Monday, 27 November 2017

internship KERTAS_KERJA_PROJEK_penulisan

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (C) CHUNG HWA CAWANGAN 1
BUTTERWORTH, PULAU PINANG
_________________________________________________________
KERTAS KERJA
PERTANDINGAN MENULIS KARANGAN

__________________________________________________________________________________


TARIKH:
8 OGOS 2017

NAMA:
YU WAN JING
CHIAH JING WEN

ANJURAN:
GURU PELATIH
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUANKU BAINUN
AMBILAN JANUARI 2014

1.0  PENGENALAN
            Pertandingan menulis karangan Bahasa Cina ini diadakan bagi melahirkan minat murid terhadap Bahasa Cina di kalangan murid. Ia bertujuan melahirkan murid-murid yang mencintai Bahasa Cina serta mempertingkatkan tahap penggunaan Bahasa Cina di sekolah.

2.0 RASIONAL
Adalah diharapkan pertandingan ini dapat melahirkan minat murid terhadap Bahasa Cina di kalangan pelajar.


3.0  MATLAMAT PROGRAM
Matlamat utama penganjuran aktiviti penulisan karangan tahunan adalah untuk melahirkan murid-murid yang mencintai Bahasa Cina di samping mencungkil bakat murid-murid dalam penulisan karangan. Bukan itu sahaja, aktiviti ini juga mampu memupuk minda yang positif, kritis, kreatif dan inovatif. Selain itu, guru dapat mengenal pasti potensi murid yang mampu mengharumkan nama baik sekolah di peringkat yang lebih tinggi misalnya pertandingan yang dianjurkan antara sekolah, daerah dan kebangsaan.

4.0 OBJEKTIF PROGRAM
               i.        Meluaskan pengetahuan, penggunaan dan penguasaan Bahasa Cina dalam kalangan murid
              ii.        Memantapkan kemahiran menulis dan memupuk semangat pembudayaan Bahasa Cina yang mampan dalam kalangan murid
            iii.        Mengenal pasti murid yang mempunyai  bakat dalam penulisan karangan dan mengetengahkan bakat mereka.
            iv.        Menjana daya saing secara positif di samping di kalangan murid.
              v.        Memupuk tabiat suka membaca dan menimba ilmu sepanjang hayat.

5.0 KUMPULAN SASARAN
              i.        Murid Tahun 4 ( 182 orang)
            ii.        Murid Tahun 5 ( 163 orang)
           iii.        Murid Tahun 6 (179 orang)
Sila rujuk lampiran 1


6.0 TEMPAT
Kelas Tahun 4, 5 dan 6.

7.0 TEMPOH PELAKSANAAN
              i.        Tarikh : 8/8/2017 (Selasa)
            ii.        Masa  : 10.05 a.m.-11.15 a.m.

8.0 SYARAT–SYARAT PERTANDINGAN PENULISAN KARANGAN
              I.        Pertandingan ini terbuka kepada murid-murid Tahun 4, 5 dan 6.
            II.        Tajuk esei adalah seperti berikut:
Tahun 4 - Saya mempunyai sepasang sayap
Tahun 5 – Tepukan untukmu
Tahun 6 – Saya boleh
               i.        Setiap peserta diberi masa 1 jam.
             ii.        Panjang esei ialah antara 200 perkataan hingga 700 perkataan
            iii.        Kertas bercop sekolah akan digunakan dalam pertandingan.
            iv.        Alat tulis disediakan oleh murid.
             v.        Keputusan panel hakim adalah muktamad.


9.0 JAWATANKUASA PELAKSANAAN
Penasihat            : Pn. Tham Chiew Suan
                               (Guru Besar SJK(C) Chung Hwa Cawangan 1)
Pengerusi           : Kong
                             (Guru Panitia)
Setiausaha         : Cik Chiah Jing Wen
Bendahari           : Cik Yu Wan Jing   

AJK Hakim & Penilai     : Tahun 4
a)    Pn Khashiah Binti Daud
b)    Datin Seri Vaney A/P Maniam
c)    Pn. Koh Chiew Ling
   Tahun 5
a)    En. Chong Nyong Onn
b)    En. H’ng Tian Hee
c)    En. Chew Swee Wa
   Tahun 6
a)  En. Chong Nyong Onn
b)  En. H’ng Tian Hee
c)  En. Chew Swee Wa

AJK Hadiah                    : Cik Loh Guat Mei


10.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN
BIL
PERKARA
HARGA (RM)
KUANTITI
JUMLAH HARGA(RM)
1
Hadiah Pertama
10.00
3
30.00
2
Hadiah Kedua
8.00
3
24.00
3
Hadiah Ketiga
5.00
3
15.00
JUMLAH
RM 69.00


11.0 PENUTUP
Sekalung apresiasi dan jutaan terima kasih terlebih dahulu kami ucapkan atas kesudian tuan memberikan pertimbangan dan perhatian terhadap kertas kerja ini Kami berharap semoga tuan dapat meluluskan kertas kerja ini supaya projek ini dapat dijalankan dengan jayanya bagi mencapai objektif yang sewajarnya. Penganjuran program Pertandingan penulisan karangan Bahasa Cina ini memerlukan kerjasama dan komitmen daripada semua pihak. Diharapkan program ini dapat dijayakan dan memberi manfaat kepada semua yang terlibat khususnya memberi kesedaran cinta akan negara. Semoga segala pengetahuan, kemahiran dan pengalaman yang ditimba semasa berlangsungnya program ini dapat meningkatkan kemahiran   mengurus dan mentadbir sesuatu organisasi dengan baik dan berkesan sekali gus dapat mempraktikkan kemahiran ini apabila berkhidmat di sekolah kelak.


Disediakan oleh :                                                                 Disemak oleh :

…………………………….                                               …………………………….    
( CIK CHIAH JING WEN)                                               (PN. THAM CHIEW SUAN)      
Setiausaha,                                                                        Guru Besar,
Pertandingan Penulisan Bahasa Cina,                      SJK (C) Chung Hwa Caw 1.
SJK (C) Chung Hwa Caw 1.                                             



LAMPIRAN 2

BORANG PEMARKAHAN PERTANDINGAN MEWARNA
NAMA MURID          :
TAHAP                      :
KELAS                      :

BILANGAN
ASPEK PENILAIAN
KATEGORI
MARKAH
1.     Kualiti produk mewarna secara keseluruhan
                                      (20 MARKAH)
2.  Kreativiti
                                       (45 MARKAH)
3.  Kebersihan dan kekemasan   
                                       (20 MARKAH)
4.  Ketepatan warna yang digunakan           
                                       (15 MARKAH)
JUMLAH
                                    (              / 100)    


DISEMAK OLEH:
______________________
(                                              )
Panel Hakim Pertandingan.
                


No comments:

Post a Comment