Wednesday 20 July 2016

Rancangan Pengajaran Harian 5.1 Menanam benih dalam bekas (5.1.2, 5.1.3, 5.1.4, 5.1.5)



Rancangan Pengajaran Harian

Mata pelajaran
:
Reka Bentuk dan Teknologi

Kelas
:
5 B

Tarikh
:
7.30-8.30 pagi

Bilangan murid
:
23/23

Tajuk
:
5.0 Teknologi Pertanian

Standard Kandungan
:
5.1 Menanam benih dalam bekas

Standard Pembelajaran
:
5.1.2 Menyatakan nama dan fungsi alatan seperti sudip tangan,
serampang tangan dan penyiram.
5.1.3 Menyediakan alatan iaitu sudip tangan, serampang tangan dan penyiram.
5.1.4 Mengenal pasti medium semaian seperti medium campuran, peat most dan cocoa peat.
5.1.5 Menyediakan medium dan bekas semaian yang sesuai.

Pengetahuan Sedia Ada
:
Murid pernah melihat alatan pertanian seperti sudip tangan, serampang tangan, penyiram dan juga pungkis di rumah atau di pasaran.


Hasil Pembelajaran
:
 Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1.    Menama dan menerangkan fungsi alatan. seperti sudip tangan, serampang tangan, penyiram dan juga pungkis
2.    Menyenaraikan jenis-jenis medium semaian seperti medium campuran, peat moss dan coco peat.
3.    Memberi contoh-contoh bekas semaian seperti kotak kayu, kotak plastic, seed tray dan tayar terpakai.

Nilai-nilai Murni
:
 Yakin, bertolak ansur, kerjasama, rajin, bertanggungjawab

Kemahiran Berfikir
:
Menyenaraikan, menyatakan, menghuraikan, berhubung kait

Alat Bantu Mengajar
:
Powerpoint, lembaran kerja, kompos, alatan tangan seperti sudip tangan, serampang tangan dan penyiram,

Elemen Keusahawanan
:
 EK1-Mengamalkan sikap keusahawanan
1.2 Peka kepada peluang
1.4 Daya kreatif dan inovatif
1.10 Berorientasikan pencapaian


Kajian Masa Depan
:
Membuka kebun pertanian, menjadi profesor pertanian, menjual alat tangan pertanian


Langkah/Masa

Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan

Set Induksi
(5 minit)
7.30–7.35 pagi









1.    Guru menunjukkan satu gambar yang mengandungi banyak alatan di dalamnya
2.    Guru menyoal murid tentang biji benih:
a)    Apakah yang anda lihat ini?
b)    Dengan berdasarkan pengetahuan sedia ada anda, tunjukkan yang mana alatan pertanian dalam gambar ini. 
3.    Guru mendedahkan tajuk pengajaran dan pembelajaran hari ini.
Sumber P&P:
Powerpoint,

Kemahiran berfikir: berhubung kait

Langkah 1
(25 minit)
7.35–.755 pagi

1.    Guru menerangkan nama dan fungsi alatan seperti sudip tangan,serampang tangan, pungkis dan penyiram.
2.    Beberapa murid diminta berdiri untuk memberi contoh alatan pertanian yang telah dipelajari tadi dan juga menerangkan fungsinya.
Sumber P&P:
Powerpoint,
sudip tangan,serampang tangan dan penyiram.

Nilai-nilai murni:
Yakin

Langkah 2
(7 minit)
7.55–8.15 pagi



1.    Guru menerangkan jenis-jenis medium semaian seperti medium campuran, peat moss dan coco peat
2.    Murid diminta menyenaraikan contoh-contoh medium semaian.
Sumber P&P:
Powerpoint,

Kemahiran berfikir:
Menyenaraikan


Langkah 3
(7 minit)



1.    Guru menunjukkan contoh-contoh bekas semaian seperti kotak kayu, kotak plastik, seed tray dan tayar terpakai.
2.    Guru bersoal jawab dengan murid:
a)    Selain contoh-contoh yang dibagi tadi, apakah bekas semaian yang sesuai diguna semasa membuat semaian?


Langkah 4
(11 minit)
8.15–8.25 pagi

Lembaran kerja yang berkaitan dengan topik hari ini iaitu

1.    Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid untuk menguji kefahaman murid terhadap pembelajaran hari ini.


Sumber P&P:
Lembaran kerja

Nilai-nilai Murni:
yakin, kekemasan dalam tugas yang diberikan

Penutup
(5 minit)
8.25 – 8.30 pagi

Rumusan topik hari ini.

1.    Guru membuat rumusan bagi topik hari ini.
2.    Guru memberi penghargaan kepada semua murid.


Refleksi: 

No comments:

Post a Comment