JENIS
|
CIRI
UMUM
|
Hamster siria
|
·
Suka hidup menyendiri
terutamanya apabila mencapai usia 2 atau 3 bulan.
·
Hamster siria sebaiknya
tidak dibiakkan ketika berusia satu tahun kerana induknya berisiko tinggi
untuk mengalami keguguran serta kematian induk atau anaknya.
·
Boleh hidup sehingga 2
hingga 5 tahun.
|
Hamster campbell rusia
|
·
Boleh mencapai panjang
antara 9-12 cm dengan berat sekitar 22 – 28 gram
·
Mempunyai bentuk tubuh
yang membulat.
·
Hamster jamtan lebih
panjang dengan kaki dan ekor yang berbulu.
·
Usia antara 1-2 tahun dan
ada yang boleh hidup sehingga 4 tahun
·
Suka menggigit apabila
terasa diganggu.
|
Hamster winter white
rusia
|
·
Memiliki bentuk tubuh
yang lebih bulat berbanding dengan hamster campbell rusia.
·
Muncungnya bulat dan
matanya besar.
·
Dapat mencapai panjang
sekitar 7-9 cm dengan berat antara 20-28 gram.
·
Usia sekitar 1-2 tahun
dan ada yang mencapai usia sehingga 4 tahun.
|
Hamster roborovski
|
·
Hamster terkecil yang
boleh dipelihara oleh manusia.
·
Hidup dalam lubang
sedalam 50-150 cm
·
Besaiz antara 4-5 cm
ketika dewasa.
·
Mukanya berbulu lebat.
·
Mempunyai satu variasi
warna iaitu coklat kekuningan di bahagian luarnya dan coklat tua di bahagian
dalamnya, dada dan perutnya putih bersih.
·
Boleh hidup sehingga usia
3-5 tahun.
|
Hamster cina
|
·
Tergolong dalam hamster
berekor panjang.
·
Panjang ekornya sekitar
2cm.
·
Ukuran maksimum tubuh
hamster cina boleh mencapai 10cm dari hujung muncung sehingga ekornya dengan
berat sekitar 40 gram.
·
Boleh hidup sehingga 2-4
tahun.
|
1.0 Penulisan Pemikiran Kritis dan Cadangan
Penambahbaikan
yang Sesuai
Untuk Meningkat Penghasilan Hamster
Melalui pengumpulan maklumat
yang berkaitan dengan pemeliharaan ikan hiasan, saya telah mempelajari banyak
ilmu pengetahuan yang baharu dan kefahaman saya terhadap hamster menjadi lebih
mendalam iaitu dari sifat fizikal sehinggalah ke tabiat pemeliharaan hamster.
Pertamanya, saya telah mengenal pasti pelbagai jenis hamster. Antaranya
termasuklah hamster Siria, hamster Campbell Rusia, hamster Wnter White Rusia,
hamster Cina dan juga hamster Roborovski.
Dengan mempunyai ilmu
pengetahuan ini, saya boleh memilih hamster kesukaan dengan yakin diri kerana
telah mengenal pasti sifat fizikal dan tabiat umumnya. Sebagai contohnya, saya
dan ahli kumpulan telah membela dua ekor hamster Roborovski dan saya telah
dapat mengenal pasti ciri umumnya. Dalam hal ini, saya tahu hamster jenis ini
merupakan hamster terkecil yang boleh dipelihara oleh manusia. Ia hidup dalam
lubang sedalam 50-150 cm dan bersaiz antara 4-5 cm ketika menjadi dewasa.
Seterusnya, mukanya berbulu lebat dan hamster jenis ini mempunyai satu variasi
warna iaitu coklat kekuningan di bahagian luarnya dan coklat tua di bahagian
dalamnya, dada dan perutnya putih bersih. Hamster jenis ini boleh hidup
sehingga usia 3-5 tahun. Dengan mempunyai ilmu pengetahuan ini, saya boleh
menjelaskan ciri-ciri ini kepada murid-murid saya pada masa depan sekiranya ada
mengajar subjek ini.
