Wednesday, 30 September 2015

Laporan Reflektif--BIG perkhemahan dan program anak angkat(4 PISMP)

Laporan Reflektif:

Untuk BIG kali ini, guru-guru pelatih yang terlibat ialah dari 4 PISMP RBT, PM, PSV dan TESL Ambilan Jan 2014, seramai 75 orang telah menjalankan program BIG di Pusat Kokurikulum Daerah Larut Matang, Selama, Perak. Sebelum menjalani program ini, kami menerima taklimat daripada pensyarah yang bertanggungjawab. Seterusnya, kami telah menubuhkan sebuah jawatankuasa dan juga mengadakan mesyuarat bagi menentukan tarikh, lokasi dan aktivti-aktiviti yang berkenaan. Kami juga mengadakan perjumpaan untuk memeriksa khemah dan membersihkan khemah tersebut. Semua guru pelatih membersihkan khemah sendiri dan memeriksa alat dan bahan supayanya mencukupi untuk perkhemahan. Kami telah melaksanakan tugas masing-masing dan juga selalu mengadakan mesyuarat untuk tukar-menukar informasi sebelum hari itu sampai.


            Pada hari perkhemahan, keempat-empat kelas pun berkumpul di hadapan Garaj pada pukul 7.00 pagi untuk mendengar sedikit taklimat daripada pengerusi Program Perkhemahan Anak Angkat Bina Insan Guru iaitu Liew Ming Yee yang berkenaan dengan jadual perjalanan ke tapak perkhemahan. Selepas itu, kami telah mengemaskan barang masing-masing dan bertolak ke destinasi dengan menaiki bas. Pada pukul 11.00 pagi. Kami telah sampai ke tapak perkhemahan Kampung SG Siputih Selama, Perak. Setelah selesai mendirikan khemah, kami menjalankan Majlis Penyerahan Anak Angkat.


Sebanyak 25 keluarga angkat dari tiga kampung yang berbeza sudi untuk menyertai program ini dan kesemua guru pelatih mendapat keluarga angkat masing-masing. Pada mulanya, saya agak berdebar-debar menanti siapakah keluarga saya. Apabila nama saya disebut untuk ke hadapan bersama rakan-rakan yang lain, saya berasa sedikit kecewa kerana keluara angkat kami lewat datang dan kami hanya bersalam dengan ketua kampung itu. Walau bagaimanapun, saya berasa bersyukur kerana berpeluang mempunyai satu keluarga angkat di Kampung Tapah.

Pada pukul 8.00 malam, kumpulan saya iaitu RBT dan lagi satu kumpulan iaitu PM telah menjalankan aktiviti kepada murid darjah 6 SK Siputih tersebut. Kami melakukan aktiviti latihan Matematik bersama mereka manakala kumpulan PSV dan TESL melibatkan diri dalam permainan.


            Pada hari kedua, aktiviti diteruskan dengan senaman pagi yang diketuai oleh kelas PM dan PSV. Senaman pagi berlangsung selama setengah jam dengan penglibatan semua guru pelatih. Selesai senaman pagi, kami menikmati minum pagi yang telah disediakan oleh AJK makanan. Kami bersama-sama mencuci pinggan mangkuk yang telah digunakan dengan sepantas yang mungkin kerana aktiviti seterusnya akan bermula. Bapa angkat telah membawa kami ke rumahnya dengan menaiki kereta. Kami telah menghabiskan masa yang lama bersama keluarga angkat.

Pada hari ketiga, kami telah melibatkan diri dalam aktiviti melukis mural di prasekolah. Saya dan rakan-rakan bekerjasama untuk menghasilkan mural yang cantik. Guru-guru prasekolah itu amat menghargai sumbangan kami dan telah menjamu kami makan tengah hari.  Setelah itu, kami menjalankan refleksi di dewan dan menyuarakan perasaan masing-masing. Terdapat satu guru pelatih telah menangis semasa menyuarakan perasaannya sepanjang program ini. Akhirnya, Majlis Penyerahan Balik Anak Angkat telah diadakan dan kami bersalam-salam dan juga mengucapkan selamat tinggal kepada keluarga angkat masing-masing.


Kekuatan BIG kali ini termasuklah pemilihan tempat perkhemahan. Pemilihan tempat perkhemahan adalah sangat sesuai. Dalam hal ini, kawasan yang dipilih itu agak lapang dan bersih. Ia berada di tempat yang strategik di mana tempat itu berdekatan dengan tandas, dewan makan dan dewan aktiviti ataupun dewan berjemaah. Keistimewaan ini telah membantu guru pelatih menguruskan masa dengan baik. Di samping itu, kebanyakan peralatan yang diperlukan ketika aktiviti perkhemahan BIG ini adalah dalam keadaan baik dan mencukupi dengan bilangan peserta misalnya lampu suruh.

Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa lubang-lubang kelemahan yang perlu diperbaiki supaya hasil dan objektif program yang direka dapat dicapai. Kawasan perkhemahan lelaki dan perempuan agak berdekatan dan tidak diasingkan dengan jelas merupakan salah satu kelemahan BIG ini. Sekiranya tiada pemantauan, mungkin akan mengundang kepada masalah sosial. Selain, itu, kemudahan di dalam tandas agak tidak sempurna dan tidak begitu mampu menampung bilangan peserta. Terdapat juga pintu pada bilik mandi tidak mempunyai selak dan hal ini telah menyukarkan guru pelatih untuk mandi. Dalam hal ini, diharapkan pihak penganjur dapat membaiki keadaan tandas dan bilik mandi itu.


Peluang yang saya dapat melalui aktiviti ini termasuklah saya berpeluang melukis mural di prasekolah. Sebenarnya, saya tidak mempunyai pengalaman melukis mural sebelumnya. Dengan itu, saya perlu lebih berhati-hati dan meminta tunjuk ajar daripada rakan-rakan semasa menjalankan aktiviti melukis mural. Sementelahan pula, saya juga berpeluang menghayati kehidupan kampung bangsa Melayu dan juga dapat menimba seberapa ilmu pengetahuan melalui pergaulan dengan keluarga angkat saya.

Seterusnya, terdapat juga ancaman yang ada dalam program ini. Cuaca sepanjang tiga hari dua malam ini selalu tidak menentu. Cuaca menjadi sangat panas semasa kami ingin menjalankan aktiviti luaran dan hal ini menyebabkan semua guru pelatih berasa sangat panas dan letih. Sebaliknya, hujan telah turun secara tiba-tiba semasa kami menjalankan aktiviti melukis mural di prasekolah. Hal ini telah melambatkan kerja kami dan kami terpaksa menundahkan kerja kami.


Kesimpulannya, saya telah mendapat satu pengalaman yang baharu dan berharga semasa melaksanakan aktiviti ini. Saya berjanji akan terus berusaha untuk meningkatkan kekuatan saya dan juga mengatasi kelemahan saya yang ada dalam aktiviti ini dengan meminta tunjuk ajar daripada pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan saya. 

No comments:

Post a Comment