SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) CHUNG HWA CAWANGAN 1
BUTTERWORTH, PULAU PINANG
_________________________________________________________
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA BULAN
KEMERDEKAAN
NEGARAKU
SEHATI SEJIWA
__________________________________________________________________________________
TARIKH:
3 OGOS 2017
NAMA:
YU WAN JING
CHIAH JING WEN
ANJURAN:
GURU PELATIH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS
TUANKU BAINUN
AMBILAN JANUARI 2014
1.0
PENGENALAN
Pertandingan mewarna bertemakan
Kemerdekaan merupakan salah satu medium bagi para guru untuk memberi kesedaran dan
menanam semangat patriotisme dalam kalangan murid-murid sempena bulan
Kemerdekaan ini. Pertandingan mewarna ini turut memberi peluang kepada
murid-murid untuk melahirkan semangat patriotik dan rasa cinta terhadap negara.
Semoga aktiviti yang dilaksanakan akan memberikan manfaat dan pendedahan kepada
murid selain sebagai pemangkin untuk memupuk semangat patriotik serta
menjalinkan hubungan mesra dan kerjasama dalam kalangan murid dan guru-guru SJK
(C) Chung Hwa Cawangan 1.
2.0 TEMA
Negaraku Sehati Sejiwa
3.0 MATLAMAT PROGRAM
Matlamat utama penganjuran aktiviti bersempena sambutan
Kemerdekaan bagi memupuk semangat patriotisme dan cinta akan negara di samping
mencungkil bakat murid-murid dalam bidang seni. Bukan itu sahaja, aktiviti ini
juga mampu memupuk minda yang positif, kreatif dan inovatif. Selain itu, guru
dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik sekolah di
peringkat yang lebih tinggi misalnya pertandingan yang dianjurkan antara
sekolah, daerah dan kebangsaan.
4.0 OBJEKTIF
PROGRAM
i.
Menanam semangat patriotisme dan rasa kesyukuran dalam jiwa murid.
ii.
Mengenal pasti
murid yang mempunyai bakat dalam bidang
seni (mewarna) dan mengetengahkan bakat mereka.
iii.
Memupuk
dan memperkukuh semangat setia negara dan jati diri serta menanam rasa
tanggungjawab kepada sekolah dan negara.
iv.
Mewujudkan
persekitaran sekolah dalam suasana ceria di bulan Kemerdekaan yang dapat
membantu dan menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
v.
Murid-murid
mengetahui tarikh kemerdekaan Malaysia dan bersyukur atas nikmat kemerdekaan
yang mereka kecapi selama ini.
vi.
Murid-murid
dapat menghayati makna kemerdekaan dan berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan
ini.
5.0 KUMPULAN SASARAN
i.
Murid Tahun 4 ( 182 orang)
ii.
Murid Tahun 5 ( 163 orang)
Sila rujuk lampiran 1
6.0
TEMPAT
Kelas Tahun 4 dan Tahun 5.
7.0
TEMPOH PELAKSANAAN
i.
Tarikh :
3/8/2017 (Khamis)
ii.
Masa : 7.45a.m.-10.45a.m.
8.0
SYARAT–SYARAT PERTANDINGAN MEWARNA SEMPENA BULAN
KEMERDEKAAN
KEMERDEKAAN
i.
Pertandingan ini
terbuka kepada murid-murid Tahun 4 dan 5.
ii.
Setiap peserta diberi
masa 3 jam.
iii.
Peralatan mewarna
adalah disediakan oleh peserta sendiri.
iv.
Keputusan panel hakim
adalah muktamad.
9.0 ASPEK YANG DINILAI
i.
Kualiti produk mewarna
secara keseluruhan - 20%
ii.
Kreativiti - 45%
iii.
Kebersihan dan
kekemasan - 20%
iv.
Ketepatan warna yang
digunakan - 15%
10.0
JAWATANKUASA PELAKSANAAN
Penasihat : Pn. Tham Chiew Suan
(Guru Besar SJK(C) Chung Hwa Cawangan 1)
Pengerusi : CHUNG LAY KONG
(GPK Kokurikulum)
Setiausaha : Cik Yu Wan Jing
Bendahari : Cik Chiah Jing Wen
AJK Hakim & Penilai : Tahun 4
a)
Pn Khashiah Binti Daud
b)
Datin Seri Vaney A/P Maniam
c)
Pn. Koh Chiew Ling
Tahun 5
a)
En. Chong Nyong Onn
b)
En. H’ng Tian Hee
c)
En. Chew Swee Wa
AJK Hadiah : Cik Loh Guat Mei
11.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN
BIL
|
PERKARA
|
HARGA
(RM)
|
KUANTITI
|
JUMLAH
HARGA(RM)
|
1
|
Hadiah Pertama
|
15.00
|
2
|
30.00
|
2
|
Hadiah Kedua
|
12.00
|
2
|
24.00
|
3
|
Hadiah Ketiga
|
10.00
|
2
|
20.00
|
4
|
Hadiah Saguhati
|
5.00
|
4
|
20.00
|
5
|
Kertas A3
|
36.00/250ps
|
2
|
72.00
|
JUMLAH
|
RM
166.00
|
12.0
PENUTUP
Penganjuran program
Pertandingan Mewarna Sempena Bulan Kemerdekaan ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua
pihak. Diharapkan program ini dapat
dijayakan dan memberi manfaat kepada semua yang terlibat khususnya memberi kesedaran
cinta akan negara. Semoga segala pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang
ditimba semasa berlangsungnya program ini dapat meningkatkan kemahiran mengurus dan mentadbir sesuatu organisasi
dengan baik dan berkesan sekali gus dapat mempraktikkan kemahiran ini apabila
berkhidmat di sekolah kelak.
Disediakan oleh : Disemak oleh :
……………………………. …………………………….
( CIK YU WAN JING ) (PN. THAM CHIEW SUAN)
Setiausaha,
Guru Besar,
Pertandingan
Mewarna SJK (C) Chung Hwa Caw 1.
Sempena
Bulan Kemerdekaan,
SJK
(C) Chung Hwa Caw 1.
LAMPIRAN
2
BORANG
PEMARKAHAN PERTANDINGAN MEWARNA
NAMA MURID :
TAHAP :
KELAS :
BILANGAN
|
ASPEK PENILAIAN
|
KATEGORI
|
MARKAH
|
1. Kualiti produk mewarna secara keseluruhan
|
(20
MARKAH)
|
2. Kreativiti
|
(45
MARKAH)
|
3. Kebersihan dan kekemasan
|
(20
MARKAH)
|
4. Ketepatan warna yang digunakan
|
(15
MARKAH)
|
JUMLAH
|
( / 100)
|
DISEMAK OLEH:
______________________
( )
Panel
Hakim Pertandingan.
No comments:
Post a Comment