Selain itu, saya juga
mempelajari cara memilih alat kelengkapan dan bahan-bahan yang perlu diguna
semasa memelihara hamster. Misalnya, saya telah mempelajari tentang cara
memilih sangkar/akuarium, bekas makanan dan minuman, bekas pasir mandi,
makanan, bahan bedding, permainan dan sebagainya. Dengan mempunyai ilmu
pengetahuan ini, saya boleh memilih alat kelengkapan dan bahan-bahan yang
sesuai bagi hamster saya. Sebagai contohnya, terdapat pelbagai sangkar untuk
hamster di pasaran, misalnya sangkar mudah alih beroda, sangkar gantung,
sangkar kecil, perumahan kekal batu atau besi dan sebagainya. Walau
bagaimanapun, sangkar kecil setingkat yang dibina besi telah saya guna kerana
ia lebih mudah alih, lebih ringan, kelihatan lebih kemas berbanding bekas
aquarium kaca/plastik, menyediakan ruang pengudaraan yang cukup, lebih mudah
memasang aksesori seperti roda, botol air dan rumah. Jelaslah bahawa saya telah
mendapat faedah daripada maklumat yang saya kumpul ini dan saya telah
mengamalkan kemahiran itu dalam kehidupan sebenar.
Seperkara lagi, saya juga
mempelajari ilmu pengetahuan yang berkaitan dengan penyediaan sangkar dan
peralatan serta faktor pemilihan lokasi untuk menempatkan sangkar. Dengan
mempunyai ilmu pengetahuan ini, saya dapat mereka satu landskap sangkar yang
baik dan sesuai untuk hamster saya. Seterusnya, saya juga menempatkan sangkar
saya di tempat yang sesuai dengan berpandukan faktor-faktor pemilihan lokasi
untuk menempatkan sangkar, misalnya jangan mendedahkan hamster pada cahaya
panas terik. Suhu yang sesuai untuk hamster ialah 18 °C-22 °C. Bukan itu
sahaja, saya juga mementingkan keselamatan lokasi untuk menempatkan sangkar.
Saya telah meletakkan hamster saya di tempat yang selamat dari gangguan manusia
ataupun gangguan haiwan yang lain.
Sementelahan pula, saya
telah memperoleh ilmu pengetahuan baharu yang berkaitan dengan pengurusan,
penyediaan dan penjagaan hamster. Sebagai contohnya, saya telah mempelajari
tentang jenis-jenis makanan yang boleh beri kepada hamster. Sesungguhnya, hamster merupakan
haiwan omnivor tetapi juga ada makanan yang tertentu untuknya. Makanan yang
baik untuk hamster termasuklah campuran biji bijian, kekacang, jagung dan
pelet. Campuran ini mengandungi vitamin lengkap yang diperlukan hamster. Dengan
mempunyai ilmu pengetahuan ini, saya boleh memilih makanan yang sesuai untuk
hamster saya. Dalam hal ini, saya tidak akan memberi makanan yang sudah
dicampur dengan unsur perisa kepada hamster saya. Jeruk, makanan berkarbonat,
makanan manis, coklat dan gula-gula juga saya elakkan. Saya telah memberi
hamster makan makanan yang sesuai iaitu buah dan sayur seperti epal, lobak
merah, timun, kobis, salad, tomato, pisang, pelbagai jenis kacang dan
sebagainya.
Tambahan pula, saya telah
memperoleh ilmu pengetahuan baharu yang berkaitan dengan penyakit yang biasa
menyerang hamster. Antaranya termasuklah selesema, cirit-birit, kulat, kutu dan
keguguran bulu. Dengan mempunyai ilmu pengetahuan sebegini, saya dapat menjaga
hamster dengan lebih yakin dan tidak akan menjadi kelam kabut sekiranya hamster
sakit kerana saya sudah mempunyai ilmu pengetahuan yang berkaitan dan dapat
mengambil tindakan susulan yang betul. Misalnya, jika seseekor hamster diserang
selesema, ia dapat dilihat dari tanda-tanda seperti bersin, keluar cecair dari
mata dan hidung, mata separuh tertutup dan tidur di salah satu sudut sangkar.
Selepas tanda-tanda dikenal pasti, penternak hendaklah menghantarnya berjumpa
dengan doktor haiwan dan juga memindahkannya ke tempat yang lebih panas.
Seterusnya, letakkan sebanyak mungkin serbuk kayu dalam sangkar dan memberi
campuran susu, air dan madu sebagai ubat kepadanya.
