1.0
Berdasarkan suasana kehidupan pelbagai
masyarakat di Malaysia, jelaskan situasi hubungan etnik masa kini.
1.1 Politik
Dari
segi politik, Malaysia telah mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah
pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan
Agong sebagai Ketua Negara. Dengan mengamalkan demokrasi berparlimen, rakyat
dapat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara dan menentukan hala tuju
politik negara. Hal ini demikian kerana rakyat berpeluang membentuk kerajaan
sendiri kerana sistem demokrasi berparlimen ini telah memberi ruang dan peluang
kepada rakyat memilih pemimpin. Dalam hal ini, rakyat bebas memilih perwakilan
melalui pilihan raya dan mereka berhak menyokong, mengekal atau menukarkan
kerajaan yang sedia ada dalam proses pengundian semasa pilihan raya. Sistem
yang mengamalkan pengkongsian kuasa ini dapat memastikan pemimpin tidak
berkuasa mutlak dan keadaan ini telah menjamin masa depan negara yang lebih
baik.
Di
Malaysia, terdapat tiga parti utama iaitu UMNO, MCA dan MIC. UMNO didominasi
oleh orang-orang Melayu, MCA didominasi oleh orang-orang Cina dan MIC didominasi
oleh orang-orang India. Walau bagaimanapun, perpaduan etnik telah membentuk
parti perikatan dan akhirnya parti perikatan ini telah berjaya dalam
pilihanraya untuk membentuk kerajaan sendiri. Parti perikatan terus berlangsung
sehingga kini walaupun wujud persaingan dengan parti pembangkang yang lain
Permuafakatan ini telah diperkemaskan lagi dengan penyertaan beberapa buah
parti yang lain dan diubah namanya kepada Barisan Nasional(BN). Kejayaan BN
adalah bertitik tolak dari formula tolak ansur antara etnik. Ia telah berjaya
mewujudkan keharmonian etnik dan ini telah memberi peluang kepada kerajaan
untuk memberi fokus kepada soal pembangunan negara.
Sebenarnya, sistem demokrasi berparlimen ini
telah memperkukuhkan perpaduan. Hal ini demikian kerana semua kaum akan berasa
hak mereka terpelihara dan pentadbiran yang diamalkan juga sangat adil dan
saksama. Dengan itu, kestabilan politik dapat dihasilkan dan hubungan etnik
rakyat juga menjadi lebih rapat kerana kebajikan semua kaum telah dijaga.
Buktinya rakyat Malaysia berbilang kaum tetapi mereka saling menghormati budaya
dan agama masing-masing. Seterusnya, Perlembagaan Malaysia juga telah menjadi
garis panduan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia. Selaras
dengan peredaran masa, beberapa pindaan perlembagaan dibuat untuk menyesuaikan
sistem pentadbiran dengan perkembangan politik semasa. Dengan itu, jelaslah bahawa sistem demokrasi
berparlimen di negara kita berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera,
dan stabil.
Akhirnya,
Malaysia juga telah menubuhkan beberapa jabatan untuk menjamin kestabilan
politik dan perpaduan semua kaum. Contohnya, Jabatan Perpaduan Negara Dan
Integrasi Nasional merupakan salah satu agensi yang cuba menerapkan nilai-nilai
perpaduan dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Jabatan ini bertanggungjawab
memupuk persefahaman dan semangat muhibbah antara masyarakat ke arah pembentukan
bangsa Malaysia yang bersatu padu dan beridentiti nasional. Selain itu, Jabatan
Penerangan Malaysia di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan juga
berperanan menyalurkan informasi dan maklumat mengenai kenegaraan dan isu-isu
semasa melalui Portal Pusat Maklumat Rakyat. Melalui portal ini, masyarakat
dapat mengetahui pelbagai maklumat kenegaraan seperti dasar-dasar, perlembagaan,
undang-undang, fakta dan sejarah di Malaysia. Penyebaran maklumat dan fakta ini
seterusnya dapat meredakan sedikit ketegangan kaum dan politik di Malaysia.
1.2
Ekonomi
Sebelum
merdeka, ekonomi Tanah Melayu agak mundur kerana bidang ekonomi telah dikuasai
penjajah dan etnik Tanah Melayu juga terpisah-pisah kepada pelbagai bidang
pekerjaan untuk mengelakkan perpaduan rakyat Tanah Melayu. Contohnya, kaum
Melayu telah melibatkan diri dalam pertanian sama ada menjadi petani atau pun
nelayan. Manakala kaum Cina bekerja sebagai peniaga dan kaum India bekerja
sebagai buruh lading atau penoreh getah. Setelah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957,
kerajaan Malaysia telah menjalankan pelbagai usaha untuk membaiki keadaan tidak
seimbang tersebut. Antaranya termasuklah Dasar Ekonomi Baru(1970) yang bertujuan
untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi, Dasar Pembangunan
Nasional (1991) yang bertujuan untuk mencapai pembangunan seimbang bagi
mewujudkan masyarakat yang bersadu padu, Dasar Wawasan Negara(2001) yang
bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup dan keutuhan ekonomi Malaysia, Model
Ekonomi Baru(2010) yang bertujuan untuk mewujudkan ekonomi domestik yang
berdaya saing dan membangunkan tenaga kerja berkualiti serta Polisi Ekonomi Bumiputera(2013)
yang memberi fokus kepada tiga perkara utama iaitu pembangunan modal insan,
pemilikan ekuiti dan pemilikan hartanah oleh bumiputera. Semua dasar dan
program pembangunan dirangka dan dilaksanakan demi untuk mencapai kemajuan
menyeluruh meliputi semua lapisan etnik di negara ini.
