Friday 24 April 2015

RPH


Rancangan Pengajaran Harian
Mata pelajaran
: Reka Bentuk dan Teknologi
Kelas
: 5 Gemilang
Tarikh
: 9.00-10.00 pagi
Bilangan murid
: 19/19
Tajuk
: 6.0 Menyediakan sajian
Standard Kandungan
: 6.2.3 Memilih menu sarapan atau minum petang
: 6.2.4 Membuat anggaran kos bahan mengikut menu 
           yang dipilih.
Pengetahuan Sedia Ada
: Murid pernah belajar tentang pelbagai jenis makanan  
  seperti makanan yang mengandungi karbohidrat, protein, 
  lemak, gula dan sebagainya serta telah mempelajari
  kemahiran mengira kos bahan makanan.
Hasil Pembelajaran
  Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1.    Memilih satu menu sarapan atau minum petang
2.    Menyenaraikan ciri-ciri menu sarapan bagi kanak-kanak, pengidap kencing manis dan wanita mengandung
3.    Membuat anggaran kos bahan bagi menu sarapan atau minum petang yang telah dipilih.
4.    Menghasilkan kad menu mengikut kreativiti murid.
Nilai-nilai Murni
: Menepati masa, berbekerjasama, berdisiplin, yakin
Kemahiran Berfikir
: membuat banding beza, buat kategori, menjana dan  
  menghasilkan idea, membuat pertimbangan dan
  keputusan, menilai
Sumber Pengajaran dan Pembelajaran
: contoh set menu sarapan, powerpoint, LCD projektor, kad gambar, video, penggantung kad gambar, lembaran kerja
Elemen Keusahawanan
: Peka kepada peluang dengan mengambil berat terhadap perubahan persekitaran, berorientasikan masa depan(berimaginasi), daya kreativiti dan inovasi
Kajian Masa Depan
: Membuka restoran dan mereka cipta menu yang sesuai bagi wanita mengandung, kanak-kanak, pesakit kencing manis


Langkah/Masa
Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
9.00–9.05 pagi

Pengenalan sarapan dan minum petang serta kepentingan makan sarapan pagi

Soalan soal jawab:
Mengapakah kamu perlu bersarapan?

Kepentingannya:
1.    Memberi tenaga
2.    Menghilangkan simpton rasa lapar-mengantuk
3.    Meningkatkan pencapaian berfikir
4.       Menghindarkan perasaan panas baran dan cepat marah

Video berkaitan:




1.    Guru menayangkan video dan menjalankan soal jawab dengan murid.

2.    Guru menjelaskan kepentingan makan sarapan.

3.    Guru memperkenalkan tajuk pengajaran pada hari ini:
·         Memilih menu sarapan atau minum petang
·         Membuat anggaran kos bahan mengikut menu yang dipilih
Sumber P&P:
video

Kemahiran Berfikir:
Membuat keputusan

Nilai-nilai murni:
berdisiplin, bersyukur

Langkah 1
(8 minit)
9.05–9.13 pagi
Sarapan yang seimbang dan tips untuk memilih kombinasi makanan bagi sarapan yang sihat
Sarapan seimbang perlu mengandungi nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam galian pada kadar yang betul.

Contoh makanan yang terdapat pada kad gambar:
Kombinasi makanan bagi sarapan yang sihat:  oatmeal, 100% bijian penuh, kekacang, buah-buahan, telur, makanan berkanji, susu dan hasil tenusu
1.    Guru menjelaskan maksud sarapan yang seimbang serta memberi contoh.

2.    Dua orang murid diminta untuk memilih kad gambar makanan yang dirasanya sesuai dijadikan sebagai set menu bagi kanak-kanak dan membuat sedikit huraian sendiri.

3.    Guru tidak memberi komen dan terus menerangkan beberapa tips untuk memilih kombinasi makanan bagi sarapan yang sihat.

