Refleksi
Projek Pertandingan Mewarna Sempena Bulan Kemerdekaan
Ø Kekuatan Projek
Terdapat beberapa kekuatan sepanjang
tempoh projek berpasangan tersebut dilaksanakan. Antara kekuatan pertandingan
ini ialah kami dapat mencungkil bakat murid-murid yang terpendam serta dapat
memebantu murid melahirkan perasaan sebenar mereka dalam menghayati bulan Kemerdekaan.
Kekuatan kedua pertandingan ini pula ialah
pertandingan ini amat disokong oleh pihak sekolah memandangkan pihak
pentadbiran bersedia untuk memberikan peruntukkan yang sewajarnya. Hal ini
demikian kerana projek ini membawa manfaat kepada semua murid dan juga pihak
sekolah. Misalnya, semangat patriotisme telah dipupuk dalam hati murid dan juga
guru-guru. Dengan itu, pihak pentadbiran memberikan hak mutlak kepada kami sepanjang
proses persediaan dan pertandingan supaya apa yang dijalankan itu menepati
kehendak kami sendiri.
Kekuatan
ketiga projek ini ialah kami mendapat kerjasama yang sepenuhnya daripada
guru-guru mata pelajaran Pendidikan Seni dan juga guru pembimbing yang sentiasa
memberikan maklum balas yang positif terhadap setiap projek yang telah kami
jalankan di sekolah ini. Guru-guru juga tidak pernah lokek untuk berkongsi
segala ilmu dan pengalaman mereka kepada kami untuk dijadikan panduan dan sokongan.
Kekuatan
keempat projek tersebut adalah menggalakkan guru pelatih berinisiatif dan aktif
dalam melakukan sesuatu aktiviti dengan semangat berpasukan dan bekerjasama
yang baik dengan rakan-rakan lain. Kami sentiasa berbincang dan mengongsikan idea
sepanjang persediaan pertandingan sehinggalah membuat refleksi dan juga
dokumentasi. Kami telah mengagihkan tugas masing-masing dan saling bekerjasama
dalam proses pelaksanaan projek berpasangan tersebut supaya lancar dan berjaya
menyiapkannya dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Kekuatan
kelima projek tersebut adalah memberikan satu peluang kepada guru pelatih untuk
mempelajari cara melaksanakan sesuatu projek termasuk cara menulis kertas
kerja, melaksanakan projek yang dirancangkan serta menulis laporan. Kami akan
sentiasa memastikan kami melaksanakan langkah seperti yang telah dirancangkan
supaya dapat menyiapkan projek tersebut dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ini
adalah kemahiran dan pengetahuan penting yang membolehkan guru pelatih
menguasainya agar dapat digunakan semula pada suatu hari kelak.
Kekuatan keenam projek tersebut adalah
menyedari kepentingan membuat refleksi sepanjang tempoh pelaksanaan projek.
Refleksi perlu sentiasa dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas sesuatu projek
dilaksanakan untuk melancarkan pelaksanaan projek dan mencari tindakan susulan
yang sesuai demi menyelesaikan sesuatu masalah.
Ø Kelemahan Aktiviti
Terdapat beberapa kelemahan yang dikenal pasti
semasa pertandingan ini dijalankan.
Kelemahan pertama ialah tempat pertandingan yang agak terhad untuk memberi
ruang yang selesa kepada murid untuk mewarna. Hal ini demikian kerana murid
telah dibahagikan mengikut prestasi pencapaian mereka dalam peperiksaan. Dalam
hal ini, terdapat kelas yang menampung 40 lebihan orang murid dan terdapat juga
kelas yang menampung 20 lebihan orang murid. Bilangan murid yang agak banyak
dalam sesetengah kelas telah menyukarkan pergerakan murid semasa melukis dan
mewarna, misalnya terdapat 42 orang murid dalam kelas 5K.
Selain itu, terdapat pergaduhan atau pertelingkahan
yang berlaku di dalam kelas semasa pertandingan diadakan. Hal ini demikian
kerana terdapat dalam kalangan mereka berasa marah selepas lukisannya ditiru
rakannya. Bukan itu sahaja, terdapat juga banyak sebab yang menyebabkan pertelingkahan
antara murid seperti kecil hati untuk meminjam barang ataupun rasa tidak
dihormat semasa rakan membuat gangguan di tepi sepanjang pertandingan diadakan.
Seperkara lagi, saya mendapati kemahiran melukis
majoriti murid adalah sederhana dan mengambil masa yang terlalu lama bagi
melukis satu-satu objek. Mereka biasa melukis sesuatu objek dalam saiz yang
kecil dan hal ini telah menyukarkan mereka semasa mereka ingin mewarnakannya
dengan water colour. Akibatnya,
terdapat banyak dalam kalangan mereka tidak sempat menyempurnakan lukisan
mereka.
Seterusnya, masalah kekemasan dan kebersihan kurang
dititikberatkan murid. Dalam hal ini, boleh dilihat dengan jelas bahawa mereka
telah mengabaikan kebersihan pakaian, kawasan mewarna serta kebersihan alat dan
bahan yang digunakan sepanjang mereka melibatkan diri dalam aktiviti. Sebagai
contoh, kelalaian murid semasa menakung air dan menukar air telah mengotorkan
lantai dan menjadikan suasana dalam kelas lagi kelam-kabut.
Ø
Cadangan Penambahbaikan
Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan telah disenaraikan sebagai
usaha untuk menambah baik kualiti pelaksanaan program sebegini pada masa-masa
akan datang. Pada
pandangan kami, sewajarnya kami maklumkan terlebih awal kepada murid untuk
meneroka lukisan dan lakaran gambar serta membuat latihan melukis yang
berkaitan tajuk yang akan dilukis ketika pertandingan dijalankan. Maka, sedikit
sebanyak keadaan ini dapat membantu memudahkan murid membuat lukisan
kemerdekaan dan tidak mengambil masa yang terlalu panjang untuk berfikir dan
merancang lukisan yang hendak dibuat ketika pertandingan sedang dijalankan.
Kedua, kami sebagai pengelola pertandingan
sewajarnya meminta peserta menyediakan sendiri baju terpakai atau apron yang
akan digunakan ketika hari pertandingan dijalankan. Langkah ini sebagai satu
alternatif yang dapat membantu mengurangkan risiko kekotoran dan ketidakkemasan
diri, alat dan bahan serta persekitaran sekolah.
No comments:
Post a Comment