Menerusi
usaha semua pihak, keadaan ekonomi Malaysia sekarang menjadi lebih mantap dan
maju selepas pelancaran pelbagai rancangan-rancangan yang dinyatakan tadi.
Semua kaum telah melibatkan diri dalam bidang pekerjaan yang disukainya dengan
berdasarkan keupayaan dan kemahirannya.
Masyarakat Melayu di Malaysia kini telah keluar daripada pekerjaan
petani dan menghadap ke arah pekerjaan berteknologi tinggi serta pekerjaan
berprofesional. Sama juga dengan masyarakat India di Malaysia kini, mereka
telah keluar daripada pekerjaan penoreh getah dan telah memegang
jawatan-jawatan peringkat tinggi. Mereka telah menceburi dalam pelbagai bidang
pekerjaan seperti perubatan, pendidikan, ahli kejuruteraan dan sebagainya.
Manakala masyarakat Cina pula, mereka juga melibatkan diri dalam pelbagai
pekerjaan yang sama seperti masyarakat Melayu dan India.
Sebagai
buktinya, masyarakat Melayu kini aktif melibatkan diri dalam perniagaan dan
perindustrian. Ini dapat dilihat melalui pelbagai kursus keusahawanan dan
peluang perniagaan kepada usahawan baru. Pelbagai kementerian dan agensi
kerajaan yang fokus kepada melahirkan usahawan seperti Kementerian Perdagangan
Antarabangsa Dan Industri manakala Kementerian
Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah pula bertanggungjawab membangun ekonomi luar
bandar bagi mengurangkan jurang ekonomi masyarakat dengan menggunakan potensi
yang ada di luar bandar. Kesannya, wujudlah banyak usahawan di Malaysia. Terdapat
banyak tokoh usahawan yang terdiri daripada orang Melayu. Misalnya, Syed
Mokhtar Al-Bukhari yang berasal dari Kedah merupakan tokoh usahawan yang
berjaya. Kekayaan beliau telah mencapai RM8.84 bilion dan telah menjadi ke-7
terkaya di Malaysia serta ke-32 terkaya di Asia Tenggara pada tahun 2005.
Antara syarikat yang dimiliki beliau termasuklah Malaysia Mining Corporation
Berhad (MMC), BERNAS, Gardenia, Bank Muammalat dan sebagainya. Selain itu,
terdapat juga usahawan yang berjaya seperti Datuk Mokhzani Mahathi yang
menjalankan perniagaan dalam industri Gas dan Petroleum, Azman Hashim yang merupakan pengerusi Ambank Group yang
merupakan bank ke-5 terbesar di Malaysia dan lain-lain lagi.
Di
samping itu, terdapat juga artis-artis yang berbangsa Melayu dan India di
Malaysia yang terkenal. Contohnya, Siti Nurhaliza binti Tarudin merupakan
seorang penyanyi, penulis lagu, penerbit dan ahli perniagaan berasal dari
Malaysia. Sepanjang kerjaya beliau dalam dunia hiburan, beliau telah memenangi
pelbagai anugerah dari dalam dan juga luar negara. Dato' Sudirman bin Haji
Arshad juga merupakan artis yang berbangsa Melayu. Beliau seorang penyanyi yang
terkenal di Malaysia dan mulakan pekerjaannya sebagai seorang penyanyi apabila
dinobatkan sebagai "Juara Bintang RTM 1976" pada 11 Ogos 1976. Manakala
Guy Theodore Sebastian pula merupakan seorang artis India yang terkenal. Beliau
merupakan pemenang menulis lagu pertama dari Australian Idol in 2003. Selain
itu, Jaclyn Joshua Thanaraj Victor juga merupakan seorang pelakon Malaysia yang
menjulang namanya melalui kejuaraan Malaysian Idol musim pertama pada tahun
2004. Beliau dikenali dengan suaranya yang lunak dan bakat menyanyi yang
dianggap mantap, bersemangat dan mengagumkan. Artis-artis yang berbangsa Cina
di Malaysia termasuklah Tan Sri Michelle Yeoh Choo Kheng yang merupakan seorang
penyanyi dan pelakon Malaysia yang tinggal di Hong Kong. Beliau telah dipilih
oleh Majalah People sebagai salah seorang daripada 50 wanita paling cantik di
dunia pada 1997.
Seperkara
lagi, semua kaum boleh dikatakan telah amat aktif dalam pendidikan. Misalnya Dr
Muhammad Afifi al-Akiti merupakan seorang pensyarah pertama yang menjadi tenaga
pengajar di universiti terkenal dan paling berprestij dunia iaitu Universiti
Oxford. Selain itu, keunggulan pelbagai kaum juga dapat dibukti semasa
kebanyakan penerima anugerah tokoh guru dari keturunan kaum Cina, Melayu dan
India. Antara penerima anugerah tokoh guru dalam tahun 2012 termasuklah Puan
Lim Ai Lee, Tuan Haji Mohd Azman Bin Abdul Rashid, Datuk Mary Yap Kain Ching, Dato’
Haji Ahmad Adzmey Bin Haji Abu Talib dan lain-lain lagi. Jelaslah bahawa
ekonomi negara kini lebih mantap dan semua pekerjaan telah dipegang pelbagai
kaum dan semua rakyat hidup dan bekerja secara harmonis serta bersatu padu.
