Monday, 27 November 2017

Refleksi Projek Pertandingan Mewarna Sempena Bulan Kemerdekaan

Refleksi Projek Pertandingan Mewarna Sempena Bulan Kemerdekaan
Ø  Kekuatan Projek
Terdapat beberapa kekuatan sepanjang tempoh projek berpasangan tersebut dilaksanakan. Antara kekuatan pertandingan ini ialah kami dapat mencungkil bakat murid-murid yang terpendam serta dapat memebantu murid melahirkan perasaan sebenar mereka dalam menghayati bulan Kemerdekaan.
Kekuatan kedua pertandingan ini pula ialah pertandingan ini amat disokong oleh pihak sekolah memandangkan pihak pentadbiran bersedia untuk memberikan peruntukkan yang sewajarnya. Hal ini demikian kerana projek ini membawa manfaat kepada semua murid dan juga pihak sekolah. Misalnya, semangat patriotisme telah dipupuk dalam hati murid dan juga guru-guru. Dengan itu, pihak pentadbiran memberikan hak mutlak kepada kami sepanjang proses persediaan dan pertandingan supaya apa yang dijalankan itu menepati kehendak kami sendiri.
            Kekuatan ketiga projek ini ialah kami mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada guru-guru mata pelajaran Pendidikan Seni dan juga guru pembimbing yang sentiasa memberikan maklum balas yang positif terhadap setiap projek yang telah kami jalankan di sekolah ini. Guru-guru juga tidak pernah lokek untuk berkongsi segala ilmu dan pengalaman mereka kepada kami untuk dijadikan panduan dan sokongan.
            Kekuatan keempat projek tersebut adalah menggalakkan guru pelatih berinisiatif dan aktif dalam melakukan sesuatu aktiviti dengan semangat berpasukan dan bekerjasama yang baik dengan rakan-rakan lain. Kami sentiasa berbincang dan mengongsikan idea sepanjang persediaan pertandingan sehinggalah membuat refleksi dan juga dokumentasi. Kami telah mengagihkan tugas masing-masing dan saling bekerjasama dalam proses pelaksanaan projek berpasangan tersebut supaya lancar dan berjaya menyiapkannya dalam tempoh masa yang ditetapkan.
            Kekuatan kelima projek tersebut adalah memberikan satu peluang kepada guru pelatih untuk mempelajari cara melaksanakan sesuatu projek termasuk cara menulis kertas kerja, melaksanakan projek yang dirancangkan serta menulis laporan. Kami akan sentiasa memastikan kami melaksanakan langkah seperti yang telah dirancangkan supaya dapat menyiapkan projek tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ini adalah kemahiran dan pengetahuan penting yang membolehkan guru pelatih menguasainya agar dapat digunakan semula pada suatu hari kelak.
Kekuatan keenam projek tersebut adalah menyedari kepentingan membuat refleksi sepanjang tempoh pelaksanaan projek. Refleksi perlu sentiasa dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas sesuatu projek dilaksanakan untuk melancarkan pelaksanaan projek dan mencari tindakan susulan yang sesuai demi menyelesaikan sesuatu masalah.

Ø  Kelemahan Aktiviti
Terdapat beberapa kelemahan yang dikenal pasti semasa pertandingan ini  dijalankan. Kelemahan pertama ialah tempat pertandingan yang agak terhad untuk memberi ruang yang selesa kepada murid untuk mewarna. Hal ini demikian kerana murid telah dibahagikan mengikut prestasi pencapaian mereka dalam peperiksaan. Dalam hal ini, terdapat kelas yang menampung 40 lebihan orang murid dan terdapat juga kelas yang menampung 20 lebihan orang murid. Bilangan murid yang agak banyak dalam sesetengah kelas telah menyukarkan pergerakan murid semasa melukis dan mewarna, misalnya terdapat 42 orang murid dalam kelas 5K.
Selain itu, terdapat pergaduhan atau pertelingkahan yang berlaku di dalam kelas semasa pertandingan diadakan. Hal ini demikian kerana terdapat dalam kalangan mereka berasa marah selepas lukisannya ditiru rakannya. Bukan itu sahaja, terdapat juga banyak sebab yang menyebabkan pertelingkahan antara murid seperti kecil hati untuk meminjam barang ataupun rasa tidak dihormat semasa rakan membuat gangguan di tepi sepanjang pertandingan diadakan.
Seperkara lagi, saya mendapati kemahiran melukis majoriti murid adalah sederhana dan mengambil masa yang terlalu lama bagi melukis satu-satu objek. Mereka biasa melukis sesuatu objek dalam saiz yang kecil dan hal ini telah menyukarkan mereka semasa mereka ingin mewarnakannya dengan water colour. Akibatnya, terdapat banyak dalam kalangan mereka tidak sempat menyempurnakan lukisan mereka. 
Seterusnya, masalah kekemasan dan kebersihan kurang dititikberatkan murid. Dalam hal ini, boleh dilihat dengan jelas bahawa mereka telah mengabaikan kebersihan pakaian, kawasan mewarna serta kebersihan alat dan bahan yang digunakan sepanjang mereka melibatkan diri dalam aktiviti. Sebagai contoh, kelalaian murid semasa menakung air dan menukar air telah mengotorkan lantai dan menjadikan suasana dalam kelas lagi kelam-kabut.

