LAPORAN
PELAKSANAAN INTERNSHIP
NAMA PELAJAR :
Yu Wan Jing
PROGRAM :
PISMP RBT Januari 2014
NAMA SEKOLAH :
SJK(C) Chung Hwa
Cawangan 1
NAMA PROJEK/ AKTIVITI :
Keceriaan Bengkel RBT
TEMPOH PELAKSANAAN :
21 Ogos 2017 – 25 Ogos
2017
1.0
OBJEKTIF:
a.
Menyusun
semula bahan dan radas di dalam bengkel secara sistematik.
b.
Melabel
bahan dan radas dengan mengikut nama dan jenis bahan.
c.
Mewujudkan
persekitaran bengkel RBT yang ceria, kemas dan bersih.
d.
Meningkatkan
semangat dan minat murid untuk mempelajari mata pelajaran RBT.
e.
Menjadikan
bengkel RBT bukan sahaja boleh digunakan bagi masa Kemahiran Hidupsahaja, malah
juga boleh digunakan pada masa Pendidikan Seni Visual dan pada masa-masa
lainnyang memerlukan
2.0 STRATEGI PELAKSANAAN:
Ø Sebelum Projek Dilaksanakan
Bengkel merupakan tempat untuk guru menyampaikan
pengajaran dan pembelajaran kepada murid serta membuat kerja amali dan
menjalankan aktiviti. Terdapat banyak kemudahan, bahan dan alatan yang
disediakan di dalam bengkel untuk digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Bengkel perlu diurus dengan cekap
kerana pengurusan bengkel yang sistematik serta persekitaran yang bersih dan
ceria dapat meningkatkan lagi minat murid untuk mempelajari mata pelajaran
tersebut.
Tambahan pula, saya pernah menjalankan praktikum di
sekolah berkenaan, saya mendapati bahawa keadaan bengkel itu berhabuk dan
kebanyakan peralatan RBT tidak diselenggara dengan betul. Dengan matlamat yang
dinyatakan, saya bercadang untuk membuat projek membersihkan dan menceriakan
bengkel RBT yang kurang selesa dan kurang kondusif. Saya telah mencatatkan cadangan–cadangan
dan perkara yang perlu saya lakukan untuk menceriakan bengkel. Kerja-kerja
menceriakan bengkel adalah seperti berikut:
ü Membersihkan semua peralatan
dan perabot dalam bengkel.
ü Mengemas dan menyusun atur
semula peralatan dan kemudahan bengkel.
ü Melabel peralatan bengkel.
ü Menghias dan menceriakan
bengkel.
ü Menghasilkan sudut hasil
kerja murid.
ü Menceriakan papan
kenyataan dengan mempelbagaikan info dan maklumat RBT.
Kemudian, saya telah membuat kertas kerja projek
menceriakan bengkel RBT dan menyerahkannya kepada guru pembimbing untuk
disemak. Setelah kertas kerja disokong oleh guru pembimbing dan juga ketua panatia
RBT, saya terus menghantarnya ke bilik guru besar untuk mendapatkan persetujuan
daripada pihak pentadbiran selepas pengubahsuaian dan kemas kini kertas kerja
dilakukan. Selain itu, sebagai langkah
penyediaan, saya telah membeli pelbagai bahan yang diperlukan seperti kertas
warna, kertas laminate dan sebagainya dengan berpandukan anggaran perbelanjaan
yang telah saya rancang itu dan kesemua ini telah memudahkan dan melancarkan
pelaksanaan projek saya ini.
Ø Semasa Projek Dilaksanakan
Projek ini
dimulakan dari 21 Ogos 2017 hingga 25 Ogos 2017. Saya telah membuat senarai
kerja-kerja yang harus saya lakukan sepanjang proses menceriakan
bengkel ini. Projek ini bermula dengan mengemas dan membersih bengkel RBT. Dalam
hal ini, saya telah mengeluarkan semua bahan dan peralatan RBT dari almari,
rak, kotak dan segala tempat yang boleh menyimpan barang. Selepas itu, saya
menggunakan kain yang basah untuk mengelapkan bekas-bekas, peralatan dan bahan
RBT. Saya juga telah mengelap meja kerusi, almari, rak yang banyak berhapuk dan
mengemop lantai selepas menyapunya. Selain itu, saya telah mengambil inisiatif
untuk mengelap beberapa alatan yang agak berhabuk dan berdebu seperti gergaji
dan penukul. Seterusnya, saya juga telah membuang alat–alat yang rosak selepas
mendapat persetujuan ketua panitia RBT
Projek seterusnya adalah menyusun semula alat–alat
di dalam bengkel dan menyimpannya di tempat yang betul. Saya mendapati bahawa terdapat
banyak alatan RBT yang tidak digunakan tidak disimpan dan dilabel dengan betul.
