Wednesday 20 July 2016

RPH 5.0 Teknologi Pertanian



Rancangan Pengajaran Harian

Mata pelajaran
:
Reka Bentuk dan Teknologi

Kelas
:
5 B

Tarikh
:
7.30-8.30 pagi

Bilangan murid
:
23/23

Tajuk
:
5.0 Teknologi Pertanian

Standard Kandungan
:
5.1 Menanam benih dalam bekas

Standard Pembelajaran
:
5.1.1 Memilih biji benih yang baik berdasarkan ciri-
        ciri seperti cukup matang, bernas, berbentuk
        normal dan tidak diserang perosak.

Pengetahuan Sedia Ada
:
Murid pernah melihat biji benih di rumah atau di pasaran.


Hasil Pembelajaran
:
 Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat :
1.    Menyatakan ciri-ciri biji benih yang baik.
2.    Memberi maksud setiap ciri tersebut dengan ringkas.
3.    Memilih biji benih yang baik dengan betul.

Nilai-nilai Murni
:
 Yakin, bertolak ansur, bersyukur, kerjasama

Kemahiran Berfikir
:
Membanding beza, menilai, membuat keputusan

Alat Bantu Mengajar
:
Kacang hijau, kacang merah, powerpoint, lembaran kerja

Elemen Keusahawanan
:
 Daya kreativiti dan inovasi (pemilihan idea terbaik).


Kajian Masa Depan
:
Membuka kebun pertanian, menjadi profesor pertanian


Langkah/Masa

Isi Pelajaran
Aktiviti P&P
Catatan

Set Induksi
(5 minit)
7.30–7.35 pagi


Pengenalan kepada biji benih.







1.    Guru menayangkan gambar biji benih.
2.    Guru menyoal murid tentang biji benih:
a)    Apakah yang anda lihat ini?
b)    Dari manakah biji benih diperolehi?
c)    Apakah kegunaan biji benih?

3.    Guru mengaitkan jawapan murid dengan pembelajaran hari ini.
Sumber P&P:
Powerpoint, biji benih

Nilai-nilai murni:
bersyukur


Langkah 1
(20 minit)
7.35–.755 pagi

Ciri-ciri biji benih yang baik :
1.    Cukup matang.
2.    Bernas.
3.    Bentuk normal.
4.    Bebas dari serangan serangga.
5.    Sihat iaitu tidak berpenyakit.
6.    Sempurna iaitu tidak retak, pecah, rosak atau cedera.
Ciri-ciri biji benih yang tidak baik :
Pecah, berkulat dan berlubang
1.    Guru menerangkan ciri-ciri biji benih yang baik dengan bantuan Power Point.
2.    Beberapa murid diminta berdiri untuk menyatakan ciri-ciri biji benih yang baik.
3.    Guru menerangkan ciri-ciri biji benih yang tidak baik.
4.    Murid diminta berdiri untuk menyatakan ciri-ciri biji benih yang tidak baik.
Sumber P&P:
Powerpoint

Nilai-nilai murni:
Yakin

Langkah 2
(20 minit)
7.55–8.15 pagi

Aktiviti berkumpulan


1.    Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
2.    Setiap kumpulan akan mendapat beberapa kacang sama ada kacang merah ataupun kacang hijau.
3.    Guru minta murid memilih kacang yang baik secara berkumpulan.
4.    Murid diminta memberi penjelasan terhadap pilihannya tadi.
Sumber P&P:
Powerpoint, kacang merah, kacang hijau

Kemahiran berfikir:
Membuat penilaian, membanding beza dan keputusan

Nilai-nilai Murni:
kerjasama

Langkah 3
(10 minit)
8.15–8.25 pagi

Lembaran kerja yang berkaitan dengan topik hari ini iaitu

1.    Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid untuk menguji kefahaman murid terhadap pembelajaran hari ini.

2.    Guru membincangkan jawapan lembaran kerja bersama murid.

Sumber P&P:
Lembaran kerja

Nilai-nilai Murni:
yakin, kekemasan dalam tugas yang diberikan

Penutup
(5 minit)
8.25 – 8.30 pagi

Rumusan topik hari ini.

1.    Guru membuat rumusan bagi topik hari ini.
2.    Guru memberi penghargaan kepada semua murid.


Refleksi: 

No comments:

Post a Comment