Laporan Reflektif: Khidmat Masyarakat
Saya
sentiasa menanti-nantikan khidmat masyarakat ini sepanjang semester ini kerana
program BIG khidmat masyarakat pada semester lepas telah memberikan peluang
kepada saya untuk belajar dan berinteraksi dengan kanak-kanak yatim piatu. Saya
percaya program BIG kali ini akan memberikan satu pengalaman yang luar biasa
dan mendalam bagi saya.
Untuk
BIG kali ini, guru-guru pelatih yang terlibat ialah dari 3PISMP RBT dan TESL
Ambilan Jan 2014, seramai 41 orang akan menjalankan program BIG di SK Simpang,
Taiping. Sebelum menjalani program ini, kami menerima taklimat daripada
pensyarah yang bertanggungjawab. Seterusnya, kami telah menubuhkan sebuah
jawatankuasa dan juga mengadakan mesyuarat bagi menentukan tarikh, lokasi dan
aktivti-aktiviti yang berkenaan. Kami telah melaksanakan tugas masing-masing
dan juga selalu mengadakan mesyuarat untuk tukar-menukar informasi sebelum hari
itu sampai.
Pada
8 April 2015, guru pelatih yang melibatkan diri telah bertolak dari IPG Kampus
Tuanku Bainun pada pukul 8 pagi. Sebaik sahaja tiba di SK Simpang, kami
menurunkan barang-barang dan berkumpul di sebelah pintu sekolah tersebut. Kami telah
disambut oleh PK Hem SK Simpang dan beliau juga menjemput kami di bilik gerakan
untuk memberi sedikit taklimat. Puan Chang iaitu PK Hem mengucapkan selamat
datang kepada para guru pelatih dan memperkenalkan sedikit tentang SK Simpang.
Selepas itu, Puan Chang pun mengagihkan tugas kepada kumpulan-kumpulan. Tempat-tempat
yang memerlukan kerja pembersihan ialah 2 bilik Kemahiran Hidup, 2 makmal
Sains, stor sukan, bilik BOSS dan pusat sumber. Kami diberikan
peralatan-peralatan yang secukupnya seperti penyapu, pengelap lantai, plastik
sampah dan sebagainya. Tanpa melengahkan masa, kami memulakan kerja
gotong-royong dengan membersihkan kawasan sekolah itu.
Setelah
selesai gotong royong selama 2 jam lebih, kami berkumpul sekali lagi di bilik
gerakan untuk melaminatkan kertas-kertas mata pelajaran yang diperlukan untuk
menghiaskan papan kenyataan yang ada pada kelas. Selepas kerja penghiasan,
pengerusi program BIG mengucapkan sepatah kata kepada guru-guru pelatih dan
juga menghadiahkan cenderahati kepada pihak sekolah SK Simpang sebagai tanda
terima kasih kepada sekolah tersebut. Selepas makan tengah hari di SK Simpang,
guru-guru pelatih pun bertolak pulang ke IPG Kampus Tuanku Bainun.
Kekuatan aktiviti ini termasuklah ia dapat memupuk
nilai-nilai murni dalam sanubari para guru pelatih. Antaranya termasuklah
semangat kerjasama dan toleransi yang dipupuk bukan sahaja dalam kalangan guru
pelatih malahan juga dalam kalangan murid yang membantu semasa kami menjalankan
gotong-royong. Hal ini demikian kerana kami perlu bekerjasama semasa
gotong-royong supaya kerja-kerja yang banyak dapat disiapkan dengan cepat. Murid-murid
sekolah itu juga selalu menghulurkan bantuan dan bersikap aktif semasa
menjalankan tugasan yang diberi. Contohnya murid-murid sekolah itu
berkobar-kobar untuk beratur dalam satu garisan dari tempat mengepam bola
hingga ke stor sukan untuk memudahkan proses memindahkan bola ke stor sukan.
Melalui ini, saya telah nampak sikap kerjasama dan toleransi yang ditunjukkan
oleh mereka kerana mereka saling menolong dan bekerjasama demi satu matlamat
iaitu berja memindahkan semua bola yang telah dipam ke dalam bilik stor.
