Monday 27 November 2017

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP-laporan Menceriakan bengkel

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
NAMA PELAJAR                             : Yu Wan Jing
PROGRAM                                       : PISMP RBT Januari 2014
NAMA SEKOLAH                            : SJK(C) Chung Hwa Cawangan 1
NAMA PROJEK/ AKTIVITI            : Keceriaan Bengkel RBT
TEMPOH PELAKSANAAN           : 21 Ogos 2017 – 25 Ogos 2017

1.0  OBJEKTIF:
a.    Menyusun semula bahan dan radas di dalam bengkel secara sistematik.
b.    Melabel bahan dan radas dengan mengikut nama dan jenis bahan.
c.    Mewujudkan persekitaran bengkel RBT yang ceria, kemas dan bersih.
d.    Meningkatkan semangat dan minat murid untuk mempelajari mata pelajaran RBT.
e.    Menjadikan bengkel RBT bukan sahaja boleh digunakan bagi masa Kemahiran Hidupsahaja, malah juga boleh digunakan pada masa Pendidikan Seni Visual dan pada masa-masa lainnyang memerlukan

2.0  STRATEGI PELAKSANAAN:
Ø  Sebelum Projek Dilaksanakan
Bengkel merupakan tempat untuk guru menyampaikan pengajaran dan pembelajaran kepada murid serta membuat kerja amali dan menjalankan aktiviti. Terdapat banyak kemudahan, bahan dan alatan yang disediakan di dalam bengkel untuk digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Bengkel perlu diurus dengan cekap kerana pengurusan bengkel yang sistematik serta persekitaran yang bersih dan ceria dapat meningkatkan lagi minat murid untuk mempelajari mata pelajaran tersebut.
Tambahan pula, saya pernah menjalankan praktikum di sekolah berkenaan, saya mendapati bahawa keadaan bengkel itu berhabuk dan kebanyakan peralatan RBT tidak diselenggara dengan betul. Dengan matlamat yang dinyatakan, saya bercadang untuk membuat projek membersihkan dan menceriakan bengkel RBT yang kurang selesa dan kurang kondusif. Saya telah mencatatkan cadangan–cadangan dan perkara yang perlu saya lakukan untuk menceriakan bengkel. Kerja-kerja menceriakan bengkel adalah seperti berikut:
ü  Membersihkan semua peralatan dan perabot dalam bengkel.
ü  Mengemas dan menyusun atur semula peralatan dan kemudahan bengkel.
ü  Melabel peralatan bengkel.
ü  Menghias dan menceriakan bengkel.
ü  Menghasilkan sudut hasil kerja murid.
ü  Menceriakan papan kenyataan dengan mempelbagaikan info dan maklumat RBT.

Kemudian, saya telah membuat kertas kerja projek menceriakan bengkel RBT dan menyerahkannya kepada guru pembimbing untuk disemak. Setelah kertas kerja disokong oleh guru pembimbing dan juga ketua panatia RBT, saya terus menghantarnya ke bilik guru besar untuk mendapatkan persetujuan daripada pihak pentadbiran selepas pengubahsuaian dan kemas kini kertas kerja dilakukan.  Selain itu, sebagai langkah penyediaan, saya telah membeli pelbagai bahan yang diperlukan seperti kertas warna, kertas laminate dan sebagainya dengan berpandukan anggaran perbelanjaan yang telah saya rancang itu dan kesemua ini telah memudahkan dan melancarkan pelaksanaan projek saya ini.