1.3 Sosial
budaya
Hubungan
antara masyarakat berbilang kaum seperti kaum Melayu, Cina dan India di
Malaysia kini terjalin erat dan juga dapat hidup secara aman dan harmonis
selepas pelancaran pelbagai rancangan oleh pihak kerajaan. Pertamanya, slogan
“1 Malaysia” yang dilancar oleh Datuk Seri Mohd Najib B. Tun Abd. Razak telah membawa
negara kita ke arah satu anjakan paradigma dan mengubah cara hidup masyarakat
majmuk yang tinggal di negara Malaysia. 1Malaysia adalah satu gagasan bagi
memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum dengan
berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap
rakyat Malaysia untuk memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai
jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan
masyarakat.
Selain
itu, Malaysia telah mengamalkan Dasar Sosial Negara(DSN) di bawah Jabatan
Kebajikan Masyarakat, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat
atas kesedaran bahawa pembangunan sosial merupakan sebahagian daripada
penyumbang kepada kemajuan negara. Sesungguhnya, matlamat DSN adalah untuk
mewujudkan sebuah masyarakat Malaysia yang maju dan mantap dengan setiap
anggota masyarakat berpeluang untuk memperkembangkan potensi diri secara
optimum di dalam persekitaran sosial yang sihat berdasarkan ciri-ciri bersatu
padu, berdaya tahan, demokratik, bermoral, bertoleransi, progresif, penyayang,
adil dan saksama selaras dengan matlamat Wawasan 2020.
Seterusnya,
negara kita juga telah mengamalkan dasar kebudayaan kebangsaan untuk melahirkan
cara hidup rakyat yang bersifat keMalaysiaan. Dalam hal ini, kebudayaan
nasional menjadi asas kepada pembentukan bangsa, jati diri nasional dan
perpaduan etnik. Kebudayaan Kebangsaan Malaysia yang diwujudkan adalah untuk mengukuhkan
perpaduan bangsa, memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada
kebudayaan kebangsaan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan.
Antara
amalan masyarakat Malaysia adalah rumah terbuka. Rumah terbuka diadakan oleh
semua etnik apabila tiba musim perayaan. Semua etnik kunjung-mengunjungi antara
satu sama lain walaupun berbeza budaya dan agama. Amalan ini memperlihatkan
usaha pelbagai etnik untuk mencari keserasian dan kesamaan agar perayaan dapat
dirayakan bersama. Contohnya Perayaan Tahun Baru Cina, Perayaan Hari Deepavali,
Pesta Gawai dan Pesta Keamataan memperlihatkan usaha etnik-etnik bukan melayu
serta bukan beragama Islam menyediakan hidangan dan makanan halal agar dapat
diraikan oleh masyarakat daripada etnik Melayu. Aktiviti gotong-royong dan
jiran tetangga juga merupakan salah satu amalan masyarakat Malaysia. Tuntasnya,
sikap toleransi dan pertimbangan antara kaum jelas memperlihatkan keharmonian
hubungan etnik terjalin kukuh, saling memahami dan menghormati budaya antara
satu etnik dengan etnik yang lain. Hal ini jelas menunjukkan tentang integrasi
sosial antara etnik walaupun berbeza budaya, agama dan bangsa.
Akhirnya,
masyarakat Malaysia juga selalu menunjukkan ciri-ciri berbudi bahasa.
Masyarakat Malaysia sentiasa mengucapkan terima kasih kepada orang yang
menolong mereka dan amat menghargai bantuan mereka. Dengan itu, sebuah lagu
yang bertema “Terima Kasih” telah dihasilkan oleh kerajaan untuk menunjukkan
masyarakat Malaysia yang berbudi bahasa.
.
2.0 Banding beza suasana sosiopolitik dan kekuatan hubungan etnik
dalam negara dengan mana-mana negara lain di rantau Asia.
Negara yang telah saya pilih untuk
membuat bandingan aspek sosial politik dengan Malaysia ialah Vietnam. Nama
rasmi bagi Vietnam ialah Republik Sosialis Vietnam. Vietnam merupakan negara
paling timur di semenanjung Indochina di Asia Tenggara, bersempadan dengan
China di utara, Laos di barat laut, dan Kemboja di barat daya. Dengan bilangan
penduduk mencecah 87 juta, Vietnam ialah negara ke-13 teramai penduduknya di
dunia. Hanoi merupakan ibu kotanya dan bentuk pemerintahan Vietnam adalah
secara republik. Presiden Hp Chi Minh telah membaca proklamasi Kemerdekaan
Negara Vietnam pada 2 September 1945 dan mengisytiharkan Hari Kemerdekaan.
Sesungguhnya,
politik Vietnam dianggap tidak stabil walaupun presiden Vietnam sudah
mengisytiharkan kemerdekaannya. Hal ini demikian kerana Vietnam telah terbahagi
kepada dua iaitu Vietnam Utara sebagai sebuah negara Komunis dipisahkan oleh
sebuah kawasan bebas tentera (demilitarised zone) dengan Vietnam Selatan.
