Monday 27 November 2017

internship KERTAS_KERJA_mewarna merdeka


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) CHUNG HWA CAWANGAN 1
BUTTERWORTH, PULAU PINANG
_________________________________________________________
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA BULAN KEMERDEKAAN
NEGARAKU SEHATI SEJIWA
__________________________________________________________________________________


TARIKH:
3 OGOS 2017

NAMA:
YU WAN JING
CHIAH JING WEN

ANJURAN:
GURU PELATIH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN
AMBILAN JANUARI 2014

1.0  PENGENALAN
            Pertandingan mewarna bertemakan Kemerdekaan merupakan salah satu medium bagi para guru untuk memberi kesedaran dan menanam semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid sempena bulan Kemerdekaan ini. Pertandingan mewarna ini turut memberi peluang kepada murid-murid untuk melahirkan semangat patriotik dan rasa cinta terhadap negara. Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk semangat patriotik serta menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan murid dan guru-guru SJK (C) Chung Hwa Cawangan 1.

2.0  TEMA
Negaraku Sehati Sejiwa


3.0  MATLAMAT PROGRAM
Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan Kemerdekaan bagi memupuk semangat patriotisme dan cinta akan negara di samping mencungkil bakat murid-murid dalam bidang seni. Bukan itu sahaja, aktiviti ini juga mampu memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif. Selain itu, guru dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik sekolah di peringkat yang lebih tinggi misalnya pertandingan yang dianjurkan antara sekolah, daerah dan kebangsaan.

4.0 OBJEKTIF PROGRAM
               i.        Menanam  semangat patriotisme dan  rasa kesyukuran dalam  jiwa murid.
              ii.        Mengenal pasti murid yang mempunyai  bakat dalam bidang seni (mewarna) dan mengetengahkan bakat mereka.
            iii.        Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
            iv.        Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan Kemerdekaan yang dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
              v.        Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
            vi.        Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan ini.

5.0 KUMPULAN SASARAN
              i.        Murid Tahun 4 ( 182 orang)
            ii.        Murid Tahun 5 ( 163 orang)
Sila rujuk lampiran 1


6.0 TEMPAT
Kelas Tahun 4 dan Tahun 5.

7.0 TEMPOH PELAKSANAAN
              i.        Tarikh : 3/8/2017 (Khamis)
            ii.        Masa  : 7.45a.m.-10.45a.m.

8.0 SYARAT–SYARAT PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA BULAN
      KEMERDEKAAN
               i.        Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid Tahun 4 dan 5.
             ii.        Setiap peserta diberi masa 3 jam.
            iii.        Peralatan mewarna adalah disediakan oleh peserta sendiri.
            iv.        Keputusan panel hakim adalah muktamad.

9.0  ASPEK YANG DINILAI
              i.        Kualiti produk mewarna secara keseluruhan          -           20%
            ii.        Kreativiti                                                                           -           45%
           iii.        Kebersihan dan kekemasan                                       -           20%
           iv.        Ketepatan warna yang digunakan                             -           15%






10.0 JAWATANKUASA PELAKSANAAN
Penasihat            : Pn. Tham Chiew Suan
                               (Guru Besar SJK(C) Chung Hwa Cawangan 1)
Pengerusi           : CHUNG LAY KONG
                             (GPK Kokurikulum)
Setiausaha         : Cik Yu Wan Jing
Bendahari           : Cik Chiah Jing Wen         

AJK Hakim & Penilai     : Tahun 4
a)    Pn Khashiah Binti Daud
b)    Datin Seri Vaney A/P Maniam
c)    Pn. Koh Chiew Ling
   Tahun 5
a)    En. Chong Nyong Onn
b)    En. H’ng Tian Hee
c)    En. Chew Swee Wa
AJK Hadiah                    : Cik Loh Guat Mei


11.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN
BIL
PERKARA
HARGA (RM)
KUANTITI
JUMLAH HARGA(RM)
1
Hadiah Pertama
 15.00
2
30.00
2
Hadiah Kedua
 12.00
2
24.00
3
Hadiah Ketiga
10.00
2
20.00
4
Hadiah Saguhati
5.00
4
20.00
5
Kertas A3
36.00/250ps
2
72.00
                                                                                                JUMLAH

RM 166.00




12.0 PENUTUP
Penganjuran program Pertandingan Mewarna Sempena Bulan Kemerdekaan ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak. Diharapkan program ini dapat dijayakan dan memberi manfaat kepada semua yang terlibat khususnya memberi kesedaran cinta akan negara. Semoga segala pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang ditimba semasa berlangsungnya program ini dapat meningkatkan kemahiran   mengurus dan mentadbir sesuatu organisasi dengan baik dan berkesan sekali gus dapat mempraktikkan kemahiran ini apabila berkhidmat di sekolah kelak.


Disediakan oleh :                                                                 Disemak oleh :

…………………………….                                               …………………………….    
( CIK YU WAN JING )                                                     (PN. THAM CHIEW SUAN)      
Setiausaha,                                                                      Guru Besar,
Pertandingan Mewarna                                                 SJK (C) Chung Hwa Caw 1.
Sempena Bulan Kemerdekaan,                                         
SJK (C) Chung Hwa Caw 1.                                             



LAMPIRAN 2

BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN MEWARNA
NAMA MURID          :
TAHAP                      :
KELAS                      :

BILANGAN
ASPEK PENILAIAN
KATEGORI
MARKAH
1.     Kualiti produk mewarna secara keseluruhan
                                      (20 MARKAH)
2.  Kreativiti
                                       (45 MARKAH)
3.  Kebersihan dan kekemasan   
                                       (20 MARKAH)
4.  Ketepatan warna yang digunakan           
                                       (15 MARKAH)
JUMLAH
                                    (              / 100)    


DISEMAK OLEH:
______________________
(                                              )
Panel Hakim Pertandingan.
                


No comments:

Post a Comment