LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
NAMA
PELAJAR : Yu Wan Jing
Chiah Jing Wen
PROGRAM : PISMP RBT Januari 2014
NAMA
SEKOLAH : SJK(C) Chung Hwa Cawangan 1
NAMA PROJEK/ AKTIVITI :
Pertandingan Mewarna
Sempena Bulan
Kemerdekaan
Kemerdekaan
TEMPOH
PELAKSANAAN : 3 Ogos 2017
1.0 OBJEKTIF:
a) Menanam
semangat patriotisme dan rasa
kesyukuran dalam jiwa murid.
b) Mengenal pasti murid yang mempunyai bakat dalam bidang seni (mewarna) dan
mengetengahkan bakat mereka.
c) Memupuk dan memperkukuh semangat setia negara dan
jati diri serta menanam rasa tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
d) Mewujudkan persekitaran sekolah dalam suasana ceria
di bulan Kemerdekaan yang dapat membantu dan menyokong proses pengajaran dan
pembelajaran.
e) Murid-murid mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia
dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan yang mereka kecapi selama ini.
f) Murid-murid dapat menghayati makna kemerdekaan dan
berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan ini.
2.0 STRATEGI PELAKSANAAN:
Ø Sebelum Projek Dilaksanakan
a) Kami
mengadakan perbincangan dengan guru pembimbing untuk mengongsikan idea-idea
yang boleh dilaksanakan sempena bulan Kemerdekaan.
b) Kami bekerjasama dalam menyediakan kertas kerja projek
berkenaan.
c) Kami
telah menyerah kertas kerja kepada guru pembimbing untuk disemak.
d) Kami
juga mendapat pengesahan kertas kerja daripada guru besar sekolah.
e) Kami
membuat persiapan seperti mencari maklumat
yang berkaitan dengan Hari Kemerdekaan atau sejarah Malaysia dan juga
menyediakan bahan-bahan yang diperlukan semasa pertandingan dijalankan seperti
kerja lukisan, baldi dan sebagainya.
f) Kami mengecopkan kertas lukisan dan juga membahagikan kertas lukisan
berdasarkan bilangan murid setiap kelas.
g)
Kami membuat pengumuman
kepada murid.
Ø Semasa Projek Dilaksanakan
a) Kami telah mengedarkan kertas lukisan kepada
guru-guru yang berada di dalam kelas sebelum 10 minit pertandingan diadakan.
b) Kami memberi sendikit arahan dan taklimat kepada
murid.
c) Selepas masa pertandingan tamat, kami mengutipkan
kertas lukisan dan menyerah kepada guru Pendidikan Seni bagi kelas
masing-masing.
d) Guru Pendidikan Seni dikehendaki menilai dan
memilih tujuh hasil lukisan murid yang tercantik.
Ø
Selepas Projek Dilaksanakan
a) Kami minta keputusan pertandingan mewarna daripada
ketua panitia Pendidikan Seni.
b) Kami memaparkan kertas-kertas lukisan pemenang pada
papan kenyataan bagi mata pelajaran Pendidikan Seni.
c) Proses
membuat refleksi kendiri berkenaan projek yang telah dilaksanakan.
d) Kami
telah menyediakan laporan projek kumpulan dan proses kemas kini terakhir.
4.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhan, Pertandingan Mewarna
Sempena Bulan Kemerdekaan bertemakan “Negaraku Sehati Sejiwa” berjaya
dijalankan dengan lancar. Kerjasama daripada pihak sekolah amat membantu
menjayakan projek ini. Bimbingan daripada guru pembimbing internship, Cikgu Loh
Guat Mei menjadikan kualiti projek bertambah baik dengan cadangan-cadangan yang
bernas.
Projek ini dapat melatih murid melukis dan
menanam minat ke dalam diri murid untuk melukis. Tambahan pula ianya menjadikan
pemikiran kreatif pada diri murid merancang lukisan poster yang hendak dilukis.
Semangat patriotik dapat diserap dalam diri murid. Akhirnya, kami berasa
bersyukur kerana telah memperoleh banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan yang
baru melalui projek ini. Kami juga telah mempelajari cara menulis kertas kerja,
cara-cara mengurus dan mengendalikan sesuatu projek dengan sistematik. Kami
berasa gembira dan memuaskan hati kerana dapat bekerjasama antara satu sama
lain sehingga dapat menjayakan sebuah projek. Kami berharap projek tersebut
dapat dihargai oleh pihak sekolah sebagai kenangan kami sebagai guru pelatih
selepas meninggalkan sekolah tersebut.
Disediakan oleh : Disemak
oleh :
……………………………. …………………………….
( CIK YU WAN JING ) (CIK LOH GUAT MEI)
Setiausaha,
Guru Pembimbing
Pertandingan
Mewarna SJK (C) Chung Hwa Caw 1.
Sempena
Bulan Kemerdekaan,
SJK (C) Chung Hwa Caw 1.
Lampiran:
Gambar-gambar
Sepanjang Tempoh Pelaksanaan Pertandingan
Mewarna Sempena Bulan Kemerdekaan
Sebelum
Pelaksanaan Projek
Kertas kerja yang dihasilkan selepas
perbincangan bersama
|
Mengira dan membahagikan kertas lukisan
berdasarkan bilangan murid dalam kelas
|
Semasa Pelaksanaan Projek
Mengedarkan
kertas lukisan kepada guru kelas masing-masing
|
Mengedarkan
kertas lukisan kepada murid-murid
|
Mendengar
arahan guru
|
Murid
bermula melukis
|
Saiz
objek yang kecil
|
Saiz
objek yang kecil
|
Kelas
5K yang menampung 42 orang murid. Proses mewarna dijalankan
|
|
Kerenah
murid semasa mewarna
|
Kerenah
murid semasa mewarna
|
Selepas Pelaksanaan Projek
Hasil lukisan murid
|
Penilaian dijalankan
|
Membuat label nama untuk
para pemenang
|
Membuat hiasan untuk papan
kenyataan
|
Menampal nama murid pada hasil lukisan
pemenang
|
Menampal hasil lukisan pemenang pada papan kenyataan
|
Hasil
lukisan para pemenang
|
|
Nama-nama pemenang dan
kedudukan mereka
|
No comments:
Post a Comment