Ø  Cadangan Penambahbaikan
Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan telah disenaraikan sebagai usaha untuk menambah baik kualiti pelaksanaan program sebegini pada masa-masa akan datang.  Pada pandangan kami, sewajarnya kami maklumkan terlebih awal kepada murid untuk meneroka lukisan dan lakaran gambar serta membuat latihan melukis yang berkaitan tajuk yang akan dilukis ketika pertandingan dijalankan. Maka, sedikit sebanyak keadaan ini dapat membantu memudahkan murid membuat lukisan kemerdekaan dan tidak mengambil masa yang terlalu panjang untuk berfikir dan merancang lukisan yang hendak dibuat ketika pertandingan sedang dijalankan.

Kedua, kami sebagai pengelola pertandingan sewajarnya meminta peserta menyediakan sendiri baju terpakai atau apron yang akan digunakan ketika hari pertandingan dijalankan. Langkah ini sebagai satu alternatif yang dapat membantu mengurangkan risiko kekotoran dan ketidakkemasan diri, alat dan bahan serta persekitaran sekolah.


LAPORAN INTERNSHIP Projek Pertandingan Penulisan


LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
NAMA PELAJAR                             : Chiah Jing Wen
                                                              Yu Wan Jing
PROGRAM                                       : 8 PISMP RBT/PC/MO Januari 2014
NAMA SEKOLAH                            : SJK(C) Chung Hwa Caw. 1
NAMA PROJEK/ AKTIVITI            : Projek Pertandingan Penulisan
TEMPOH PELAKSANAAN           : 8 OGOS 2017

1.0       OBJEKTIF
      I.        Meluaskan pengetahuan, penggunaan, dan penguasaan Bahasa Cina dalam kalangan murid
    II.        Memantapkan kemahiran menulis dan memupuk semangat pembudayaan Bahasa Cina yang mampan dalam kalangan murid
   III.        Mengenal pasti murid yang mempunyai bakat dalam penulisan karangan dan mengetengahkan bakat mereka.
  IV.        Menjana daya saing secara positif di samping di kalangan murid.
   V.        Memupuk tabiat suka membaca dan menimba ilmu sepanjang hayat.

2.0       STRATEGI PELAKSANAAN
2.1       Sebelum Projek Dilaksanakan
Pada 31 Julai 2017, saya dan rakan internship Yu Wan Jing telah menjalankan internship selama satu bulan di SJKC Chung Hwa Caw. 1, Butterworth. Program internship selama satu bulan ini adalah untuk melaksanakan 3 projek di sekolah tersebut iaitu 2 buah projek kumpulan dan sebuah projek individu. Program pertandingan penulisan yang melibatkan semua murid tahun 4, 5 dan 6 telah diputuskan sebagai salah satu projek kumpulan kami untuk program internship. Selepas itu, saya dan rakan menyediakan kertas kerja pertandingan penulisan dan telah mendapat persetujuan untuk melaksanakan projek daripada Guru Besar.
            Sebaik sahaja mendapat kelulusan daripada Guru Besar, kami mengadakan perbincangan dengan ketua dan ahli panitia Bahasa Cina untuk menentukan tajuk penulisan bagi murid tahun 4, 5 dan 6. Tajuk-tajuk penulisan yang telah dipilih diberikan kepada Guru Besar untuk semakan akhir. Kami juga telah menetapkan syarat-syarat untuk pertandingan penulisan ini. Antaranya adalah seperti setiap peserta diberi masa 1 jam, sekiranya ada murid yang belum siapkan penulisan maka mereka juga akan disuruh berhenti mengikut masa yang telah ditetapkan. Seterusnya panjang esei ialah antara 200 perkataan hingga 700 perkataan, kertas bercop sekolah akan digunakan dalam pertandingan, alat tulis disediakan oleh murid dan akhirnya keputusan panel hakim adalah muktamad. Kami juga menyediakan kertas jawapan dengan mengecopkan cop sekolah pada semua kertas yang akan digunakan dalam pertandingan penulisan.