Cadangan penambahbaikan yang sesuai untuk meningkatkan
penghasilan hamster
Pertamanya, kebersihan sangkar dan
peralatan memainkan peranan yang penting dalam meningkatkan penghasilan
hamster. Misalnya, serbuk kayu perlu diganti secara rutin. Untuk sangkar kecil,
3-4 hari sekali, untuk sangkar besar, seminggu sekali. Selain itu, alatan
permainan seperti roda berputar dan terowong kecil juga harus selalu
dibersihkan kerana hamster selalu membuang najis di merata-rata tempat. Dalam
hal ini, persekitaran yang bersih dapat mengelakkan hamster menghidapi penyakit
dan juga menggalakkan pembiakan hamster.
Seperkara lagi, suhu juga
sangat penting bagi hamster. Sesungguhnya, suhu
yang sesuai untuk hamster ialah 18 °C-22 °C. Penurunan suhu secara berlebihan
ataupun udara yang panas akan menyebabkan hamster dijangkiti selesema.
Manakala, kelembapan yang terlalu tinggi mungkin menyebabkan jangkitan penyakit
(kulat) pada hamster. Dengan itu, pastikan lokasi sangkar hamster terlindung
dari hujan dan angin kuat.
Di
samping itu, keamatan cahaya juga harus diberi perhatian. Jangan mendedahkan
hamster pada cahaya panas terik. Jangan meletakkan hamster di tempat gelap
kerana keadaan ini akan menyebabkan mereka merasa tidak selesa dan tidak
selamat. Selain itu, sangkar yang dipilih juga harus cukup besar, bertingkap
dan mampu menyediakan ruang pengudaraan yang baik. Hal ini kerana persekitaran
yang kondusif menggalakkan pembiakan hamster.
Akhirnya sekali, aspek
kebisingan dan aspek keselamatan juga harus dipentingkan sekiranya ingin
meningkatkan pembiakan hamster. Bagi aspek kebisingan, kajian telah menunjukkan
bahawa haiwan seperti hamster ini tidak boleh dikejutkan kerana hamster yang
terkejut akan bertindak mempertahankan diri. Pendengaran hamster amat tajam, justeru
elakkan meletakkan hamster di tempat yang bising. Jika dilihat dari aspek
keselamatan pula, penternak haruslah meletakkan hamster di tempat yang selamat
dari gangguan manusia ataupun gangguan haiwan yang lain. Bukan itu sahaja,
sangkar juga perlu diletakkan jauh dari objek yang berbahaya. Tuntasnya,
seseorang penternak haruslah mementingkan aspek-aspek yang dinyata seperti yang
di atas sekiranya ingin meningkatkan pembiakan hamster.
2.0 Perancangan Penyediaan dan Penjagaan
2.1 Rancangan
Kerja
Hari
|
Minggu 1
|
Minggu 2
|
Minggu 3
|
Minggu 4
|
Isnin
|
Menjinakkan
hamster/ Menukar pasir mandi yang baharu
|
Menukar
makanan dan minuman yang baharu
|
Menjinakkan
hamster/ Menukar pasir mandi yang baharu
|
Menukar pasir
mandi yang baharu
|
Selasa
|
Menukar
makanan dan minuman yang baharu
|
Menukar pasir
mandi yang baharu
|
Menukar
makanan dan minuman yang baharu
|
Menukar
makanan dan minuman yang baharu
|
Rabu
|
Menjinakkan
hamster/ Menukar pasir mandi yang baharu
|
Menjinakkan
hamster
|
Menukar pasir
mandi yang baharu
|
Menukar pasir
mandi yang baharu
|
Khamis
|
Membersihkan
alatan permaianan
|
Membersihkan
alatan permaianan
|
Membersihkan
alatan permaianan
|
Membersihkan
alatan permaianan
|
Jumaat
|
Menukar
makanan dan minuman yang baharu
|
Menukar
makanan dan minuman yang baharu
|
Menjinakkan
hamster
|
Menukar makanan
dan minuman yang baharu
|
Sabtu
|
Menjinakkan
hamster/ Menukar pasir mandi yang baharu
|
Menjinakkan
hamster/ Menukar pasir mandi yang baharu
|
Menukar
makanan dan minuman yang baharu
|
Menukar pasir
mandi yang baharu
|
Ahad
|
Membersihkan
sangkar/ Membuang habuk kayu
|
Membersihkan
sangkar/ Membuang habuk kayu
|
Membersihkan
sangkar/ Membuang habuk kayu
|
Membersihkan
sangkar/ Membuang habuk kayu
|
2.2 Langkah-langkah
Kerja
ü Pembersihan dan membasmi kuman
peralatan
Buang semua serbuk kayu yang
terdapat di dalam sangkar. Jika masih bersisa akan menyebabkan penyakit kepada
hamster terutama yang disebabkan kulat. Bersihkan dengan menggunakan sabun dan
semburkan ubat anti bakteria pada sangkar. Ini untuk membunuh bakteria dan
kulat yang tumbuh di serbuk kayu yang lembap atau pada bekas makanan. Keringkan
sangkar dengan betul dengan mengelap atau menjemur di bawah matahari supaya
cecair pembersih tidak dimakan oleh hamster. Bersihkan semua kelengkapan yang
terdapat di dalam sangkar. Kebiasaannya, permainan hamster boleh dibuka dan
dipasang dengan mudah. Cuci bekas makanan dan botol minuman sekerap yang
mungkin supaya hamster sihat.
