LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP
NAMA PELAJAR : Chiah Jing Wen
Yu Wan Jing
PROGRAM :
8 PISMP RBT/PC/MO Januari 2014
NAMA SEKOLAH :
SJK(C) Chung
Hwa Caw. 1
NAMA PROJEK/ AKTIVITI : Projek Pertandingan Penulisan
TEMPOH PELAKSANAAN : 8 OGOS 2017
1.0 OBJEKTIF
I.
Meluaskan pengetahuan, penggunaan, dan
penguasaan Bahasa Cina dalam kalangan murid
II.
Memantapkan kemahiran menulis dan memupuk
semangat pembudayaan Bahasa Cina yang mampan dalam kalangan murid
III.
Mengenal pasti murid yang mempunyai bakat dalam
penulisan karangan dan mengetengahkan bakat mereka.
IV.
Menjana daya saing secara positif di samping di
kalangan murid.
V.
Memupuk tabiat suka membaca dan menimba ilmu
sepanjang hayat.
2.0 STRATEGI PELAKSANAAN
2.1 Sebelum Projek Dilaksanakan
Pada 31 Julai 2017,
saya dan rakan internship Yu Wan Jing telah menjalankan internship selama satu
bulan di SJKC Chung Hwa Caw. 1, Butterworth. Program internship selama satu
bulan ini adalah untuk melaksanakan 3 projek di sekolah tersebut iaitu 2 buah
projek kumpulan dan sebuah projek individu. Program pertandingan penulisan yang
melibatkan semua murid tahun 4, 5 dan 6 telah diputuskan sebagai salah satu
projek kumpulan kami untuk program internship. Selepas itu, saya dan rakan
menyediakan kertas kerja pertandingan penulisan dan telah mendapat persetujuan
untuk melaksanakan projek daripada Guru Besar.
Sebaik sahaja mendapat kelulusan daripada Guru Besar,
kami mengadakan perbincangan dengan ketua dan ahli panitia Bahasa Cina untuk
menentukan tajuk penulisan bagi murid tahun 4, 5 dan 6. Tajuk-tajuk penulisan
yang telah dipilih diberikan kepada Guru Besar untuk semakan akhir. Kami juga
telah menetapkan syarat-syarat untuk pertandingan penulisan ini. Antaranya
adalah seperti setiap peserta diberi masa 1 jam, sekiranya ada murid yang belum
siapkan penulisan maka mereka juga akan disuruh berhenti mengikut masa yang
telah ditetapkan. Seterusnya panjang esei ialah antara 200 perkataan hingga 700
perkataan, kertas bercop sekolah akan digunakan dalam pertandingan, alat tulis
disediakan oleh murid dan akhirnya keputusan panel hakim adalah muktamad. Kami
juga menyediakan kertas jawapan dengan mengecopkan cop sekolah pada semua
kertas yang akan digunakan dalam pertandingan penulisan.
2.2 Semasa Projek Dilaksanakan
Seterusnya, 15
minit sebelum pertandingan dilaksanakan, kami mengagihkan kertas jawapan serta
mengumumkan tajuk penulisan kepada setiap kelas. Syarat pertandingan ditegaskan
sekali sebelum memulakan pertandingan. Akhirnya kertas jawapan perlu dikutip
oleh guru bertugas dalam kelas dan hantar kepada panel hakim yang telah
ditetapkan.
Senarai panel hakim:
Tahun 4
a)
Pn Khashiah Binti Daud
b)
Datin Seri Vaney A/P Maniam
c)
Pn. Koh Chiew Ling
Tahun 5
a)
En. Chong Nyong Onn
b)
En. H’ng Tian Hee
c)
En. Chew Swee Wa
Tahun 6
a)
En. Chong Nyong Onn
b)
En. H’ng Tian Hee
c)
En. Chew Swee Wa
2.3 Selepas Projek Dilaksanakan
Selepas
pertandingan dilaksanakan, kami mengumpulkan semua hasil kerja peserta dan
merujuk kepada keputusan yang telah diberikan oleh hakil untuk tujuan
pembahagian hadiah kepada peserta. Murid yang mendapat hadiah turut diminta
untuk menaipkan hasil kerjanya dengan menggunakan komputer supaya hasil kerja
yang akan dipaparkan di papan kenyataan akan kelihatan lebih kemas dan menarik.