Saya telah membuat label bagi setiap laci bagi memudahkan guru–guru dan murid–murid
mencari alatan yang hendak digunakan. Pelabelan ini amat membantu dari segi
pencarian alatan dan memastikan peralatan disimpan di tempat yang betul. Proses
penyusun atur di dalam bengkel ini mengambil masa selama 5 jam.
Saya meneruskan projek ini dengan membuat
perhiasan bagi menceriakan lagi bengkel RBT. Dalam hal ini, saya telah menghasilkan
sudut hasil kerja murid dan menceriakan papan kenyataan dengan mempelbagaikan
info dan maklumat RBT. Sebagai contohnya, saya telah menghasilkan carta
organisasi dan juga menampalkan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan RBT
pada papan kenyataan.
Ø
Selepas Projek Dilaksanakan
Hasil daripada pembersihan dan
perhiasan saya terhadap bengkel telah menunjukkan perubahan yang besar daripada
segi keceriaan dan kebersihan. Persekitaran yang bersih dan ceria dapat
membantu murid mempelajari sesuatu dalam keadaan yang selasa dan kondusif. Bengkel
yang tersusun dan sistematik akan memudahkan guru dan murid semasa menjalankan amali.
Hal ini kerana peralatan mudah dicari dan tidak membazir masa. Info terbaru
yang ditampal juga diharap dapat meningkatkan ilmu pengetahuan murid selain
daripada mempelajari sesuatu daripada buku teks sahaja.
Setelah
siap projek keceriaan bilik sains, saya telah membuat refleksi kendiri tentang
kekuatan dan kelemahan sepanjang projek ini dijalankan. Saya mendapati beberapa
kekuatan yang boleh dikukuhkan dan juga beberapa kelemahan yang perlu diatasi
supaya projek yang serupa boleh dilakukan dengan lebih lancar pada masa depan.
Refleksi
Keceriaan Bengkel RBT
Ø Kekuatan Projek
Kekuatan yang pertama yang saya dapati
ialah projek ini dapat meningkat penggunaan bengkel dalam keadaan yang kondusif
dan selamat. Projek penceriaan ini sangat penting dan amat diperlukan kerana
keadaan bengkel sekolah ini agak uzur dan tidak kondusif untuk sesi pengajaran
dan pembelajaran. Projek ini membantu meningkatkan keselesaan guru dan murid
dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran.
Kekuatan yang kedua ialah projek ini dapat
meningkatkan kelancaran proses kerja amali. Hal ini kerana penyusunan dan
pelabelan alat RBT dengan betul dan teratur membantu guru dan murid menjalankan
amali dengan efektif. Dengan itu, murid boleh mencapai sesuatu dengan mudah dan
selamat selepas penyusunan dan pelabelan dilakukan.
Kekuatan yang boleh diperolehi dari projek
ini termasuklah ia dapat melahirkan guru RBT yang peka terhadap keperluan bengkel.
Hal ini demikian kerana guru RBT boleh mendapat senarai alatan yang tidak cukup
semasa menjalankan pengajaran dan pembelajaran kerana semua bahan dan alatan
dipapar dan disusun dengan begitu rapi. Dengan itu, guru-guru RBT boleh
membincang dengan ketua panitia RBT supaya membeli stok-stok baharu untuk
mengatasi kekurangan sumber ini.
Kekuatan
keempat projek tersebut adalah memberikan satu peluang kepada guru pelatih
untuk mempelajari cara melaksanakan sesuatu projek termasuk cara menulis kertas
kerja, melaksanakan projek yang dirancangkan serta menulis laporan. Saya akan
sentiasa memastikan diri sendiri supaya mengimplementasikan tugasan berdasarkan
langkah yang telah dirancangkan supaya dapat menyiapkan projek tersebut dalam
tempoh masa yang ditetapkan. Ini adalah kemahiran dan pengetahuan penting yang membolehkan
guru pelatih menguasainya agar dapat digunakan semula pada suatu hari kelak.
Kekuatan kelima projek tersebut adalah
menyedari kepentingan membuat refleksi sepanjang tempoh pelaksanaan projek.
Refleksi perlu sentiasa dilaksanakan sebelum, semasa dan selepas sesuatu projek
dilaksanakan untuk melancarkan pelaksanaan projek dan mencari tindakan susulan
yang sesuai demi menyelesaikan sesuatu masalah.
