Monday 27 November 2017

internship Kertas Kerja Keceriaan bengkel



SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) CHUNG HWA CAWANGAN 1
BUTTERWORTH, PULAU PINANG
____________________________________________________
KERTAS KERJA
PROJEK KECERIAAN BENGKEL RBT
_____________________________________________________

TARIKH:
21-25 OGOS 2017

NAMA:
YU WAN JING

ANJURAN:
GURU PELATIH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN
AMBILAN JANUARI 2014


1.0      PENGENALAN
Bengkel merupakan tempat untuk guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran kepada murid serta membuat kerja amali dan menjalankan aktiviti. Terdapat banyak kemudahan, bahan dan alatan yang disediakan di dalam bengkel untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Bengkel perlu diurus dengan cekap kerana pengurusan bengkel yang sistematik serta persekitaran yang bersih dan ceria dapat meningkatkan lagi minat murid untuk mempelajari mata pelajaran tersebut.

2.0      OBJEKTIF
a.    Menyusun semula bahan dan radas di dalam bengkel secara sistematik.
b.    Melabel bahan dan radas dengan mengikut nama dan jenis bahan.
c.    Mewujudkan persekitaran bengkel RBT yang ceria, kemas dan bersih.
d.    Meningkatkan semangat dan minat murid untuk mempelajari mata pelajaran RBT.
e.    Menjadikan bengkel RBT bukan sahaja boleh digunakan bagi masa Kemahiran Hidupsahaja, malah juga boleh digunakan pada masa Pendidikan Seni Visual dan pada masa-masa lainnyang memerlukan.

3.0      MATLAMAT
a.    Mewujudkan dan menyediakan persekitaran pembelajaran yang sistematik, kondusif dan memberangsangkan semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.
b.    Melahirkan guru yang cekap dalam pengurusan dan pentadbiran di sekolah.
c.    Meningkatkan penguasaan kemahiran proses manipulatif di kalangan murid.
d.    Menjadi pencetus idea kepada murid-murid bagi menghasilkan inovasi dan reka cipta.
e.    Mewujudkan suasana kelaianan dan dapat menarik minat murid-murid dan guru mata pelajaran RBT.
f.     Memaksimumkan penggunaan kelengkapan oleh murid-murid dengan penyediaan bahan dan alatan tangan yang lengkap.


4.0      TEMPOH DAN TEMPAT PELAKSANAAN
Tempoh            : 21-25 Ogos 2017 (Isnin-Jumaat)
Tempat             : Bengkel RBT SJK(C) Chung Hwa Cawangan 1


5.0      AHLI JAWATANKUASA
Penasihat                    : Pn. Tham Chiew Suan
                                       (Guru Besar SJK(C) Chung Hwa Cawangan 1)
Pengerusi                    : En. Chew Swee Wa
  (Ketua Panitia RBT)
        Setiausaha                   : Cik Yu Wan Jing
Bendahari                    : Cik Chiah Jing Wen
 

6.0      PERANCANGAN PROJEK
Tarikh
Aktiviti Cadangan
21 Ogos 2017
(Isnin)
·         Mengemas dan membersih bengkel RBT
22 Ogos 2017
(Selasa)
·         Menyusun atur barangan, alatan dan kemudahan RBT.
23 Ogos 2017
(Rabu)
·         Menghias dan menceriakan bengkel RBT.
·         Menghasilkan sudut hasil kerja murid.
24 Ogos 2017
(Khamis)
·         Menceriakan papan kenyataan dengan mempelbagaikan info dan maklumat RBT.
25 Ogos 2017
(Jumaat)
·         Refleksi dan dokumentasi.

7.0       ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil.
Perkara
Kuantiti
Harga Seunit
Jumlah
1
Kertas Warna
(pelbagai warna)
20
RM 0.20
RM 4.00
2
Plastik Laminasi
10
RM 0.50
RM 5.00
3
Bahan Hiasan
-
-
RM 8.00
4
Pita Pelekat
1
RM 2.50
RM 2.50
5
Dakwat Pencetak
1
RM 60.00
RM 6.00
JUMLAH
RM 25.50


8.0   PENUTUP
Diharapkan projek ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mencapai objektif yang digariskan serta akan lebih memantapkan suasana kondusif bengkel RBT. Perancangan perlaksanaan projek dalam kertas kerja ini adalah bertujuan memudahkan pengurusan yang melibatkan semua ahli jawatankuasa. Program ini merupakan salah satu platform guru pelatih untuk mencari pengalaman secara terus daripada sekolah. Semoga bengkel yang bersih dan ceria dapat membekalkan satu persekitaran pembelajaran kondusif dan meningkatkan minat murid untuk mempelajari subjek RBT. s










Disemak oleh:

........................................
(En. Chew Swee Wa)
Ketua Panitia,
Reka Bentuk dan Teknologi,
SJK (C) Chung Hwa Caw 1.


Disediakan oleh:

.......................................
(CIK YU WAN JING)
Setiausaha,   
Projek Keceriaan Bengkel RBT,                                                              
SJK (C) Chung Hwa Caw 1.



Disahkan oleh:
                
............................................
(PN. THAM CHIEW SUAN)
Guru Besar,
SJK (C) Chung Hwa Caw 1.


No comments:

Post a Comment