ü Penyediaan sangkar
Buka bahagian atas sangkar
dan letakkan serbuk kayu di dalamnya. Meramasnya beberapa kali agak serbuk
tidak bergumpal. Ratakan sehingga menutupi permukaan sangkar setinggi 2-3cm.
Atur semua aksesori dan permainan hamster dalam sangkar mengikut kemahuan.
Isikan bekas makanan dan botol minimum. Berikan makanan hamster secukupnya.
Makanan berlebihan akan menyebabkan pembaziran. Hal ini kerana hamster suka
makanan segar dan baru. Makanan diberi mengikut keperluan dan diganti sekerap
mungkin. Sisa makanan dibuang sebelum diisi kembali. Botol minuman dibersihkan
3 hari sekali. Pasang bahagian atas sangkar dan letakkan hamster ke dalamnya.
Pintu sangkar ditutup untuk mengelakkan hamster keluar.
Keperluan lain yang
diperlukan oleh hamster ialah habuk kayu. Kebiasaannya, habuk kayu digunakan
sebagai alas sangkar hamster. Walau bagaimanapun, habuk kayu ini mempunyai
pelbagai fungsi iaitu sebagai gentian yang menyerap urin hamster. Justeru itu,
penggantian habuk kayu perlu dilakukan kerap kali untuk mengelakkan daripada
pembiakan bakteria yang boleh mendatangkan penyakit pada hamster. Penggunaan
surat khabar sebagai alas sangkar hamster tidak digalakkan. Hal ini kerana
dakwat pada surat khabar sangat berbahaya dan mempunyai bahan kimia yang boleh
menyebabkan bulu hamster menjadi kotor. Pada peringkat awal, hamster akan
memeriksa seluruh isi sangkar. Setelah selesa, barulah hamster bermain dan
tidur di dalam.
ü Kelengkapan dalam sangkar
Bekas makanan dan botol
minuman adalah kelengkapan yang paling penting. Selain itu hamster boleh diberikan
rumah-rumahan, roda berputar, tempat mandi dan tandas. Tempat mandi merupakan
sebuah bekas segiempat yang diisi dengan pasir khas untuk hamster. Tempat mandi
berfungsi seperti bilik air manusia, iaitu hamster buang air dan mandi pasir
2.3 Program
Pembiakan Hamster
Induk Jantan
1.
Tempoh subur hamster jantan
adalah 18 bulan.
2.
Tanda hamster bersedia untuk mengawan ialah hamster akan mengaru
belakangnya.
3.
Testis hamster jantan juga akan membesar dan jelas kelihatan menandakan
ia sudah matang untuk mengawan.
4.
Hamster jantan juga akan mencium alat kelamin hamster betina untuk
menandakan ia sudah bersedia untuk mengawan.
5.
Proses mengawan biasanya mengambil masa 15 minit.
Alat kelamin hamster jantan
Induk Betina
1.
Umur induk betina yang berusia 4
hingga 11 bulan dengan bentuk tubuh dan badan yang sihat adalah sesuai untuk
proses mengawan.
2.
Pada usia 12 bulan biasanya hamster betina tidak boleh bunting lagi.
3.
Jika hamster bunting sebelum mencapai usia 12 bulan kemungkinan anak
hamster akan mati serta hamster betina itu sendiri akan lemah atau mati.
4.
Tempoh mengawan hamster betina siria 4 hari sekali biasanya pada waktu
malam sekitar 8 malam sehingga 7 pagi
5.
Anak akan lahir dalam tempoh 16 hari.
