Thursday 8 May 2014

PBS

Laporan AKhir PBS

         Setelah menjalani Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di SJK (C) SIN MIN, saya telah mendapat banyak pengetahuan dan pengalaman dari segi pengajaran dan pembelajaran serta pentadbiran sesebuah sekolah. Berikutnya merupakan hasil yang saya dapati selama lima hari .
            Pertamanya, saya mendapati murid di SJK (C) Sin Min menepati masa semasa datang ke sekolah. Hal ini telah menunjukkan disiplin mereka agak baik dan pengurusan sekolah juga berkuailiti dan bertanggungjawab. Selain itu, waktu kokurikulum sekolah ini berlangsung pada masa petang. Dengan itu, murid-murid dapat peluang balik ke rumah untuk berehat dan sambung waktu kokurikulum pada masa petang. Namun begitu, pihak sekolah tidak mengalakkan murid bailk ke rumah dalam masa ini. Hal ini kerana sesetengah daripada mereka akan malas dan lewat ke sekolah lagi untuk menyertai kokurikulum selepas rehat di rumah.
            Selain itu, amalan pejabat di sekolah amat baik kerana staf sekolah telah menunjukkan sikap yang rajin dan bertanggungjawab terhadap semua perkara. Apabila saya meminta pertolongan daripada staf pejabat untuk mendapat maklumat umum sekolah, mereka sanggup memberi kerjasama kepada saya dan saya juga amat menghargai pertolongan mereka yang diberikan.
Seterusnya, kemudahan-kemudahan dan prasarana di sekolah ini memang memuaskan. Sekolah ini mempunyai Makmal Sains, Makmal Muzik, Makmal Komputer, Bilik Audio Visual, Bilik Bahan Bantu Mengajar, Bilik Pemulihan dan sebagainya. Salah satu kemaduhan yang amat berbeza dengan sekolah lain ialah SJK (C) Sin Min mempunyai Bilik Kendiri. Hal ini demikian terdapat dua buah sekolah rendah sahaja di daerah Alor Seter yang mempunyai Bilik Kendiri.
            Di samping itu, guru-guru di sekolah ini amat bertanggungjawab dan penyayang. Mereka masuk kelas dengan menepati masa dan juga mengasuh dengan hati sepenuhnya. Jika seseorang murid membuat kesalahan, guru-guru akan memberi nasihat dan pendapat mereka kepada murid tersebut. Jika perbuatan kesalahan berterusan, mereka akan berjumpa dengan ibu bapa murid tersebut untuk membuat perbincangan. Hal ini telah menunjukkan guru di sekolah ini amat prihatin dan tidak akan berasa putus asa terhadap murid-murid mereka
Tambahan pula, hubungan antara guru sama guru amat erat. Hal ini demikian kerana mereka selalu bekerjasama dan hormat-menghormati. Mereka saling menolong dan semangat ini amat saya hormati. Seperkara lagi, guru-guru sekolah ini juga sentiasa mempertingkatkan pengetahuan dan kemampuan diri dengan mengikuti khusus dan membaca buku. Mereka juga sentiasa menjaga imej diri dan sekolah dengan pemakaian dan perbualan yang baik dari semasa ke semasa.
            Akhir sekali, saya berharap sekolah ini akan sentiasa berada di kemuncak walaupun pencapaian akdemik sekarang belum sampai tahap kemuncak. Walau bagaimanapun, saya percaya sekolah ini dapat mencapai visi dan misi sekolahnya dengan inisiatif semua warga sekolah yang konsisten dan komprehensif pada masa depan.



No comments:

Post a Comment