Kerajaan Vietnam Selatan yang didokong oleh Amerika Syarikat, enggan mengadakan
pilihanraya yang bertujuan mencantumkan semula Vietnam seperti yang dipersetujui
di Persidangan Geneva 1954. Di sebelah utara, wujud Republik Demokratik Vietnam
di bawah Viet Minh dan di selatan pula wujud Vietnam, sebuah kerajaan bukan
Komunis di bawah Maharaja Bao Dai. Tidak lama selepas itu, Bao Dai digulingkan
oleh Ngo Dinh Diem, yang kemudiannya menubuhkan Republik Vietnam atau lebih
dikenali sebagai Vietnam Selatan. Seperti ditetapkan samasa Perjanjian Geneva
1954, pembahagian kepada dua bahagian ini adalah sementara sahaja, sementara
menunggu keputusan satu pilihanraya untuk memilih ketua negara yang akan
diadakan dalam tahun 1956.
Peperangan
yang berlaku telah menyebabkan rakyat Vietnam hidup dalam keadaan yang agak
susah. Mari kita membincangkan perang yang tercetus dalam Vietnam selepas
kemerdekaannya. Perang Vietnam atau Perang Indochina Kedua adalah perang yang
terjadi antara tahun 1957 sampai dengan 1975 di Vietnam. Perang ini merupakan sebahagian
dari Perang Dingin. Dua pihak yang terlibat itu adalah Republik Vietnam
(Vietnam Selatan) dan Republik Demokratik Vietnam (Vietnam Utara). Dalam perang
tersebut Vietnam Selatan didukung oleh negara Amerika Serikat, Korea Selatan,
Thailand, Australia, Selandia Baru dan Filipina, sedangkan Vietnam Utara yang
merupakan negara komunis didukung oleh Uni Soviet dan China.
Satu
tragedi yang amat menyedihkan telah berlaku pada pagi hari 16 Maret 1968. Pada
saat Perang Vietnam, Provinsi Quang Ngai tepatnya di desa Son My Vietnam
Selatan dicurigai oleh pasukan Amerika sebagai tempat perlindungan kaum
gerilyawan Angkatan Bersenjata Pembebasan Rakyat dari Front Nasional untuk
Pembebasan Vietnam (FNPV). Satu peleton pasukan Amerika yang dipimpin oleh
Letnan Willian Calley memasuki dusun My Lai, mereka menemukan sekelompok
penduduk yang terdiri dari para perempuan, anak-anak dan laki–laki tua yang
sedang melaksanakan kegiatan rutin sehari-hari. Penduduk sipil tersebut
kemudian ditembaki secara membabi buta dan banyak wanita diperkosa sebelum
dibunuh. Selama serangan, tidak ada suara tembakan atau tidak ada perlawanan
dari pihak penduduk sipil yang ada di dusun My Lai. Jumlah korban tewas dalam
serangan di dusun My Lai mencapai 500 orang.
Selain
membantai ratusan penduduk sipil, pasukan Amerika juga menghancurkan
rumah–rumah yang ada di desa Song My, tepatnya di dusun My Lai. Pasukan Amerika
menganggap penting bahawa para gerilyawan FNPV harus dimusnahkan. Oleh sebab
itu, mereka tidak mengukur berapa banyak wilayah atau lokasi strategis yang
direbut atau dikuasai sebagai suatu sasaran operasi. Setahun selepas pembantaian,
media massa telah menyiarkan berita ini dan hal ini menjadi catatan sejarah
kejahatan perang Amerika di Vietnam, sehingga mengakibatkan kecaman dunia
Internasional, menurunkan kewibawaan Amerika dan menurunkan dukungan dari
rakyat Amerika itu sendiri. Akhirnya, perang itu berakhir dengan kejatuhan
Saigon ke tangan Vietnam Utara pada April 1975. Vietnam yang disatukan semula
itu seterusnya mengalami penindasan dalaman dan kemudian dipinggirkan oleh
komuniti antarabangsa kerana Perang Dingin yang berterusan dan serangan Vietnam
terhadap Kemboja. Pada tahun 1986, Parti Komunis Vietnam mengubah dasar
ekonominya lalu memulakan pembaharuan sektor swasta yang seiras dengan apa yang
dilakukan di China. Sejak pertengahan 1980-an, Vietnam menikmat pertumbuhan
ekonomi yang cukup besar dan sedikit pengurangan dalam penindasan politik,
namun laporan mengenai korupsi turut menjadi-jadi.
Hasil
dari Perang Vietnam adalah kekalahan terbesar secara Politis dan Militer dari
pihak Amerika Serikat. Perubahan dari Perang Vietnam adalah bersatunya Vietnam
Utara dan Vietnam Selatan menjadi Negara Kesatuan Vietnam. Kajian telah
menunjukkan terdapat sekurang-kurangnya 600.000 jiwa pengorbanan dari pihak
Republik Demokratik Vietnam manakala jumlah warga sipil yang tewas mencapai
1.000.000 jiwa. Hal sebegini telah menyakitkan hati semua orang dan terbuktilah
politik Vietnam adalah sangat tidak stabil. Dengan itu, sebagai warganegara
Malaysia, kita harus bangga atas kestabilan politik negara kita dan selalu
mengingatkan kejadian tragedi ini supaya boleh dijadikan iktibar kepada rakyat untuk
berusaha memupuk perpaduan dalam kalangan pelbagai kaum ini. ( Berita wartawan Renne
R.A Kawilarang, 2012)
Seterusnya,
mari kita membuat banding beza bagi aspek sosial antara negara Vietnam dengan
Malaysia. Pertamanya, kes bunuh diri di Vietnam agak tinggi berbanding dengan
Malaysia. Dalam hal ini, lima kajian telah dijalankan pada tahun 2001 untuk
mengkaji kes bunuh diri di Vietnam. Kajian yang dikaji itu telah menyatakan
bahawa terdapat 2.6%-25.4% rakyat Vietnam pernah munculkan idea membunuh diri,
1.1%-15.6% rakyat Vietnam pernah merancangkan kaedah membunuh diri dan terdapat
0.4%-4.2% orang telah mencuba membunuh diri. Selain itu, kajian juga
menunjukkan bahawa pembunuh diri itu banyak terdiri daripada remaja dan juga
wanita. Dalam hal ini, 65.8% remaja yang membunuh diri itu adalah berada dalam
lingkungan 14 tahun hingga 15 tahun dan 61% dari peratus itu terdiri daripada
remaja perempuan.