Alat kelamin hamster betina
Hamster jantan memiliki testis yang besar sesuai dengan ukuran tubuh
mereka. Hamster betina memiliki 2 lubang tertutup bersama, sementara hamster
jantan memiliki genital dan anal akan bertindak membuka lubang tersebut.
Hamster akan mengawan pada usia yang berbeza bergantung kepada jenis hamster
tersebut. Tetapi kebiasaannya, hamster akan mengawan pada usia sekitar satu
hingga tiga bulan. Hamster jantan dapat menghasilkan benih pembiakan sepanjang
jangka hayatnya namun, tidak pada hamster betina.
Proses
pengawanan
Tunggu
sehingga dewasa. Umumnya bagi Syrian (5 bulan), Winter white (3 bulan) dan
Roborovski (8 bulan) Letakkan pasangan hamster yang telah dipilih di dalam satu
“wadah penjodohan” (sangkar). Terdapat kemungkinan hamster tersebut akan
bergaduh. Jika berlaku, asingkan selama satu hari kemudian letakkannya bersama
semula.
Lakukan
perkara yang sama jika masih bergaduh sehingga kedua-duanya dapat hidup bersama
aman dan damai. Tempoh mengawan hamster betina setiap 4 hari sekali. Hamster betina
biasanya boleh mengawan pada waktu malam sekitar 8 hingga waktu pagi. Untuk
mengetahui hamster telah bersedia untuk mengawan, ia akan menggaru belakangnya.
Jika hamster betina berdiri diam tidak bergerak dengan mengangkat ekornya ke
atas dan matanya separuh tertutup, ia beerti telah bersedia untuk mengawan. Semasa
mengawan, biasanya betina akan mengeluarkan bau-bauan khas yang sangat
kuat.Jantan akan mengikut di belakang betina sambil menghidu mulut dan kepala
betina.
Jika
betina tidak menolak, mereka akan berdekatan dan saling menciumi bahagian
hidung masing-masing. Jantan akan berada di belakang tubuh betina untuk
beberapa saat dan dilakukan berulang-ulang, proses perkahwinan akan berjalan Setelah
proses mengawan selesai, peringkat seterusnya adalah menunggu kelahiran anak-anak
hamster. Setelah selesai proses persenyawaan, anak-anak hamster akan lahir
dalam tempoh lebih kurang 16 hari.
Tempoh Bunting dan melahirkan
anak
Induk bunting tidak menerima hamster jantan. Ia
menjadi garang dan agresif. Dalam masa 10 hari, perut membesar dan puting susu
keluar dan jelas merupakan tanda ketara hamster bunting. Banyak terjadi di mana
pemilik tidak sedar hamster bunting. Pisahkan dalam sangkar khusus.
Syria:16 hari selepas mengawan
Winter white:18-21 hari selepas mengawan
Roborovski: 23-30 hari selepas mengawan
Penjagaan induk bunting
Perilaku hamster bunting diperhatikan. Kuantiti
makanan yang diperlukan meningkat. Peningkatan berat badan, tubuh kelihatan
gemuk, perut membulat. Menjadi lebih agresif. Membentuk sarang. Putting susu
menonjol. Perlukan penjagaan dengan mengelakkan sebarang gangguan terhadap
hamster. Pisahkan dengan pasangannya. Berikan makanan dan nutrisi yang
mencukupi. Membekalkan “beddding” yang tebal. Letakkan hamster di tempat yang tenang.
Pengurusan ibu dan anak selepas kelahiran. Sebelum beranak, hamster akan
menekan otot perutnya 2-3 kali dan mendekatkan tubuhnya ke dasar alas kandang.
Tidak lama kemudian bayinya akan lahir satu per satu dengan jarak sekitar 10
minit dari induk. Bayi hamster lahir dalam keadaan sudah bergigi.
Hamster yang baru beranak dan anaknya tidak boleh diganggu. Jika
dilakukan, induk hamster tidak mahu lagi menyusui bayinya, bahkan memakan habis
anak-anak yang baru dilahirkannya. Hal ini disebabkan adanya bau lain yang
menempel di tubuh anak hamster yang tersentuh tangan. Bagi Winter White &
Roborovski, proses kelahiran berlangsung dengan cepat dan jeda waktu kelahiran
bayi hamster yang satu dengan yang lain hanya beberapa saat. Induk Winter White
secara naluri langsung mengumpulkan anak-anaknya di dalam sebuah cekungan yang
telah dibuatnya. Biasanya, cekungan ini terletak di sudut kandang.
