Reflektif: Aktiviti Water Confidence
Pada
hari kedua, kami telah menjalankan aktiviti water confidence. Aktiviti ini
diadakan adalah untuk memberi peluang kepada kami dengan menyesuaikan diri
dalam air. Pada mulanya, saya amat takut dan rasa cemas semasa berada dalam
air. Hal ini demikian kerana saya tidak tahu berenang dan takut akan air. Kadang-kala,
saya tidak dapat mengawalkan kedudukan saya dan terapung-apung di atas air
serta terlanggar-langgar oleh orang lain. Walau bagaimanapun, saya telah
mengalakkan diri sendiri supaya menjadi lebih berani dan akhirnya saya telah
berjaya menyesuaikan diri dalam air. Dengan bantuan jaket keselamatan, saya
berasa menjadi lebih berani untuk berenang di dalam air.
Kekuatan
aktiviti ini termasuklah jurulatih-jurulatih telah memberi arahan kepada kami
supaya menjaga keselamatan diri sendiri semasa melaksanakan tugasan yang diberi
oleh mereka. Jurulatih telah memberi banyak tugasan kepada kami semasa water
confidence dijalankan, misalnya mengapungkan diri sendiri di atas air,
meletakkan kedua-dua tangan di atas dada, membuat satu bulatan dalam kumpulan
sendiri dan sebagainya.
Kelemahan
aktiviti ini termasuklah kemudahan jaket keselamatan yang dibekalkan tidak
sempurna. Hal ini terdapat beberapa helai jaket keselamatan yang kekurangan
wisel. Pada pendapat saya, kelemahan ini dapat diatasi dengan memohon bantuan
kerajaan untuk membeli jaket keselamatan yang baru.
Seterusnya,
terdapat juga ancaman yang mungkin dihadapi dalam aktiviti ini. Sebagai
contohnya, keselamatan diri telah diugut kerana tidak dapat memastikan ada apa
benda-benda yang berada di dalam air. Seterusnya, matahari yang terik telah
menyebabkan kepeningan sesetengah peserta dan saya juga mengalami ‘sun burn’.
Secara
keseluruhannya, walaupun aktiviti air amat meletihkan, namun ia merupakan suatu
pengalaman yang cukup hebat, bermakna dan menyeronokkan.
Reflektif: Aktiviti Berkayak
Dalam
program Bina Insan Guru ini, saya telah menjalankan satu akitiviti air yang
amat bermakna dan seronok. Saya telah berjaya mengaplikasikan nilai toleransi
dan semangat kerjasama semasa berkayak bersama pasangan saya supaya aktiviti
berkayak dapat dijalankan dengan lebih lancar. Melalui aktiviti ini, saya
mendapati komunikasi yang berkesan juga amat penting dalam aktiviti berkayak
selain semangat kerjasama. Hal ini kerana saya dan pasangan saya perlu berkayak
dalam arah yang sama semasa ingin membuat pusingan atau bergerak ke depan.
Dengan itu, barulah kayak dapat bergerak depan dan tidak akan membazirkan
tenaga kami masing-masing.
Kekuatan
aktivti ini termasuklah saya telah didedahkan kepada kemahiran berkayak dan
pelbagai teknik kayuhan seperti maju ke depan, membelok ke kiri dan ke kanan
dan mengundur ke belakang. Kekurangan aktiviti ini pula termasuklah masa yang
diperuntukkannya agak singkat dan kami tidak sempat menikmati keindahan alam
sekitar di atas laut.
Walau
bagaimanapun, kami telah menghadapi masalah stamina semasa aktiviti berkayak.
Hal ini kerana sesetengah peserta tidak mampu berkayak ke destinasi berkumpul.
Mereka sangat penat dan letih lebih-lebih lagi berkayak dalam cuaca yang sangat
panas. Pada pendapat saya, kelemahan ini dapat diatasi dengan bertambahkan masa
untuk sesi aktiviti ini supaya kami mempunyai masa yang cukup untuk rehat.
Selain itu, semua peserta juga harus membawa dan minum air yang banyak.
Kesimpulannya,
saya telah mendapat satu pengalaman yang baharu dan berharga semasa
melaksanakan aktiviti berkayak ini. Saya berjanji akan terus berusaha untuk
meningkatkan kekuatan saya dan juga mengatasi kelemahan saya dengan meminta
tunjuk ajar daripada jurulatih-jurulatih dan rakan-rakan saya. Saya berharap
mendapat peluang lagi untuk menyertai aktiviti yang sebegini pada masa depan.
