Wednesday 20 July 2016

RPH 5.0 Teknologi Pertanian (5.1.6, 5.1.7)



Rancangan Pengajaran Harian
Mata pelajaran
:
Reka Bentuk dan Teknologi
Kelas
:
5B
Tarikh
:
 10/3/2016
Masa
:
7.30-8.30 petang 60 minit
Bilangan murid
:
23/23
Tajuk
:
5.0 Teknologi Pertanian
Standard Kandungan
:
5.1 Menanam benih dalam bekas
Standard Pembelajaran
:
5.1.6 Mengisi medium ke dalam bekas semaian mengikut prosedur.
5.1.7 Menyemai biji benih halus atau biji benih kasar dengan
kaedah yang betul

Pengetahuan Sedia Ada
:
Murid pernah melihat anak benih tumbuhan dan telah mempunyai pengetahuan dalam menyediakan bekas semaian pada pembelajaran yang lepas

Hasil Pembelajaran
:
 Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1.    menerangkan cara menyemai biji benih halus atau biji benih kasar dalam bekas semaian dengan kaedah yang betul.
2.    Mengisi medium semaian dalam bekas mengikut prosedur
3.    Menyemai biji benih halus atau biji benih kasar dalam bekas semaian dengan kaedah yang betul.
Nilai-nilai Murni
:
 Yakin, kerjasama, rajin, bertanggungjawab, kebersihan, kasih sayang
Kemahiran Berfikir
:
meneliti, membanding beza, membuat urutan, membuat inferens
Alat Bantu Mengajar
:
Powerpoint, barang sebenar seperti bekas semaian plastik, sudip tangan serampang tangan, penyiram, biji benih
Elemen Keusahawanan
:
EK1-Mengamalkan sikap keusahawanan.
1.1  Bertanggungjawab terhadap keputusan
1.2  Peka kepada peluang
1.6 Keinginan kepada maklumbalas segera
1.10 Berorientasikan pencapaian
1.14  Boleh membina jaringan sosial. (kerjasama)
EK5-Mengamalkan nilai moral dan etika yang baik dalam kontekskeusahawanan
5.1Prinsip Tanggungjawab sosial
5.5 Prinsip Ketelusan
Kajian Masa Depan
:
Menjadi pekebun yang mahir, menjadi profesor pertanian



Langkah/Masa

Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan
Set Induksi
(5 minit)
7.30–7.35 pagi









1.    Guru mengaitkan pembelajaran yang lepas dengan bertanyakan beberapa soalan seperti :
a.    Apakah yang anda semua belajar pada pembelajaran lepas?
  1. Mengapakah lubang saliran perlu ditutup sebelum mengisi medium?
2.    Guru mendedahkan tajuk pengajaran dan pembelajaran hari ini.
Sumber P&P:
Powerpoint,

Kemahiran berfikir: berhubung kait
Langkah 1
(20 minit)
7.35–.755 pagi

1.    Guru menerangkan mengisi medium ke dalam bekas semaian mengikut prosedur.
2.    Guru menerangkan cara menyemai biji benih halus atau biji benih kasar dalam bekas semaian dengan kaedah yang betul.
3.    Beberapa murid diminta berdiri untuk mengulangkan cara menyemai biji benih halus atau biji benih kasar dalam bekas semaian dengan kaedah yang betul.
4.    Guru mengedarkan lembaran kerja.
Sumber P&P:
Powerpoint,
sudip tangan,serampang tangan dan penyiram.

Nilai-nilai murni:
Yakin
Langkah 2
(30 minit)
7.55–8.15 pagi


1.    Guru melakukan tunjukcara menyemai biji benih mengikut langkah yang betul.
Sumber P&P:
Powerpoint,

Kemahiran berfikir:
Menyenaraikan

Langkah 3
(7 minit)



1.    Guru menunjukkan contoh-contoh bekas semaian seperti kotak kayu, kotak plastik, seed tray dan tayar terpakai.
2.    Guru bersoal jawab dengan murid:
a)    Selain contoh-contoh yang dibagi tadi, apakah bekas semaian yang sesuai diguna semasa membuat semaian?

Penutup
(5 minit)
8.25 – 8.30 pagi

Rumusan topik hari ini.

1.    Guru membuat rumusan bagi topik hari ini.
2.    Guru memberi penghargaan kepada semua murid.

Refleksi:


Refleksi: 

No comments:

Post a Comment