Sunday 15 May 2016

BIG Sem 5 Penilaian Kendiri Bengkel


Penilaian Kendiri Bengkel
Saya sangat bersyukur kerana saya diberi peluang untuk mengikuti program seminar ceramah mengenai “Budaya Keluarga” bersempena dengan kursus Bina Insan Guru (BIG) yang telah dilaksanakan di IPGKTB pada 20 April 2016 yang lepas. Seminar ceramah yang disampaikan oleh Encik Ravindran ini mengambil masa kira-kira dua jam, iaitu dari pukul 2.00 petang sehingga pukul 4.00 petang. Sebenarnya saya sentiasa menanti-nantikan seminar bengkel ini. Sebenarnya, saya telah mendapat banyak ilmu pengetahuan daripada ceramah ini.

Pertamanya, seminar ini telah memberikan impak positif yang besar dalam diri saya sebagai seorang anak. Dalam hal ini, penceramah telah banyak menyedarkan saya tentang budaya baik yang perlu diamalkan dalam sesebuah keluarga untuk menjamin kebahagiaan. Sebagai contohnya, sebagai seorang ahli keluarga, kita harus taat kepada ibu bapa dan selalu mengamalkan amalan saling menghormati dan juga kasih sayang dalam keluarga.


Selain itu, saya juga mendapati seminar ceramah ini telah memberikan kesan positif yang amat mendalam terhadap peribadi sendiri sebagai seorang anak. Dalam hal ini, penceramah telah memberi teguran kepada para guru pelatih tentang ketidaksetiaan terhadap ibu bapa. Beliau menyatakan bahawa ibu bapalah orang yang membesarkan kita, kita seharusnya menghormati mereka dan tidak boleh bergaduh dengan mereka. Walaupun pendapat mereka kadang-kala telah tidak sesuai dengan masyarakat masa kini, namun kita juga harus bersopan dan bersantunan semasa berkomunikasi dengan mereka. Beliau juga minta kami membayangkan perasaan sekiranya anak kita tidak menghormati pada masa depan. Teguran dan nasihat ini sebenarnya banyak menyedarkan saya di mana situasi sekarang amat bertepatan dengan apa yang disampaikan oleh penceramah tersebut


Tambahan pula, saya juga menyedarkan bahawa kita harus berkawan dengan orang yang bersahsiah dan berperibadi baik. Hal ini kerana rakan yang baik akan menjadikan kita orang yang lebih baik manakala rakan yang bersahsiah buruk juga akan menjejaskan tingkah laku kita sendikit demi sendikit. Dengan itu, kita perlu bijak dalam memilih kawan untuk mengurangkan kerisauan ibu bapa terhadap kita. Sesungguhnya, negara Malaysia patut melahirkan generasi yang bukan sahaja mempunyai personaliti yang berketrampilan, malahan juga menunjukkan sahsiah yang boleh menjadi kebanggaan negara kita dengan berkeperibadian mulia.


Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh kami berdasarkan kekurangan yang berlaku semasa ceramah yang diadakan pada kali ini. Antaranya, saya berpendapat bahawa sesi ceramah perlu dimulakan pada waktu pagi untuk mengelakkan pelatih berasa mengantuk. Hal ini demikian kerana ceramah yang diadakan pada waktu petang telah mendatangkan beberapa keburukan. Guru pelatih akan menjadi sangat letih jika mereka terpaksa menghadiri bengkel ceramah selepas menghadiri kuliah pagi tadi. Perhatian mereka juga tidak dapat ditumpukan kerana selalu mengantuk di dalam dewan. Penambahbaikan kedua pula termasuklah pensyarah harus memberi teguran kepada guru pelatih yang kerap keluar ke tandas. Hal ini kerana teguran yang diberi dapat mengurangkan pergerakan keluar masuk guru pelatih dan juga mengurangkan gangguan kepada para peserta.


Jadi ternyata di sini bahawa banyak manfaat yang saya dapat daripada apa yang diperkatakan oleh penceramah sepanjang seminar ceramah “Budaya Keluarga”. Semua pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat akan saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih jitu dan serba boleh. Diharapkan agar aktiviti seperti ini dijalankan pada masa yang akan datang. Terima kasih sekali lagi kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyertai aktiviti ini.

No comments:

Post a Comment