Seterusnya,
pemilihan kawasan yang sesuai ini juga merupakan kekuatan program ini. Hal ini
demikian kerana SK Simpang bukan sekolah yang bersaiz besar dan tidak mempunyai
murid serta guru yang banyak. Dengan itu, aktiviti gotong-royong sesuai
dijalankan supaya murid-murid sekolah itu dapat belajar dalam persekitaran dan
suasana yang kondusif. Semangat murid pasti akan meningkat dan berkobar-kobar
untuk mempelajari sesuatu yang baharu daripada guru-guru mereka sekiranya
mempunyai sesuatu persekitaran yang kondusif. Jadi, jelaslah di sini bahawa
persekitaran sekolah adalah amat penting bagi memotivasikan seseorang murid
untuk belajar dan melakukan sesuatu yang terbaik dalam pelajaran mereka. Walaupun
terdapat banyak tugas yang perlu dilakukan dalam kerja pembersihan sekolah, namun
keadaan ini dapat memupuk daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental dan emosi
guru pelatih untuk menyediakan mereka sedia daripada pelbagai aspek untuk
menjadi seorang guru yang cemerlang.
Walau
bagaimanapun, masih terdapat beberapa lubang-lubang kelemahan yang perlu
diperbaiki supaya hasil dan objektif program yang direka dapat dicapai. Antara kelemahan
yang ada pada program khidmat masyarakat ini ialah aktiviti yang agak kurang
dan pengurusan masa yang tidak sempurna. Aktiviti yang dirancang itu agak
kurang dan menyebabkan tertinggalnya banyak masa yang lapang walaupun tempoh program
ini belum tamat. Keadaan seperti ini sepatutnya perlu dielakkan pada BIG sem
depan. Berdasarkan kelemahan yang telah dinyatakan di atas, saya mencadangakan
bahawa pihak yang bertanggungjawab atas aktiviti boleh mengambil perhatian
kepada pengurusan masa. Ajk-ajk juga perlu bekerjasama mencurahkan usaha yang
lebih dalam penyediaan aktiviti yang lebih menarik dan padat untuk mewujudkan
suasana interaksi yang lebih aktif dengan memastikan aktiviti yang disediakan
adalah berkualiti dan menarik.
Seterusnya,
terdapat juga ancaman yang ada dalam program ini. Cuaca hari itu agak panas dan
semua guru pelatih berasa sangat panas dan letih semasa menjalankan
gotong-royong di sekolah itu. Kami berpeluh banyak dan berasa dahaga atas cuaca
yang agak panas itu. Walaupun aktiviti amat meletihkan, namun ia merupakan
suatu pengalaman yang cukup hebat, bermakna dan menyeronokkan.
Kesimpulannya,
saya telah mendapat satu pengalaman yang baharu dan berharga semasa
melaksanakan aktiviti ini. Saya berjanji akan terus berusaha untuk meningkatkan
kekuatan saya dan juga mengatasi kelemahan saya yang ada dalam aktiviti ini
dengan meminta tunjuk ajar daripada pensyarah-pensyarah dan rakan-rakan saya.
Saya berharap mendapat peluang lagi untuk menyertai aktiviti yang sebegini pada
masa depan. Sekian, terima kasih.
Laporan Reflektif: Bengkel
Saya
sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk mengikuti program seminar ceramah
mengenai “Kesantunan Berbahasa” bersempena dengan kursus Bina Insan Guru (BIG) yang
telah dilaksanakan di IPGKTB pada 16 April 2015 yang lepas. Seminar ceramah
yang disampaikan oleh Encik Rosnan ini mengambil masa kira-kira tiga jam, iaitu
dari pukul 2.00 petang sehingga pukul 5.00 petang. Sebenarnya saya sentiasa
menanti-nantikan seminar bengkel ini.
Ceramah pada
hari itu adalah berkaitan dengan kesantunan. Melalui ceramah ini, kami telah berpeluang
belajar tentang beberapa perkara asas dalam kesantunan berbahasa. Kesantunan
berbahasa mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri yang melibatkan
penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Sebagai contoh, gelaran
warisan (Raja, Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda, Tengku), dan gelaran
kurniaan (Tun, Toh Puan, Puan Sri,
Datuk, Datuk Seri, Datuk Paduka) hendaklah sesuai dan betul mengikut gelaran
yang telah diberikan. Sebagai seorang bakal guru pada masa akan datang,
penggunaan gelaran kepada individu-individu ini haruslah dikenalpasti dan tidak
boleh dipandang remeh kerana ianya melibatkan pangkat dan gelaran seseorang.