Sekian, terima kasih.
Reflektif: Orienteering
Dalam
program Bina Insan Guru (BIG) fasa pertama siri 4/2014, kami telah menjalankan
aktiviti orienteering pada hari ketiga. Orienteering ialah satu cabang
pengetahuan berkaitan dengan teknik-teknik pergerakan dari satu tempat ke
tempat yang lain dengan menggunakan kemahiran membaca peta dan kompas.
Kekuatannya
termasuklah orienteering merupakan sukan rekreasi yang memerlukan imbangan di
antara koordinasi fizikal dan mental dengan baik. Peserta perlu mengemudikan
arah dirinya dari satu titik kawalan ke satu titik kawalan yang lain dengan
berpandukan kepada peta dan kompas yang diberikan yang telah ditandakan di atas
peta dan ditentukan di permukaan bumi mengikut susunan tertentu. Selain itu,
taklimat jurulatih yang jelas dan padat sebelum melaksanakan aktiviti ini juga
merupakan kekuatannya.
Bagi
kelemahan aktiviti ini pula termasuklah kemudahan yang terhad menyebabkan
sesetengah peserta tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya. Misalnya, hanya dua
kompas yang diperuntukkan dalam satu kumpulan. Dengan itu, orang-orang lain
yang terdapat dalam kumpulan itu terpaksa mengikut arahan orang yang berpegang
kompas itu dalam menentukan tempat dan membuat penanda. Pada pendapat saya,
kelemahan ini dapat diatasi dengan bertukar giliran untuk menggunakan kompas
semasa aktiviti dijalankan. Bukan itu sahaja, pihak berkaitan juga boleh memohon
bantuan daripada kerajaan untuk membeli kompas secara mencukupi supaya semua
peserta dapat menggunakannya.
Kebaikan
yang saya peroleh daripada aktiviti ini termasuklah orienteering telah berjaya
meningkatkan kecergasan fizikal dan daya tumpuan saya. Selain itu, aktiviti ini
juga telah membantu dalam membina sikap positif, memupuk keyakinan diri serta
meningkatkan kemahiran pembacaan peta dan kompas. Saya juga mendapati semangat
kerjasama antara ahli kumpulan dan komunikasi yang berkesan adalah sangat
penting semasa menjalankan aktiviti ini. Melalui aktiviti orienteering, saya
juga telah mempelajari cara menggunakan kompas dan cara menulis petunjuk. Saya
dapat memberi arah dan sudut yang betul bagi menentukan sesuatu petunjuk.
Akhirnya
sekali, terdapat juga ancaman yang mungkin dihadapi dalam aktiviti ini. Sebagai
contohnya terdapat banyak nyamuk Aedes dan binatang-binatang bahaya yang
mungkin membahayakan keselamatan peserta di dalam hutan ini.
Reflektif: Aktiviti Kembara
Kami
telah menjalankan aktiviti kembara pada hari ketiga. Melalui aktiviti kembara
ini, saya telah mendapati semangat kerjasama adalah amat penting dalam satu
kumpulan. Sepanjang aktiviti kembara dijalankan, saya dan ahli kumpulan saya
telah bekerjasama untuk melepasi segala kesukaran. Walaupun matahari hari itu
sangat terik, tiada sesiapa daripada kalangan kami yang berputus asa. Kami
telah memberi komitmen sepenuh hati dan teruskan perjalanan aktiviti kami dan
tidak mengeluarkan rungutan.
Saya mendapati ketabahan dan
kegigihan amat penting dalam menjalankan aktiviti kembara ini. Hal ini kerana
jalan di dalam hutan sangat sempit dan cerun. Kami berasa amat letih semasa
sampai ke puncak bukit. Seterusnya, memasak dalam hutan adalah satu aktiviti
yang kami perlu jalankan dalam BIG ini. Saya berasa seronok kerana inilah
pengalaman pertama kali saya memasak dalam hutan tanpa sebarang peralatan
masak. Saya telah mencari bahan-bahan
yang kering untuk menghidupkan api bagi memasak. Saya juga bersyukur kerana cuaca
hari tersebut agak baik dan kami tidak mengalami hari hujan. Oleh itu, kami
boleh memasak dengan cepat dan berefektif.