Ø  Semasa Projek Dilaksanakan
Projek ini dimulakan dari 21 Ogos 2017 hingga 25 Ogos 2017. Saya telah membuat senarai kerja-kerja yang harus saya lakukan sepanjang proses menceriakan bengkel ini. Projek ini bermula dengan mengemas dan membersih bengkel RBT. Dalam hal ini, saya telah mengeluarkan semua bahan dan peralatan RBT dari almari, rak, kotak dan segala tempat yang boleh menyimpan barang. Selepas itu, saya menggunakan kain yang basah untuk mengelapkan bekas-bekas, peralatan dan bahan RBT. Saya juga telah mengelap meja kerusi, almari, rak yang banyak berhapuk dan mengemop lantai selepas menyapunya. Selain itu, saya telah mengambil inisiatif untuk mengelap beberapa alatan yang agak berhabuk dan berdebu seperti gergaji dan penukul. Seterusnya, saya juga telah membuang alat–alat yang rosak selepas mendapat persetujuan ketua panitia RBT
Projek seterusnya adalah menyusun semula alat–alat di dalam bengkel dan menyimpannya di tempat yang betul. Saya mendapati bahawa terdapat banyak alatan RBT yang tidak digunakan tidak disimpan dan dilabel dengan betul. Saya telah membuat label bagi setiap laci bagi memudahkan guru–guru dan murid–murid mencari alatan yang hendak digunakan. Pelabelan ini amat membantu dari segi pencarian alatan dan memastikan peralatan disimpan di tempat yang betul. Proses penyusun atur di dalam bengkel ini mengambil masa selama 5 jam.
Saya meneruskan projek ini dengan membuat perhiasan bagi menceriakan lagi bengkel RBT. Dalam hal ini, saya telah menghasilkan sudut hasil kerja murid dan menceriakan papan kenyataan dengan mempelbagaikan info dan maklumat RBT. Sebagai contohnya, saya telah menghasilkan carta organisasi dan juga menampalkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan RBT pada papan kenyataan.

Ø  Selepas Projek Dilaksanakan
Hasil daripada pembersihan dan perhiasan saya terhadap bengkel telah menunjukkan perubahan yang besar daripada segi keceriaan dan kebersihan. Persekitaran yang bersih dan ceria dapat membantu murid mempelajari sesuatu dalam keadaan yang selasa dan kondusif. Bengkel yang tersusun dan sistematik akan memudahkan guru dan murid semasa menjalankan amali. Hal ini kerana peralatan mudah dicari dan tidak membazir masa. Info terbaru yang ditampal juga diharap dapat meningkatkan ilmu pengetahuan murid selain daripada mempelajari sesuatu daripada buku teks sahaja.
Setelah siap projek keceriaan bilik sains, saya telah membuat refleksi kendiri tentang kekuatan dan kelemahan sepanjang projek ini dijalankan. Saya mendapati beberapa kekuatan yang boleh dikukuhkan dan juga beberapa kelemahan yang perlu diatasi supaya projek yang serupa boleh dilakukan dengan lebih lancar pada masa depan.


Refleksi Keceriaan Bengkel RBT


Ø  Kekuatan Projek
Kekuatan yang pertama yang saya dapati ialah projek ini dapat meningkat penggunaan bengkel dalam keadaan yang kondusif dan selamat. Projek penceriaan ini sangat penting dan amat diperlukan kerana keadaan bengkel sekolah ini agak uzur dan tidak kondusif untuk sesi pengajaran dan pembelajaran. Projek ini membantu meningkatkan keselesaan guru dan murid dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Kekuatan yang kedua ialah projek ini dapat meningkatkan kelancaran proses kerja amali. Hal ini kerana penyusunan dan pelabelan alat RBT dengan betul dan teratur membantu guru dan murid menjalankan amali dengan efektif. Dengan itu, murid boleh mencapai sesuatu dengan mudah dan selamat selepas penyusunan dan pelabelan dilakukan.
Kekuatan yang boleh diperolehi dari projek ini termasuklah ia dapat melahirkan guru RBT yang peka terhadap keperluan bengkel. Hal ini demikian kerana guru RBT boleh mendapat senarai alatan yang tidak cukup semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran kerana semua bahan dan alatan dipapar dan disusun dengan begitu rapi. Dengan itu, guru-guru RBT boleh membincang dengan ketua panitia RBT supaya membeli stok-stok baharu untuk mengatasi kekurangan sumber ini.
            Kekuatan keempat projek tersebut adalah memberikan satu peluang kepada guru pelatih untuk mempelajari cara melaksanakan sesuatu projek termasuk cara menulis kertas kerja, melaksanakan projek yang dirancangkan serta menulis laporan. Saya akan sentiasa memastikan diri sendiri supaya mengimplementasikan tugasan berdasarkan langkah yang telah dirancangkan supaya dapat menyiapkan projek tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ini adalah kemahiran dan pengetahuan penting yang membolehkan guru pelatih menguasainya agar dapat digunakan semula pada suatu hari kelak.
Kekuatan kelima projek tersebut adalah menyedari kepentingan membuat refleksi sepanjang tempoh pelaksanaan projek. Refleksi perlu sentiasa dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas sesuatu projek dilaksanakan untuk melancarkan pelaksanaan projek dan mencari tindakan susulan yang sesuai demi menyelesaikan sesuatu masalah.          