Seterusnya,
Encik Rosnan telah menasihati kami supaya menjadi seorang pendengar yang baik.
Kita haruslah menghormati orang lain dengan tidak mencelah apabila mereka
sedang berucap. Kita harus meneliti apa yang diucap oleh mereka dan memberi
balasan dengan lembut dan sopan. Encik Rosnan juga menyatakan bahawa sebagai
seorang jurucara, tatatertib berucapnya mestilah halus dan bersopan. Jurucara
itu perlu menggunakan perkataan yang sesuai semasa ingin memberi sebarang
arahan. Misalnya, dia tidak boleh menjerit dan berucap sebegitu, “Hoi, matilah
handphone kamu sekarang dan duduk diam-diam.” Percakapan sebegini akan
menjatuhkan maruahnya dan dikeji orang. Dengan itu, kita harus berhati-hati
semasa berinteraksi atau memberi arahan.
Di samping
itu, pelaksanaan program ceramah ini juga telah membuka minda kami tentang
kepentingan kesantunan berbahasa dalam kehidupan seharian terutamanya apabila
bergelar sebagai seorang pendidik pada masa akan datang. Sebagai seorang guru,
amat penting untuk kita memahami dan mengaplikasi kesantunan berbahasa dalam
kehidupan seharian. Hal ini demikian kerana bukan rakan sejawatan dan
murid-murid sahaja yang bergaul dengan kita, malah ibu bapa turut bergaul
dengan kita terutamanya pada hari permuafakatan ibu bapa dan guru. Jadi, amat
penting untuk kita menggunakan bahasa yang sopan dan bertatasusila apabila
berkomunikasi dengan mereka.
Saya telah
mengenal pasti kekuatan bagi aktiviti ini iaitu ceramah yang bertempat di Dewan
Kuliah C ini telah memudahkan proses penyampaian ceramah. Hal ini demikian
kerana kedudukan para peserta yang berdekatan dengan kedudukan penceramah
memudahkan kontrak mata di antara kedua-dua pihak. Dengan adanya kontrak mata
yang berkesan, para peserta dapat memberikan fokus terhadap ceramah yang ingin
disampaikan. Selain itu, kerjasama semua guru pelatih dalam menjayakan program
ini juga merupakan salah satu kekuatan BIG ini. Walaupun bukan semua guru
pelatih terlibat sebagai ahli jawatankuasa, namun arahan yang diberikan oleh
pengerusi BIG telah dipatuhi oleh semua peserta. Kami juga sedaya upaya menjaga
tingkah laku dan memberi kerjasama kepada penceramah. Apabila penceramah bertanyakan
soalan, kami akan memberi respon dengan pantasnya.
Kelemahan
aktiviti ini pula termasuklah kekurangan interaksi antara para guru pelatih
dengan penceramah. Dalam hal ini, saya mendapati penceramah telah membuat
persiapan awal dan mencari maklumat-maklumat berkenaan sebelum memberi ceramah
kerana pertuturan beliau begitu fasih. Namun, beliau kurang menyoalkan soalan
yang motivasi dan merangsang. Dengan itu, guru pelatih kurang dirangsangkan dan
mereka juga tidak perlu membuat pertimbangan atau penaakulan dalam sesi ceramah
itu.
Seterusnya,
ancaman aktiviti yang saya dapati semasa program berlangsung adalah masa yang
ditetapkan untuk aktiviti ceramah adalah tidak bersesuaian iaitu pada pukul
2.00-5.00 petang. Dalam hal ini, murid
mudah tergantuk dalam waktu ceramah diadakan iaitu pada pukul
2.00 petang sehingga pukul 5.00 petang. Hal ini demikian kerana guru pelatih
berasa letih selepas menghadiri kuliah sepanjang pagi hari itu. Mereka tidak
mempunyai masa rehat yang cukup dan terpaksa menghadiri ceramah ini selepas
kuliah. Dalam hal ini, saya berpendapat bahawa pengerusi aktivti ini boleh
mencari suatu masa yang lebih sesuai bagi menjalankan seminarnya supaya guru
pelatih tidak akan tergantuk dan dapat memberi perhatian yang lebih semasa
ceramah diadakan.
