Wednesday, 20 July 2016

Jurnal refleksi

这是我的jurnal refleksi,想送给刚要实习的学弟学妹们。你们可以参考参考怎样写。

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN
14000 BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG

Bilangan                   : 1
Minggu Praktikum  : 1
Tarikh                        : 15/2/2016-19/2/2016
Nama                         : 
No. KP                       : 
Tajuk Jurnal              : Murid kerap pergi ke tandas atau kerap minta keluar         
              untuk mengisi air minum


Isu / Masalah
Pada minggu ini, masalah yang dihadapi ialah murid kerap meminta kebenaran untuk keluar kelas pergi ke tandas. Setiap waktu pengajaran dan pembelajaran, mesti ada sekurang-kurangnya murid yang ingin keluar untuk pergi tandas dan juga untuk mengisi air minum.

Analisis Masalah
Masalah ini bukan baru berlaku tetapi telah lama berlaku sejak zaman-berzaman. Adakah murid-murid ini benar-benar ingin membuang air atau tidak suka akan apa yang diajar guru atau bosan dengan pengajaran yang diajar oleh guru. Apabila ditanya kepada murid mereka akan menjawab ingin membuang air. Selain itu, mereka biasanya tidak akan mengisi air minum semasa waktu rehat.

Cadangan/ Tindakan
Apa yang boleh guru lakukan untuk mengurangkan murid selalu meminta kebenaran keluar kelas ke tandas atau mengisi air minum dengan membuat kad keluar kelas dan kad tersebut hendaklah disimpan oleh guru mata pelajaran yang mengajar murid tersebut. Apabila murid ingin keluar dia mestilah menunggu guru setiap mata pelajaran mengikut jadual waktu kelas. Ini akan membuatkan ia lebih sistematik. Selain itu, saya akan menasihati murid-murid agar mengisi air minum dengan menggunakan masa rehat atau sebelum pengajaran dan pembelajaran diadakan.

Tempoh Penyelesaian
Sepanjang tempoh praktikum.

Tindakan Susulan
Saya akan menasihati murid-murid agar mengisi air minum atau pergi ke tandas dengan menggunakan masa rehat atau sebelum pengajaran dan pembelajaran diadakan.

Catatan
Jika masalah ini tidak dapat diselesaikan atau ditambahbaikan, pengajaran dan pembelajaran saya mungkin dijejaskan. Pengujian dan penilaian juga akan dijejaskan.







Disemak oleh guru pemimbing


Tandatangan:
Nama           :
Tarikh           :
Disemak oleh pensyarah pemimbing


Tandatangan:
Nama           :
Tarikh          :


No comments:

Post a Comment