Thursday, 8 May 2014

Proses membuat meja kopi

Memilih bahan

Dalam proses membuat meja kopi, saya telah bermula dengan memilih bahan yang sesuai untuk membuat projek kayu ini. Bahan yang terpenting dalam pembuatan projek saya adalah kayu. Kayu yang pilih perlulah tahan dan tidak bengkok.
                                                                                    


Mengukur, menanda dan memotong


Dalam proses ini, untuk megelakkan pembaziran kayu, saya dan rakan saya telah mengkongsi menggunakan beberapa kayu yang besar. Kami telah bekerjasama untuk mengikur dan menanda ukuran yang kami perlu di atas permukaan kayu tersebut. Proses mengukur ini dijalankan setelah memperolehi kesemua peralatan dan bahan yang ingin digunakan. Proses mengukur ini dijalankan bagi memudahkan kerja-kerja untuk memotong dan mengikut ukuran dimensi projek seperti yang telah dirancang. Ukuran pada setiap papan lapis juga diambil ukuran. Setelah proses ukuran diambil, proses menanda dijalankan. Proses ini bertujuan untuk memudahkan proses memotong. Dalam hal ini, ukuran panjang, lebar dan tebal ditanda pada setiap papan lapis projek yang ingin dipotong. Kami telah menggunakan beberapa alatan untuk melakukan proses mengukur dan menanda ini seperti pembaris keluli, pita mengukur, sesiku L, pensil, tolok penanda dan sebagainya. Seterusnya, saya telah memotong bahan yang dipilih mengikut saiz yang ditetapkan. Semasa memotong kuyu-kayu, saya telah memotong kayu dengan mengikut ukuran yang telah ditetapkan untuk membuat tanggam. Alatan yang telah saya gunakan adalah mersin gergaji lengan, gergaji kerat, apit G dan sebagainya. Berikut merupakan gambar-gambar semasa saya memotong kayu dengan menggunakan mesin dan alatan tangan.



Mencantum dan memasang kayu

Saya telah menggunakan pahat untuk memahat bahagian kayu yang hendak dibuangkan dan meratakan bahagian tanggam sebelum proses mencantum dilaksanakan. Seterusnya, bahagian-bahagian kayu dan tanggam telah dicantum dan dipasang dengan menggunakan tukul kuku kambing, ganding, gam dan paku.

                

Proses kemasan

Selepas berjaya menyambung semua kayu-kayu dan papan, langkah seterusnya yang saya lakukan ialah meratakan permukaan kayu yang berlubang dengan menggunakan tepung penyumbat. Hal ini demikian kerana untuk memastikan meja kopi yang saya hasilkan tidak berlubang. Seterusnya, saya juga menggunakan kertas pasir dan mesin pelelas untuk meratakan permukaan kayu-kayu. Akhirnya, saya telah menggunakan syelek yang berwarna koko untuk menjadikan meja kopi saya lebih menarik.






                                 .  

2 comments:

  1. Hi, saya hendak tanya sikit. Macam mana nak syelek supaya warna semua sekata ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..sebenarnya, anda perlu cat beberapa kali supaya mendapat warna yang serata. proeses macam ini.
      1.syelek pertama kali,tunggu kering, lalu meratakan permukaan dengan mesin pelelas.
      2. syelek kedua kali, tunggu kering, melelaskan.
      3.agak-agak syelek tiga kai sudah cukup (depends on condition)
      4.akhirnya spray cat sembur di atas permukaannya.

      pastikan syelek anda guna dalam keadaan larutan yang baik(boleh mengalir) sepanjang masa digunakan.

      Delete