Secara tuntasnya, saya telah mendapat
satu pengalaman yang bermakna dan juga menimba ilmu pengetahuan yang banyak
selepas menghadiri ceramah ini. Saya berjanji akan terus berusaha untuk
meningkatkan kekuatan saya dan juga mengatasi kelemahan saya yang ada dalam
aktiviti ini dengan meminta tunjuk ajar daripada pensyarah-pensyarah dan
rakan-rakan saya. Saya berharap mendapat peluang lagi untuk menyertai aktiviti
yang sebegini pada masa depan. Sekian, terima kasih.
Penilaian kendiri: Khidmat Masyarakat
Program
Bina Insan Guru(BIG) Fasa 2 ini telah meninggalkan banyak kesan terhadap diri
saya dan ia merupakan satu program yang dilaksanakan bagi melahirkan insan guru
yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran serta mempunyai spiritual dan
sahsiah yang tinggi. Penghayatan yang begitu mendalam terhadap pelbagai
aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini akan mengukuhkan
keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam diri setiap
bakal-bakal guru. Saya berasa amat bersyukur kerana diberi peluang untuk
mengikut program khidmat masyarakat bersempena dengan kursus Bina Insan Guru
(BIG) Fasa 2 yang telah dilaksanakan di SK Simpang, Taiping pada 8 April 2015. Sesungguhnya,
saya telah mendapat banyak pengalaman dan kebaikan menerusi aktiviti khidmat
masyarakat ini.
Yang
pertamanya, guru-guru pelatih telah dibahagikan kepada 8 kumpulan yang
mempunyai 5 orang ahli kumpulan ditugaskan di tempat yang berbeza-beza seperti
stor sukan, bilik BOSS, pusat sumber, bilik Kemahiran Hidup, makmal Sains dan
lain-lain. Daripada peristiwa ini, saya mempelajari bahawa pengurusan masa dan
sumber tenaga adalah amat penting bagi memastikan semua kerja yang diamanahkan
dapat disiapkan pada masa yang telah ditetapkan pada kadar yang efektif dan
optimum. Hal ini penting kerana sekiranya sesuatu aktiviti telah
bertangguh atau tergendala, ianya pasti akan menjejaskan atur cara atau
aktiviti yang seterusnya. Kesannya, semua perkara terpaksa dijalankan dengan
kadar yang lebih cepat. Dengan itu, patutlah kami membuat kerja dengan mengikut
jadual yang ditetapkan. Kami juga tidak memberikan apa-apa bantahan mengenai
posisi pembahagian tugas kerana kami bersepakat bahawa kita harus melakukan
apa-apa sahaja dengan sedaya upaya dalam apa jua bidang kerja. Selepas kami
membahagikan kerja kami, maka kami pun mula menjalankan tugas kami seperti yang
telah diamanahkan.
Selain
itu, kursus BIG ini juga berjaya membina keperibadian saya yang baik seperti
sikap keterbukaan, toleransi, kerjasama, tolong-menolong, kerajinan, kesabaran
dan sebagainya dalam diri saya. Hal ini demikian kerana kami perlu menyiapkan
kerja gotong-royong dalam masa yang ditetapkan supaya masa untuk aktiviti tidak
dijejaskan. Dengan itu, kami mesti bekerjasama, tolong-menolong dan juga rajin
serta sabah semasa melakukan gotong-royong. Sebagai contohnya, saya akan
memberi bantuan kepada rakan-rakan lain selepas kerja saya disiapkan. Saya
tiada duduk senyap atau jalan-jalan walaupun kerja tugasan saya telah habis. Sebaliknya,
saya telah membantu kawan untuk menyapu lantai. Situasi ini juga menyedarkan
saya bahawa sebagai seorang manusia yang hidup dalam kumpulan dan kelompok,
kita harus memberikan bantuan dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan
bantuan tanpa mengira kaum, bangsa dan ras.
Bukan
itu sahaja, program ini juga secara tidak langsung dapat membantu kami
mengenali rakan-rakan yang berasal dari kumpulan dan bangsa yang lain. Hal ini
demikian kerana kami telah pergi ke sekolah tersebut untuk menjalankan program
kidmat masyarakat bersama-sama dengan kumpulan yang lain, iaitu PISMP yang
terdiri daripada 19 orang guru pelatih berkaum India dan 2 orang kaum Melayu. Saya
sedar dan mengaku bahawa biasanya kumpulan kami yang terdiri daripada semua
guru pelatih berbangsa Cina kurang bergaul dengan kumpulan-kumpulan lain,
lebih-lebih lagi guru-guru pelatih yang berbangsa lain disebabkan oleh kursus
pengajian dan masa kuliah yang tidak sama. Namun, dengan adanya program khidmat
masyarakat ini, kami berasa bertuah kerana berpeluang bergaul dan berkongsi
pendapat dengan mereka yang berasal dari kumpulan-kumpulan yang dinyatakan tadi.
Daripada pergaulan dengan guru-guru pelatih yang berasal dari kumpulan lain
sepanjang program khidmat masyarakat ini, kami berpeluang untuk memahami dengan
lebih mendalam mengenali masalah yang dihadapi, amalan budaya dan tradisi
mereka, cara pergaulan mereka dalam kumpulan mereka dan sebagainya.
Bagi
cara-cara penambahbaikan pula, saya berpendapat program khidmat masyarakat ini
akan menjadi lebih menarik jika terdapat aktiviti-aktiviti menarik lagi
merangsang yang melibatkan murid-murid bersama. Dengan itu, berulah guru
pelatih berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti itu dan berinteraksi dengan
mereka secara aktif. Kekuatan saya dalam program ini adalah saya menjadi
seorang yang lebih toleransi dan sabar. Hal ini demikian kerana saya perlu
mengamalkan sifat-sifat ini semasa bekerjasama dengan orang lain. Dengan itu,
barulah tugasan dapat disiapkan dengan sempurna dalam tempoh yang ditetapkan. Kelemahan
saya pula termasuklah saya lemah dalam berkomunikasi dengan orang yang
berbangsa lain. Hal ini demikian saya tidak fasih dalam berbahasa Melayu dan
Inggeris. Saya perlu memikir panjang sebelum bertuturan. Saya akan mengatasi
masalah ini dengan mempraktik menggunakan bahasa yang lain dalam pergaulan
kehidupan seharian saya.
Jadi,
ternyata di sini bahawa banyak manfaat yang saya dapat daripada semua aktiviti
yang dijalankan sepanjang khidmat masyarakat ini. Semua pengalaman dan
pengetahuan yang saya dapat akan saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang
lebih jitu dan serba boleh. Secara keseluruhannya, program BIG ini berjalan
dengan jayanya dan telah mencapai objektif yang dihasratkan. Saya berharap
program ini bukanlah merupakan suatu penamat tetapi permulaan yang baik serta
perlu diteruskan pada masa yang akan datang. Akhiranya, saya ingin mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat
bagi menjayakan program BIG ini. Saya berharap aktiviti seterusnya dapat
dijalankan dengan lebih bermakna dan saya berupaya menimba seberapa banyak ilmu
pengetahuan dan kemahiran bagi program BIG seterusnya.
Penilaian kendiri: Bengkel
Saya
sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk mengikuti program seminar ceramah
mengenai “Kesantunan Berbahasa” bersempena dengan kursus Bina Insan Guru (BIG) yang
telah dilaksanakan di IPGKTB pada 16
April 2015 yang lepas. Seminar ceramah yang disampaikan oleh Encik Rosnan ini
mengambil masa kira-kira tiga jam, iaitu dari pukul 2.00 petang sehingga pukul
5.00 petang. Sesungguhnya, saya telah mendapat banyak
pengalaman dan kebaikan menerusi aktiviti ini.
Pertamanya, seminar ini telah memberikan impak positif yang besar
dalam diri saya sebagai seorang bakal guru. Hal ini demikian saya mendapati
kesantunan berbahasa amat penting dalam komunikasi seharian. Kita harus
menggantikan perkataan yang kasar dengan menggunakan bahasa yang lembut supaya
tidak menyinggung perasaan orang lain dan menimbulkan sebarang perselisihan
faham atau pertelingkahan antara penutur dengan pendengar. Dengan cara ini,
suasana yang harmoni dan aman damai boleh diperoleh sekiranya kita berusaha
menghindari konflik antara penutur dengan pendengar dalam proses berkomunikasi.
Selain
itu, saya juga mendapati seminar ceramah ini telah memberikan kesan positif
yang amat mendalam terhadap kerjaya saya. Saya telah mempelajari kemahiran
berpakaian dalam situasi yang berbeza. Misalnya, seseorang harus berpakaian
sopan di tempat umum, iaitu hindarilah memakai pakaian yang dapat merangsang orang
lain terutama lawan jenis seperti pakaian tembus pandang. Kita patutlah memakai
pakaian formal atau pakaian yang sesuai semasa menghadiri sesuatu acara rasmi
jika kita menghormati tuan rumah itu.
Tambahan
pula, saya juga menyedarkan bahawa fenomena kesantunan berbahasa dalam kalangan
remaja kini semakin merosot iaitu penggunaan bahasa rojak dalam komunikasi.
Dengan kemajuan teknologi dewasa ini, remaja dewasa kini telah banyak
dipengaruhi oleh budaya Barat. Jadi, ayat-ayat yang digunakan oleh remaja
apabila berkomunikasi sering dicampur dengan bahasa lain. Mereka suka
menggunakan istilah-istilah bahasa Inggeris apabila bertutur. Misalnya “I tak
tahu” dan sebagainya. Sebenarnya, penggunaan bahasa rojak dalam pertuturan
merupakan satu tabiat yang tidak harus diamalkan kerana nilai kesantunan
menggambarkan hati budi, akal budi dan sahsiah atau peribadi seseorang
individu. Sesungguhnya, negara Malaysia patut melahirkan generasi yang bukan
sahaja mempunyai personaliti yang berketrampilan, malahan juga menunjukkan
sahsiah yang boleh menjadi kebanggaan negara kita dengan berkeperibadian mulia.
Sementelahan
pula, saya telah mempelajari cara untuk menjadi seorang pendengar yang baik. Saya
akan menghormati orang lain dengan tidak mencelah apabila mereka sedang
berucap. Selepas itu, saya akan meneliti apa yang diucap oleh mereka dan
memberi balasan dengan lembut dan sopan. Saya juga akan menggunakan bahasa yang
lembut dan harus semasa berkongsi pendapat-pendapat atau idea-idea saya supaya
tidak menyinggung hati orang lain.
Terdapat
beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan oleh kami berdasarkan
kekurangan yang berlaku semasa ceramah yang diadakan pada kali ini. Antaranya,
saya berpendapat bahawa sesi ceramah perlu dimulakan pada waktu pagi untuk
mengelakkan pelatih berasa mengantuk. Hal ini demikian kerana ceramah yang
diadakan pada waktu petang telah mendatangkan beberapa keburukan. Guru pelatih
akan menjadi sangat letih jika mereka terpaksa menghadiri bengkel ceramah
selepas menghadiri kuliah pagi tadi. Perhatian mereka juga tidak dapat
ditumpukan kerana selalu mengantuk di dalam dewan. Penambahbaikan kedua pula
termasuklah pensyarah harus memberi teguran kepada guru pelatih yang kerap
keluar ke tandas. Hal ini kerana teguran yang diberi dapat mengurangkan
pergerakan keluar masuk guru pelatih dan juga mengurangkan gangguan kepada para
peserta.
Jadi
ternyata di sini bahawa banyak manfaat yang saya dapat daripada apa yang
diperkatakan oleh penceramah sepanjang seminar ceramah “Kesantunan Berbahasa”. Semua pengalaman dan pengetahuan yang saya dapat
akan saya aplikasikan agar menjadi seorang guru yang lebih jitu dan serba
boleh. Diharapkan agar aktiviti seperti ini dijalankan pada masa yang akan
datang. Terima kasih sekali lagi kerana memberikan peluang kepada saya untuk menyertai
aktiviti ini.
No comments:
Post a Comment