Penjagaan anak hamster
·
Jangan memegang bayi hamster yang baru lahir.
·
Jangan memisahkan induk hamster dengan bayi-bayinya.
·
Jangan terlalu sering melihat induk hamster tersebut.
·
Berilah serbuk kertas atau kain agar bayi hamster tidak kedinginan.
·
Jangan membersihkan kandangnya selama 2 minggu sejak kelahiran bayi
hamster.
2.4 Rekod
Kerja Harian
Masa
|
Rutin
|
8:00 pagi- 9:00 pagi
|
Menjinakkan hamster
|
12:00 pagi-1:00 tengah hari
|
Membersihkan alatan permaianan
|
4:00 petang-5:00 petang
|
Memberi makanan
|
6.00 petang-6.20 petang
|
Menukar pasir mandi
|
7:00 petang-7.20 petang
|
Menjinakkan hamster
|
2.5 Bajet, Kos Perbelanjaan
|
2.6 Pemilihan Alat Kelengkapan dan Bahan-bahan
·
Sangkar
(hamster)
Ukuran yang sesuai minimum
25 x 30 cm, cukup tinggi menempatkan roda mainan. Semakin besar sangkar semakin
baik. Seekor hamster cukup selesa dengan sangkar yang kecil selagi dilengkapi
dengan mainan dan potongan kayu untuk digigit. Bahan yang disyorkan adalah alas
diperbuat dari plastik. Bentuk sangkar segiempat kerana hamster mempunyai
kecenderungan membuat sarang, menyimpan makanan dan membuang kotoran di sudut
yang berbeza. Penutup sangkar diperbuat daripada batang-bantang besi agar
hamster berlatih memanjat.
Penggunaan sangkar kayu
tidak sesuai kerana hamster haiwan menggerit dan mempunyai gigi tajam. Akuarium
boleh digunakan sebagai sangkar alternatif. Sangkar akuarium diperlukan untuk
hamster bunting hingga proses melahirkan kerana sangkar yang berjeriji besi
menyebabkan anak hamster yang baru lahir terkeluar dan jatuh dari sangkar.
·
Bekas
makanan dan minuman
Bekas makanan dari plastik.
Botol minuman yang dapat mengeluarkan air jika hamster menjilat hujungnya.
Bekas minuman berbentuk mangkuk dan terdedah tidak sesuai kerana mudah tumpah.
Hamster sukakan air, oleh itu, bekas seperti ini membahayakan hamster.
·
Makanan
Hamster adalah haiwan
omnivor. Makanan yang baik adalah campuran biji bijian, kekacang, jagung dan
pelet. Campuran ini mengandungi vitamin lengkap yang diperlukan hamster.
Hamster perlukan 18% protin, justeru jangan memberi makanan arnab kepadanya
kerana arnab hanya memerlukan 14% protin. Makanan yang tidak boleh diberikan
adalah makanan yang sudah diletakkan perisa, jeruk dan makanan berkarbonat, makanan
manis, coklat dan gula-gula. Makanan anjing/kucing tidak sesuai kerana memiliki
protin terlalu tinggi.
Buah dan sayur seperti epal,
lobak merah, timun, kobis, salad, tomato, pisang, pear, anggur, tembikai,
kacang panjang, ubi merah, jagung dan pelbagai jenis kacang boleh diberikan
kepada hamster sebagai makanan sampingan. Makanan ini hanya boleh diberikan 2
kali seminggu dan dalam kuantiti yang kecil. Pemberian berlebihan menyebabkan
masalah sistem pencernaan, kekurangan zat dan menyebabkan kematian. Kesalahan
yang sering dilakukan dalam pemberian makanan hamster ialah pemberian sayur
atau buah sebagai makanan utama dan ditambah dengan biji bunga matahari. Ini
mengakibatkan masalah keseimbangan gizi hamster.
Pemberian sayur dan buah
berlebihan mengakibatkan kerosakan organ perncernaan dan ginjal. Gejala dapat
dilihat melalui kekerapan hamster membuang air kecil yang berlebihan, sangkar
akan basah dan berbau. Keadaan ini tidak baik untuk hamster dan menyusahkan
pemelihara kerana mengganti serbuk kayu lebih kerap. Pemberian biji bunga
matahari tidak sesuai. Biji bunga matahari mengandungi lemak yang tinggi,
protin dan kalsium rendah menyebabkan hamster gemuk dan tidak sihat. Lebihan
minyak dalam tubuh hamster mengakibatkan kelainan pada proses kelahiran dan
menyebabkan kematian ibu atau anak. Kekurangan kalsium pula akan menyebabkan
gigi dan tulang rapuh. Pendek kata, kualiti makanan akan menentukan kualiti
hamster.