Di
Malaysia, “National Suicide Registry Malaysia” (NSRM) menganggarkan hampir 500
kematian bunuh diri dicatatkan tahun 2012. Dengan purata 60 kejadian bunuh diri
setiap bulan. Kementerian Kesihatan juga telah mengenal pasti belia yang
berumur lingkungan 16 – 25 tahun mempunyai risiko tinggi membunuh diri. Kajian
yang dijalankan menyatakan punca bunuh diri ini terdiri daripada mereka yang
mengalami masalah mental ekstrem seperti tekanan perasaan, gangguan
personaliti, ketagihan alkohol dan skizofrenia.
Sementelahan
pula, kes pengguguran bayi di Vietnam juga sangat tinggi. Kajian telah
menunjukkan bahawa Vietnam merupakan salah satu daripada lima negara yang
mempunyai kadar pengguguran bayi yang tertinggi di dunia dan juga merupakan sebuah
negara dengan kadar pengguguran paling tinggi di Asia Tenggara. Menurut laporan daripada seorang doktor
Hospital Obstetrik Sentral Hanoi, dianggarkan 40 peratus kehamilan di negara itu
berakhir dengan pengguguran iaitu dua daripada lima orang wanita yang
menggandung akan menjalankan pembedahan untuk menggugurkan bayi.
Banyak
faktor yang menyebabkan wanita Vietnam menggugurkan bayi. Antaranya termasuklah
nasihat perancangan keluarga yang lemah, konflik dalam penyampaian mesej
mengenai hubungan seks dan kuota melahirkan anak. Sejak berdekad lalu, komunis di Vietnam
menguatkuasakan polisi dua orang anak setiap keluarga. Ia merupakan campuran
penalti dalam pentadbiran dan perancangan subsidi keluarga untuk mengehadkan
pertumbuhan penduduk. Walaupun polisi itu telah lama dimansuhkan, tetapi amalan
itu masih diamalkan sehingga kini. Bukan
itu sahaja, pengguguran bayi di Vietnam dianggap tidak melanggar undang-undang
negara itu. Dalam hal itu, terdapat banyak hospital dan klinik yang disahkan
telah membekalkan perkhidmatan menggugurkan bayi. (Dr. Muhammad Ayman Ghaffa, 2015)
“Kami pernah menerima sebanyak 30 janin
sehari. Ia merupakan hari yang sibuk,” ujar Van Thao sebagai ketua pasukan
sukarelawan Kristian Katolik yang mengumpul janin untuk dilupuskan sebagai sisa
perubatan daripada klinik pengguguran bayi di Hanoi sejak sedekad lalu. Jelaslah
bahawa kadar pengguguran bayi di Vietnam agak tinggi dibanding dengan Malaysia.
Seperkara
lagi, kes keganasan di hospital juga selalu dibincang orang ramai. Kes pekerja
perubatan atau doktor ditumbuk selalu berlaku di hospital Vietnam dan isu ini sudah
lama dibincang tetapi tiada tindakan yang diambil oleh kerajaan Vietnam.
Contohnya, terdapat kes terkini iaitu tiga doktor pakar telah ditumbuk oleh
seorang suami pesakit kerana dianggap sikap kewenang-wenang mereka. Kes ini
telah dilaporkan dan disiarkan melalui media massa. Walau bagaimanapun, tiada
suatu polisi atau undang-undang konkrit yang diwarta oleh kerajaan Vietnam
untuk menjamin kebajikan dan keselamatan ahli perubatan. Bukan itu sahaja,
kajian telah menunjukkan bahawa gaji doktor di Vietnam agak rendah sehingga
terdapat 56.3% ahli perubatan perlu membuat kerja sampingan untuk menampung
perbelanjaan keluarga mereka. Jelaslah bahawa perbezaan suasana sosial di
Vietnam yang perlu diperbaikkan.
Selain
itu, walaupun kerajaan di Vietnam mengharamkan warga rakyarnya makan daging
kucing, tetapi masih banyak orang suka makan daging kucing dan anjing. Sebagai
bukti, surat khabar Sinaran Harian pernah menyiarkan berita tentang seorang
lelaki warga Vietnam yang menetap di Jerman dipenjara tiga tahun kerana
bertindak kejam terhadap haiwan di bandar Rhineland-Palatinate. Lelaki Vietnam
itu membunuh dan membakar kucing tetangganya dan hal ini telah menimbulkan
kemarahan aktivis haiwan di bandar berkenaan.“Apa salahnya jika
saya makan kucing? Amalan itu normal di Vietnam,” katanya ketika di mahkamah
tempatan. Hal ini menjelaskan perbezaan budaya orang Vietnam dengan rakyat
Malaysia.