4.    Guru membuat penilaian terhadap set menu sarapan kanak-kanak yang dibuat oleh murid tadi..

.
Sumber P&P:
Kad gambar, penggantung kad gambar

Kemahiran Berfikir:
membuat penilaian dan keputusan

Nilai-nilai murni:
kerjasama
Langkah 2
(7 minit)
9.13–9.20 pagi
Ciri-ciri menu sarapan bagi pengidap kencing manis.
Pengidap kencing manis merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah)

Contoh makanan yang terdapat pada kad gambar:

Ciri-ciri menu sarapan bagi pengidap kencing manis:
1.    berpantang gula
2.    kurangkan karbohidrat
3.    kurangkan lemak


1.    Guru membuat sedikit pengenalan tentang pengidap kencing manis.

2.    Dua orang murid diminta untuk memilih kad gambar makanan yang dirasanya sesuai dijadikan sebagai set menu bagi pengidap kencing manis dan membuat sedikit huraian sendiri.

3.    Guru menerangkan ciri-ciri menu sarapan bagi pengidap kencing manis dan menunjukkan contoh-contoh makanan yang sesuai.

4.    Guru membuat penilaian terhadap set menu sarapan pengidap kencing manis yang dibuat oleh murid tadi..
Sumber P&P:
Kad gambar,
penggantung kad gambar

Kemahiran berfikir:
Membuat penilaian dan keputusan

Nilai-nilai Murni:
kerjasama
Langkah 3
(15 minit)
9.20–9.35 pagi
Ciri-ciri menu sarapan bagi wanita mengandung dan membuat kad menu mengikut soalan.

Contoh makanan yang terdapat pada kad gambar:

Ciri-ciri menu sarapan bagi wanita mengandung dan contohnya

Contoh set menu:
 

Soalan menu kepada murid:
1.    Dua orang murid diminta untuk memilih kad gambar makanan yang dirasanya sesuai dijadikan sebagai set menu bagi wanita mengandung dan membuat sedikit huraian sendiri.

2.    Guru menerangkan ciri-ciri menu sarapan bagi wanita mengandung dan menunjukkan contoh-contoh makanan yang sesuai..

3.    Guru membuat penilaian terhadap sat menu sarapan wanita mengandung yang dibuat oleh murid tadi..

4.    Guru menunjukkan contoh set menu sarapan.

5.    Guru mengbahagikan murid kepada kumpulan dan minta setiap kumpulan menghasilkan satu kad menu sarapan (kanak-kanak, pengidap kencing manis dan wanita mengandung)

Sumber P&P:
Kad gambar,
penggantung kad gambar

Kemahiran berfikir:
Membuat penilaian dan keputusan, menjana idea, berfikir kreaitif

Nilai-nilai Murni:
Kerjasama, yakin, kekemasan dalam tugas yang diberikan
Langkah 4
(10 minit)
9.35–9.45
pagi
Membuat anggaran kos bahan
1.    Guru membimbing murid mendapati semua bahan dalam menu makanan itu.

2.    Guru menunjukkan borang pengiraan kos bahan dan mengajar murid membuat anggaran kos bahan dalam borang.

3.    Guru minta beberapa murid membuat anggaran kos bahan dalam borang.



Sumber P&P:
Powerpoint

Nilai-nilai Murni:
berhati-hati
Langkah 5
(10 minit)
9.45–9.55 pagi
Lembaran kerja yang berkaitan dengan topik hari ini iaitu
·         Memilih menu sarapan atau minum petang
·         Membuat anggaran kos bahan mengikut menu yang dipilih
1.    Guru membahagikan lembaran kerja kepada murid untuk menguji kefahaman murid terhadap pembelajaran hari ini.

2.    Guru membincangkan jawapan lembaran kerja bersama murid.
Sumber P&P:
Lembaran kerja

Kemahiran berfikir:
Banding beza, membuat pertimbangan

Nilai-nilai murni:
Patuh akan arahan
Penutup
(5 minit)
9.55 – 10.00 pagi
Rumusan topik hari ini:
1.    Kanak-kanak, pengidap kencing manis dan wanita mengandung mempunyai ciri-ciri menu sarapan masing-masing. Murid-murid harus bijak memilih sarapan pagi atau minum petang supaya mendapati semua nutrien yang diperlukan.
2.    Anggaran kos bahan perlu disediakan sebelum memasak untuk mengelakkan kekurangan bahan dan mengetahui perbelanjaan yang diperlukan

Video:
“The Breakfast Song”
1.    Guru membuat rumusan bagi topik hari ini.

2.    Murid kemudiannya ditunjukkan video “The Breakfast Song” sebagai penutup kuliah hari ini.
Sumber P&P:
video

Nilai-nilai murni: berdisiplin, yakin





No comments:

Post a Comment