Ø  Kelemahan Aktiviti
Kelemahan yang pertama ialah pengekalan kebersihan dan keceriaan yang telah dilakukan. Hal ini demikian kerana setiap kelas mempunyai bilangan murid yang agak ramai dan terdapat pelbagai kerenah dalam kalangan murid-murid. Terdapat sesetengah murid yang tidak tahu menghargai kebersihan dan keceriaan ini lalu membazirkan bahan RBT atau mengotorkan kawasan bengkel. Sebagai contoh, meja kerusi akan bersepah dan lantai menjadi kotor setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan di dalam bengkel.

Ø  Cadangan Penambahbaikan
Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan telah disenaraikan sebagai usaha untuk menambah baik kualiti pelaksanaan program sebegini pada masa-masa akan datang.  Penambahbaikan yang pertama ialah membuat jadual bertugas di dalam bengkel. Ketua panitia RBT boleh menetapkan peraturan-peraturan bengkel yang patut diikuti oleh semua murid misalnya murid tidak dibenarkan masuk ke dalam bengkel sekiranya tidak ada kebenaran guru. Selain itu, beliau juga boleh menghasilkan sebuah jadual bertugas yang melibatkan murid dari semua kelas bagi mengemas dan membersihkan bengkel seperti tugas menyapu sampah, membuang sampah dan sebagainya. Tambahan pula, guru yang menggunakan bengkel juga haruslah bertanggungjawab dalam memastikan kebersihan bilik sains selepas digunakan. Dalam hal ini, guru boleh meninggalkan lebih kurang lima minit terakhir setiap kali pengajaran dan pembelajaran supaya murid mempunyai masa untuk membersihkan bengkel RBT di bawah pemantauan guru.







3.0  KESIMPULAN
Secara keseluruhan, projek “Keceriaan Bengkel RBT” berjaya dijalankan dengan lancar. Kerjasama daripada pihak sekolah amat membantu menjayakan projek ini. Bimbingan daripada guru pembimbing internship, Cik Loh Guat Mei dan juga ketua panitia RBT Encik Chew Swee Wa menjadikan kualiti projek bertambah baik dengan cadangan-cadangan yang bernas.
Saya juga berasa amat bersyukur kerana telah memperolehi banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan yang baharu melalui projek menceriakan bengkel RBT. Saya berasa gembira dan memuaskan hati kerana dapat bekerjasama antara satu sama lain sehingga dapat mewujudkan bengkel yang bersih dan tersusun. Semoga bengkel yang bersih dan ceria dapat membekalkan satu persekitaran pembelajaran kondusif dan juga meningkatkan minat murid untuk mempelajari subjek RBT. Akhirnya, saya berharap projek tersebut dapat dihargai oleh pihak sekolah sebagai kenangan selepas saya meninggalkan sekolah tersebut.


Disediakan oleh :                                                                 Disemak oleh :

…………………………….                                               …………………………….    
( CIK YU WAN JING )                                                     (CIK LOH GUAT MEI)      
Setiausaha,                                                                      Guru Pembimbing
Keceriaan Bengkel RBT                                                SJK (C) Chung Hwa Caw 1.                                         
SJK (C) Chung Hwa Caw 1.







Lampiran:
Gambar-gambar Sepanjang Tempoh Pelaksanaan Projek Keceriaan Bengkel

SEBELUM PELAKSANAAN PROJEK
                     
Bahan dan alatan yang bersepah

Papan kenyataan yang kosong
Susun atur meja yang tidak sesuai



SEMASA PROJEK DILAKSANAKAN
Membersihkan alatan dan perabot di dalam bengkel
Memeriksaan bahan yang rosak untuk dihapuskan.
Mengemas dan menyusun atur semula peralatan dan kemudahan bengkel.
Membuat label

    
Membuat perhiasan untuk papan kenyataan

Menghiaskan papan kenyataan
Membersihkan bengkel

   
Menghias dan menceriakan bengkel

Menyusun hasil kerja murid
Menghasilkan kotak untuk menyimpan hasil kerja murid
                     
Menghasilkan sudut hasil kerja murid


SELEPAS PELAKSANAAN PROJEK
Perhiasan bengkel

Sudut hasil kerja murid
      
Bahan dan peralatan yang telah disusun atur

Papan serba guna

Papan kenyataan
 
Susun atur meja kerusi bengkel




   

No comments:

Post a Comment