3.0 KESIMPULAN
Kesimpulan akhir yang
dapat dibuat setelah selesainya projek pertandingan penulisan ialah objektif
awal yang telah ditetapkan dalam kertas kerja yang telah dirancang berjaya
dicapai dengan cemerlang. Oleh itu, kejayaan projek ini telah dapat mencapai
target secara tidak langsung. Selain itu, sepanjang proses melaksanakan
pertandingan, telah banyak ilmu dan pengalaman baru yang telah berjaya
diperoleh. Ilmu dan pengalaman inilah yang akan banyak membantu dan membimbing
saya kearah usaha untuk menjadi seorang guru yang cemerlang dan berjaya pada
masa akan datang.
|
||||
|
||||
Refleksi Pertandingan Penulisan Bahasa Cina
Ø Kekuatan Projek
Sepanjang proses melaksanakan program ini, terdapat beberapa kekuatan
yang telah menyumbang kepada kejayaan dalam program ini. Antaranya ialah
sokongan daripada Guru Besar, guru pembimbing dan guru-guru sekolah yang
menjadi rujukan utama dalam penyediaan dan perancangan program pertandingan
penulisan ini. Selain itu, kekuatan lain adalah program pertandingan penulisan
ini boleh mengcungkil bakat dan kemahiran murid dalam menghasilkan sebuah
penulisan yang berkualiti dengan mengikut kreativiti masing-masing. Tambahan
lagi, nilai kerjadama dan tolong mrnolong juga dapat dipupuk dalam diri murid
semasa melaksanakan pertandingan ini bagi memastikan projek ini dapat siap dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Selain itu, melalui
pelaksanaan projek yang berunsurkan pertandingan ini juga telah banyak mengajar
serta melatih diri kita dalam usaha untuk berdiri sendiri bagi menghasilkan
sesuatu program kecil bersama warga sesebuah institusi itu juga. Bukan itu
sahaja, tahap sosial dan kemahiran komunikasi kami juga telah ditingkatkan
secara tidak langsung apabila saya melaksanakan sesi kolaborasi bersama guru
pembimbing serta perbincangan bersama guru-guru panitia dan pihak pentadbir
sekolah seperti Penolong Kanan serta Guru Besar berkenaan dengan projek yang
bersesuaian dengan murid-murid yang terlibat. Secara tidak langsung, tahap
keyakinan diri saya sendiri juga telah meningkat
Melalui pelaksanaan projek pertandingan penulisan ini juga telah
banyak memberi pendedahan kepada saya tentang cara bagaimana mengurus dan
mengawal murid semasa sesuatu aktiviti atau projek berjalan. Selain itu, saya
juga telah banyak menimba ilmu baru tentang cara atau prosedur menulis kertas
kerja, mencari sumber kewangan, membahagikan tugas, merancang masa dan
sebagainya yang berkaitan pengurusan sesuatu aktiviti projek. Akhir sekali,
projek pertandingan penulisan ini juga telah memberi peluang kepada saya
sebagai seorang guru pelatih untuk mengaplikasikan ilmu teori yang dipelajari
di IPG dalam situasi sebenar di sekolah.
Ø Kelemahan Projek
Terdapat juga beberapa kelemahan projek yang turut
dikenalpasti sepanjang melaksanakan pertandinagn penulisan di sekolah. Salah
satu daripadanya ialah kekurangan pengalaman saya sendiri sebagai seorang yang
masih berstatus guru pelatih dalam mengurus sesuatu projek menyebabkan projek
ini mengambil masa yang agak lama untuk dimulakan serta menghadapi beberapa
masalah dan cabaran sepanjang melaksanakan program ini. Bukan itu sahaja, saya
juga mendapati, sepanjang pertandingan ini dijalankan, terdapat beberapa orang
murid yang kurang memberi komitmen dalam melibatkan diri sepanjang pertandingan
dilaksanakan. Mereka bersikap sambil lewa dan tidak tidak mengambil berat.
Mereka perlu diberi pengawasan yang lebih dan arahan yang kerap. Ada juga yang
diantara mereka yang langsung tidak menjawab soalan dan hanya menghantarkan
kertas jawapan yang kosong.
Ø Cadangan Penambahbaikan
Yang pertamanya, guru pelattih perlu meminta panduan dan
bimbingan daripada guru pembimbing atau guru pakar yang berpengalaman dengan
lebih kerap agar perancangan dan pelaksanaan projek dapat berjalan dengan lebih
lancar. Seterusnya, guru pelatih perlu mengambil inisiatif dengan mengalakkan
murid-murid untuk mengambil bahagian dalam pertandingan dengan komited.
Contohnya guru-guru pelatih boleh memaparkan poster atau iklan pertandingan
pada papan kenyataan untuk merangsang keinginan murid untuk menyertai
pertandingan tersebut.
Lampiran
Gambar-gambar Sepanjang Pertandingan Penulisan
Semasa Melaksanakan
Pertandingan Penulisan
|
|
Tajuk soalan dituliskan pada
papan hitam disertakan dengan masa yang diperuntukkan
|
Guru bertugas membantu
mengelolakan pertandingan penulisan untuk setiap kelas
|
Guru bertugas membantu
mengelolakan pertandingan penulisan untuk setiap kelas
|
Murid menjawab soalan
penulisan dengan sepenuh tumpuan.
|
Murid memulakan penulisan
sebaik sahaja mendapat soalan
|
Keadaan kelas semasa
pertandingan dijalankan
|
Selepas Pertandingan Penulisan
|
|
Proses semakan jawapan penulisan murid
bersama rakan
|
|
Keputusan pertandingan
penulisan dicatat
|
Keputusan pertandingan
penulisan dipaparkan di papan kenyataan
|
No comments:
Post a Comment