Kekuatannya termasuklah taklimat jurulatih
sangat jelas sebelum melaksanakan aktiviti ini. Selain itu, jurulatih juga
selalu membimbing kami selama aktiviti dijalankan. Kelemahan pula termasuklah
masa bagi aktiviti kembara ini terlalu singkat dan menyebabkan kami tidak
sempat menghayati keindahan alam sekitar. Hal ini kerana kami terpaksa berjalan
pantas untuk mencapai destinasi dalam masa yang ditetapkan.Saya bercadang untuk
memanjangkan masa bagi aktiviti ini supaya kami sempat menikmati keindahan alam
sekitar ini.
Akhirnya
sekali, terdapat juga ancaman yang mungkin dihadapi dalam aktiviti ini. Sebagai
contohnya terdapat tumbuhan-tumbuhan yang berbisa dan berduri yang mungkin
membahayakan kesihatan dan keselamatan kami semasa aktiviti dijalankan.
Reflektif:
Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan
Latihan Dalam Kumpulan (LDK)
telah dibimbing oleh Encik Omar sepanjang program BIG diadakan. Pada waktu
malam bagi hari pertama dan hari kedua kem BIG, kami telah berkumpul di tempat
terbuka untuk menjalankan aktiviti LDK. Aktiviti ini telah memberi peluang
kepada kami yang terdiri daripada 4 kelas untuk berkenalan antara sama lain.
Aktiviti ini telah berjaya
memupuk sifat kerjasama setiap kumpulan. Pada hari pertama bagi aktiviti LDK,
Encik Omar telah mengadakan pelbagai permainan kecil. Permainan kecil ini
bertujuan untuk memperkenalkan diri sendiri dalam kumpulan yang telah
ditetapkan. Kami dikehendaki mengingati lima perkara peribadi bagi ahli
kumpulan kami masing-masing. Selain itu, kami juga dikehendaki mencipta satu
slogan kata untuk memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.
Kekuatan aktiviti ini
termasuklah terdapat pelbagai aktiviti dijalankan semasa aktivti LDK. Hal ini
demikian kerana pensyarah-pensyarah yang berkaitan telah memberi peluang kepada
kami untuk bermain dalam kumpulan. Permainan-permainan kecil yang kreatif dan
inovatif itu memang mencabar dan menark.
Manakala kelemahan bagi
aktiviti ini adalah penglibatan dan respon para guru pelatih kurang meriah. Hal
ini demikian kerana mereka berasa letih selepas menjalankan aktiviti lasak
sepanjang hari. Di samping itu, kelemahannya termasuklah masa peruntukkan bagi
aktiviti ini terlalu singkat dan semua peserta tidak sempat mengenali satu sama
lain. Pada pendapat saya,
kelemahan ini dapat diatasi dengan memanjangkan masa pengurusan diri supaya
mereka dapat berehat secukup-cukupnya.
Ancaman LDK ini termasuklah
aktiviti ini dijalankan di tempat terbuka, cuaca yang tidak baik seperti hujan
akan menjejaskan kelancaran aktiviti ini. Seterusnya, kemungkinan juga
berlakunya kecederaan semasa permainan kecil dijalankan. Hal ini kerana kami
selalu berlari semasa bermain dalam kumpulan dan mungkin berlakunya terseliuh
atau terluka.
Saya sedar bahawa kerjasama
ahli kumpulan adalah amat penting untuk melakukan sesuatu rancangan kumpulan.
Sekiranya terdapat sesetengah ahli yang tidak memberi kerjasama dan tidak
mengeluarkan idea masing-masing, kumpulan itu pastilah tidak dapat
mempersembahkan rancangan yang menarik.
Kesimpulannya, LDK yang
dijalankan telah banyak membantu saya untuk lebih yakin apabila bercakap di
hadapan orang ramai. Sebagai seorang bakal guru, saya telah mendapat pelbagai
idea permainan kecil dan permainan kecil itu dapat saya gunakan pada masa depan
semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan.
Reflektif:
Aktiviti Slot Moral
Aktiviti slot moral bagi BIG
siri 1/2014 telah diiringi oleh Encik Eow dan tutor bagi kelas masing-masing.