Akhirnya
sekali, terdapat banyak perbezaan suasana sosial politik antara Malaysia dengan
Vietnam. Sebagai warganegara Malaysia, kita seharusnya berasa bangga terhadap
negara kita yang maju dan harmonis ini.
3.0 Cadangan
bagi menguatkan hubungan etnik dan integrasi masyarakat Malaysia.
Setiap
tahun, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos. Rakyat
Malaysia tidak asing lagi dengan tema sambutan yang silih berganti. Sekiranya
kita memberi perhatian kepada slogan-slogan itu, kita akan mendapati slogan itu
membawa satu mesej yang sama iaitu kepentingan masyarakat berbilang kaum,
budaya dan agama di negara ini agar hidup bersatu-padu, saling menghormati
antara satu sama lain serta saling membantu sesama jiran tetangga.
Hubungan
etnik dan integrasi masyarakat yang kuat dan kukuh antara rakyat mampu menjana
kejayaan dan kecemerlangan bagi kesejahteraan serta kemakmuran negara. Oleh
yang demikian, perpaduan dan keharmonian adalah elemen yang sangat penting
dalam mengekalkan keharmonian dalam kalangan masyarakat Malaysia. Tanpa
perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperoleh sejak
sekian lama akan hilang dalam sekelip mata. Persoalannya, bagaimanakah kita
dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini?
Saya ada beberapa cadangan yang saya rasa
sesuai bagi menguatkan serta mengukuhkan hubungan etnik dan integrasi
masyarakat Malaysia di masa hadapan. Pertamanya, ibu bapa harus menerapkan
semangat patriotik dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi. Bak kata pepatah,
“melentur buluh biar dari rebungnya”. Dalam hal ini, ibu bapa membelikan
anak-anak buku-buku yang bercorak sejarah sejak kecil lagi. Hal ini kerana
mereka serba sedikit mula berfikir tentang bahan yang dibacanya dan tidak dapat
dinafikan bahawa mereka akan terpengaruh oleh nilai murni yang ada dalam bahan
bacaannya.
Seterusnya,
anak-anak juga digalakkan berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan
ibu bapa juga disarankan membawa anak-anak mereka mengunjungi rumah jiran
semasa hari perayaan. Misalnya rumah terbuka diadakan oleh semua etnik apabila
tiba musim perayaan seperti Perayaan Tahun Baru Cina, Perayaan Hari Deepavali,
Pesta Gawai dan Pesta Keamataan. Dengan cara itu, ibu bapa dapat menjadi suri
teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati keistimewaan masyarakat
Malaysia yang terdiri daripada pelbagai jenis kaum dan mereka juga berpeluang
bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum.
Bukan
itu sahaja, ibu bapa juga boleh berkomunikasi dengan anak-anak dalam pelbagai
bahasa, misalnya bahasa Malaysia, bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa ibunda. Hal
ini demikian kerana ada kajian yang menyatakan bahawa salah satu faktor yang
menyebabkan kekurangan komunikasi berlaku antara kaum ialah ketidakfahaman bahasa
kaum-kaum yang lain. Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa, maka mereka
dapat berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah.
Ibu
bapa juga boleh menggalakkan dan membawa anak-anak menyertai pertandingan yang
berunsurkan semangat patriotisme. Misalnya seperti kuiz sejarah yang soalannya
berkaitan dengan tokoh-tokoh negara, nama pemimpin-pemimpin negara, peristiwa
bersejarah negara Malaysia dan sebagainya. Hal ini kerana anak-anak akan lebih
berusaha untuk mencari jawapan mahupun maklumat yang berkaitan dengan
patriotik. Hal ini sekali gus membawa anak-anak mahupun remaja mendalami
sejarah negara dan sebarang peristiwa yang pernah berlaku di negara kita suatu
ketika dahulu. Kesan daripada penglibatan mereka dalam perkara sebegini adalah
dapat meningkatkan daya pemikiran dan menerima sebarang kemajuan serta sentiasa
berfikiran terbuka dalam perkara yang positif.
Selain
itu, sekolah dan institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab
menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Dalam
hal ini, sekolah memainkan peranan penting supaya remaja mengingati budi
tokoh-tokoh negara yang sanggup berkorban masa, nyawa dan tenaga untuk
keharmonian negara. Antara langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah
ialah mengadakan aktiviti yang berkaitan dengan patriotisme seperti mengadakan
sambutan kemerdekaan, mengadakan kuiz kemerdekaan, memaparkan kisah tokoh-tokoh
negara kepada pelajar dan sebagainya. Ini secara tidak langsung akan menanamkan
bibit-bibit cinta akan negara dalam diri remaja dan menjadi generasi yang sanggup
berjuang untuk pertahankan negara bak kata pepatah, “bahu memikul, hati
menyokong”. Dengan itu, setitik semangat patriotik yang ada dalam diri remaja
pasti akan menjadi sekepal dan mewujudkan pelajar yang berjiwa bangsa.
Di
samping itu, pihak sekolah juga merupakan penjamin masyarakat berbilang kaum
yang tinggal di negara kita agar hidup dalam keadaan aman dan harmoni. Pihak
sekolah mestilah mengadakan aktiviti-aktiviti yang berunsurkan kemasyarakatan
dan melibatkan komuniti pelbagai kaum. Misalnya, pihak sekolah boleh
menggalakkan pemakaian pakaian tradisi kaum masing-masing semasa
sambuatan-sambutan seperti sambutan Hari Kemerdekaan, perayaan dan sebagainya
supaya masyarakat berbilang kaum di negara kita akan dapat merasai nikmat
keharmonian dan kemakmuran hidup dalam masyarakat majmuk di negara Malaysia.