Ø Kelemahan Aktiviti
Kelemahan yang pertama ialah pengekalan
kebersihan dan keceriaan yang telah dilakukan. Hal ini demikian kerana setiap
kelas mempunyai bilangan murid yang agak ramai dan terdapat pelbagai kerenah
dalam kalangan murid-murid. Terdapat sesetengah murid yang tidak tahu
menghargai kebersihan dan keceriaan ini lalu membazirkan bahan RBT atau
mengotorkan kawasan bengkel. Sebagai contoh, meja kerusi akan bersepah dan
lantai menjadi kotor setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan di
dalam bengkel.
Ø
Cadangan Penambahbaikan
Terdapat beberapa cadangan penambahbaikan telah
disenaraikan sebagai usaha untuk menambah baik kualiti pelaksanaan program
sebegini pada masa-masa akan datang. Penambahbaikan yang pertama
ialah membuat jadual bertugas di dalam bengkel. Ketua panitia RBT boleh menetapkan
peraturan-peraturan bengkel yang patut diikuti oleh semua murid misalnya murid
tidak dibenarkan masuk ke dalam bengkel sekiranya tidak ada kebenaran guru.
Selain itu, beliau juga boleh menghasilkan sebuah jadual bertugas yang
melibatkan murid dari semua kelas bagi mengemas dan membersihkan bengkel
seperti tugas menyapu sampah, membuang sampah dan sebagainya. Tambahan pula,
guru yang menggunakan bengkel juga haruslah bertanggungjawab dalam memastikan
kebersihan bilik sains selepas digunakan. Dalam hal ini, guru boleh
meninggalkan lebih kurang lima minit terakhir setiap kali pengajaran dan
pembelajaran supaya murid mempunyai masa untuk membersihkan bengkel RBT di
bawah pemantauan guru.
3.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhan, projek “Keceriaan
Bengkel RBT” berjaya dijalankan dengan lancar. Kerjasama daripada pihak sekolah
amat membantu menjayakan projek ini. Bimbingan daripada guru pembimbing
internship, Cik Loh Guat Mei dan juga ketua panitia RBT Encik
Chew Swee Wa menjadikan kualiti projek bertambah baik dengan cadangan-cadangan
yang bernas.
Saya juga berasa amat bersyukur kerana
telah memperolehi banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan yang baharu melalui
projek menceriakan bengkel RBT. Saya berasa gembira dan memuaskan hati kerana
dapat bekerjasama antara satu sama lain sehingga dapat mewujudkan bengkel yang
bersih dan tersusun. Semoga bengkel yang
bersih dan ceria dapat membekalkan satu persekitaran pembelajaran kondusif dan juga
meningkatkan minat murid untuk mempelajari subjek RBT. Akhirnya,
saya berharap projek tersebut dapat dihargai oleh pihak sekolah sebagai
kenangan selepas saya meninggalkan sekolah tersebut.
Disediakan oleh : Disemak
oleh :
……………………………. …………………………….
( CIK YU WAN JING ) (CIK LOH GUAT MEI)
Setiausaha,
Guru Pembimbing
Keceriaan
Bengkel RBT SJK (C) Chung Hwa Caw 1.
SJK (C) Chung Hwa Caw 1.
Lampiran:
Gambar-gambar Sepanjang Tempoh Pelaksanaan Projek Keceriaan
Bengkel
SEBELUM PELAKSANAAN
PROJEK
Bahan dan alatan yang bersepah
|
|
Papan kenyataan yang kosong
|
Susun atur meja yang tidak sesuai
|
SEMASA
PROJEK DILAKSANAKAN
Membersihkan alatan dan perabot di dalam
bengkel
|
Memeriksaan bahan yang rosak untuk
dihapuskan.
|
Mengemas dan menyusun
atur semula peralatan dan kemudahan bengkel.
|
Membuat label
|
Membuat perhiasan untuk papan kenyataan
|
|
Menghiaskan papan kenyataan
|
Membersihkan bengkel
|
Menghias dan menceriakan bengkel
|
|
Menyusun hasil kerja
murid
|
Menghasilkan kotak
untuk menyimpan hasil kerja murid
|
Menghasilkan sudut
hasil kerja murid
|
SELEPAS
PELAKSANAAN PROJEK
Perhiasan bengkel
|
Sudut hasil kerja murid
|
Bahan dan peralatan yang telah disusun
atur
|
|
Papan serba guna
|
Papan kenyataan
|
Susun atur meja kerusi bengkel
|
No comments:
Post a Comment