Wednesday 20 July 2016

Rancangan Pengajaran Harian 3.0 Reka Bentuk 3.1 Mereka bentuk projek eksperimental





Rancangan Pengajaran Harian
Mata pelajaran
:
Reka Bentuk dan Teknologi
Kelas
:
4K
Tarikh
:
 19/2/2016
Masa
:
11.50-12.50 petang
Bilangan murid
:
39/39
Tajuk
:
3.0 Reka Bentuk
Standard Kandungan
:
3.1 Mereka bentuk projek eksperimental
Standard Pembelajaran
:
3.1.1 Menyatakan masalah berpandukan situasi yang diberi.
3.1.2 Mengumpul maklumat berkaitan penyataan masalah.
3.1.3 Menjana idea kreatif dalam bentuk lakaran bagi
          menyelesaikan masalah.
3.1.4 Memilih satu lakaran untuk projek eksperimental.
3.1.5 Mengenal pasti jenis alatan dan bahan berdasarkan projek eksperimental.
Pengetahuan Sedia Ada
:
Murid pernah melihat bingkai gambar di rumah ataupun di pasaran.
Hasil Pembelajaran
:
 Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1. Mengenal pasti masalah daripada situasi diberi guru.
2. Mengumpul maklumat daripada masalah yang  
    dinyatakan.
3. Menghasilkan lakaran penjanaan idea.
4. Memilih lakaran bagi projek eksperimental.
5. Mengenal pasti jenis alatan dan bahan yang digunakan
Nilai-nilai Murni
:
 Yakin, kerjasama, rajin, bertanggungjawab, kebersihan
Kemahiran Berfikir
:
Mengumpul maklumat, menjana idea kreatif, menganalisis masalah, berhubung kait, membuat keputusan, mereka cipta
Alat Bantu Mengajar
:
Contoh-contoh bingkai gambar, kertas A4, video, Powerpoint
Elemen Keusahawanan
:
EK2- Mengamalkan cara berfikir ke arah keusahawanan dalam situasi yang diperlukan
2.2menganalisis pemerhatian secara kritis dan kreatif
2.3menghasilkan idea dari pemerhatian
2.4memilih idea terbaik daripada banyak idea;
Kajian Masa Depan
:
Membuka kedai DIY, menjual karya seni tangan



Langkah/Masa

Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
11.50-11.55 pagi


Situasi:
Meja Ah Mei berselerak denagn gambar-gambarnya.

Soalan:
a)    Apakah yang anda lihat ini?
b)    Apakah masalah yang dihadapi oleh Ah Mei?
1.    Guru menunjukkan satu situasi dengan menggunakan ppt
2.    Guru bersoal jawab dengan murid.
Sumber P&P:
Powerpoint

Kemahiran Berfikir: menganalisis masalah, berhubung kait,

Langkah 1
(5 minit)
11.55–12.00 petang

Aktiviti perbincangan
Video: Cardboad
           frame

1.    Guru meminta murid melakukan perbincangan untuk mendapatkan
maklumat penyelesaian masalah.
2.    Guru menayangkan video yang berkaitan dengan cara mereka cipta sebuah bingkai gambar.
Sumber P&P:
Powerpoint, video

Kemahiran berfikir:
Mengumpul maklumat, menganalisis masalah

Nilai-nilai murni:
Yakin, bekerjasama
Langkah 2
(25 minit)
12.00-12.25 petang

Contoh bingkai gambar:
Contoh bingkai gambar yang disediakan:
Contoh lakaran:
1.    Guru menunjukkan beberapa contoh bingkai gambar dengan menggunakan ppt.
2.    Guru menunjukkan contoh bingkai gambar yang disediakan.
3.    Guru minta murid melakukan proses penjanaan idea dengan menghasilkan beberapa lakaran.
4.    Guru menunjukkan beberapa contoh lakaran.
5.    Murid diberi kebenaran berbincang secara berpasangan semasa menghasilkan lakaran.
Sumber P&P:
Powerpoint, contoh bingkai gambar

Kemahiran berfikir:
Menjanakan idea,
mereka cipta

Nilai-nilai Murni:
Kerjasama, bertanggungjawab, kebersihan
Langkah 3
(10 minit)
12.25-12.35 petang


Ciri-ciri sesuatu lakaran yang baik:
1.    Bentuk fizikal yang cantik
2.    Bahan dan peralatan mudah didapati
3.    Mudah dimanipulasi
4.    Bersifat praktikal
5.    Kreatif

1.    Guru menyatakan ciri-ciri sesuatu lakaran yang baik
2.    Murid diminta untuk memilih lakaran terbaik sebagai projek eksperimental.
Kemahiran berfikir:
memilih, membuat
keputusan

Langkah 4
(10 minit)
12.35-12.45 petang

Peralatan dan bahan yang perlu dibawa pada minggu depan.:
1.    Pembaris
2.    Kertas Warna
3.    Manila Card
4.    Gunting
5.    Gam
6.    1 keping gambar 4r
7.    Marker Pen
8.    Bahan hiasan seperti manik, kacang, riben
9.    Lain-lain
1.    Guru membimbing murid menyenaraikan peralatan dan bahan yang sesuai dengan lakaran yang telah dipilih untuk menghasilkan projek eksperimental pada minggu depan.
2.    Murid dikehendaki mencatat di atas kertas.
Sumber P&P:
ppt

Kemahiran berfikir:
Menganalisis, berhubung kait

Nilai-nilai Murni:
Rajin
Penutup
(5 minit)
12.45-12.50 petang

Proses mereka bentuk:
1. Menyatakan masalah
2. Mengumpul maklumat
3. Menjana ideak reatif dalam bentuk lakaran
4. Memilih lakaran terbaik
5. Mengenal pasti jenis alatan dan bahan
1.    Murid membuat rumusan  bagi aktiviti hari ini di bawah bimbingan guru.
2.    Guru memberi penghargaan kepada semua murid.
Nilai-nilai Murni:
Bertanggungjawab


Refleksi: 

No comments:

Post a Comment