2.2       Semasa Projek Dilaksanakan
Seterusnya, 15 minit sebelum pertandingan dilaksanakan, kami mengagihkan kertas jawapan serta mengumumkan tajuk penulisan kepada setiap kelas. Syarat pertandingan ditegaskan sekali sebelum memulakan pertandingan. Akhirnya kertas jawapan perlu dikutip oleh guru bertugas dalam kelas dan hantar kepada panel hakim yang telah ditetapkan.
Senarai panel hakim:
Tahun 4
a)    Pn Khashiah Binti Daud
b)    Datin Seri Vaney A/P Maniam
c)    Pn. Koh Chiew Ling
 Tahun 5
a)    En. Chong Nyong Onn
b)    En. H’ng Tian Hee
c)    En. Chew Swee Wa
 Tahun 6
a)  En. Chong Nyong Onn
b)  En. H’ng Tian Hee
c)  En. Chew Swee Wa

2.3       Selepas Projek Dilaksanakan
            Selepas pertandingan dilaksanakan, kami mengumpulkan semua hasil kerja peserta dan merujuk kepada keputusan yang telah diberikan oleh hakil untuk tujuan pembahagian hadiah kepada peserta. Murid yang mendapat hadiah turut diminta untuk menaipkan hasil kerjanya dengan menggunakan komputer supaya hasil kerja yang akan dipaparkan di papan kenyataan akan kelihatan lebih kemas dan menarik.






3.0       KESIMPULAN
Kesimpulan akhir yang dapat dibuat setelah selesainya projek pertandingan penulisan ialah objektif awal yang telah ditetapkan dalam kertas kerja yang telah dirancang berjaya dicapai dengan cemerlang. Oleh itu, kejayaan projek ini telah dapat mencapai target secara tidak langsung. Selain itu, sepanjang proses melaksanakan pertandingan, telah banyak ilmu dan pengalaman baru yang telah berjaya diperoleh. Ilmu dan pengalaman inilah yang akan banyak membantu dan membimbing saya kearah usaha untuk menjadi seorang guru yang cemerlang dan berjaya pada masa akan datang.

Disemak oleh:

………………………………......
(CIK LOH GUAT MEI)
Guru Pembimbing
SJK(C) Chung Hwa Caw. 1
 

Disediakan oleh:

……………………………...
(CIK CHIAH JING WEN)
Guru Pelatih
8 PISMP RBT/PC/MO
IPG Kampus Tuanku Bainun
 

 


Refleksi Pertandingan Penulisan Bahasa Cina

Ø  Kekuatan Projek
            Sepanjang proses melaksanakan program ini, terdapat beberapa kekuatan yang telah menyumbang kepada kejayaan dalam program ini. Antaranya ialah sokongan daripada Guru Besar, guru pembimbing dan guru-guru sekolah yang menjadi rujukan utama dalam penyediaan dan perancangan program pertandingan penulisan ini. Selain itu, kekuatan lain adalah program pertandingan penulisan ini boleh mengcungkil bakat dan kemahiran murid dalam menghasilkan sebuah penulisan yang berkualiti dengan mengikut kreativiti masing-masing. Tambahan lagi, nilai kerjadama dan tolong mrnolong juga dapat dipupuk dalam diri murid semasa melaksanakan pertandingan ini bagi memastikan projek ini dapat siap dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Selain itu, melalui pelaksanaan projek yang berunsurkan pertandingan ini juga telah banyak mengajar serta melatih diri kita dalam usaha untuk berdiri sendiri bagi menghasilkan sesuatu program kecil bersama warga sesebuah institusi itu juga. Bukan itu sahaja, tahap sosial dan kemahiran komunikasi kami juga telah ditingkatkan secara tidak langsung apabila saya melaksanakan sesi kolaborasi bersama guru pembimbing serta perbincangan bersama guru-guru panitia dan pihak pentadbir sekolah seperti Penolong Kanan serta Guru Besar berkenaan dengan projek yang bersesuaian dengan murid-murid yang terlibat. Secara tidak langsung, tahap keyakinan diri saya sendiri juga telah meningkat
Melalui pelaksanaan projek pertandingan penulisan ini juga telah banyak memberi pendedahan kepada saya tentang cara bagaimana mengurus dan mengawal murid semasa sesuatu aktiviti atau projek berjalan. Selain itu, saya juga telah banyak menimba ilmu baru tentang cara atau prosedur menulis kertas kerja, mencari sumber kewangan, membahagikan tugas, merancang masa dan sebagainya yang berkaitan pengurusan sesuatu aktiviti projek. Akhir sekali, projek pertandingan penulisan ini juga telah memberi peluang kepada saya sebagai seorang guru pelatih untuk mengaplikasikan ilmu teori yang dipelajari di IPG dalam situasi sebenar di sekolah.