Pemberian makanan yang baik
membantu hamster membesar dengan sihat, tubuh sempurna, bulu lembut bersinar
dan melahirkan anak sihat. Oleh itu, jangan mudah memberi makanan tidak sesuai,
walaupun terdapat penambahan vitamin. Vitamin boleh membantu tetapi makanan
tetap merupakan sumber gizi utama. Selain makanan siap, makanan hamster boleh
dibuat sendiri, namun begitu ia merupakan makanan tambahan bukan makanan utama
dan tidak boleh diberikan terlalu kerap.
·
Bahan
Bedding
Selain sebagai alas tidur,
ia berfungsi menyerap urin dan sebagai bahan membuat sarang. Perlu diganti
secara rutin. Untuk sangkar kecil, 3-4 hari sekali, untuk sangkar besar,
seminggu sekali kerana hamster adalah haiwan pembersih. Namun begitu, serabut
kayu yang terletak di sudut yang digunakan sebagai tempat pembuangan sebaiknya
diganti sekerap mungkin. Penggunaan kertas surat khabar tidak digalakkan kerana
racun yang terdapat dalam dakwat menyebabkan alahan dan mengotorkan bulu
hamster.
·
Permainan
Alat permainan yang paling
digemari adalah roda berputar. Saiznya perlu diberi perhatian, roda berputar
berdiameter kecil menyebabkan luka yang serius di belakang hamster. Contoh
permainan lain adalah lorong diperbuat dari plastik, memerlukan sangkar luas
ataupun sangkar khusus. Hamster gembira jika mendapat permainan yang boleh
digigit. Sediakan kayu atau kadbod yang dapat digigit hingga habis.
·
Pasir
Mandi
Hamster tidak seperti kucing yang dapat dimandikan dengan
air karana jika hamster dimandikan dengan air ia biasanya akan sakit bahkan
meninggal. Dengan itu, hamster mandi dengan pasir khusus yang telah diberi
pewangi sehingga hamster tetap harum dan bersih. Hamster akan berguling-guling
dan menggali-gali sehingga badannya menjadi bersih dan wangi.
3.1 Peralatan, Bahan dan Aksesori yang Digunakan
Sangkar
|
Sangkar kecil setingkat yang
dibina besi telah saya guna kerana ia lebih mudah alih, lebih ringan, kelihatan
lebih kemas berbanding bekas aquarium kaca/plastik, menyediakan ruang
pengudaraan yang cukup, lebih mudah memasang aksesori seperti roda, botol air
dan rumah.
|
Bekas Air
|
Bekas air jenis gantung (botol
air)
menjadi
pilihan saya kerana air di dalam botol tidak akan terkeluar dan menyebabkan
kebasahan pada bedding hamster.
|
Bedding (habuk kayu)
|
Habuk kayu ini lembut dan
anti-bacteria. Ia dapat menyerap urin dan sebagai bahan membuat sarang.
|
Alatan Permainan
|
Antara perlatan permainan yang selalu
digunakan adalah roda berpusing, terowong kecil dan tempat bersembunyi
(penting bagi ibu hamster yang telah melahirkan anak)
|
Makanan dan minuman
|
Makanan yang paling umum dan
sesuai diberi kepada hamster adalah bijian kering (selalunya diimport)
berserta makanan tambahan lain seperti kuaci, kekacang serta makanan proses
yang telah dibungkus.
