningkatkan kekuatan saya dan juga mengatasi kelemahan saya dengan meminta
tunjuk ajar daripada pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan saya. Tugasan yang
saya buat ini mungkin bukan tugasan yang terbaik tetapi saya telah berusaha
dengan bersungguh-sungguh semasa melakukannya. Dengan itu, saya berharap
pengorbanan masa dan tenaga saya ini tidak akan dibazirkan dengan sia-sia itu
sahaja. Sekian, terima kasih.
BIBLIOGRAFI
Alan T.H. Khoo (2000). Step
by Step AutoCAD LT. (1st
ed.). Kuala Lumpur: Federal
Publications Sdn. Bhd.
Publications Sdn. Bhd.
Anis Idris. (2015). Bab
3 lukisan teknik-unjuran ortografik. Dicapai dari
https://www.slideshare.net/anis_idris/bab-3-lukisan-teknik-unjuran-ortografik
https://www.slideshare.net/anis_idris/bab-3-lukisan-teknik-unjuran-ortografik
Bud Smith (1999). AutoCAD
Release 14 for Dummies. Foster City: IDG Books Worldwide.
Daryanto. (2002). Mesin
Perkakas Bengkel. Jakarta: PT Bina Adiaksara dan PT Rineka
Cipta
Cipta
David Byrnes & Mark Middlebrook (2006). AutoCAD 2007 for Dummies. Indianapolis:
Wiley Publishing.
Wiley Publishing.
Finkelstein, E. (2005). AutoCAD 2006 and AutoCAD LT 2006. Indianapolis:
Wiley Pub.
Friend, M. (2005). Special
education: Contemporary perspectives for school professionals.
Boston: Pearson Education.
Boston: Pearson Education.
Galang Dimas
Pratama. (2014). Teknik Pemesinan-Ragum.
Dicapai dari
http://infopemesinan.blogspot.my/2014/05/ragum-vise-ragum-adalah-suatu-
alat.html
http://infopemesinan.blogspot.my/2014/05/ragum-vise-ragum-adalah-suatu-
alat.html
Hatena Contenna. (2012). Lukisan Teknik (Elektif)–Modul.
Dicapai dari
https://www.scribd.com/doc/81451937/Lukisan-Teknik-Elektif-Modul
https://www.scribd.com/doc/81451937/Lukisan-Teknik-Elektif-Modul
Jual Alat Teknik. (2015). Pengertian Ragum dan Beberapa Jenis Serta
Fungsinya. Dicapai dari https://www.tokootomotif.com/pengertian-ragum-dan-
beberapa-jenis-serta-fungsinya/
Fungsinya. Dicapai dari https://www.tokootomotif.com/pengertian-ragum-dan-
beberapa-jenis-serta-fungsinya/
Khairul Anwar Hanafiah (2000). Lukisan kejuruteraan berbantukan komputer. Johor:
Cetak Ratu Sdn. Bhd.
Cetak Ratu Sdn. Bhd.
Leach, James A., Bledsaw & Thomas, D. (2012). Autocad 2012 Instructor A Student Guide
To Complete Coverage Of Autocad's Commands And Features. New York:
Mcgraw-Hill.
To Complete Coverage Of Autocad's Commands And Features. New York:
Mcgraw-Hill.
Omura, George. (2009). Introducing
AutoCAD 2009 and AutoCAD LT 2009. Indianapolis:
Wiley Pub.
Wiley Pub.
Seon, F. et al. (1994). Inside
AutoCAD R13 for Windows and Window NT. Indiana: New
Rider Publishing.
Rider Publishing.
Wardah. (2017). Bab 6
Luk Teknik KT. Dicapai dari
https://www.academia.edu/28956316/KHB_Tgk_2_Bab_6_Luk_Teknik_KT
https://www.academia.edu/28956316/KHB_Tgk_2_Bab_6_Luk_Teknik_KT
Wijayanto, Danar Susilo & Yuyun Estriyano. (2005).
Teknologi Mekanik Mesin Perkakas.
Solo: Lembaga Pengembangan Pendidikan
Solo: Lembaga Pengembangan Pendidikan
Wilson, John. (2000). Autocad
2000 3D Modeling: A Visual Approach. Albany, NY:
Autodesk Press.
Autodesk Press.
Yarwood, A. (2011). Introduction To Autocad 2012 2D And 3D
Design. Oxford: Newnes.
No comments:
Post a Comment