Ø  Kelemahan Projek
            Terdapat juga beberapa kelemahan projek yang turut dikenalpasti sepanjang melaksanakan pertandinagn penulisan di sekolah. Salah satu daripadanya ialah kekurangan pengalaman saya sendiri sebagai seorang yang masih berstatus guru pelatih dalam mengurus sesuatu projek menyebabkan projek ini mengambil masa yang agak lama untuk dimulakan serta menghadapi beberapa masalah dan cabaran sepanjang melaksanakan program ini. Bukan itu sahaja, saya juga mendapati, sepanjang pertandingan ini dijalankan, terdapat beberapa orang murid yang kurang memberi komitmen dalam melibatkan diri sepanjang pertandingan dilaksanakan. Mereka bersikap sambil lewa dan tidak tidak mengambil berat. Mereka perlu diberi pengawasan yang lebih dan arahan yang kerap. Ada juga yang diantara mereka yang langsung tidak menjawab soalan dan hanya menghantarkan kertas jawapan yang kosong.

Ø  Cadangan Penambahbaikan
            Yang pertamanya, guru pelattih perlu meminta panduan dan bimbingan daripada guru pembimbing atau guru pakar yang berpengalaman dengan lebih kerap agar perancangan dan pelaksanaan projek dapat berjalan dengan lebih lancar. Seterusnya, guru pelatih perlu mengambil inisiatif dengan mengalakkan murid-murid untuk mengambil bahagian dalam pertandingan dengan komited. Contohnya guru-guru pelatih boleh memaparkan poster atau iklan pertandingan pada papan kenyataan untuk merangsang keinginan murid untuk menyertai pertandingan tersebut.




Lampiran
Gambar-gambar Sepanjang Pertandingan Penulisan

Semasa Melaksanakan Pertandingan Penulisan
Tajuk soalan dituliskan pada papan hitam disertakan dengan masa yang diperuntukkan
Guru bertugas membantu mengelolakan pertandingan penulisan untuk setiap kelas
Guru bertugas membantu mengelolakan pertandingan penulisan untuk setiap kelas
Murid menjawab soalan penulisan dengan sepenuh tumpuan.
Murid memulakan penulisan sebaik sahaja mendapat soalan
Keadaan kelas semasa pertandingan dijalankan
Selepas Pertandingan Penulisan
Proses semakan jawapan penulisan murid bersama rakan
Keputusan pertandingan penulisan dicatat
Keputusan pertandingan penulisan dipaparkan di papan kenyataan









LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP-laporan mewarna siap

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
NAMA PELAJAR                             : Yu Wan Jing
                                                              Chiah Jing Wen
PROGRAM                                       : PISMP RBT Januari 2014
NAMA SEKOLAH                            : SJK(C) Chung Hwa Cawangan 1
NAMA PROJEK/ AKTIVITI            : Pertandingan Mewarna Sempena Bulan
                                                        Kemerdekaan
TEMPOH PELAKSANAAN           : 3 Ogos 2017

1.0 OBJEKTIF:
a)    Menanam  semangat patriotisme dan  rasa kesyukuran dalam  jiwa murid.
b)    Mengenal pasti murid yang mempunyai  bakat dalam bidang seni (mewarna) dan mengetengahkan bakat mereka.
c)    Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
d)    Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan Kemerdekaan yang dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
e)    Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
f)     Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan ini.