Sesi slot moral dijalankan dua kali dalam sehari, slot yang pertama pada waktu
subuh dan slot yang kedua pula pada waktu petang. Sesi ini adalah sesi moral
bagi guru pelatih bukan beragama Islam manakala guru pelatih Islam pula menjalankan
takhirah.
Kekuatan bagi aktiviti slot
moral adalah aktiviti ini telah mengisi masa lapang para guru pelatih dengan
berfaedah. Encik Eow telah berkongsi nilai dan pengajaran yang bermakna kepada
para guru pelatih. Beliau
juga berkongsi pengalaman beliau selama ini dan caranya mengatasi masalah
sekiranya menghadapi sebarang cabaran. Saya telah menerapkan nilai yang
disampaikan olehnya dan ia amat berguna kepada saya pada masa depan. Bukan itu
sahaja, kekuatan aktiviti ini termasuklah
kepelbagaian aktiviti yang dilaksanakan dalam waktu slot moral ini. Sebagai
contohnya, terdapat ceramah, meditation, yoga dan perbincangan kumpulan
dilaksanakan. Pensyarah-pensyarah
yang bertanggungjawab telah melaksanakan tugasan dengan sempurna dan saya juga
banyak menimba ilmu pengetahuan serta didedahkan dengan kebaikan ‘yoga and
meditation’ semasa waktu slot moral.
Namun,
tetapi juga kelemahan aktiviti slot moral ini. Terdapat sesetengah guru pelatih
tidak menepati masa dan datang lewat semasa slot moral dijalankan. Perkara ini
telah menyebabkan aktiviti slot moral bermula dengan lewat. Hal ini demikian
kerana kesuntukan masa bagi guru pelatih untuk pengurusan diri. Di samping itu,
perbincangan antara pensyarah dengan guru pelatih agak membosankan. Selepas
menjalankan aktiviti seharian, guru pelatih sudah berasa letih dan tidak dapat
menumpukan perhatian dengan sepenuhnya.
Ancaman
bagi aktiviti ini adalah keletihan para guru pelatih telah menyebabkan aktiviti
slot moral kehilangan interaksi antara satu sama lain. Sesungguhnya, saya juga
berasa mengantuk semasa aktiviti slot moral dijalankan. Saya amat susah
menumpukan perhatian terhadap perbincangan Encik Eow kerana saya terlalu letih.
Saya bercadang bahawa sesi slot moral boleh dijalankan
dengan lebih seronok dengan menjalankan pelbagai permainan kecil untuk
menghiburkan para guru pelatih supaya keletihan dapat dihilangkan.
Nilai dan pengajaran yang
disampaikan dalam sesi slot moral amat berguna. Nilai seperti taat setia, hemah
tinggi dan sebagainya dapat dijadikan sebagai pedoman atau panduan dalam hidup
saya supaya saya dapat melaksanakan tugas sebagai seorang pendidik pada masa
depan.
Akhirnya sekali, saya
berharap aktiviti slot moral kem yang seterusnya dapat dijalankan dengan lebih
lancar dan bermakna.
Penilaian
Kendiri
Saya bersyukur kerana telah dapat
mengikut semua aktiviti semasa kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah
dilaksanakan di IPG Kampus Tuanku Bainun dan D’OMLAND.
Kursus BIG ini sebenarnya
merupakan fobia bagi saya selama semester ini memandangkan majoriti kursus BIG
ini adalah terdiri daripada aktiviti-aktiviti lasak yang sekaligus menguji
ketahanan mental dan fizikal saya. Saya begitu bersyukur dan sangat gembira
kerana saya dapat bertahan sehinggalah BIG ini berakhir selepas 4 hari 3 malam.
Banyak pengalaman, kebaikan, dan manfaat yang telah saya dapat dan perolehi
daripada aktiviti ini.
Pertama sekali, saya sedar
bahawa pengurusan masa adalah amat penting demi memastikan segala aktiviti yang
dirancang dapat berjalan dengan lancar dengan masa yang telah ditetapkan. Hal
ini penting kerana sekiranya sesuatu aktiviti telah bertangguh atau tergendala,
ianya pasti akan menjejaskan atur cara atau aktiviti yang seterusnya. Kesannya,
semua perkara terpaksa dijalankan dengan kadar yang lebih cepat dan menyebabkan
kami menghadapi kekurangan masa bagi sesuatu sesi atau slot aktiviti.