Seperkara
lagi, guru juga bertanggungjawab dalam menguatkan hubungan etnik dan integrasi
masyarakat Malaysia. Antara langkah yang dapat diambil adalah dengan memberikan
kerja-kerja berkumpulan. Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan
pelajar secara berkumpulan dalam melaksanakan projek-projek sekolah.
Contoh-contoh kerja berkumpulan termasuklah kajian sains, persembahan dan
sambutan-sambutan majlis di sekolah. Dengan itu, barulah pelajar mempunyai
lebih banyak peluang berinteraksi dan bekerjasama dengan kaum-kaum yang
berbeza. Menerusi kerjasama yang diamalkan, hubungan etnik ini akan menjalin
dengan lebih erat dan pelajar tersebut akan mendapati kepentingan integrasi
masyarakat serta kebaikan yang dibawanya.
Guru-guru
juga haruslah bijak dalam membahagikan tempat kedudukan pelajar dengan
melibatkan semua kaum pelajar secara rawak. Situasi sebegini amat menggalakkan
pelajar berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama
satu kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru
tidak boleh mencetuskan isu-isu sensitif semasa mengajar, misalnya dengan
mengagung-agungkan warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek
kata, pelajar-pelajar dan guru-guru perlulah bekerjasama supaya dapat melahirkan
semangat perpaduan di peringkat sekolah.
Sementelahan
pula, golongan pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah negara agar
dapat memahami erti perpaduan negara. Sebagai satu daripada langkah untuk
mewujudkan permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013. Langkah tersebut diharapkan
dapat menyedarkan anak-anak bangsa tentang akibat kurangnya perpaduan kaum
dalam kalangan masyarakat. Mengetahui dan memahami peristiwa yang berlaku dalam
sejarah negara seperti tragedi berdarah 13 Mei 1969, sudah tentu golongan muda
dan belia akan lebih menghargai perpaduan dan keharmonian yang dikecapi selama
ini. Pemahaman rakyat Malaysia tentang sejarah tanah air dapat menyemai
semangat perpaduan dalam diri mereka.
Sesungguhnya,
amalan masyarakat juga salah satu langkah untuk mengekalkan keharmonian antara
kalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Amalan masyarakat yang baik
dapat mengamankan masyarakat majmuk di Malaysia. Keamanan masyarakat ini dapat
dikekalkan dengan penglibatan pelbagai kaum dan setiap aktiviti yang diadakan
dalam sesebuah komuniti. Sebagai contoh, ketua kampung boleh mengadakan satu
aktiviti sukan dengan melibatkan semua kaum. Dalam hal ini, setiap aktiviti
sukan perlu disertai pelbagai etnik misalnya permainan bola sepak dan bola
tampar. Dengan itu, semua kaum berpeluang berkumpul bersama dan menggemblengkan
tenaga untuk berjaya dalam sesuatu aktiviti. Seandainya amalan tradisi dalam
sesebuah masyarakat dengan penglibatan pelbagai kaum tidak diamalkan, sudah
pastilah keharmonian masyarakat tidak dapat dikekalkan. Pendek kata, amalan
tradisi masyarakat dengan penglibatan masyarakat majmuk dapat mengekalkan
keamanan dan kemakmuran hidup bermasyarakat dalam komuniti pelbagai kaum.
Pada
masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang tindakan yang
boleh mencetuskan provokasi kaum. Walaupun rakyat diberi hak kebebasan
bersuara, mereka haruslah tidak mengambil kesempatan dengan mencetuskan isu-isu
sensitif dan kontroversi yang dapat merosakkan rasa muhibah dan perpaduan. Masyarakat
setempat juga boleh memainkan peranan dalam mengukuhkan perpaduan kaum di
negara ini melalui penganjuran aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong,
Program Rukun Tetangga dan sebagainya untuk mengeratkan hubungan antara
masyarakat pelbagai kaum. Aktiviti-aktiviti seperti ini mampu menjamin kesejahteraan
hidup warga setempat dengan membuka ruang dan peluang komunikasi antara jiran
tetangga berlainan bangsa.
Seterusnya,
pihak kerajaan adalah antara pihak yang mempunyai tugas untuk menyemai semangat
patriotik dalam kalangan remaja atau bak kata pepatah Korea ‘mutiara negara’. Hal
ini demikian kerana setiap negara mempunyai pucuk pimpinan yang berhak
mentadbir rakyatnya. Pihak kerajaan hendaklah merancangkan program-program yang
dapat memupuk perpaduan dan juga mewartakan undang-undang supaya kerusuhan
etnik tidak berlaku. Hal ini demikian kerana undang-undang dapat memastikan
semua rakyat mematuhi peraturan, menjaga tingkah laku, menjaga percakapan dan
menjaga hak asasi orang lain. Dengan itu, keadaan harmonis dapat dibentuk
kerana semua rakyat berbudi bahasa dan hormat-menghormati antara satu sama
lain.
Sebagai
penghias bicara akhir, semangat patriotik seharusnya disemai dalam jiwa semua
rakyat Malaysia. Sekiranya hubungan etnik dapat dikukuhkan dan berjaya meresap
dalam jiwa semua rakyat Malaysia, nescaya negara kita mampu melahirkan lebih
ramai individu yang prihatin, bersatu-padu dan bertanggungjawab demi
mempertahankan tanah air yang tercinta ini. Dengan itu, semua pihak haruslah
berganding bahu bagai ‘aur dengan tebing’ untuk memupuk semangat patriotik agar
dapat melahirkan etnik yang saling menghormati dan dapat merealisasikan
aspirasi Wawasan 2020. Ini sudah tentunya memerlukan penggemblengan dan
penglibatan semua lapisan masyarakat dalam satu proses yang berterusan.