2.0  STRATEGI PELAKSANAAN:
Ø  Sebelum Projek Dilaksanakan
a)    Kami mengadakan perbincangan dengan guru pembimbing untuk mengongsikan idea-idea yang boleh dilaksanakan sempena bulan Kemerdekaan.
b)    Kami bekerjasama dalam menyediakan kertas kerja projek berkenaan.
c)    Kami telah menyerah kertas kerja kepada guru pembimbing untuk disemak.
d)    Kami juga mendapat pengesahan kertas kerja daripada guru besar sekolah.
e)    Kami membuat persiapan seperti mencari maklumat yang berkaitan dengan Hari Kemerdekaan atau sejarah Malaysia dan juga menyediakan bahan-bahan yang diperlukan semasa pertandingan dijalankan seperti kerja lukisan, baldi dan sebagainya.
f)     Kami mengecopkan kertas lukisan dan juga membahagikan kertas lukisan berdasarkan bilangan murid setiap kelas.
g)    Kami membuat pengumuman kepada murid.

Ø  Semasa Projek Dilaksanakan
a)    Kami telah mengedarkan kertas lukisan kepada guru-guru yang berada di dalam kelas sebelum 10 minit pertandingan diadakan.
b)    Kami memberi sendikit arahan dan taklimat kepada murid.
c)    Selepas masa pertandingan tamat, kami mengutipkan kertas lukisan dan menyerah kepada guru Pendidikan Seni bagi kelas masing-masing.
d)    Guru Pendidikan Seni dikehendaki menilai dan memilih tujuh hasil lukisan murid yang tercantik.

Ø  Selepas Projek Dilaksanakan
a)    Kami minta keputusan pertandingan mewarna daripada ketua panitia Pendidikan Seni.
b)    Kami memaparkan kertas-kertas lukisan pemenang pada papan kenyataan bagi mata pelajaran Pendidikan Seni.
c)    Proses membuat refleksi kendiri berkenaan projek yang telah dilaksanakan.
d)    Kami telah menyediakan laporan projek kumpulan dan proses kemas kini terakhir.





4.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhan, Pertandingan Mewarna Sempena Bulan Kemerdekaan bertemakan “Negaraku Sehati Sejiwa” berjaya dijalankan dengan lancar. Kerjasama daripada pihak sekolah amat membantu menjayakan projek ini. Bimbingan daripada guru pembimbing internship, Cikgu Loh Guat Mei menjadikan kualiti projek bertambah baik dengan cadangan-cadangan yang bernas.
Projek ini dapat melatih murid melukis dan menanam minat ke dalam diri murid untuk melukis. Tambahan pula ianya menjadikan pemikiran kreatif pada diri murid merancang lukisan poster yang hendak dilukis. Semangat patriotik dapat diserap dalam diri murid. Akhirnya, kami berasa bersyukur kerana telah memperoleh banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan yang baru melalui projek ini. Kami juga telah mempelajari cara menulis kertas kerja, cara-cara mengurus dan mengendalikan sesuatu projek dengan sistematik. Kami berasa gembira dan memuaskan hati kerana dapat bekerjasama antara satu sama lain sehingga dapat menjayakan sebuah projek. Kami berharap projek tersebut dapat dihargai oleh pihak sekolah sebagai kenangan kami sebagai guru pelatih selepas meninggalkan sekolah tersebut.




Disediakan oleh :                                                                 Disemak oleh :

…………………………….                                               …………………………….    
( CIK YU WAN JING )                                                     (CIK LOH GUAT MEI)      
Setiausaha,                                                                      Guru Pembimbing
Pertandingan Mewarna                                                 SJK (C) Chung Hwa Caw 1.
Sempena Bulan Kemerdekaan,                                         
SJK (C) Chung Hwa Caw 1.


Lampiran:
Gambar-gambar Sepanjang Tempoh Pelaksanaan Pertandingan Mewarna Sempena Bulan Kemerdekaan

Sebelum Pelaksanaan Projek
Kertas kerja yang dihasilkan selepas perbincangan bersama
Mengira dan membahagikan kertas lukisan berdasarkan bilangan murid dalam kelas

Semasa Pelaksanaan Projek
Mengedarkan kertas lukisan kepada guru kelas masing-masing
Mengedarkan kertas lukisan kepada murid-murid

Mendengar arahan guru
Murid bermula melukis

Saiz objek yang kecil
Saiz objek yang kecil



Kelas 5K yang menampung 42 orang murid. Proses mewarna dijalankan

Kerenah murid semasa mewarna
Kerenah murid semasa mewarna

Selepas Pelaksanaan Projek

Hasil lukisan murid
Penilaian dijalankan

Membuat label nama untuk para pemenang

Membuat hiasan untuk papan kenyataan
Menampal nama murid pada hasil lukisan pemenang
Menampal hasil lukisan pemenang pada papan kenyataan

 Hasil lukisan para pemenang

Nama-nama pemenang dan kedudukan mereka