Sepanjang BIG ini, saya sentiasa patuh akan
masa dan menasihati atau memberitahu akan rakan yang lain supaya membuat kerja
mengikut masa yang telah ditetapkan. Sebagai contoh, apabila saya terdengar
bunyi wisel yang menandakan tiba masanya untuk pergi berkumpul, saya akan terus
melepaskan segala kerja dan tugasan yang saya sedang buat dan berkumpul di
tempat yang ditetapkan. Pendek kata, saya berpendapat bahawa sikap menepati
masa haruslah dipupuk dari semasa ke semasa bagi memastikan sesuatu aktiviti
tersebut dapat dijalankan dengan lancar.
Selain itu, kursus BIG ini
juga berjaya membina keperibadian saya yang baik seperti sikap keterbukaan,
toleransi, kerjasama, tolong-menolong, kerajinan, kesabaran, ketabahan, dan
sebagainya dalam diri saya. Hal ini demikian kerana sepanjang 4 hari dan 3
malam ini, saya dan rakan-rakan yang lain terpaksa melakukan banyak perkara
yang tidak pernah saya lakukan dalam seumur hidup saya, seperti mendirikan
khemah, berkayak, menghidupkan api dan memasak di hutan rimba dan di tepi
pantai dan sebagainya.
Di samping itu, saya juga
sedar bahawa mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan adalah
amat penting. Hal ini demikian untuk memastikan keselamatan kami terjamin dan
demi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku. Contohnya, saya
telah didedahkan tentang peraturan dan undang-undang yang harus dipatuhi sepanjang
4 hari 3 malam ini seperti peraturan tentang aspek pengangkutan, pakaian,
kawasan larangan, pergerakan, kebersihan, bilik air, menepati masa, tempat
makan, adab makan, keselamatan, kecemasan, tazkirah, dan sebagainya. Begitu
juga untuk setiap aktiviti, seperti aktiviti air dan aktiviti darat, arahan dan
peraturan telah dijelaskan terlebih dahulu sebelum menjalankan sebarang
aktiviti.
Aktiviti air dan darat
merupakan cabaran yang baharu kepada saya kerana ia merupakan kali pertama saya
berkayak di laut dan berkembara di dalam hutan. Saya berpeluang untuk mendekati
lautan dan merasai keunikan alam sekitar. Saya turut merasai kesukaran
menghidupkan api dan memasak di hutan rimba dan juga di persisiran pantai.
Semua ini adalah sebagai persiapan kepada saya selepas menamatkan pengajian
sekiranya saya ditempatkan di tempat pedalaman. Walaupun agak susah dan penat,
tetapi ia telah membakar semangat saya untuk tabah meneruskan kehidupan dan
lebih memahami hutan rimba dan lautan.
Bagi
cara-cara penambahbaikan pula, saya berpendapat program BIG ini akan menjadi
lebih menarik jika sesetengah slot dan sesi diisi dengan aktiviti-aktiviti IQ
yang mencabar, seperti stesen games, dilemma konflik, main peranan dan
sebagainya. Permainan berbentuk stesen games merupakan salah satu cadangan yang
sangat digalakkan. Dalam stesen games, setiap kumpulan haruslah menyelesaikan
tugasan yang diberikan dalam setiap stesen, sama ada berbentuk fizikal atau
mental. Setiap kumpulan hanya boleh pergi ke stesen yang seterusnya sekiranya
mereka dapat menyelesaikan sesuatu masalah tersebut. Dengan ini, barulah
semangat bekerjasama antara kumpulan dapat dipraktikkan dengan baik.
Tambahan pula, slot moral
boleh ditambahbaikan dan dimurnikan dengan mempelbagaikan aktiviti-aktiviti
yang berkaitan. Contohnya semasa slot moral dijalankan, kami boleh melakukan
aktivti-aktiviti yang lebih menarik seperti berinteraksi, forum, perbahasan dan
sebagainya.
Secara keseluruhannya,
program BIG ini merupakan satu program yang meninggalkan kenangan yang bermakna
dan satu pengalaman baharu kepada saya. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima
kasih kepada semua pihak yang terlibat bagi menjayakan program BIG ini. Saya
berharap pada BIG yang seterusnya, saya akan lebih banyak menimba pengalaman
dan ilmu bagi mencapai matlamat saya untuk menjadi seorang pendidik yang
gemilang.