Penutup
Keseluruhannya,
bagi mencapai aspirasi dan cita-cita nasional, kestabilan politik, ekonomi dan sosial
memainkan peranan yang sangat penting. Pelbagai usaha sudah dirangka oleh
kerajaan seperti Gagasan 1Malaysia, Program Tranformasi Kerajaan, Bidang
Keberhasilan Utama Negara dan sebagainya untuk memacu negara Malaysia ke arah
Wawasan 2020 dan seterusnya menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi. Dengan
itu, semua pihak haruslah menggemblengkan tenaga dan memainkan peranan
masing-masing supaya dapat melahirkan etnik yang saling menghormati dan juga
merealisasikan aspirasi Wawasan 2020.
4.0 Refleksi
Saya berasa amat gembira kerana dapat menyiapkan
kerja kursus dalam tempoh yang ditetapkan. Semasa menerima kerja kursus ini, saya
berasa amat bimbang dan sukar untuk menyiapkan tugasan ini kerana tiada banyak ilmu
pengetahuan yang berkaitan dengan soalan itu. Sebaik menerima tugasan,
kolaborasi bersama pensyarah dilakukan untuk lebih memahami kehendak soalan. Pensyarah
telah menjelaskan kehendak soalan kerja kursus dan juga membimbing kami membuat
kerja kursus dengan memberi idea-idea dan contoh yang bernas.
Setelah
mengenalpasti kehendak soalan, saya pun mulakan melaksanakan tugasan ini. Saya
telah menghadapi beberapa kesukaran semasa melaksanakan tugasan ini, misalnya saya
tidak dapat jelaskan situasi hubungan etnik Malausia masa kini dari aspek
politik, ekonomi dan sosial. Hal ini demikian kerana saya tidak begitu peka
terhadap perkara-perkara ini. Saya berasa risau dan membuat keputusan untuk
menyiapkan tugasan ini dengan sebaik mungkin. Dengan itu, saya telah mencari
maklumat yang berkaitan dengan melayari Internet dan juga meminjam buku dari perpustakaan.
Bukan itu sahaja, saya juga selalu meminta tunjuk ajar daripada pensyarah dan
rakan-rakan yang lain.
Sebenarnya,
saya telah memperoleh banyak ilmu pengetahuan melalui kerja kursus ini.
Pertamanya, saya lebih faham maksud hubungan etnik dan integrasi masyarakat.
Hal ini demikian sebelum saya menjawab soalan, saya perlu membaca buku atau
mencari maklumat yang berkenaan dengan melayari internet supaya lebih faham
soalan yang dinyatakan. Seterusnya, saya telah mengkaji dan membuat banding
beza suasana sosiopolitik antara negara kita dengan negara Vietnam. Saya juga
berasa bangga kerana negara kita mempunyai kekuatan hubungan etnik berbanding
dengan negara Vietnam selepas mencari maklumat berkenaan. Dengan itu, saya
mendapati kestabilan politik sesebuah negara amat penting dan sukar dikekalkan.
Semua rakyat Malaysia bertanggungjawab untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing
dengan mempertahankan negara kita serta bekerjasama membentuk suasana yang
hormonis.
Seperkara
lagi, saya juga mendapat cadangan-cadangan yang bernas dan sesuai bagi
menguatkan serta mengukuhkan hubungan etnik dan integrasi masyarakat Malaysia
pada masa hadapan. Saya berharap semua pihak haruslah berganding bahu bagai
‘aur dengan tebing’ untuk memupuk semangat patriotik agar dapat melahirkan
etnik yang saling menghormati dan dapat merealisasikan aspirasi Wawasan 2020.
Di samping itu, saya telah berjaya
mengaplikasi dan mempelajari beberapa nilai murni semasa saya melaksanakan
tugasan ini. Pertamanya, saya telah menghayati nilai kerajinan. Hal ini kerana
saya juga mendapat banyak tugasan mata pelajaran lain secara serentak. Saya
perlu mengamalkan nilai kerajinan supaya dapat menyiapkan tugasan ini dalam
tempoh yang ditetapkan. Nilai yang telah saya belajar seterusnya adalah
tanggungjawab. Saya telah mengamalkan nilai bertanggungjawab dengan
melaksanakan tugasan ini dengan bersungguh-sungguh dan juga menyiapkannya dalam
tempoh yang ditetapkan.
Kesimpulannya,
saya telah mendapat satu pengalaman yang baharu dan berharga selama
melaksanakan tugasan projek ini. Saya berjanji akan terus berusaha untuk
meningkatkan kekuatan saya dan juga mengatasi kelemahan saya dengan meminta
tunjuk ajar daripada pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan saya. Tugasan yang
saya buat ini mungkin bukan tugasan yang terbaik tetapi saya telah berusaha
dengan bersungguh-sungguh semasa melakukannya. Usaha saya bukan sekadar
hangat-hangat tahi ayam atau melepaskan batuk di tangga. Dengan itu, saya
berharap pengorbanan masa dan tenaga saya ini tidak akan dibazirkan dengan
sia-sia itu sahaja. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment