Friday 24 April 2015

Refleksi Minggu Pengakap dalam Buku Log

Refleksi Minggu 1
            Minggu ini merupakan perjumpaan kali pertama. Terlebih dahulu, pensyarah telah membuat sedikit pengenalan tentang unit-beruniform pengakap. Selepas itu, pemilihan jawatankuasa untuk pengakap telah dijalankan. Saudara Sattiyan Nayar Sagar telah dipilih untuk menyandang jawatan pengerusi. Selepas itu, pensyarah telah memberi kuliah tentang sejarah pengakap. Melalui kuliah minggu ini, saya telah mengenali sejarah pengasas pengakap iaitu Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell atau BP. Baden-Powell dan dilahirkan di bandar London, England. Saya juga mengetahui bahawa pergerakan pengakap di Malaysia bermula pada tahun 1910 di Singapura di mana pengasasnya adalah F.C Sands seorang peneroka British. Bermula disini, Pergerakan Pengakap telah berkembang pesat di mana kesemua negeri di Tanah Melayu dan Borneo telah memiliki sekurang-kurangnya satu pasukan pengakap pada ketika itu. Selepas sesi perjumpaan ini, saya berasa bahawa diri saya telah mendapat banyak pengetahuan berkenaan dengan sejarah pengakap. Saya berasa gembira kerana saya telah dipilih untuk menjadi seorang pengakap. 


Refleksi Minggu 2
            Dalam perjumpaan ini, ahli pengakap telah mempelajari tentang struktur dan organisasi pertubuhan pengakap. Pensyarah kami telah memberi kuliah tentang tajuk tersebut. Kandungan pegajaran pensyarah adalah tajuk yang berkaitan dengan struktur dan organisasi peringkat antarabangsa, kebangsaan, negeri, daerah, Institut Pendidikan Guru (IPG), sekolah dan kumpulan. Dengan pengajaran yang jelas dan menarik, ahli-ahli Pengakap dapat membezakan struktur dan organisasi pertubuhan-pertubuhan tersebut. Kami juga mengenali pelbagai lagu yang ada pada persatuan Pengakap ini. Semua ahli menikmati detik saat semasa menyanyi lagu patriotik pengakap dan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan seronok. Selain itu, para ahli pengakap telah menambah pengetahuan mereka tentang fungsi majlis tertinggi. Secara keseluruhannya, perjumpaan pada hari ini amat berfaedah bagi ahli pengakap dalam struktur dan organisasi pengakap di sekolah masa hadapan.


Refleksi Minggu 3
Minggu ini merupakan perjumpaan kali ketiga. Kami telah didedahkan maklumat tentang prinsip-prinsip asas pertubuhan pengakap dan perlembagaan pertubuhan pengakap. Selepas kuliah ini, saya telah mengetahui 10 fasal perlembagaan pasukan pengakap termasuklah nama dan alamat, tujuan persatuan, keahlian, tanggungjawab dan hak ahli, mesyuarat, tugas pegawai atau ajk persatuan, punca kewangan, pindaan perlembagaan persatuan, tafsiran serta pembubaran. Bukan itu sahaja, dalam perjumpaan tersebut, kami juga mempelajari tentang lambang pengakap dunia serta Malayisa, cogan kata, lagu dan bendera pengakap. Kami telah berlatih berkali-kali dan akhirnya saya telah menguasi lagu pengakap dengan baik. Dengan ini, semasa lagu pengakap disiarkan, saya dapat menyanyikan lagu-lagu ini dengan suara yang kuat dan lantang untuk menunjukkan semangat cinta akan pengakap.


Refleksi M4
Dalam perjumpaan minggu ini, kami telah belajar tentang pengurusan dan pentadbiran dalam unit beruniform pengakap. Pensyarah kami telah menjelaskan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk pendaftaran ahli & kumpulan. Sebenarnya kami bukanlah kumpulan dan ahli pengakap yang lulus disebabkan pendaftaran belum dilakukan. Walaubagaimanapun, pensyarah kami akan membantu meluluskan pendaftaran tahunan unit pengakap kami dengan ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia. Pensyarah juga menjelaskan tanggungjawab kuasa penganjur, saya berpendapat bahawa tanggungjawab yang paling penting adalah menyelia dan mengawal kemajuan unit pengakap dengan baik supaya semua aktivit dapat dijalankan dengan lancar dan selamat. Selepas itu, kami juga dikehendaki untuk menyediakan satu buku log yang lengkap kerana ini merupakan sebuah laporan kemajuan, pencapaian dan aktiviti bertulis yang hendak disiapkan oleh kami sebagai ahli pengakap. Secara keseluruhannya, perjumpaan pada hari ini amat berfaedah bagi saya dalam pengurusan dan pentadbiran pengakap di sekolah masa hadapan.


Refleksi Minggu 5
            Dalam perjumpaan minggu ini, saya telah mempelajari tentang topik pengurusan dan pentadbiran dalam aspek tanggungjawab pemimpin, pakaian seragam ahli dan pemimpin serta rancangan aktiviti. Selepas kuliah hari ini, saya telah dapat menyenaraikan tanggungjawab seorang pemimpin, contohnya pemimpin bertanggungjawab untuk memastikan mesyuarat Agung diadakan bagi tujuan melantik AJK, memastikan ada perlembagaan dan peraturan, memastikan AJK menjalankan tugas seperti terkandung dalam perlembagaan, merancang aktiviti tahunan dengan kerjasama pelajar, memastikan minit mesyuarat dan laporan aktiviti disediakan dan difailkan dan sebagainya.
          Seterusnya, saya juga telah diperkenalkan pakaian seragam pengakap lelaki, pakaian seragam pengakap perempuan dan juga pakaian seragam pengakap pemimpin. Gambar-gambar yang ditunjukkan telah memudahkan saya mengingat ciri-cirinya. Akhirnya sekali, saya juga telah melayari internet untuk mencari maklumat tentang takwim dan rancangan aktiviti. Saya telah mendapati contoh rancangan aktiviti pengakap yang sempurna dan hal ini amat berguna pada masa depan.


Refleksi Minggu 6
            Pada minggu ini, pensyarah telah memberi kuliah tentang tajuk “Disiplin dan Kerohanian”. Kandungan pegajaran pensyarah adalah tajuk yang berkaitan dengan persetiaan dan undang-undang, pertubuhan, lagu-lagu patriotik dan pertubuhan, doa-doa dan kata-kata hikmat. Dengan pengajaran yang jelas dan menarik, ahli-ahli Pengakap dapat mengenali pelbagai lagu yang ada pada persatuan Pengakap ini. Semua ahli menikmati detik saat semasa menyanyi lagu patriotik pengakap dan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan seronok. Selain itu, para ahli pengakap telah menambah pengetahuan mereka tentang kata-kata hikmat yang boleh digunakan semasa perjumpaan pengakap mingguan.

Refleksi Minggu 7
            Dalam minggu ini, kuliah dengan tajuk displin dan kerohanian telah diteruskan. Melalui kelas ini, saya berasa amat bersyukur kerana saya berpeluang untuk lebih memahami latar belakang pengakap. Kami juga telah mempelajari undang–undang pengakap melalui lagunya. Dengan ini, dapatlah saya lebih memahami dan mengingati undang–undang tersebut. Selain itu, kami juga diajar dengan lagu–lagu pengakap dan juga lagu–lagu yang akan digunakan dalam perkhemahan. Lagu–lagu yang dipelajari telah saya catatkan dan masukkan dalam buku log sebagai satu rekod. Dengan berakhirnya kelas ini, saya telah mendapati saya telah lebih memahami pengakap dan juga semakin berminat dalam menjadi seorang ahli pengakap yang amanah.


Refleksi Minggu 8
            Dalam sesi perjumpaan minggu 8 ini, kami telah melakukan banyak aktiviti. Selain daripada aktiviti “laung agung”, kami juga diberi kuliah mengenai asas pertolongan cemas. Pensyarah telah mengajar beberapa jenis anduh dan balutan untuk kecemasan. Melalui perjumpaan ini, saya sedar bahawa kepentingan mempelajari asas pertolongan cemas. Hal demikian kerana malang tidak berbau. Apabila berlakunya kecemasan, saya boleh mengaplikasikan pengetahuan yang saya peroleh. Sekiranya saya tidak mempunyai pengetahuan tentang asas-asas kecemasan, saya tidak dapat membantu mereka yang memerlukannya. Dengan itu asas kecemasan memang penting kerana hal ini dapat membantu dalam menyelamatkan nyawa seseorang. Justeru itu, saya berasa perjumpaan minggu ini sangat berharga untuk semua ahli pengakap.

Refleksi Minggu 9
            Dalam perjumpaan ini, ahli pengakap telah mempelajari tentang pertolongan cemas. Pensyarah kami telah memberi kuliah tentang tajuk tersebut. Kandungan pegajaran pensyarah adalah tajuk yang berkaitan dengan merawat luka, gigitan, melecur, pitam dan patah. Dengan pengajaran yang jelas dan menarik, ahli-ahli Pengakap dapat memahami ciri-ciri luka, gigitan, melecur, pitam dan patah serta setiap jenis kecederaan mempunyai rawatan yang berbeza. Kami juga mengenali pelbagai lagu yang ada pada persatuan Pengakap ini. Semua ahli menikmati detik saat semasa menyanyi lagu patriotik pengakap dan menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang menarik dan seronok. Secara keseluruhannya, perjumpaan pada hari ini amat berfaedah bagi ahli pengakap dalam menyelamat dan merawat diri sendiri dan orang lain semasa cedera di sekolah masa hadapan.


Refleksi Minggu 10
            Minggu ini merupakan perjumpaan kali kesepuluh. Dalam perjumpaan ini, ahli pengakap telah mempelajari tentang pertolongan cemas. Pensyarah kami telah memberi kuliah tentang tajuk tersebut. Kandungan pegajaran pensyarah adalah tajuk yang berkaitan dengan merawat keracunan dan terseliuh. Selain itu, kami juga diajar bagaimana untuk memulihkan pernafasan seseorang individu. Selain teori diberikan pensyarah, kami juga berpeluang untuk menyaksikan pertunjukan yang dipersembahkan oleh pensyarah. Setelah memahami segala proses merawat tesebut, kami telah diberi masa untuk melatih kemahiran yang kami peroleh melalui teori dan pertunjukkan yang disampaikan oleh pensyarah. Secara keseluruhannya, perjumpaan pada hari ini amat berfaedah bagi ahli pengakap dalam menyelamat dan merawat diri sendiri dan orang lain semasa cedera di sekolah masa hadapan.

Refleksi M11
Dalam perjumpaan minggu ini, kami telah belajar tentang asas kawad kaki dan bahasa-bahasa hukuman yang akan digunakan semasa berkawat kaki. Latihan kawak kaki merupakan satu aktiviti yang perlu dijalankan oleh setiap unit beruniform termasukan pengakap. Pensyarah kami telah, Encik Zahir telah mendapatkan bantuan daripada senior kami yang juga merupakan ahli pengakap untuk membimbing kami dalam tentang asas perbarisan. Saya telah sedar bahawa setiap pengakap boleh melakukan pergerakan asas perbarisan dengan betul dan serentak. Pada masa yang sama, ketua perbarisan haruslah memberikan hukuman yang jelas dan betul supaya semua ahli perbarisan dapat melakukan pergerakan dengan betul. Antara pergerakan yang telah kami lakukan ialah masuk baris, sedia, senang diri, rehatkan diri, keluar baris dengan mengunakan bahasa hukum yang sesuai dan tepat. Terdapat ahli-ahli pengakap yang mempunyai pengalaman dalam kawat kaki telah berkongsi pengalaman mereka kepada kami. Sekiranya hendak melakukan kawat kaki yang kemas dan cantik, kunci utama yang mesti kami patuhi adalah sentiasa berlatih untuk melakukan pergerakan asas perbaris.

Refleksi Minggu 12
            Dalam perjumpaan minggu ini, kuliah telah disambungkan dengan minggu lepas iaitu topik Asas Kawad Kaki yang meliputi kawad kaki, bahasa hukuman, pergerakan dan formasi kawad. Selepas kuliah hari ini, saya telah memahami jenis kawad kaki iaitu kawad statik dan kawad dinamik. Misalnya saya dapat menyenaraikan beberapa kesalahan biasa semasa kawad statik iaitu kedudukan yang terlalu kaku dan menyukarkan pernafasan, berdiri tidak tetap serta mata bergerak, kaki dan badan tidak lurus ke hadapan serta tumit tidak rapat dan sebagainya. Seterusnya, saya juga telah diperkenalkan bahasa hukuman. Dalam hal ini, bahasa hukuman yang jelas lagi tepat akan menghasilkan kawad yang baik. Semua jurulatih hendaklah mahir dengan bahasa hukuman. Bahasa hukuman itu terbahagi kepada dua iaitu “bahasa amaran” dan “bahasa perbuatan”.

Refleksi Minggu 13
            Pada minggu ini, pensyarah telah memberi kuliah tentang tajuk “Istiadat”. Kandungan pengajaran ini termasuklah tajuk istiadat perhimpunan, istiadat meningkat naik dan istiadat penyampaian lencana. Dengan menjalankan istiadat pengakap, semua ahli pengakap telah keluar ke bilik kuliah untuk membuat “laung agung” seperti yang dilakukan minggu-minggu yang lepas. Seorang akela telah dilantik dan semua orang melakukan kerja sendiri. Semasa akela menjerit “pek”, semua orang berhenti kerja sendiri, seterusnya “pek, pek, pek”, semua ahli berkumpul di sekeliling akela. Seterusnya, ahli membuat bulatan dan memberi hormat kepada akela, melepaskan bendera, menyanyi lagu negaraku dan membaca persetiaan pengakap. Seterusnya, semua ahli balik ke bilik kuliah dan pensyarah mengajar istiadat yang seterusnya. Istiadat ini adalah penting dalam mengumpulkan semua ahli dalam tempat yang terbuka dan memudahkan ketua untuk memberi arahan kepada semua ahli.

Refleksi Minggu 14
            Pada minggu ini, kelas kuliah ini telah dijalankan seperti biasa. Kami telah diajar bagaimanakah program pengakap dijalankan di sekolah rendah. Saya berasa kuliah ini amatlah berguna pada masa hadapan. Ia dapat memebantu saya lebih faham dan berkeyakinan untuk menjalankan satu aktiviti. Kami juga telah diajar tentang skim latihan. Dengan ini dapatlah saya merancang satu aktiviti yang lebih sesuai untuk murid sekolah rendah. Dengan berakhir kuliah ini, maka saya lebih bersedia untuk menerima cabaran yang akan saya hadapi pada masa depan.

Refleksi Minggu 15
            Dalam perjumpaan minggu ini, saya telah membuat refleksi mikro kokurikulum. Saya dan rakan-rakan telah berkongsi idea bersama-sama dan membincangkan cara-cara yang lebih baik untuk mengatasi masalah yang dihadapi supaya kami dapat membuat dengan lebih baik pada masa depan. Kami hormat-menghormati semasa berbincang dan juga mendengar nasihat daripada pensyarah-pensyarah kami. Saya juga mendapati kekuatan dan kelemahan yang ada pada diri saya dengan bantuan rakan-rakan sekalian. Seterusnya, saya juga telah mempelajari topik yang berkaitan dengan pesanan, galakan dan motivasi serta Program Cintakan Pertubuhan Sukarela. Sebelum bersurai, kami saling mengucapkan terima kasih kerana semua ahli pengakap telah mengamalkan amalan seperti aur dengan tebing sepanjang masa. Kami amat menghargai bantuan daripada pensyarah dan juga rakan-rakan.


No comments:

Post a Comment