Untuk minuman, pastikan botol
airnya mencukupi dan jika perlu, tambahkan air (air kosong atau campuran air
dan cecair vitamin yang dibeli di kedai).
|
Pasir Mandi (Bathing Sand)
|
Hamster tidak seperti kucing yang dapat
dimandikan dengan air karana jika hamster dimandikan dengan air ia biasanya
akan sakit bahkan meninggal. Dengan itu, hamster mandi dengan pasir khusus
yang telah diberi pewangi sehingga hamster tetap harum dan bersih. Hamster
akan berguling-guling dan menggali-gali sehingga badannya menjadi bersih dan
wangi.
|
3.2 Justifikasi
Pelan
Terdapat
pelbagai sangkar untuk hamster contohnya, sangkar mudah alih beroda, sangkar
gantung, sangkar kecil, perumahan kekal batu atau besi dan sebagainya. Walau
bagaimanapun, sangkar kecil setingkat yang dibina besi telah saya guna kerana
ia lebih mudah alih, lebih ringan, kelihatan lebih kemas berbanding bekas
aquarium kaca/plastik, menyediakan ruang pengudaraan yang cukup, lebih mudah
memasang aksesori seperti roda, botol air dan rumah. Tambahan pula, saya hanya
membela dua ekor hamster iaitu seekor jantan dan seekor betina.
Pelan
yang saya reka untuk hamster saya sebegini (merujuk pelan) selepas pertimbangan
saya yang lama dengan berdasarkan kriteria-kriteria tertentu. Dalam hal ini,
saya telah membahagi sangkar hamster kepada beberapa bahagian untuk memastikan tempat
tidur (bedding) yang diperbuat daripada habuk kayu serta tempat menyimpan makanan
dan minuman dapat diletakkan di tempat yang sesuai. Pertamanya, kelengkapan
tangga telah saya letak di tepi kiri dalam sangkar hamster. Hal ini kerana
kelengkapan tangga dapat disangkut dengan lebih kukuh jika ia bersebelah dengan
dinding sangkar. Selain itu, perletakan sebegini juga dapat memudahkan hamster
menaik ke tangga untuk bermain dan ia juga menjimatkan ruang sangkar ini. Bukan
itu sahaja, hamster juga tidak mudah terjatuh ke bawah jika kelengkapan tangga
itu bersebelah dengan dinding sangkar.
Seterusnya,
peralatan permainan(roda berputar) telah saya sediakan dan bersangkut di tepi
sangkar. Hal ini kerana hamster merupakan haiwan peliharaan yang aktif dan suka
bermain, persediaan roda berputar ini dapat menyenangkan hati dan fikiran hamster.
Selain itu, alatan permaianan ini juga dapat mengekalkan kesihatan hamster dan
menggembirakannya. Saya meletak roda berputar di bahagian depan kerana tempat
itu agak kondusif dan hamster akan berasa selamat sekiranya bermain di
dalamnya. Bukan itu sahaja, perletakan itu juga memudahkan saya bermain
bersamanya kerana tingkap sangkar itu hanya di belakang sendikit roda berputar
itu.
Seperkara
lagi, saya telah meletakkan alat permaianan (terowong
kecil) di tengah-tengah sangkar.
Hal ini demikian kerana hamster tidak perlu bergerak jauh dari roda berputar
untuk bermain dengan terowong kecil ini. Selain itu, perletakan sebegini juga
memudahkan saya mengambil gambar hamster kerana tingkap sangkar berada di
atasnya. Bukan itu sahaja, perletakan ini juga memudahkan saya mengeluarkan aksesori
melalui tingkap sangkar seperti roda berputar, terowong
kecil, bekas makan dan minum
untuk dicuci. Hal ini kerana aksesori ini cepat kotor dan perlu dicuci selalu.
Sementelahan
pula, saya telah meletakkan bekas minuman dan makanan berdekatan dan bersangkut
di bahagian kanan sangkar. Hal ini demikian kerana hamster tidak perlu bergerak
jauh dari bekas makanan ke bekas minuman selepasnya makan. Selain itu,
perletakan sebegini juga memudahkan saya memberi makan dengan tangan (hand
feeding) kepada hamster kerana pintu sangkar hanya berada di tepinya. Bukan itu
sahaja, perletakan ini juga memudahkan saya mengeluarkan aksesori melalui pintu
sangkar misalnya bekas pasir mandi untuk dicuci. Hal ini kerana aksesori ini cepat
kotor dan pasir mandi perlu ditukar selalu.
Akhirnya
sekali, saya telah meletakkan bekas pasir mandi di bahagian bawah kanan
sangkar. Hal ini demikian kerana hamster tidak perlu bergerak jauh dari alatan
permaianan ke bekas pasir mandi untuk mandi basah selepasnya bermain. Selain
itu, perletakan sebegini juga memudahkan saya bermain dan menangkap gambar hamster
kerana tingkap sangkar itu hanya di tepi depan sendikit bekas pasir mandi itu.
Begitulah alasan-alasan rekaan landskap sangkar hamster saya.